Penerbangan Khas + Pengundi Hantu = Anwar Gila

Anwar Ibrahim hari ini menjejaki kegilaan Khalid Ibrahim apabila mendakwa Pejabat Perdana Menteri menerbangkan berpuluh ribu orang pengundi hantu dari pelbagai tempat di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Cuma berbeza dengan Khalid, Anwar kali ini menyatakan beliau mempunyai bukti bertulis dalam bentuk emel antara syarikat penerbangan dengan pejabat PM. Beliau juga telah mengurangkan jumlah pengundi yang diterbangkan daripada 130 ribu yang didakwa oleh Khalid kepada hanya 45,000 orang.

Sebenarnya ramai orang telah penat dengan tipu helah dan cerita-cerita bombastik Anwar bin Ibrahim ini. Anwar dalam keadaan merasakan beliau akan kalah teruk telah mencipta pelbagai isu yang boleh mencetuskan kerisauan dan kemarahan orang ramai terhadap BN. Beliau mahu mencipta persepsi bahawa pilihan raya ini dipenuhi dengan penipuan dan ketidaktelusan bagi tujuan membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap BN.

Anwar Ibrahim tidak bercakap atas logik dan fakta tetapi masih berupaya mempengaruhi sebahagian orang dan memperbodohkan Malaysiakini.com.

Persoalan utama ialah jika benar terdapat tempahan untuk membawa pengundi dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya ia bukanlah satu kesalahan. Adalah hak untuk mana-mana parti politik membawa pengundi mereka dari luar kawasan untuk pulang mengundi.

Semua parti termasuk Barisan Nasional, DAP, PAS dan PKR mempunyai jentera yang menguruskan pengangkutan pengundi. Sama ada menggunakan kapal terbang, kereta, motosikal atau bas hanyalah bentuk pengangkutan. Bolehkah Anwar menafikan bahawa partinya juga mengangkut pengundi? Bolehkah Anwar nafikan bahawa partinya juga memberi duit tambang untuk pengundi yang berada di luar kawasan pulang mengundi?

Jadilah sangatlah aneh untuk ada sesiapa yang percaya bahawa penerbangan khas ini, jika benar, ialah bertujuan untuk membawa pengundi hantu.

Jika Anwar ada bukti terdapat pengundi hantu sila tunjukkan supaya kita dapat menyelesaikan isu ini sebelum pilihan raya. Sangatlah aneh untuk Anwar mendakwa beliau ada bukti pengundi hantu tetapi menyembunyikan bukti tersebut untuk masa yang sesuai.

Jadi Anwar bukan bertujuan mahu mendapat pilihan raya yang bersih, tetapi beliau sekadar mahu menimbulkan huru-hara dengan cara menimbulkan kebencian penyokongnya kepada BN.

Dalam keadaan hampir kalah, Anwar akan muncul dengan pelbagai isu sensasi yang bertujuan menyakinkan penyokongnya bahawa mereka kalah bukan sebab rakyat tidak sokong tetapi sebab BN menipu.

Dan apakah Perdana Menteri begitu bodoh hendak terbangkan berpuluh ribu orang pekerja asing di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung? Lebih baik benarkan mereka mengundi di Sabah dan Sarawak sahaja.

Untuk Anwar cukuplah hampir dua dekad menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat yang kurang berfikir terhadap kerajaan. Cukuplah Anwar, saudara bukan muda lagi, ingat akhirat sama.


Posted by KuntaKinte Malaysia on May 2nd, 2013 :: Filed under Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Penerbangan Khas + Pengundi Hantu = Anwar Gila”

  1. baba
    May 2nd, 2013

    mcm2 la gambar yang puak syaitan pakatan ni tunjuk, gambar air asia, gambar mas, tinggal malindo belum tunjuk. ada gambar orang naik bas la, ada gambar pendatang asing kena tahan dgn imigresen la…..haiii. dah tak ada modal ke , atau dah kehabisan peluru sehingga terdesak sehingga menampakkan kebodohan yg ketara.

  2. Anak Lenggong
    May 2nd, 2013

    Elok la kalau betul nuar kata camtu, biar cepat Pakatan Rakyat menyembah bumi, tapi yang kesiannya melayu PAS maseh terhegeh-hegeh mengatakan DAP menerima mereka sedangkan DAP dah kata kepada penyokongnya dan non muslim supaya tidak mengundi calun PAS dalam PRU13 ni…apa nak buat walaupun melayu PAS mempunyai otak tapi otak yang dianugerahkan tak pandai pulak nak guna..kesian…kesian…

  3. alfie
    May 2nd, 2013

    Tipu tetap menipu si Anwar ni,selalu pulak tu tetapi bila scandal Dtk Salleh Budu NFC RM250M timbul dan dengan tidak ada apa tindakan criminal di ambil oleh BN/UMNO sampai la Cina duk marah.

    Anyway anyone knows the outcome of Salleh Budu yang sombong what ever happen to him?

  4. raplahjingaa
    May 2nd, 2013

    NFC RM 250 juta ?? get your fact right please…berapa banyak actually pinjaman yang di keluarkan ??

  5. pasdaplaknat
    May 2nd, 2013

    Makin dekat dgn 5 hb Mei makin teruk meroyan Anwar.. aku takut depa ni jg gila sungguh lepas keputusan PRU13.. mintak2 pegawai2 Perubatan Psikatrik HKL standby mlm tu krn Anwar dijangka akan menggila teruk..

  6. kukukambing
    May 2nd, 2013

    Dia memang dah dapat rasa fuckatan Riot akan bungkus bungkus habis habisan yang tak pernah disaksikan dalam sejarah PRU Malaysia

  7. tony gunawan
    May 2nd, 2013

    oh biasalah ini pun bukan kali pertama UMNO main busuk!

  8. awang
    May 2nd, 2013

    Hang naik apa mai sini? Airasia ka mas ka malindo ka bot pancung ka

  9. raplahjingaa
    May 2nd, 2013

    dia tumpang kapal bawang MV Chitabaram landing kat penang port.

  10. raja kongkiak
    May 2nd, 2013

    Bapak hantu dia tau laaa yang mana yang jadi hantu dalam kapai terbang tuh…Esok dia ke Langkawi apa mungkin dia jugak mawa pengundi hantu untuk membantu dia kat pulau sana?..Yang percaya cerita hantu nih hanya puak-puak tahan lobang najis jerrr dengan geng “abang akak”..Kalau puak LiPas tuh dah tentu laa sebab tuh semua “pak sanggup” kepada perjuangan politik dia…

  11. anakbochek
    May 3rd, 2013

    Jadi gila duduk diam2 takpe bro, takut diorang jadi gila capai parang dan mengamuk tak tentu hala. Ketaksuban pada tok2 guru boleh menjadikan mereka hilang kewarasan berfikir. Al maklumlah, kena pulak bila dah kalah.

  12. [...] akhbar Anwar Ibrahim mendakwa Pejabat Perdana Menteri dan Malaysia Airline System menerbangkan pengundi hantu, mereka masih belum memberi sebarang bukti yang kononya berada di dalam tangan. Dari awal kita [...]

  13. kenari
    May 4th, 2013

    boleh tak bagi penjelasan tentang pengundi hantu dari sabah dan serawak. macamana pr kata ada p[engundi hantu dari srwk dan sabah ke semanjung?. Untuk apa mereka ke semjung?. untuk menangkan bn ker?. kalau mereka menangkan kan bn,tak kan kat sabah bn tak nak menang?.tak kan mereka nak tinggalkan kg semata2 nk nundi kat negeri lain?.

    kenapa pr tak sekat jer kat pintu balai ketibaan tu.cek seorg2.adakan ic alamat sabah,srwk ,smjung.

    kalau nk kata bukan warganegara.boleh cek pasport. tapi mana logik.kat tempat ngundi kan kena bawa ic.tak kan terjadi la.kan kena beratur sama2.masa mana mereka nk masuk ke jalan belakang.kalau betul bn nak wat camtu.tak perlu undi hantu.sorg pun cukup.ambil jer kertas undi,pangkah seorg2. ada akal ker boleh kata ada 16 penerbangan bawa pengundi hantu.

    jangan percaya laa cerita2 karut ni.pk logik akal laaa

  14. tomato burn
    May 7th, 2013

    Yes betul.Orang Semenanjung pikir lah yang mana benar dan yang mana tak benar.Jangan gaduh gaduh.Undi itu hak kita masing2.Sebab kita di beri hak untuk menentukan kerajaan yang harus memimpin negara kita.Di Thailand,Philipine dan Indonesia rakyat nya tak di penting kan kerana pemimpin nya pentingkan diri sendiri.Kalau PM kita buat kita macam tu dah tentu PM dan BN di singkir dari memerintah kita.PM dah buat yang terbaik untuk kita dengan selogan RAKYAT DI DAHULUKAN. Malah orang travellers Europe mengakui antara tiga negara asia selatan ini yang mereka jelajah,Malaysia lebih di senangi.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: