3
Mar

Analisis Pencerobohan Lahad Datu

Kenyataan rasmi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan 5 orang perajurit negara gugur setelah diserang hendap sewaktu melaksanakan tugasan siasatan di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna pada malam semalam.  Al-Fatihah.

Identiti perajurit negara yang terkorban belum lagi dikenalpasti, bagaimana pun lokasi terbabit kini telahpun di kepung oleh ATM dengan kerjasama pihak polis. Ada kemungkinan penyerang merupakan sebahagian dari kumpulan penceroboh, tak mustahil.

Kita harap krisis ini dapat diselesaikan secepat mungkin, selama ini kita berlembut kerana percaya perundingan adalah jalan terbaik setiap isu, gayanya sekarang dah tiada lagi waktu untuk perundingan, jalan berlembut sudah lebih dari mencukupi.

Darah yang mereka minta maka sewajarnya darah di balas dengan darah juga. Hidup mati itu ketentuan Allah s.w.t, tapi mati mempertahankan kedaulatan negara dari penjenayah dan penceroboh sudah tentu besar nikmatnya.

Dalam pada itu, penulis ingin berkongsi satu artikel infomatif mengenai isu ini dan sedikit sejarah Kesultanan Sulu yang dipertik dari blog Andak Jauhar yang mungkin dapat merungkai sedikit input bagi mengenali kumpulan penceroboh yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu.

 

1. Siapakah Yang Menceroboh?tenterasultan

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2.

Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3, 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

 

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?mahakuttah

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

 

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:

 “Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2

 

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5
5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?maimbung

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.

Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

 

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6

manila

The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:

A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7

(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)

abs

ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.

The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar, menjawab:

Who is the one who gave it?8

(Siapa yang beri?)

 

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak.

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.

cession

 

* Nota MyKMU.Net:

- Ada info lain pula menyebut pada 1878, wujud satu Perjanjian Baron Gustavus Von Overbeck dengan Kesultanan Sulu di mana berlakunya penyerahan hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck dengan bayaran $5,000.00 setahun (nilaian matawang Mexico), apabila Sabah berpindah tangan, sewaan tersebut diteruskan oleh penguasa selepasnya..

- Apabila Sabah merdeka bersama Malaysia, maka bayaran sewa RM5,300.00 termasuk tambahan RM300.00 diteruskan. Pada klausa akhir Perjanjian 1878 itu ada menyatakan sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat. (rujukan lengkap sila klik: The Untold Story – Sabah Luv)

 

8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

 

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

427

Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

 

10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoyfer13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

 

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

 

 

1. “Sulu sultan’s army stakes Sabah claim,” philstar.com, 16 Februari, 2013, http://www.philstar.com/headlines/2013/02/16/909400/sulu-sultans-army-stakes-sabah-claim

2. “Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu,” mStar Online, 18 Februari, 2013, http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/18/mstar_berita/20130218160807&sec=mstar_berita

3. “Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk,” SMJ-Site, http://www.freewebs.com/julabbi_cairo12/familytree.htm

4. “The true Sultan of Sulu,” http://www.fakesulusultans.com/

5. “Gov’t to assess Sabah claim,” BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013, http://www.bworldonline.com/content.php?section=Nation&title=Gov%E2%80%99t-to-assess-Sabah-claim&id=66237

6. “Our Sultan of Sulu and Sabah,” The Manila Times Online, 16 Februari, 2013, http://www.manilatimes.net/index.php/opinion/editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah

7. “‘Royal Sulu Army’ in Malaysia stand-off,” ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013, http://www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand

8. “We did not invite Sulu gunmen, says Anwar,” The Star Online, 22 Februari, 2013, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/22/nation/12745258&sec=nation

9. “Sultan of Sulu,” Sultaniyyah Sin Lupah Sug, http://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu

10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.

11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.

12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.

13. Alfred W. McCoy, Policing America’s Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.

14. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” International Court of Justice, 17 Disember, 2002, http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf

15. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” World Court Digest, 23 Oktober, 2001, http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/wcd.cfm?fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200400.cfm

 

Artikel asal dipetik dari: Blog Andak Jauhar

* Kepada dalang-dalang utama terdiri dari pemimpin PR, untuk sementara waktu ini kamu dan penyokong kamu sekalian boleh terus bergembira sambil menafikan penglibatan atau sambil terus memperlekehkan pengorbanan para perajurit negara. Dasar pengkhianat sememangnya begitu. Tapi ingat, bila dalam keadaan sekarang pun sekalian kamu masih berterusan bersikap unpatriotik, tunggu saja penghukuman rakyat tika itu baru kamu ketahui tinggi atau rendahnya langit.

Ada 34 Comments setakat ini.

  • DataCode
    March 3rd, 2013 at 4:56 PM

    Begitulah jika negara kita aman damai tambah ekonomi pula bagus,tak mustahil satu hari nanti ada negara jirang akan mengaku Malaysia ini Asalnya dia punya.tak mustahil………….

  • tony gunawan
    March 3rd, 2013 at 5:22 PM

    kita lihat najib hanya berkempen pru sana-sini mana ada hati menyelesaikan isu ini!keadaan akan menjadi baik kalau dia awal-awal lagi bertegas dalam hal ini dan bukan menari kuda di pulau pinang!

  • mek esah
    March 3rd, 2013 at 6:07 PM

    di sinilah pentingnya kita miliki pemimipin yang boleh diharapkan…bukan pemimpin yang asyik gula2kan rakyat

  • SebaikPerhiasan
    March 3rd, 2013 at 6:46 PM

    Lagu khas buat perwira tanahair yg sanggup mempertaruhkan nyawa agar kita dan anak-anak kita boleh bermain, berlari berkejar-kejaran dihalaman rumah… sedangkan anak-anak mereka hanya mampu menanti kepulangan ayahnya dgn selamat. Doakan keselamatan mereka semua dan sedekahkan Al-fatihah buat putera negara yg telah gugur.

    http://www.youtube.com/watch?v=NlYbRccqcR8

    Lautan luas banjaran gunung
    Rezeki nan melimpah
    Bawah langitnya kami bernaung
    Rasa kasih tercurah…

    Tanah airku bumi bertuah
    Tiada bandingannya
    Rela bersatu ganding tenaga
    Mendaulatkan tenaga

    Dengan… sepenuh keazaman
    Semangat mu nan waja
    Keranamu rela berkorban
    Engkaulah pertiwi yang tercinta

    Darah satria.. Darah satria.. berkobar didada

    Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
    Serta sanak saudara
    Membuktikan kesetiaan kita
    Pada bumi Malaysia…

    Darah Satria….

  • bangKano
    March 3rd, 2013 at 6:54 PM

    Weiiiii….mek esah oiii…..!!!! Sapa yang gula gula kan rakyat ada ka kerajaan UMNO/BN ato Pakatan Roboh yang yang dah nak ghoboh pada PRU13 ni. Gula gula PR tahun 2008 melalui manifesto PRU12 lum lagi tertunai. Ni tambah lagi gula gula beracun manifesto PRU13 plak untuk di hidang pada rakyat tongong macam hang mek esah oi. Wah…..wah…. bukan main sedap hang pa punya cong naaa sampai telopong mulut puak puak bengong hang pa tu dok dengaq sakan kelentong pemimpin banghal PR bertempik melolong macam polong setiap malam kat pentaih ceghamah muhong yang dah mola tak dapat sambutan penyokong..?.

    Betoi tak mek esah gedebe….??? Bo La Weiii….!!!!

  • raplahjingaa
    March 3rd, 2013 at 7:21 PM

    Mak esah apa yang dia tau ?? gula-gula ?? elaun saraan pada ibu tunggal, warga emas…tu gula-gula.

    Hari ni kita menang esok jugak kita laksanakan hudud…itu gula-gula tongkat ali.

    Elaun…pada kanak-kanak pra sekolah, bantuan RM 1000 pada setiap anak yang masuk u…tu gula-gula.

    so mak esah patut sangat lah hang undi BN pru ni…hang tak suka gula-gula kan ??

    hehe…esah..esah…pinggan yang bertimbun dalam sinki tu..hang dah basuh ke belum ??

  • baba
    March 3rd, 2013 at 9:27 PM

    syabas hackerXP, analisa yg baik.

  • HackerXP
    March 3rd, 2013 at 9:53 PM

    opp.. ada salah faham di sini. cuma 5 perenggan pertama yg aku tulis. selepas tu, semuanya analisa oleh saudara Andak Jauhar, kredit utk beliau.

  • zumazore
    March 3rd, 2013 at 10:06 PM

    mek esah..
    kau bodo ke atau ko tak baca apa yang di tulis kat atas tu? AL-JUBURI ada termasuk DALAM DALANG kat LAHAT DATU .. itu bukan UTUSAN YANG TULIS tapi .. kau baca je lah.
    Yang bestnya P.R mana sokong POLIS, apa nak sebok-sebok macam monyet kat hutan ni?

  • ASANO
    March 3rd, 2013 at 10:07 PM

    Walau pun tindakan kerajaan akan mengambil kira hubungann dua hala Malaysia/ Filipina,sentimen kaum Suluk tempatan yg mungkin ada saudara mara/sahabat mereka dlm tentera diraja kesultanan sulu ini,kita janganlah berlembut sangat kerana mereka telah menceroboh negara kita dan membunuh pasukan keselamatan kita. Tindakan menuetraliskan kumpulan ini perlu disegerakan kerana lagi lama dibiarkan akan memberi keuntungan politik kpd pembangkang.

  • ayh_chor
    March 3rd, 2013 at 10:22 PM

    Stetment terbaik…yezzzzzz

  • Mdzza
    March 3rd, 2013 at 11:07 PM

    Dah terang lagi bersuluh…. apa kejadahnya Anwar pergi berjumpa Misauri…PRU nak buat kat Mindanao ke…mesti ada sesuatu yg berkaitan dengan Sabah jugak sebab Anwar tahu Sabah dan Serawak mempunyai kerusi yang banyak dlm PRU,,,, Sabah dan Serawak merupakan lubuk emas kejayaan BN dlm memperolehi kemenangan 2/3 dlm setiap PRU

  • Anonymas
    March 3rd, 2013 at 11:24 PM

    Dulu kesultanan mereka tak pernah peduli pon Sabah ni. Dia anggap tak penting, ‘terlalu ke hujung’ lalu dijual kepada penjajah British. Sekarang Sabah dah maju, mulalah gila talak nak ambil balik. Sudahlah tu, pendatang dari sana pun tak habis-habis curi masuk ke negara kita dan buat macam negara sendiri. Kadang-kadang datang sini culik rakyat Malaysia untuk tebusan.

    Kalau kesultanan Sulu masuk Persekutuan Malaysia sekurang2nya kesultanan mereka diiktiraf, bukan seperti di bawah kerajaan kafir Filipina tu.

  • zak
    March 4th, 2013 at 12:07 AM

    krjaan lmbt lembap membuat tindakan. Perlu ada pemimpin yng berani membuat keputusan bukan setakat berada di lokasi tetapi menunggu mayat yang keluar. Perlu guna segala peralatan, komando terlatih dan teknologi supaya segala tindakan berjaya. Setakat bagi kata dua tetapi tiada tindakan susulan adalah malang bagi seseorang menteri yang di pertangungjawab untuk menangani masalah ini. Sepatutnya isu ini sudah selsai kerana telah berlarutan sekian lama sehingga 7 nyawa melayang. Mungkin Mennteri sekarang tidak ada pengalaman perang jadi agak ketakutan membuat keputusan. Di sana sini kedengaran remai yang tidak berpuas hati cara kjaan bertindak yang terlalu lambat dan lembap. Najib perlu lebih agresif mengarahkan angkatannya bertindak dan next PRU untuk perlantikan menteri kabinet perlu lihat latar belakang dan pengalaman sebagai tentera supaya tindakan yang di ambil lebih berani dan bijak serta cepat memnyelesaikan konflik. Ini beru berhadapan masalah macam ni. Belum lagi masalah yang lebih dasyat melanda negara. Entah pe akan jadi nanti… Ayuh lah wahai pihak atasan jangan terlalu lembap sehingga rakyat mempertikaikan kewibawaan anagkatan tentera kita. Angkatan tentera sedia menunggu arahan tetapi pihak atasan lambat…………….

  • syaa
    March 4th, 2013 at 12:17 AM

    GEDEBE SUNGGUH MEK ESAH NI.GULA GULA PAKATAN HARAM TAK NAK CITER KER..GULA GULA PAKATAN HARAM RAKYAT TAK MERASA LAGI,RAKYAT TERTIPU..

  • bujuk
    March 4th, 2013 at 1:03 AM

    Aku ingat Sultan sulu nak jadi rakyat m’sia sebab ada banyak gula2 yg. mereka boleh dapat. Dari rm5000 setahun baik dia suruh ratusan rakyat dia duduk d m’sia… 1 orang dapat rm500 x 400 orang dah rm20000. Lagi banyak… tak kira dapat diskaun hp, baucer buku dan bantuan sekolah. Nanti mereka boleh mintak bantuan tentera sultan sulu pulak…

  • bujuk
    March 4th, 2013 at 1:09 AM

    kan… ada kena mengena dengan politik. K’jaan sanggup bertolakansur dengan penceroboh demi politik tampa memikirkan nasib anak yatim dan janda anggota polis yg. terkorban. Bukan nak bakar/panaskan…. tapi keselamatan pejuang dan rakyat perlu d utamakan dari politik kepartian.

  • tolong baca ni
    March 4th, 2013 at 2:50 AM

    ❖ PENCERAHAN ISU ‘LAHAD DATU’ ❖
    Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Bukan Tentera…??

    Persoalan Kenapa polis bukan tentera?

    1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

    2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

    3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa Protocol Antarabangsa.

    Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna..

    1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

    2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

    3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

    4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

    Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

    Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

    Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

    Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya sahaja.

    Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

    Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

    Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

    Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom.

    Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu – golongan yang tidak mempunyai sempadan).

    Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

    P/S : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa.

    Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK),
    Attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK).
    UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila.
    Komando PGA dikenali sebgai tiger platoon dari 2 Bn PGA…
    Komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..
    Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18..

    Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.

  • ibnu sahdan
    March 4th, 2013 at 7:13 AM

    Mestilah kene kempen sbb pembangkang kempen nak jatuhkan sabah dgn angkat senjata.kami org islam dan mereka juga islam.kami xleh bunuh saudara seagama kecuali mereka yg mula dulu atas faktor mempertahankan diri.itu sbb rundingan dibuat atas faktor saudara seagama.tetapi mereka main tipu muslihat dgn berpura2 menyerah diri.

  • neutron
    March 4th, 2013 at 7:29 AM

    kah..kah.. Betul tu macha bujuk…. mungkin yang datang Ldatu tu kelam kabut nak claim BRIM, KLIM, IM4U…( ada IC kot..) sampai terbawa sanapang.. kah..kah

  • neutron
    March 4th, 2013 at 7:30 AM

    Ayoo.. Worang UMNOO lagi…kah…kah

    By Queville To

    KOTA KINABALU: Self-proclaimed Sultan of Sulu, Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad, has resigned from Sabah Umno and its Gaya division with immediate effect. Stating that the controversy over his “coronation” had reached a point of no return, he said he had no choice but to leave the one-and-only political party which he had been with for more than two decades, especially after having contributed to its growth and expansion in many ways.

    KOTA KINABALU: Self-proclaimed Sultan of Sulu, Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad, has resigned from Sabah Umno and its Gaya division with immediate effect.

    Stating that the controversy over his “coronation” had reached a point of no return, he said he had no choice but to leave the one-and-only political party which he had been with for more than two decades, especially after having contributed to its growth and expansion in many ways.

    He, however, said that he reserved the absolute right “to fully explain it” (his contribution to Umno) when the right time comes.
    “Hence, there’s no need for anyone to bring the matter concerning my membership in Umno to the supreme council for deliberation and decision,” he said.

    He noted that copies of his resignation letters were submitted to both the Umno headquarters in Kuala Lumpur, as well as in Sabah, today.

    Akjan said the recent series of attacks in the media and police reports lodged against him by certain organisations and individuals in Sabah on his purported “coronation” as the 33rd reigning sultan of the Sulu Sultanate on Feb 2, were politically-motivated and with malicious intent to “assassinate” his character.

    He also regretted that this has subsequently caused his entire family including his children, aged from nine onwards, to be picked up and investigated by the police.

    “I shall reserve my right to take legal action against this group of individuals and organisations,” he said.

    Informed Special Branch

    However, he considered the event a blessing in disguise as it allowed him to see who his true allies and foes are.

    Akjan reiterated that what took place on that particular day at one of his properties in Kampung Likas here, was just a “majlis doa selamat dan kesyukuran” (thanks-giving ceremony), following his acceptance of the offer and mandate from the Sulu interim government to be the 33rd reigning Sultan of Sulu.

    He said that it was not a coronation ceremony as interpreted and “blown out of proportion by certain individuals and groups with political interest”.

    He claimed that prior to the ceremony, he had in fact personally informed and briefed the officer of the Special Branch (SB) of Kota Kinabalu district, of what was going to happen on that day.

    “I even invited him and his officers to attend and to witness the ceremony but they said there was no need to do so since I have briefed them on it,” said.

    Akjan said he had fully briefed the Special Branch chief and his officers during their meeting at the Hyatt Kinabalu Hotel here. Among others, he informed them that he had turned down the offer by the Sulu interim government and relevant senior officials of the Sulu Sultanate thrice, but subsequently gave in to their plea.

    He also swore that he had never lobbied nor was he interested to be the sultan as he fully understands its heavy responsibility, risks and challenges that come with it.

    He explained that he was “shortlisted” and offered the position, following a thorough investigation and examination conducted by senior officials of the Sulu interim government and the palace, which confirmed that he is indeed a direct descendant of the last reigning Sultan of Sulu, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.

    Drop claim against Sabah

    Akjan said that one of the main reasons he accepted the offer was that the Sulu interim government and senior palace officials had agreed to his condition to drop the ongoing claim on Sabah by the sultanate.

    This will be officially made known to the United Nations (UN) and the International Court of Justice (ICJ) in The Hague, Netherlands, he said.

    “This was formally agreed in a written agreement which was signed by me during the thanks-giving ceremony. It was witnessed by more than 60 people, including the prime minister of the Sulu interim government, Datu Albi Ahmad Julkarnain, and various representatives of the Council of Royal Datus, the Royal Houses of Maimbung and Patikul,” he said.

    He also said he accepted the Sulu interim government’s offer to be the sultan because he wanted to restore the Sulu Sultanate’s long-subdued sovereignty.

    Also, he said, “it was partly because of his love for Malaysia since he is a bona fide Malaysian citizen”.

    Akjan said that when the day of his actual coronation comes, he will have no choice but to surrender his Malaysian citizenship. Akjan claims he was born on July 7, 1957 in Kampung Limau-limauan, Kudat.

    He also said that he has only Malaysian citizenship.

    “Let me assert here that I have not gone crazy as what some of my critics have thought. I am fully aware of what I am doing, even if it means I have to sacrifice my Malaysian citizenship and even my life, for my struggle for truth, justice, peace and the betterment of my Muslim brothers and sisters in Malaysia and Sulu,” he said.

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2011/02/22/sulu-sultan-akjan-quits-umno/

  • neutron
    March 4th, 2013 at 7:33 AM

    Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia
    Posted on Monday, March 04 @ 02:13:36 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh teori

    By The Manila Bulletin

    Misuari was in Zamboanga City yesterday for the MNLF leadership meeting, which he said was attended by some 2,000 leaders from across Mindanao to discuss various issues facing the Bangsamoro people.
    When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.

  • ASANO
    March 4th, 2013 at 10:22 AM

    Siapakah sultan sulu yang sebenar? ada lima orang mengaku mereka adalah sultan Sulu. Tapi tidak seorang pun diiktiraf oleh kerajaan Filipina. kalau kerajaan sendiri pun tak iktiraf dan mereka pun tak memerintah mana-mana bahagian di selatan Filipina, macam mana pula mereka boleh istiharkan Sabah sebagai hak mereka. Adakah kerana moyang2 mereka lebih seabad lalu pernah menakluk Sabah, maka Sabah tetap kekal jadi hak mereka? Apa pula hak anak peribumi Sabah sendiri yang juga telah berabad mendiami Sabah? Dan yang pentingnya adakah berjuta-juta rakyat Sabah mahu mereka diperintah pula oleh seorang sultan yang miskin secara mutlak?

  • Topup
    March 4th, 2013 at 11:28 AM

    teringat sultan di negeri pasir berdengung, duk atas tahta tapi bawah pokok !

  • sayap_khali
    March 4th, 2013 at 12:39 PM

    sultan sulu yg aku tau adalah keturunan lanun yg di reject oleh brunei.. mmg celaka diaorg nih.. dalang paling besaq ada dua 1-anwar 2-nur misuari

  • raplahjingaa
    March 4th, 2013 at 12:51 PM

    Elok depa tu daripada tok nenek hang, mai sini bawa viru dari cinnai.

    udah-udah la tu aneee…jenis hang ni tak bawa kebaikan apa-apa pun pada negara, buat peramai jer.

  • raplahjingaa
    March 4th, 2013 at 12:52 PM

    hehe….

  • raplahjingaa
    March 4th, 2013 at 12:56 PM

    Kerana politik laaa..anwar sanggup menjemput mereka janji autonomy sabah pada kesultanan sulu kalau dia menang !!

    Ni laporang Rueters dan CBN..kalau tak betul suruh anwar saman…

  • raplahjingaa
    March 4th, 2013 at 12:59 PM

    hehe…dah jadi macam asoka !! buat persidangan DUN yang tak ikhtiraf sesiapa pun di bawa pokok.

    Lepas tu marah bila orang runtuhkan meja persidangan yang di buat di awa pokok tu…ahahahahahaha

  • nitacsl
    March 5th, 2013 at 12:21 PM

    saya stuju dengan anda

  • Hamba Ar Rahman
    March 5th, 2013 at 2:43 PM

    tahuu takper…setakat dengar ceramah politik pagi petang….tak payahler nak interfere urusan keselamatan negara….

  • Hamba Ar Rahman
    March 5th, 2013 at 2:45 PM

    tahuu takper…setakat dengar ceramah politik pagi petang dan baca blog politik…ada hati nak interfere urusan keselamatan dalam negara…lawak lawak…

  • Hamba Ar Rahman
    March 5th, 2013 at 2:47 PM

    Laaa….orang Umno kaa…awat hang tak kata kerabat2 hang terus….nampaknya banyak info hang dapat…..kerabat hang FBI ngan CIA kaa…

  • lotusafia
    March 5th, 2013 at 9:41 PM

    betul tak bijak tony. pendekatan kerajaan dengan berunding & menyusun stratigi adalah benar & betul. jika tindakkan ketenteraan terus di lakukan akan membawa musibah yg lebih besar kerana aku percaya satu sabah ramai pendatang pilipino & besar kemungkinan rakyat malaysia d sabah akan jadi tebusan d setiap kg & pekan. ada paham. tak bijak sungguh bila mana mengeluarkan perasan marah dari hati yg hitam yg penuh hasad & dengki yg mcm dongki

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.