dukeofmontecristo » Utama

Krisis Air Selangor: Kerajaan BN Rela Disaman Khalid Gagap Demi Rakyat

September 13, 2012   ·   21 Comments

krisis air sngor

Saya benar-benar teruja apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin selamba “jentik telinga” Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, di mana beliau mengumumkan tender terbuka loji Langat 2 bakal dikeluarkan dalam masa terdekat.

Memang kedua-dua pemimpin ini bergelar “Tan Sri”, tapi rasanya sudah tentu ramai yang dapat menilai bahawa Muhyiddin jauh lebih bijak dari Khalid, kalau tidak, takkanlah beliau jadi Timbalan PM, kan?

Bila diumumkan tender pembinaan Langat 2, secara tidak langsung maka Kerajaan Pusat bakal berdepan dengan tindakan saman dari Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor memandangkan Khalid degil tidak mahu meluluskan perintah pembangunan di negeri jajahannya.

Jelas di sini Timbalan Perdana Menteri membuktikan bahawa Kerajaan BN lebih rela disaman demi memastikan keperluan rakyat di sekitar Lembah Klang terjamin dan mendapat bekalan air bersih secukupnya.

Khalid tak sedar-sedar lagi ke bahawa kepentingan bekalan air bersih untuk rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya jauh lebih penting dari ego dan kepentingan politik Pakatan Haram?

Khabarnya, Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier mencadangkan agar Majlis Perbandaran Kajang melalui pejabat tanahnya memfailkan saman sekiranya tender dan projek tersebut diteruskan oleh Kerajaan Pusat.

Saya ingin bertanya kepada Majlis Perbandaran Kajang, apakah mereka sanggup lihat rakyat dan pejabat mereka sendiri tidak mendapat bekalan air?

Dan kemudian mereka saman pula pihak yang mahu membantu untuk memastikan mereka mendapat bekalan air yang mencukupi, wajarkah begitu?

Khalid “Gagap” katanya lagi tidak mahu meluluskan projek Langat 2 selagi penstrukturan semula industri air dijalankan di negeri itu di mana Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor dibenarkan mengambil alih Syabas sepenuhnya.

Untuk menjayakan penstrukturan semula industri air di Selangor, Khalid perlu membeli Syabas dan anak-anak syarikatnya yang sedang menguruskan industri air di negeri pimpinannya itu terlebih dahulu.

Persoalannya, mampukah Khalid melalui Kerajaan Negeri membeli Syabas dan anak-anak syarikatnya yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit itu? Kerajaan negeri pimpinan Khalid itu ada duit ke nak beli?

Rasanya Khalid perlu seluk poket perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor dan cermin diri sendiri dahulu sebelum bercita-cita membeli Syabas dan anak-anak syarikatnya.

Pada saya, Khalid sebenarnya takut kena bayar lebih banyak wang kepada Syabas jika loji Langat 2 dibina nanti. Maklumlah, bila lebih banyak rumah yang guna air, sudah tentu dia terpaksa beri “air percuma” pada rakyat.

Status “air percuma” itu hanya percuma untuk rakyat saja, tapi harga “air percuma” itu perlu dibayar oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor kepada Syabas! Mungkin sebab itu Khalid susah hati dan tak mahu luluskan pembinaan Langat 2…

Sebelum ini Khalid pernah bongkak dengan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri pimpinannya kaya raya dan memiliki wang berbilion ringgit.

Tapi apa yang jelas hutang di UniSel dan KUIS pun tak mampu dilangsaikan sehingga ramai pelajar yang tak boleh masuk asrama. Lepas digadai beberapa bidang tanah milik UniSel maka barulah para pelajar itu boleh masuk asrama. “Kaya” sangatkah begitu?

Apa pun, syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Pusat kerana begitu bertegas dan biar pun menyedari risiko disaman Khalid “Gagap”, projek dan tender Langat 2 tetap dikeluarkan demi kepentingan rakyat di Lembah Klang.

Memang agak berisiko untuk meneruskan projek berkenaan, apatah lagi apabila Kerajaan Pusat terpaksa berdepan dengan ugutan dibawa ke mahkamah. Namun rasanya sebuah mahkamah yang adil pastinya akan memberi kemenangan kepada kepentingan rakyat, bukan ego politik.

By


Readers Comments (21)

  1. TUBIR says:

    Sultan selangor mempunyai bidang kuasa yang tersurat dan tersirat didalam pemerintahan negeri selangor <sultan selangor hanya perlu kata go to logi langat 2.Sultan akan bersama rayaat dan rayaat akan mendaulatkan sultan .
    Pangil khalid mengadap dan bagi pelempang dan arahkan kelulusan pada projek untuk rayaat .Saya rasa kalau kat negeri saya dijohor perkara seperti ini tidak akan terjadi……..Sultan hamba berjiwa rayaat

     Reply
  2. baba says:

    demi ego mereka sanggup buat apa saja,mereka bukan hirau pun pasal rakyat.

     Reply
  3. bujuk says:

    Sultan hanya boleh bercakap apa yg. MB nasihatkan dia bercakap…
    Ini konsep Raja Berpelembagaan.
    Kalau dah terdesak sangat, K’jaan pusat boleh buat logi d N.9. Tapi rakyat tau ni semua politik UMNO untuk ambik untung projek langat2 sebagai modal PRU.
    Sama je.. isu catuan air dulu, bila s’gor nak ambik alih pegurusan air dan2 air cukup.

     Reply
    • raplahjingaa says:

      Bujuk…bujuk, dengar hang kata solat tak tinggal….tapi sayang ianya gagal menjadi perisai untuk hang dari menghamburkan fitnah sana-sini, check balik solat hang bujuk…ada yang tak kena nii…

       Reply
      • bujuk says:

        sendiri mau ingatla… siapa yg. fitnah.

         Reply
        • raplahjingaa says:

          macam aku kata bujuk…check balik solat hang….kot-kot ada yang tak kena, tak salah kita ingat-mengingati.

           Reply
          • zumazore says:

            hati dia sentiasa rasa tak cukup dan hati dia penuh kemarahan. rasanya bujuk ni kena muhasabah diri dia sepenuhnya!

             
          • feeder_killer says:

            Ingat bujuk…. fitnah adalah amalan org FASIK… org FASIK tak boleh jadi wali oooo….

            -pinjam statement hang kejap,bujuk naa…..

             
    • TUBIR says:

      Lihat yang tekini bagaimana sultan johor membatalkan projek dimersing kerana pemaju gagal mematuhi perjanjian ……..serta memberi peringatan yang sangat jelas serta tegas didalam soal yang mempunyai kepentingan rayaat serta negeri .Walaupun kita mengamalkan raja berperlembagaan akan tetapi raja mempunyai kuasa yang amat luas serta tertinggi disesebuah jajahan takluknya .Raja adalah tuan punya kepada segala yang berada didalam jajahan takluknya sebab itulah raja merupakan pemerintah bagi negeri tersebut dan menteri besar cuma diberi kuasa mentadbirurus perjalanan pemerintahan dan bukan tuan punya negeri tersebut.Sebagai menteri besar beliau cuma boleh memberi nasihat kepada raja …..terpulanglah kepada raja untuk mengikut atau menolak nasihat tersebut .Seorang raja yang peka ,beliau tahu apa yang terjadi didalam negeri dan rayaat yang bernaung dibawah payung bahginda .Itulah fungsi raja dan rayaatnya .Walaupun begitu raja tetap tertakluk dibawah undang undang dan boleh dibicarakan dimahkamah khas .

       Reply
      • bujuk says:

        Aaaa…. tapi ada satu hal d kementerian pertahanan yg. tuanku sebut iaitu RIV yg. baginda beli rm150 k, tapi kementerian beli rm650k. kalau lain spek pun takkan lebih 3x ganda.

         Reply
        • raplahjingaa says:

          Kalau tuanku dah sebut…elok la MACC siasat..aku pun sokong ! dah terlanjur ni, aku rasa MACC patut jugak siasat pembelian compactor sampak kah selangor..50 buah, harga kat 50 juta, madi in China, dan yang aku rasa pelik sikit…model tu dah tak di kelurakan lagi di china….hmmmm, besi buruk mana yang tony pi beli niii

           Reply
          • raplahjingaa says:

            correction harga 15 juta

             
          • bujuk says:

            nanti MACC jawab takda laporan… jawapan standard. Takkan Zahid nak buat laporan pulak..

             
        • TUBIR says:

          Bujuk spec kementrian pertahanan berlainan dengan yg bahginda sebutkan tu walaupun namanya sama .ianya sama juga dengan spec barangan untuk kegunaan keretapi.Walaupun barangan yang sama ,sebagai contoh radio dua hala dari jenama motorola untuk kegunaan biasa berharga RM 5000 akan tetapi untuk kegunaan pertahanan Mungkin berharga RM17000 walaupun dari model yang sama yg berbezanya cuma spec M untuk kegunaan askar atau pertahanan,perbezaan ini disebabkan ciri ciri rekabentuk serta komponent didalamnya banyak lagi jika nak diterangkan .bukan semudah abc tau .

           Reply
          • bujuk says:

            patut2 la nak bohong pun, takkan baginda tuanku main cakap macam korang sembang kat mykmu. mesti dia ada sumber maklumat.. kalau tidak tek perlu dia jadi ketua turus angkatan tentera.

             
  4. Moohyideeeeen says:

    PR suruh upgrade empangan yg sedia ada, tapi BN nak empangan baru (yang kos nya jauh lebih tinggi dari upgrade), lepas tu nak ambik air dari pahang pulak.

    UMNO nak projek, dah tak der duit untuk election.

     Reply
    • StinGray says:

      Buat Loji air terawat dgn empangan pun tak tau nak beza….bodoh sesangat sekoq ni…

       Reply
      • raplahjingaa says:

        hehe….

         Reply
        • tengkudin says:

          nak watcamne…pakatan rakyat memang bodo…soh depa minum air lombong je..toksah guna air yang dah dirawat oleh syabas..hehehe

          melantun lantun bodo pakatan rakyat ni..

           Reply
          • syaa says:

            puak pakatan haram memang bodoh.loji rawatan dgn empangan pun tak tau nak bezakan.yang depa pandai menipu dan buat fitnah jer.

             
          • syaa says:

            ya ALLAH ya tuhan,kenapalah pembangkang di Malaysia ni bodoh bodoh sangat.kan lebih baik kalau mereka dijadikan orang utan saja.aman Malaysia.

             





Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh myKMU Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters