“Awalkan Vaksinasi Elak Musim Tengkujuh” – Wan Rosdy
“Awalkan vaksinasi untuk elak masalah musim tengkujuh”, demikian kata Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditemui.
Wan Rosdy turut memberitahu sebanyak 440,000 bekalan vaksin akan diberikan kepada Pahang pada bulan hadapan.
Menteri Besar Pahang berpendapat, pemberian vaksin awal sekitar September dan Oktober akan boleh mengelakkan masalah timbul apabila tiba musim tengkujuh kelak.
Beliau juga telah berbincang dengan Menteri berkenaan mengenai vaksin untuk Pahang.
Dalam pada itu, Wan Rosdy berpuashati dengan komitmen JAKOA Pahang.
JAKOA berterusan memberi penerangan kepada masyarakat Orang Asli Pahang mengenai kepentingan vaksin.
Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Kerajaan Pahang berbentuk Peranti Digital kepada pelajar SPM2021 bagi memudahkan pembelajaran PdPR.
Pahang Sumbang Peranti Digital Kepada Pelajar SPM2021
Artikel menarik
- “Jangan Alih Tiang Gol” – Azalina
- Konflik Dalaman PPBM?
- Tengku Razaliegh Bersuara
- AGONG Bertitah
- Sembah Derhaka?