Menu Utama

Rencana

Memahami – Antara Fakta, Tomahan dan Tuduhan

Setiap hari dan setiap masa ramai kita melayari Internet dan blog dan membaca apa yang ditulis dalam blog terutama dalam blog politik.
Kebanyakan apa yang ditulis dalam blog politik adalah cerita terhadap ahli politik, pemimpin politik, tentang parti politik. Kebanyakan cerita atau berita adalah persepsi sahaja, cerita agak-agak sahaja, cerita tuduh-menuduh, cerita yang tidak disahkan kebenarannya. Cerita seperti itu adalah cerita yang tidak membena – membena masyarakat, bangsa kea rah yang baik, yang memajukan diri kita, bangsa, komuniti dan masyarakat. Ia juga tidak memajukan taraf kita berpolitik, berdemokerasi dan cara memilih pemimpin untuk menubuh dan mentadbir kerajaan.
Seruan PM kita Dato Seri Najib Razak supaya generasi muda sekarang berhati-hati serta memahami tujuan sesuatu cerita dalam laman web, blog dll media seperti yang dilapurkan di Utusan Malaysia di bawah amatlah penting.
————————————————————————————————————————————————————————
Generasi muda perlu dilatih kemahiran berfikir – PM
SHAH ALAM 7 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, generasi muda perlu dilatih agar mempunyai kemahiran berfikir secara mendalam bagi memastikan mereka dapat membezakan antara fakta sebenar dengan persepsi tidak berasas seperti yang tersebar dalam Internet dan media sosial.
Katanya, kemahiran berfikir amat perlu bagi menghadapi cabaran abad ke-21 yang begitu berbeza dan tidak cukup dengan mempunyai kelulusan akademik semata-mata.
“Dulu orang buat surat layang, letih hendak buat, tetapi saya tidak tahu bagaimana kerana saya tidak pernah buat. Sekarang tujuannya sama iaitu untuk menyerang seseorang dengan menggunakan Internet dan media sosial.
“Sebab itu kita kena latih generasi muda berfikir secara mendalam supaya tahu membezakan antara persepsi tanpa asas dan kebenaran sebenar,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pemikir Muda di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Kira-kira 5,000 peserta membabitkan generasi muda dari seluruh negara hadir pada konvensyen tersebut.
Perdana Menteri berkata, negara ini tidak memerlukan pemimpin yang hanya pandai bermuka-muka dan berlakon serta mempunyai kemahiran berucap tetapi tiada keberanian untuk bersumpah bagi mempertahankan diri sendiri.
Sebaliknya, beliau berkata, pemimpin berkenaan hanya pandai mendakwa sesuatu yang berlaku ke atas dirinya adalah konspirasi politik.

Threesome