Berpeluang untuk hadir ke PWTC hari ini, penulis mendapati wujud persoalan mengapa tema untuk tahun ini, terutamanya pada hari perasmian (hari ini) mengenakan baju biru, sekaligus mendatang janggal kepada mereka. Merah dan putih, itulah tema yang sangat sinonim dengan perhimpunan agung UMNO saban tahun, maka tidak hairanlah jika transformasi BIRU telah mendatang persoalan. Orang Melayu, santunnya melewati sempadan, apatah lagi dalam soal memuliakan tetamu. Jika dilihat pagi tadi, tetamu-tetamu yang hadir merupakan dari kalangan pimpinan parti komponen Barisan Nasional. Mungkin sahaja tema BIRU itu tidak sekadar mengejutkan perwakilan, malah juga tetamu-tetamu yang hadir. Namun kejutan itulah yang menciptakan rasa kebersamaan, sekaligus membuatkan rasaBaca Lagi