Welcome to
| Home | Daftar / Login | Forum | KMU Chat | Hantar Artikel | Arkib | EMail | Tadbir
EDITORIAL: Mengapa Perdana Menteri Tidak Wajar Melantik Zaki Zahid
Posted on Wednesday, November 11 @ 23:07:46 MYT
Topic: Utama

Ketika saya menulis mempertahankan tindakan Datuk Seri Najib menggunakan kuasa beliau untuk melantik Omar Ong sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Petronas, ia bukan kerana saya menyukainya. Sebaliknya ia merupakan hak Perdana Menteri yang tidak sepatutnya dibantah oleh CEO Petronas dengan alasan kebudak-budakan.

Selain itu, berbeza dengan pandangan umum politik, Omar Ong bukan "budak KJ" dan "ethos consultan" seperti yang diuar-uarkan oleh kumpulan tertentu. Kesetiaan Omar Ong adalah kepada Najib Tun Razak. Omar berhenti dari Pejabat Najib dan menyertai Ethos dengan pelbagai cerita-cerita kononnya Omar Ong menjadi "spy" KJ dalam pejabat Najib.

Sebaliknya Omar Ong adalah mata-mata Najib dalam kumpulan KJ. Omar menyalurkan pelbagai perbincangan strategi politik KJ dan Tingkat 4 kepada Najib. Dalam masa yang sama Omar membocorkan beberapa strtaegi politik kepada KJ (dengan kebenaran  Najib) untuk memalsukan kesetiaan beliau kepada KJ.

Sebab itu, Najib berjaya melakukan "checkmate" ke atas Pak Lah dan KJ di saat-saat terakhir sebelum bermulanya Mesyuarat UMNO Bahagian pada tahun lalu. Semuanya kerana kesetiaan Omar Ong kepada Najib.

Siapa pula Zaki Zahid? Zaki zahid merupakan sekutu rapat KJ yang sekarang juga sudah meninggalkan KJ untuk mencari ruang survival sendiri dalam politik UMNO. Seperti mana Reezal Merican yang sedang mencari jalan untuk rapat dengan Najib, demikian juga Zaki.

Usaha melantik Zaki sebagai CEO MRCB bukan datang dari Pejabat Perdana Menteri mahu pun Timbalan Perdana Menteri. Sebaliknya ia cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengawal selia Goverment Link Company (GLC).

Sudah tentu bila cadangan tersebut datang dari orang yang menjadi kepercayaan dua Perdana Menteri sebelum ini maka Najib perlu menimbangkannya dengan serius.

Khabarnya surat perlantikan telah dibuat dan berada di atas meja Perdana Menteri untuk ditandatangani.

Saya berharap sebelum Perdana Menteri menandatangan surat tersebut beliau perlu menimbang beberapa perkara yang boleh memberi kesan tidak elok untuk pentadbirannya.

Pertamanya, perlantikan Ahmad Zaki Zahid akan menimbulkan kemarahan ramai ahli UMNO (kecuali perwakilan G2 Pemuda UMNO 2009) termasuk Ketua-ketua UMNO Bahagian yang merasai penangan Zaki semasa Pak Lah memerintah dahulu.

Kemarahan ini jika tidak dibendung boleh mewujudkan keadaan yang tidak stabil dalam parti dan akan mengulangi suasana semasa kepimpinan Pak Lah lalu.

Keduanya, perlantikan ini akan mewujudkan satu konflik dengan Tun Dr. Mahathir yang benar-benar "bengang" dengan tindak-tanduk tingkat 4 suatu ketika dahulu. Perlukan Najib mengorbankan hubungan baiknya dengan Tun hanya kerana Zaki zahid?

Ketiga, Najib juga akan menambah perasaan marah kebanyakan pejuang siber UMNO yang masih tidak dapat menerima tindak-tanduk Zaki semasa menjadi Ketua Unit Polisi Perdana Menteri.

Keempat, bolehkah orang yang mengaut kekayaan sebagai pegawai kerajaan diamanahkan menjadi CEO sebuah GLC bertaraf konglomerat? Jika benar cakap-cakap politik, maka Zaki mungkin satu-satunya pegawai kerajaan yang mampu memakai kereta Bentley hasil mengikat perut dan berjimat cermat dari gajinya yang tidak sampai RM 10 ribu sebulan.

Kelima, Apakah perasaan ramai orang yang berusaha menukar kepimpinan Pak Lah kepada Datuk Seri Najib apabila melihat orang seperti Zaki, yang menjadi sebahagian masalah pentadbiran negara dan parti semasa Pak Lah, akhirnya dianugerahkan jawatan?

Keenam, bolehkah dipercayai orang secara sendirian membuat manifesto BN 2008 dengan sebahagiannya menciplak Manifesto zaman Tun Hussien Onn mengendalikan konglomerat sebesar MRCB?

Difahamkan Zaki sungguhpun membuat sendiri manifesto 2008 tetapi mendakwa dibuat oleh konsultan luar negara dan bayaran yang agak besar telah dibayar oleh BN.

Memang kita mengalu-alukan usaha kerajaan untuk meletakkan sekumpulan anak muda baru dalam GLC bagi memberi idea dan nafas baru. Namun biarlah perlantikan tersebut boleh memberi justifikasi yang baik kepada imej Perdana Menteri, Kerajaan dan parti bukannya memberi lebih banyak masalah.

Akhirnya, sungguhpun Datuk Seri Najib mungkin mahu menjaga semua orang dalam parti termasuk orang-orang Pak Lah, namun memberi jawatan sebesar itu kepada Zaki tidak akan menstabilkan parti, apatah lagi menenangkan hati-hati mereka yang mempertaruhkan masa depan, kedudukan, keselamatan dan kewangan untuk menentang tindak tanduk kumpulan ini sebelum ini.

Sebahagian kami mungkin tidak menentang perlantikan ini seperti mana ketika Pak Lah kerana percaya parti perlukan kestabilan dan kekuatan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Namun tidak mustahil sedikit demi sedikit sokongan dan kesetiaan kepada kepimpinan dan parti akan terhakis. Jangan nanti ramai yang pernah berjuang membetulkan UMNO dan negara sehingga menaikkan Datuk Seri Najib menjadi kecewa dan berundur meninggalkan perjuangan UMNO ini kepada mereka seperti yang akan dilantik sebagai CEO MRCB. 

Ramai yang masih bersikap apolegetik dengan tindak tanduk YAB Perdana Menteri. Namun ini mungkin tidak kekal lama jika kesabaran dan kesetiaan terus dicabar dan tampak seperti mahu terus disiat-siatkan.


 
Related Links
· Jalil
· More about Utama
· News by kuntakinte


Most read story about Utama:
Scenic Bridge: Tun Mahathir's Response To GOV Statement


Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Printer Friendly


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Mengapa Perdana Menteri Tidak Wajar Melantik Zaki Zahid (Score: 1)
by rhg (UMNO@UMNO.UMNO) on Saturday, November 14 @ 01:39:21 MYT
(User Info | Send a Message)
var NetworkID = 1; var AdSpotID = "363108"; <a href="http://ads.admaxasia.com/servlet/ajrotator/363108/0/cc?z=admaxasia2"><img src="http://ads.admaxasia.com/servlet/ajrotator/363108/0/vc?z=admaxasia2&dim=280659&abr=$imginiframe" width="120" height="600" border="0"></a> <a href="http://ad.doubleclick.net/jump/biz.thestar.com.my/news/story;tile=3;sz=120x600;ord=397182644?" target="_blank" ><img src="http://ad.doubleclick.net/ad/biz.thestar.com.my/news/story;tile=3;sz=120x600;ord=397182644?" border="0" alt="" /></a>
Thursday November 12, 2009 Razeek tipped to take over as MRCB MD
PETALING JAYA: Malaysian Resources Corp Bhd chief operating officer (COO) Mohamed Razeek Hussain is likely to succeed Shahril Ridza Ridzuan as managing director when the latter assumes the position of chief investment officer of the Employees Provident Fund. According to sources, the MRCB board will make a decision on the matter soon.
Mohamed Razeek Hussain
“The group already has a succession plan in place. Razeek, as COO, is a highly likely candidate to take over the top position in MRCB,” said a source. It was reported in StarBiz yesterday that MRCB executive director Datuk Ahmad Zaki Zahid was speculated to take over the helm of the property and construction group. However, sources said that while he would be given more responsibilities in MRCB and may be groomed to lead the group in future, the plan as it stood now was to pass the baton to Razeek. Razeek began his career in an engineering consultant firm in London in the early 1980s and returned to join an engineering consulting firm in Kuala Lumpur. He has over 20 years of experience in property development projects, having worked for Sime UEP Bhd, Land & General group and E&O Property Development Bhd. In recent weeks, MRCB has been in the news. It recently subscribed to a 70% stake in Yes 88 Pty Ltd for A$6.6mil (RM20mil). Yes 88 owns a 1.24-acre site 15km from Melbourne City Centre, Australia. The planned development is for two four-storey residential properties with a total gross development value of A$54.8mil (RM170mil). RHB Research believes the execution risk of the project is manageable, given that the project is the brainchild of MRCB’s partners in the project. The remaining 30% in Yes 88 is held by Malaysian entrepreneurs Choong Kai Wai, Tam Cheok Wing and Chang Chai Kin. Meanwhile, the RM20mil investment will increase MRCB’s net debt and gearing of RM714.2mil and 1.1 times as at June 30, 2009 to RM734.2mil and 1.13 times. RHB Research is mildly positive on this latest venture. “Assuming a profit before tax (PBT) margin of 20%, MRCB’s share of PBT from the venture is projected at RM23.8mil over the project period,” it said. RHB Research maintained its forecasts that MRCB will register property turnover and operating earnings of about RM230mil and RM42mil per annum in its financial years (FY) 2010 and 2011. This would be underpinned by recurring sales at its existing projects, particularly KL Sentral, as well as contributions from new property ventures. The research house added, however, that MRCB had a new irresistible angle on its property business, which is the possibility of bagging two prime federal land parcels in Kuala Lumpur – 150 acres in Jalan Cochrane near the city centre; and 20 to 30 acres in Jalan Ampang Hilir near the Jalan U-Thant area. “We estimate that the land parcels could enhance MRCB’s valuation by RM624mil or 69 sen per share,” said RHB Research.ALHAMDULILLAH.Harap jadi kenyataan la.



Re: Mengapa Perdana Menteri Tidak Wajar Melantik Zaki Zahid (Score: 1)
by jalanitu on Friday, November 13 @ 17:16:21 MYT
(User Info | Send a Message)
merosakkan negara sahaja jika benar apa yg telah, sedang berlaku..macam ni lah susahlah, jika orang orang politik dah anggap malaysia ni kerajaan anak bapak mereka punya.orang orang melayu ramai perasan macam macam bagus. 



Re: Mengapa Perdana Menteri Tidak Wajar Melantik Zaki Zahid (Score: 1)
by siraplengkong on Thursday, November 12 @ 16:22:43 MYT
(User Info | Send a Message)
Itu kuasa mutlak perdana menteri, kenapa nak dipersoalkan ... kalau tak suka masuk pembangkang la



Re: Mengapa Perdana Menteri Tidak Wajar Melantik Zaki Zahid (Score: 1)
by jatidiri on Thursday, November 12 @ 12:59:34 MYT
(User Info | Send a Message)
boleh bagi kpd siapa saja...yg penting ialah kepakaran dan kesetiaan.....jgn bagi kpd yg suka bermuka-muka...kalau dulu bermuka-muka dgn pak lah skrg ngan najib pula, ini org cari makan saja namanya....kerja tak ikhlas....hidup nak senang dgn jadi pelobi



Re: Mengapa Perdana Menteri Tidak Wajar Melantik Zaki Zahid (Score: 1)
by hotlink on Thursday, November 12 @ 07:54:49 MYT
(User Info | Send a Message)
aku nak lari tajuk sikit..mintak maaf.

demi kebaikan kmu,web master harus buat laman ni balik macam 2003-2004..meriah dan sentiasa ade tajuk baru yg.diposting oleh ahli.

sekarang ni boring.lambat update..cerita sentiasa high end. kita kekadang perlu tengok macamana 'tranungkita' punya format..sentiasa hangat dan meriah.

sekarang aku lebih selesa ngan tranungkita..boleh debat direc dan sentiasa dibalas..KMU? semakin malap..



Re: Mengapa Perdana Menteri Tidak Wajar Melantik Zaki Zahid (Score: 1)
by serling (serling@yahoo.com) on Wednesday, November 11 @ 23:49:07 MYT
(User Info | Send a Message)
Belum setahun ambilalih

UMNO jurus arah pulih

Wajar DS najib memilih

Silap tindak tersembelih


Pengalaman pak lah lalui

Terbilang 2004 dikagumi

Angkara punahsihat aksi

Nyaris 2008 BN kebumi


Pemutus DS najib punya

Selidiki setiap hujah kata

Pada Zaki Zahid dicuriga

Nasi jadi bubur, usah pinta




Re: Mengapa Perdana Menteri Tidak Wajar Melantik Zaki Zahid (Score: 1)
by Randomsee (AkuBenCiPASbaruaKImakNatebabiHaram@kmu.net.my) on Wednesday, November 11 @ 23:54:55 MYT
(User Info | Send a Message)
DSN patut buat rombakan kabinet ....buang mana yang tak patut, banyak masalah mengekal kabinet yang ada..semua berkepentingan dan  tak setia pada DSN



Re: Mengapa Perdana Menteri Tidak Wajar Melantik Zaki Zahid (Score: 1)
by rhg (UMNO@UMNO.UMNO) on Wednesday, November 11 @ 23:31:18 MYT
(User Info | Send a Message)
Sekiranya DS Najib meluluskan jawatan CEO MRCB kepada zaki nescaya, DS Najib cuba menjerut leher sendiri.
Hanya kerana ia dicadangkan oleh Nor M Yakcop, DSN perlu menerimanya. Kuasa mutlak terletak di tangan DSN. Diharap DSN tidak akan menghampakan ahli2 Umno yang setia selama ini dan bertungkus lumus membaiki imej Umno yang rosak teruk akibatkepimpinan terdahulu.
Kita harap DSN tidak akan tersilap langkah dikala kita perlu menumpukan usaha kita untuk melawan parti pembangkang.Umno tidak boleh bergolak lagi kerana sekiranya ia berlaku maka bersiap sedialah Umno untuk menjadi pembangkang selepas PRU kelak.


Tetamu di talian

Online Now:
01: maraoman     02: donaldaqu     03: alexo     04: ajakq     05: cranell     06: tunmaharezzax     07: megat1204    

Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh
MYKMU NET Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest



PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.16 Seconds