Welcome to
| Home | Daftar / Login | Forum | KMU Chat | Hantar Artikel | Arkib | EMail | Tadbir
PAS Hanya Aman Menunggu Gelora
Contributed by citrawaras on Monday, November 09 @ 13:33:44 MYT
Topic: Utama

Dalam ucaptama Seminar PAS, Presiden Dato’ Haji Hadi Awang menjelaskan tidak akan ada lagi sebarang rancangan atau usaha untuk bekerjasama dan bergabung membina kerajaan dengan UMNO.

Kata Hadi, PAS akan memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP. Objektif PAS untuk pilihanraya umum ke 13 adalah untuk mengekalkan kerusi-kerusi yang telah dimenangi. Turut dinyatakan adalah komitmen PAS kepada perjuangan asal untuk membina kerajaan negara Islam akan kekal. 

Bagi yang merasakan ucapan Hadi boleh mencapai hasrat yang dinyatakan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS agar PAS menjadi pengganti kepada UMNO, pendapat itu hanya impian belaka.

Hala tuju PAS sebenarnya mengelirukan. Seminar PAS tidak mencapai apa yang dihasratkan akarumbi dan aktivis PAS. Keadaan dalaman PAS tidak akan menjadi aman tetapi bertambah celaru dan gelora. Konflik ideologi antara PAS dengan PKR/DAP akan tetap berterusan.

Dengan hanya cita-cita untuk mengekalkan kerusi yang ada, Hadi mengesahkan PAS tidak akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Dengan demikian bagaimana PAS berupaya menggantikan UMNO yang merupakan tulang belakang dan penentu hala tuju Barisan Nasional?

Tentu sekali, PAS tidak berupaya menjadi suara dan kuasa yang mewakili Islam dan Melayu jika terpaksa menurut dan akur kepada keputusan kesepakatan dengan PKR dan DAP.

Jika demikian, Hadi hanya berretorik dan mengelamun di siang hari untuk menyatakan PAS akan kekal dengan objektif asal untuk membangunkan negara Islam.

Ideologi PKR nampaknya adalah liberal kebaratan. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PKR terdiri dari latarbelakang yang berbeza-beza hingga ada potensi konflik. DAP yang berpaksi kepada slogan “Malaysian Malaysia: Sama rata sama rasa” lebih hampir kepada ideologi PKR.

Kedua-dua rakan PAS ini tidak mempersetujui gagasan negara Islam yang diunjurkan PAS.

Dalam PAS pun sebenarnya sudah ada perubahan sikap mengenai negara Islam. Bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Muhammad Nizar sendiri ketika dipersoalkan kenapa Pas meninggalkan gagasan negara Islam di sidang Dewan Undangan Negeri Perak pernah mencabar UMNO buktikan di mana dalam perlembagaan PAS tertulis perjuangan untuk negara Islam.

Malahan Hadi sendiri, selepas persetujuan persepakatan Pakatan Rakyat, pernah menyatakan bahawa negara Islam hanya istilah dan menekankan semangat disebalik negara Islam.

Lim Kit Siang tidak menjawab komen Hadi mengenai negara Islam tetapi hanya menyatakan kelegaan mendengar komitmen PAS kepada Pakatan Rakyat.

Kewujudan jentera PAS dalam Pakatan Rakyat penting untuk PKR dan DAP tetapi ide mereka untuk hala tuju Pakatan Rakyat tidak dikehendaki sangat. Petunjuknya adalah kecaman yang diajukan kepada Dato Dr Hasan Ali setiap kali beliau bersuara untuk isu-isu yang membabitkan orang Islam.

Walaupun Hadi menjadi sasaran kritikan keras sebelum Seminar oleh ahli panel Seminar, Dr Aziz Bari yang dipercayai suara Anwar Ibrahim, sokongan kepada Hadi dari fraksi ulamak masih kuat.

Kedudukannya begitu utuh hingga mudah untuknya menyatakan tidak akan undur diri. Malah Nik Aziz pun turut disindir oleh ahli panel Seminar dan perwakilan sekutunya. Ini pasti telah memutikkan dendam di kalangan pihak yang tidak berjaya. 

Di penghujung Seminar PAS Sabtu lepas, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru jemaaah PAS rapatkan barisan dan bersatu untuk merancang pelan kemenangan untuk PRU13. 

Rancangan Salahuddin untuk mengadakan think tank hanya melibatkan pihak atasan. Masaalah yang timbul hingga perlu diadakan Seminar kini merebak ke akarumbi dan bakal menimbulkan pertembungan antara fraksi.

Pertembungan diantara pemimpin-pemimpin berfraksi kepada kumpulan-lumpulan yang dikatakan pro-Pakatan Rakyat dan pro-Kerajaan Perpaduan. Penglibatan pengaruh luar, perbezaan ideologi, dan peranan personaliti bakal merumitkan keadaan dalaman PAS.

Tidak boleh dinafikan bahawa personaliti-personaliti yang dikatakan pro-Pakatan Rakyat adalah mereka-mereka yang rapat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim. Antara mereka yang dimaksudkan adalah Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad dan Nizar.

Sedikit demi sedikit, mereka ini sudah mula condong untuk memeluk pendekatan liberal serta pragmatik dari segi politik  yang didendangkan Anwar dan PKR. Ini bercanggah dengan pendekatan tradisi PAS yang  lebih konservatif.

Fraksi ulamak dalam PAS masih berpengaruh dikalangan  akar umbi. Mereka kurang senang dengan campurtangan Anwar Ibrahim dalam PAS. Sebahagian besar undi kepada Mat Sabu dan Nasharuddin adalah undi yang menentang campurtangan tersebut. 

Dalam isu kerajaan perpaduan dengan UMNO, fraksi ulamak mempunyai pendirian berbeza-beza. Ada yang menyokong gagasan penyatuan ummah.

Manakala, ada pihak yang menentang. Mereka seperti Dato Ahmad Awang berdendam dengan kerajaan BN yang lepas. Segolongan lagi serik untuk cuba sekali lagi, terutama beberapa golongan lama seperti Nik Aziz yang mengharungi zaman bersama dengan UMNO dalam Barian Nasional.

Sokongan Nik Aziz kepada kumpulan Erdogan yang telah memberikan tenaga dan pengaruh kepada kumpulan yang lebih liberal ini. Kajian Dr Hasan dari Zentrum Studies, University Malaya mengenai kurangnya kecenderungan orang muda kepada PAS memberi kekekuatan hujah kepada pihak Erdogan.

Disebaliknya, tidak semua dari kumpulan Erdogan cenderung kepada ideologi liberal yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Husam umpanya adalah lebih merupakan seorang aktivis dan ahli politik dari seorang pelopor idelogis. Gandingan dengan Anwar hanya lebih untuk memperkukuhkan kedudukan politiknya.

Pemimpin seperti Husam mempunyai sokongan akarumbi dalam PAS dan dilihat sebagai berpotensi untuk kepimpinan pusat. Dia merupakan tunjang harapan kumpulan Erdogan.

Di dalam aspek ini dilihat kelemahan fraksi ulamak. Pemimpin fraksi mereka seperti Nasharuddin, dan Dr Hasan Ali tidak berapa popular di kalangan akarumbi.

Kekuatan faksi ini terletak kepada Haji Hadi yang mewakili kumpulan konservatif dalam PAS. Itu Hadi menjadi sasaran untuk dilemahkan oleh kumpulan Erdogan. 

Walaupun serangan kepada pucuk kepimpinan dapat dipintas mudah dengan sokongan pro-ulama dalam PAS, kumpulan Erdogan tidak kalah habis. Mereka berjaya mengetuk gendang perang untuk didengari akarumbi dan aktivis PAS yang menyebelahi mereka.  

Satu lagi elemen penting dalam pertembungan dalaman PAS ini adalah elemen kenegeriaan. Elemen ini tidak difahami ramai tetapi wujud perbezaan ciri-ciri antara PAS negeri. 

Persaingan PAS dan UMNO di Kelantan lebih berupa pertembungan kelas. Akarumbi PAS adalah dari golongan kelas ekonomi rendah. Faktor ugama bukan merupakan faktor utama.

Ini berlainan dengan PAS Kedah yang merupakan tuan punya tanah dan penghayatan kepada perjuangan Islam mendapat lebih keutamaan. 

Sementara ciri PAS Terengganu adalah konservatisma ugama mereka. Mereka pula agak lemah dari segi pentadbiran dan merupakan penyebab utama kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan 2008.

Pada pemilihan PAS baru-baru ini, PAS Kelantan dengan Husam sebagai pembawa bendera mengalami prestasi yang buruk sekali dengan hanya Kamaruddin Jaafar yang mendapat tempat dalam AJK Pas Pusat. Tentu sekali, PAS Kelantan yang merasakan negeri mereka menjadi asas batu loncatan untuk PAS akan kembali menuntut tempat.

Fakta-fakta yang dibincangkan ini semua menunjukkan ke arah PAS yang akan berhadapan dengan krisis politik dalaman dari hala tuju mereka yang tidak jelas. Tidak hairan jika PAs akan berhadpaan dengan krisis dalaman yang berlaku seperti pada tahun 1982.   

Sebenarnya PAS yang konservatif lebih sesuai berada dalam Barisan Nasional dan PKR dan DAP adalah lebih sesuai sesama mereka dari segi ideologi. Kehadhiran PAS hanya merumitkan keseragaman ideologi dan agenda Pakatan Rakyat.

Selagi perbezaan antara PAS dan PKR/DAP tidak dapat diselesaikan, PAS dan PKR/DAP akan berhadapan dengan konflik yang berpanjangan. Ini antara sebab Anwar cuba mempengaruhi politik dalaman PAS.

Hanya satu kompromi meyerupai penubuhan Barisan Nasional saja yang boleh menyelamatkan keadaan. Masaalahnya ego politik masing-masing tidak akan mahu memperakui formula BN sebagai yang terbaik. 

Selagi mereka terus hilang dalam buaian mimpi retorik, PAS dan PKR/DAP akan terus berkonflik. PAS pula akan terus berkonflik disebabkan percubaan Anwar untuk mempengaruhi melalui ejen-ejennya.  


 
Related Links
· Jalil
· More about Utama
· News by tengkudin


Most read story about Utama:
Scenic Bridge: Tun Mahathir's Response To GOV Statement


Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Printer Friendly


Associated Topics

Utama

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: PAS Hanya Aman Menunggu Gelora (Score: 1)
by tebuhitam on Monday, November 09 @ 17:04:14 MYT
(User Info | Send a Message)
Pas takkan aman dari GELORA selagi tak keluar daripada PR dan niks arjist tak letak jawatan.
Inilah antara perkara yg amat penting utk di fikirkan dan di buat.
Jika tak sampai kiamat pun Pas akan terus bergelora atau Pas akan pupus mcm Semangat 46.



Re: PAS Hanya Aman Menunggu Gelora (Score: 1)
by SeniorCitizen (mayAllahBlessMahathir@MalaysiaBoleh.com) on Monday, November 09 @ 15:16:42 MYT
(User Info | Send a Message)
hahahha parti talak tiga mahu tubuh think tank? muakakaka tubuh tangki air lagi bagus.



Re: PAS Hanya Aman Menunggu Gelora (Score: 1)
by hotlink on Monday, November 09 @ 13:58:40 MYT
(User Info | Send a Message)
Pas cabar umno tunjukkan mana ada dalam perlembagaan pas untuk ujud negara Islam...kah..kah..kah...cabaran itu patut jadi sebab utama penganut pas keluar beramai-ramai dan masuk umno..Pasal selama ini slogan 'islam' pas hanya tipu belaka..Penipuan untuk dapat kuasa.

Salahudin ayob adalah anak jati Johor..aku ade dengar pas bersiap untuk ambil alih Johor melalui program 'tawan'...kah..kah..cermin diri dulu..Aku cabar kau jadi calon di Johor pada PRU13 nanti..

bagi aku pas hanya jual agama untuk dapat kuasa dunia..sampai sekarang tak ade sorang bapok pas yg.menjawab 'over my dead body' karpal singh tentang nak ujud negara islam..Bila lim kit siang kata pakatan berpotensi bubar jika pas nak ujud negara islam,,pemimpin pas dengan segera kata ' negara islam hanya akan terlaksana jika dapat persetujuan DAP dan PKR'....Lu pikir lah sendiri..


Tetamu di talian

Online Now:
01: maraoman     02: donaldaqu     03: alexo     04: ajakq     05: cranell     06: tunmaharezzax     07: megat1204    

Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh
MYKMU NET Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest



PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.16 Seconds