Welcome to
| Home | Daftar / Login | Forum | KMU Chat | Hantar Artikel | Arkib | EMail | Tadbir
Saudara Anwar, Sila Pertahankan Diri di Mahkamah
Posted on Thursday, June 25 @ 02:36:40 MYT
Topic: Utama

Catatan Editorial

Jika kita melihat tingkah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para peguamnya sejak sebulan lalu maka pasti akan menimbulkan tanda tanya kepada ramai rakyat yang berfikiran terbuka, bebas dan menghormati undang-undang.

Para peguamnya berusaha menimbulkan keraguan sebelum perbicaraan. Malahan lebih jauh mereka mahukan pertuduhan jenayah ini digugurkan. Anwar adalah satu-satunya tertuduh yang bebas berkata apa-apa tanpa menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Anwar tidak boleh menolak hakikat bahawa ada satu laporan jenayah ke atas beliau. Pembantu Khasnya telah membuat laporan polis bahawa ia diliwat oleh pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat itu.

Apabila pertama kali laporan polis tersebut muncul dan tersebar, para pegawai Anwar menafikan Saiful seorang pembantu khas Anwar. Mereka mendakwa Saiful hanyalah pembuat kopi di pejabat.

Kemudiannya terbukti Anwar membawa Saiful sehingga ke luar negara untuk tugas rasmi. Malah gambar Saiful berada di belakang Anwar dalam beberapa siri ceramah pemimpin "agung" PKR itu juga mengesahkan lagi pengakuan saiful bahawa beliau merupakan pembantu khas kepada Anwar.

Ketika ini barulah mereka mengakui kedudukan sebenar saiful.

Pasukan media Anwar kemudiannya menjalan propaganda fasa kedua dengan usaha menjatuhkan kredebiliti Saiful kononnya agen UMNO dan sebagainya. Perjumpaan beliau dengan Datuk Seri Najib, gambar beliau dengan pegawai menteri semasa beliau menjadi pemimpin pelajar disebarkan untuk mengukuhkan teori konspirasi mereka.

Selalunya kredebiliti saksi atau tertuduh diserang dan dimusnahkam di dalam perbicaraan. Namun Anwar dan para pegawai mereka menjalankan perbicaraan melalui media internet dan organ parti tanpa sebarang ruang pembelaan bagi mangsa.

Kemudiannya laporan perubatan yang dikeluarkan ditafsirkan sendiri oleh mereka sehingga menunjukkan seolah-olah Saiful berbohong. Mereka mentafsirkan tiada kesan luka. rodokan dan koyakan sebagai bukti liwat tidak pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Mengapa mereka tergesa-gesa mahu mendahului perbicaraan mahkamah? Banyak gel atau krim pelincir yang membolehkan liwat berlaku tanpa memberi kesakitan kepada mangsa. Mereka mengabaikan ini. Malahan tindakan peguam Anwar mentafsirkan kenyataan tiada koyakan dan pendarahan sebagai bukti tidak berlaku liwat adalah cubaan mengelirukan umum.

Mereka mendakwa ini konspirasi UMNO. Jika benar ini merupakan konspirasi nescaya punggung Saiful akan dikenakan tusukan tumpul secara kasar supaya ada kesan luka dan koyakan dahulu bagi memastikan cerita beliau benar-benar mendatangkan kesan.

Ada juga penulis-penulis upahan Anwar yang menulis mendakwa apakah logik untuk seorang lelaki berusia 61 tahun dapat meliwat seorang pemuda berusia 23 tahun tanpa berlaku kekasaran. Apakah anak muda berusia 23 tahun ini tidak mempunyai kekuatan untuk menendang Anwar dan melarikan diri.

Penulis seperti ini sama ada berpura-pura bodoh untuk membantu memulihkan imej Anwar atau memang tidak mempunyai pengetahuan dalam kes-kes jenayah seksual.
 
Kes jenayah seksual boleh berlaku dalam keadaan menyerah taanpa kerelaan atas faktor-faktor psikologi. Faktor psikologi termasuklah takut kepada pengaruh pemangsa, terlalu hormat kepada pemangsa sehingga tidak dapat menolak kehendak seks dan beberapa isu psikologi lain yang boleh dibaca dalam kajian saintifik mahu pun menonton drama-drama "crime" barat. Dalam keadaan sedemikian kita akan mendapati tiada kesan kekerasan fizikal dapat ditemui. Kes-kes sedemikian juga banyak berlaku di kalangan paderi dan anak muda di barat yang pernah menjadi skandal beberapa tahun lalu.

Dalam sebulan ini kita terasa amat hairan mengapa Anwar bersungguh mahu menghalang perbicaraan daripada berlangsung. Sedangkan suatu ketika dahulu Anwar Ibrahim dengan lantang membuat kenyataan bahawa beliau bersedia menjawab segala pertuduhan liwat beliau di mahkamah.
 
Jika benar Anwar mahu membersihkan dirinya, inilah masa terbaik beliau menjawab semua soalan di mahkamah. Bukankah ini juga pentas terbaik untuk para peguamnya  menyerang dan menjatuhkan kredebiliti Saiful (mangsa), bukti dan laporan Doktor sekaligus membebaskan Anwar.

Sekali lagi para penyokong Anwar akan mendakwa mahkamah tidak bebas biarpun sebahagian besar mereka langsung tidak boleh memahami para undang-undang melebih tiga baris awal.

Maka mereka berpegang kepada hujah-hujah logik peguam bela dan mengabaikan hujah-hujah logik pendakwa.

Untuk kumpulan ini, jika benar mahkamah tidak boleh dipercayai pun mengapa mereka tidak mahu mendengar sendiri keterangan Anwar dan keterangan Saiful serta membuat penghakiman sendiri?

Mengapa Anwar mahu mengelakkan perbicaraan mahkamah? Anwar mendapat pelbagai keistimewaan undang-undang termasuk dibenarkan bebas dengan jaminan sedangkan berdasarkan rekod pernah mengugut saksi, salah guna kuasa ke atas Polis dan kes jenayah liwat tidak memungkinkan tertuduh lain mendapat keistimewaan yang sama.

Malah bagi membolehkan Anwar membersihkan diri dari tuduhan, perbicaraan ini diadakan dalam kadar yang segera bagi ukuran kes-kes di malaysia.

Logikkah di dalam akal semua rakyat bahawa Anwar yang serba maksum dan tidak bersalah itu begitu bersungguh mengelakkan kes liwat beliau dibicarakan. Belum pun bermula perbicaraan peguam Anwar telah pun mempertahankan anak guamnya termasuk mempertikaikan bukti dan saksi pendakwa.

Mereka mahu menjalankan perbicaraan melalui media dan bukannya mahkamah untuk memberi tekanan kepada pendakwa, mangsa dan saksi.


Jika benar Anwar tidak bersalah dan percaya bukti-bukti yang ada menyebelahinya mengapa ia begitu tergesa-gesa untuk menyangkal bukti-bukti yang ada tanpa masuk ke mahkamah lagi?

Anwar, para peguamnya dan para media strategisnya sedang berusaha keras membentuk keraguan dan syak wasangka umum terhadap sistem kehakiman, perundangan dan juga kepada mangsa liwat beliau. Semua ini adalah usaha awal untuk mewujudkan anarkisme dalam masyarakat.

Akhirnya pemikiran anarki ini pasti akan diikuti dengan demontrasi jalanan dan kekecohan bagi mengalih perhatian umum dari fakta-fakta perbicaraan beliau kepada isu-isu dijalanan dan teori konspirasi ciptaannya.

Anwar, jika benar tidak bersalah, datang ke mahkamah pertahankan diri. Biar rakyat menilai fakta dan bukti kes bukannya menyebarkan pelbagai cerita separuh benar dan pelbagai kenyataan bela diri tanpa asas dan bukti yang sah.

Apa yang Anwar mahu sembunyikan? Apa bukti yang saiful ada dan Anwar tidak mahu ia terdedah di mahkamah? Mungkin inilah ketakutan sebenar Anwar yang tidak kita ketahui.



 
Related Links
· Jalil
· More about Utama
· News by kuntakinte


Most read story about Utama:
Scenic Bridge: Tun Mahathir's Response To GOV Statement


Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Printer Friendly


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Saudara Anwar, Sila Pertahankan Diri di Mahkamah (Score: 1)
by wareeddeen on Thursday, June 25 @ 08:32:42 MYT
(User Info | Send a Message)
Terbukti bahawa Anwar bukanlah pemimpin yang benar-benar berjiwa besar.  Pemimpin yang berjiwa besar akan sanggup menghadapi segala rintangan tanpa banyak helah dan alasan.  sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
Kita semua rakyat biasa yang kekadang seriang terkeliru dengan pelbagai pihak dalam isu ini, sesungguhnya dengan rendah diri memanjatkan pertolongan dari Yang Maha Esa agar Umat Melayu dan Islam diberikan petunjuk.



Re: Saudara Anwar, Sila Pertahankan Diri di Mahkamah (Score: 1)
by Paktua on Thursday, June 25 @ 09:10:44 MYT
(User Info | Send a Message)
Saya membuat kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim sememangnya telah meliwat Saiful.

Alasan Saya:
 Awal-awal lagi Anwar telah 'membuktikan' dia MELIWAT Saiful. Lari ke Kedutaan Turki kerana takut di tahan reman.

Tidak memberi kerjasama kepada pihak polis untuk memberi keterangan.

Membuat pelbagai alasan untuk tidak bersumpah dengan nama ALLAH.

Dan seterusnya cuba sedaya upaya melalui peguam-peguamnya untuk menggagagalkan peroses mahkamah untuk mengadili dan memberi keadilan.

ANWAR TAKUT KERANA SALAH.

Sekali lagi : ANWAR IBRAHIM SEMEMANGNYA MELIWAT SAIFUL BAHARI.



Sumpah je lahh (Score: 1)
by hotlink on Thursday, June 25 @ 09:47:38 MYT
(User Info | Send a Message)
Ooiii anuar...Ko tak usah bersandiwara di belakang undang2. Kalau ko berani,,gi bersumpah laknat dalam masjid..Puas ati kami orang Islam kalo ko berani bersumpah..Dari dalam Umno sampai kena tendang kluar..ko asik mengelak bila orang cabar bersumpah di masjid.

Ingatt !!! ko bole tipu dunia melalui pengaruh yg.ko ade..Bila mati nanti ,ko bersorangan menjawab soalan mungkar nangkir..

Kalau tuduhan tu tak benar,,bersumpahlah....kalau benar ,mengaku dan bertaubatlah..Jangan terus merosakan keharmonian umat melayu di negara ni gara2 gila kuasa ko tu..Melayu dah cukup parah perpecahannya..yg.untung nanti kaum lain memerintah guna proksi macam ko.




Re: Saudara Anwar, Sila Pertahankan Diri di Mahkamah (Score: 1)
by BNPilihanku on Thursday, June 25 @ 09:48:19 MYT
(User Info | Send a Message)
Makin lama makin GABRA dan PENAKUT mat jubo ni...cam cam cara dia nak elak masuk court..lepas satu satu dia buat..

aku rasa lepas ni mesti dia nak lari ke Kedutaan mana pulak??

weiii totok Pembankang..apa punya ketua korang sanjung ni jenis PENAKUT no 1 la....buat malu je...

Buat SAifull!! Bawak bersabar...KEBENARAN PASTI TERBUKTI buat kamu...Kuatkan semangat...!!



Re: Saudara Anwar, Sila Pertahankan Diri di Mahkamah (Score: 1)
by Adam (adam@hotmail.com) on Thursday, June 25 @ 10:54:35 MYT
(User Info | Send a Message)
Manusia percaya kepada bermacam-macam kepercayaan.

Ada yang percaya dan yakin kepada NASIB.

Ada yang percaya dan yakin kepada KARMA.

Ada yang percaya kepada LUCK.

Ada yang percaya kepada TUAH.

Kita yang beragama ISLAM percaya dan yakin kepada RUKUN IMAN 6 PERKARA dan RUKUN ISLAM 5 PERKARA.

Sama-samalah kita tunggu, dengar dan baca UNTUNG/NASIB ANWAR IBRAHIM apabila perbicaraan didengar di MAHKAMAH TINGGI.

 



Re: Saudara Anwar, Sila Pertahankan Diri di Mahkamah (Score: 1)
by PemudaKlate on Thursday, June 25 @ 13:47:01 MYT
(User Info | Send a Message)
Assalamualaikum...
Beranilah kerana kebenaran dan takutlah kerana salah.
Kebenaran akan terbukti jua walaupun byk halangan yang melintang. Ingatlah bahawa Allah Taala itu maha adil lagi maha bijak sana. Kenapa mesti takut sekiranya kita benar di jalan Allah Taala.
Sekian.



Re: Saudara Anwar, Sila Pertahankan Diri di Mahkamah (Score: 1)
by samurai on Friday, June 26 @ 21:41:25 MYT
(User Info | Send a Message)
sekarang aku tengok muka anwar, wan azizah  tiada langsung seri, hodoh betul aku nampak. ini akibat sikap khianat pada bangsa sendiri, agama Islam dan negara.

INSYALLAH orang yang jujur dan ikhlas diberkati ALLAH dan orang yang khianat ditimpa BALA ALLAH AMINN.....



Re: Saudara Anwar, Sila Pertahankan Diri di Mahkamah (Score: 1)
by askarsepoi on Monday, July 06 @ 08:56:47 MYT
(User Info | Send a Message)
nasib ko la anwar ..

itu la bala masuk umeno ..

sebab tu MB kelantan larang sangat masuk umeno..

masuk umeno ni kira macam terima untuk bela saka la..

masa dapat memang best, tapi nak buang, bergadai nyawa..

biar la hidup papa kedana, yg penting tak jadi hamba saka ...


Tetamu di talian

Online Now:
01: maraoman     02: donaldaqu     03: alexo     04: ajakq     05: cranell     06: tunmaharezzax     07: megat1204    

Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh
MYKMU NET Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest



PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.15 Seconds