Tidak ada lagi manusia Melayu Islam (kecuali Anwar Ibrahim) di negara ini yang sanggup memperjudikan masa depan agama dan bangsanya seperti yang beliau lakukan kebelakangan ini.
Tindakan pertama beliau apabila menang kerusi Ahli Parlimen Shah Alam ialah mengunjungi Gereja Kristian di Shah Alam yang baru siap dibina. Gereja ini suatu ketika dibantah hebat oleh Pas Shah Alam.
Demi mencari sokongan bukan Islam terhadap beliau dan Pas, Khalid Samad yang berucap dalam gereja tersebut menyokong tuntutan Badan Injil Borneo untuk menggantikan perkataan God kepada Allah dalam kitab injil berbahasa Melayu mereka
Tidak cukup itu, pada bulan lepas, Khalid samad memarahi Jawatankuasa Surau Seksyen 23 Shah Alam kerana membantah pembinaan kuil di kawasan mereka.
Jawatankuasa ini bukan bersikap anti agama Hindu. Cuma alasan mereka ialah hampir tiada penganut agama Hindu di Seksyen 23, maka mengapa perlu di bina kuil di situ. Namun Khalid samad tidak peduli semua itu. Malah beliau "memaksa" jawatankuasa Pas di situ menyokong pembinaan kuil tersebut. Pelbagai janji dunia telah dibuat kepada pemimpin Pas di situ.
Menurut sumber, YB Khalid Samad juga yang mencadangkan agar 4 ekar tanah wakaf kerajaan Khir Toyo untuk perkuburan Islam Shah Alam di Kampung Kebun Bunga, jalan Batu 3 dijual kepada pertubuhan Cina yang mendirikan dewan haram atas tanah tersebut.
Pada 2007, Kerajaan Negeri telah mengarahkan dewan tersebut dipindahkan ke kawasan perkuburan Cina. Namun hari ini kerajaan negeri bersetuju agar pampasan dibayar kepada Majlis Agama Islam Selangor atas 4 ekar tanah yang digunakan tersebut.
Lebih teruk Pas cuba merasuah jawatankuasa yang menguruskan tanah perkuburan terbabit dengan berjanji pertubuhan Cina tersebut akan membayar pampasan kepada mereka.
Khalid samad sanggup membenarkan penjualan tanah wakaf milik orang Islam ini? Sudahlah susah untuk mendapatkan tanah kubur di Shah Alam. Yang ada pula dijualkannya.
Dalam ucapan di Muktamar Pas baru-baru ini juga beliau melahirkan rasa benci beliau yang begitu ketara kepada UMNO sehinggakan tampak sikap beliau ialah biar apa pun akan jadi kepada orang Islam dan Melayu asalkan UMNO dapat beliau kuburkan.
Inilah manusia melayu Islam yang dilantik oleh cerdik pandai Melayu di shah Alam menjadi ahli parlimen mereka.
Pengkhianat agama dan bangsa sedang bermaharajalela di Shah Alam.
www.isuhot.com
artikel lain:
Pas Selangor Jual Tanah Perkuburan Islam? http://www.selangordaily.com/modules.php?name=News&file=article&sid=2007