Welcome to
| Home | Daftar / Login | Forum | KMU Chat | Hantar Artikel | Arkib | EMail | Tadbir
Debat : Shabery Memperbodohkan Diri Sendiri
Contributed by UmnoMuda on Wednesday, July 16 @ 11:21:13 MYT
Topic: KOMENTAR

Apabila debat Anwar-Shabery berakhir malam tadi,  saya dan rakan-rakan masing-masing terpinga-pinga.  Apakah tujuan sebenar debat itu diadakan?  Adakah ianya salah satu bentuk hiburan untuk rakyat di malam hari selepas penat bekerja seharian atau untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat?

Terus terang saya katakan,  saya tidak bersetuju debat ini diadakan kerana bagi saya ianya bakal menyerlahkan "kewibawaan" Anwar berbanding membela keputusan kerajaan menaikkan harga minyak. 

Calon yang mewakili pihak kerajaan juga tidak diyakini kewibawaannya dan akhirnya diperbodohkan oleh Anwar apabila kebanyakan jawapan yang diberi oleh Shabery tidak menepati soalan.  Secara tidak langsung membawa imej kebodohan kerajaan.  Sudah tentunya,  episod debat itu akan menjadi modal besar pembangkang di kemudian hari untuk memburukkan kerajaan.

Shabery yang baru beberapa bulan menjadi menteri nampaknya terlalu yakin dengan kehebatan diri sendiri.  Sepatutnya beliau mengukur baju di badan sendiri sebelum membuat keputusan untuk berdebat dengan Anwar yang sudah berpengalaman memutar belit fakta dan pandai pula bermain kata-kata memikat emosi rakyat.

Seluruh rakyat termasuk ahli UMNO sendiri sebenarnya tidak bersetuju dengan kenaikan mendadak harga minyak ini.  Malah Tun Dr Mahathir juga pernah menyuarakan penentangannya terhadap kenaikan mendadak harga minyak ini di dalam blognya.  Umum sudah mengetahui,  kenaikan harga minyak ini adalah hasil daripada keputusan Perdana Menteri yang buta ekonomi, tidak berpandangan jauh dan "flip-flop" dalam membuat keputusan.  Sebab itulah ramai di kalangan ahli UMNO sendiri mendesak Pak Lah meletakkan jawatan. Jadi saya tidak faham apakah rasionalnya debat ini diadakan.

Selepas ini imej Anwar akan mencanak naik dan dianggap pula sebagai "hero" rakyat.  Kemudian bangsa melayu bersedialah kehilangan pelbagai hak di negara sendiri atas slogan "ketuanan rakyat".  Semuanya atas "jasa" Shabery yang bermurah hati berdebat dengan Anwar sehingga menyerlahkan lagi kebodohan pentadbiran kerajaan Pak Lah.


 
Related Links
· More about KOMENTAR
· News by tengkudin


Most read story about KOMENTAR:
Menteri Penerangan dan Ketua Pengarah RTM Patut Dipecat!


Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Printer Friendly


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
Tetamu di talian

Online Now:
01: maraoman     02: donaldaqu     03: alexo     04: ajakq     05: cranell     06: tunmaharezzax     07: megat1204    

Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh
MYKMU NET Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest



PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.13 Seconds