MYKMU.NET http://www.mykmu.net Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia Thu, 27 Nov 2014 13:07:20 +0000 en-US hourly 1 http://wordpress.org/?v=4.0.1 Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-undang MAS http://www.mykmu.net/2014/11/dewan-rakyat-lulus-rang-undang-undang-mas/ http://www.mykmu.net/2014/11/dewan-rakyat-lulus-rang-undang-undang-mas/#comments Thu, 27 Nov 2014 13:07:20 +0000 http://www.mykmu.net/?p=48525 Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional itu.

Rang Undang-Undang itu antara lain bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran Malaysian Airline System Berhad (MAS), syarikat subsidiari milik penuh dan milik separanya.

Ia juga akan menyediakan peruntukan bagi penubuhan entiti baharu dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad yang akan menggantikan MAS sebagai syarikat penerbangan nasional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali ketiga sebelum diluluskan selepas mendapat majoriti persetujuan daripada anggota Dewan.

Rang Undang-Undang itu mempunyai 37 fasal dan enam bahagian yang mana ia dibahaskan 10 anggota Parlimen membabitkan lima dari Barisan Nasional (BN) dan lima dari pembangkang sejak pukul 11.30 pagi sebelum ianya diumum diluluskan kira-kira pukul 4.45 petang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Antara ciri-ciri utama dalam rang undang-undang itu ialah membolehkan (MAS) beroperasi pada kos yang munasabah dari kos bekalan, perkhidmatan, kakitangan termasuk kaedah-kaedah kerja dan terma-terma untuk kakitangan baharu.

“Ini (Rang Undang-Undang) juga membolehkan syarikat baharu ini beroperasi pada standard yang tinggi,” kata Abdul Wahid sambil menambah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), cabang pelaburan kerajaan, komited untuk membantu kakitangan MAS yang tidak mahu berpindah ke pengurusan syarikat baharu.

Beliau berkata Khazanah akan mewujudkan pusat latihan semula kakitangan MAS yang memilih untuk tidak berhijrah bagi panduan kerjaya, kaunseling dan keusahawan.

Menurutnya, pusat penempatan semula kakitangan juga akan diwujudkan untuk kakitangan yang hendak berhijrah dalam kumpulan Khazanah dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain.

“Tentang pemilihan kakitangan yang bakal menyertai syarikat baharu, mereka akan menjalani proses pemilihan dari segi kemahiran dan budaya kerja (sebelum dipilih),” katanya.

Beliau berkata kira-kira 14,000 pekerja akan diletakkan dalam syarikat baharu ini berbanding 20,000 kakitangan sedia ada ketika ini.

Sebelum ini, Khazanah dilaporkan akan menubuhkan pusat khas bagi memberi sokongan penempatan kepada kira-kira 6,000 MAS yang akan diberhentikan berikutan proses penstrukturan semula itu.

Tumpuan pusat itu adalah menghulurkan sokongan termasuk sokongan profesional, emosi dan kewangan bagi membantu mereka untuk beralih ke peringkat kerjaya seterusnya.

Abdul Wahid berkata usaha membaik pulih berkaitan pekerja dan pembekal akan berpaksikan prinsip keadilan dan ketelusan.

Ini katanya, termasuk memperkukuh barisan kepimpinan MAS yang baharu yang dijangka beroperasi pada Julai 2015 membabitkan ahli lembaga pengarah , pengurusan pertengahan dan atasan dalam memastikan kepimpinan syarikat baharu boleh membawa keuntungan kepada MAS.

Beliau juga berkata pentadbir syarikat yang baharu dibenarkan untuk berunding semula dengan semua pembekal sedia ada mengenai harga baharu yang ditawarkan.

Bagaimanapun, katanya jika syarikat terbabit tidak bersetuju, maka syarikat boleh mendapatkan pembekal yang lain.

“Khazanah akan melihat kontrak yang relevan dan tidak semua kontrak akan dilindungi, contohnya kontrak katering,” jelasnya.

Dalam pada itu, Wahid berkata, ketika ini MAS mengalami kerugian sebanyak RM5 juta sehari, manakala sebanyak RM748 juta kerugian dicatatkan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Ini berikutan struktur operasi dan jumlah pekerja yang ramai dan untuk membolehkan syarikat baharu nanti lebih berdaya maju, adalah penting untuk syarikat diberi peluang memilih pekerja mengikut terma-terma yang mampu meningkatkan produktiviti,” jelasnya.

— BERNAMA

]]>
http://www.mykmu.net/2014/11/dewan-rakyat-lulus-rang-undang-undang-mas/feed/ 4
Zulkifli Noordin sokong penambahbaikan Akta Hasutan http://www.mykmu.net/2014/11/akta-hasutan-najib-mendengar-suara-rakyat/ http://www.mykmu.net/2014/11/akta-hasutan-najib-mendengar-suara-rakyat/#comments Thu, 27 Nov 2014 09:56:12 +0000 http://www.mykmu.net/?p=48522 KENYATAAN MEDIA
Zulkifli Bin Noordin

Saya mengucapkan tahniah kepada DS Najib atas pengumuman mengekalkan Akta Hasutan dengan beberapa penambahbaikan terutama berkaitan melindungi agama Islam didalam PAU pagi tadi.

Ini membuktikan bahawa DS Najib telah mendengar suara hati rakyat bawahan terutama NGO dan orang Melayu.

Langkah ini juga akan memelihara tiang seri negara, dan menjamin kesinambungan keharmonian dan keamanan yang dikecapi selama ini.

Bagi maksud penambahbaikan, selain daripada pengembalian semula ISA atau penggubalan undang-undang preventif seumpamanya, saya mencadangkan penambah-baikan kepada Akta Hasutan dengan perkara berikut:

1. meminda Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan memasukkan peruntukkan tambahan seperti berikut iaitu:

“Seksyen 3 (1) (f) memperuntukkan bahawa ‘kecenderungan menghasut (seditious tendency) itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu (dengan mengekalkan peruntukkan sedia ada) termasuk:

Perkara 3 (Islam agama Persekutuan), Perkara 8 (4) (c) (kedudukan orang asli), Perkara 8 (4) (f) (kedudukan Rejimen Askar Melayu DiRaja), Perkara 11 (4) (penyebaran agama bukan Islam), Perkara 12 (peruntukkan dana bagi institusi Islam), Perkara 121 (1A) (bidangkuasa Mahkamah Syariah), Jadual 9 Senarai II (bidangkuasa Dewan Undangan Negeri dan Mahkamah Syariah dalam hal ehwal Islam) , dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;

2. meminda Seksyen 114 (g) Akta Keterangan dengan peruntukkan ‘Mahkamah hendaklah membuat andaian/rumusan bahawa adalah merupakan satu perbuatan menghasut menurut peruntukkan dibawah Akta Hasutan jika ada mana-mana pihak yang cuba mempersoal, mempertikai dan/atau menghina apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif berkaitan Bahagian 3, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 181, Perkara 3, Perkara 8 (4) (c), Perkara 8 (4) (f), Perkara 11 (4), Perkara 12, Perkara 121 (1A) dan/atau Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;

3. meminda hukuman bagi sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan ‘hukuman penjara mandatori tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 25 tahun’ bagi sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
04 Safar 1436
27 Nov 2014

]]>
http://www.mykmu.net/2014/11/akta-hasutan-najib-mendengar-suara-rakyat/feed/ 7
PDRM Sambut Baik Keputusan Kekalkan Akta Hasutan http://www.mykmu.net/2014/11/pdrm-sambut-baik-keputusan-kekalkan-akta-hasutan/ http://www.mykmu.net/2014/11/pdrm-sambut-baik-keputusan-kekalkan-akta-hasutan/#comments Thu, 27 Nov 2014 08:30:11 +0000 http://www.mykmu.net/?p=48519 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia merupakan tindakan tepat dalam usaha membendung tindakan pihak tertentu yang ketika ini secara terbuka menggunakan kebebasan bersuara secara salah.

“Saya amat mengalu-alukannya dalam keadaan sekarang apabila kebebasan untuk bercakap, kebebasan bersuara dan kebebasan menulis pelbagai perkara telah banyak disalahgunakan.

“…dan Akta Hasutan adalah undang-undang yang amat sesuai untuk menangani keadaan ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) PDRM di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Najib, yang juga Presiden Umno bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuh akta itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2014, di sini Khamis.

Khalid berkata akta yang diguna pakai sejak sekian lama itu memiliki kekuatan tersendiri dan ia akan menjadi bertambah baik jika terus diperkemas dan ditambah baik.

Ditanya apakah penambahbaikan yang diharapkan oleh PDRM, beliau berkata antara yang perlu diberi perhatian ialah dalam aspek pendakwaan, khususnya bagi memudahkan polis mengemukakan atau membuat pertuduhan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Selain mengekalkan Akta Hasutan 1948, cadangan dua peruntukan khas yang akan dimasukkan ialah bagi melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata PDRM turut berkongsi kebimbangan kerajaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan dan kumpulan pengganas serta ancaman yang mungkin dicetuskan sekiranya mereka kembali ke tanah air.

Beliau berkata bagaimanapun, cadangan kerajaan untuk membentangkan satu undang-undang baharu bagi membanteras dan menangani gejala itu pasti membantu dalam memperkukuh lagi perancangan sedia ada PDRM untuk berdepan sebarang kemungkinan.

“Kita ada perancangan, insya-Allah, jangan risau tetapi kita memerlukan undang-undang untuk memberi polis lebih kuasa bertindak ke atas mereka.

“Kita sedang menghadapi aktiviti terorisme, jadi kita perlu ada satu undang-undang khusus untuk berdepan dengan kemungkinan yang akan digunakan oleh mereka untuk mengancam negara,” kata Khalid.

Beliau berkata undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Kanun Keseksaan juga perlu diperkasakan kerana kedua-duanya lebih menjurus kepada pembanterasan jenayah atau aktiviti jenayah.

Cadangan untuk membentangkan undang-undang baharu itu dibuat Perdana Menteri ketika membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)’ di Dewan Rakyat, semalam, antara lain bagi membolehkan tindakan lebih berkesan diambil dalam mengekang ancaman dan penularan aktiviti pengganasan seperti kumpulan militan IS di negara ini.

Bernama

]]>
http://www.mykmu.net/2014/11/pdrm-sambut-baik-keputusan-kekalkan-akta-hasutan/feed/ 4
Anwar tawar RM100j untuk berpaling tadah http://www.mykmu.net/2014/11/anwar-tawar-rm100j-untuk-berpaling-tadah/ http://www.mykmu.net/2014/11/anwar-tawar-rm100j-untuk-berpaling-tadah/#comments Thu, 27 Nov 2014 07:05:47 +0000 http://www.mykmu.net/?p=48517 Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 MP Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Beliau menjawab soalan yang diajukan paguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu tersebut sebagai Datuk Ishak Ismail, bekas pengerusi KFC.

Katanya, Ishak membuat tawaran berkenaan semasa menteri berkenaan berada di Hotel Hilton di KL Sentral.

“Saya kecewa dengan tawaran tersebut dan berasa ia sangat murah kerana saya MP selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, ‘jangan sekali-kali diulang kata-kata itu’.

“Saya menyatakan dalam ucapan di parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi pengiktirafan kepada MP daripada Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun, saya nyatakan di parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah,” katanya.

sumber Mkini

]]>
http://www.mykmu.net/2014/11/anwar-tawar-rm100j-untuk-berpaling-tadah/feed/ 18
Akta Hasutan 1948 Akan Dikekalkan – Presiden UMNO http://www.mykmu.net/2014/11/akta-hasutan-1948-akan-dikekalkan-presiden-umno/ http://www.mykmu.net/2014/11/akta-hasutan-1948-akan-dikekalkan-presiden-umno/#comments Thu, 27 Nov 2014 03:32:34 +0000 http://www.mykmu.net/?p=48516 Presiden UMNO, Dato Sri Mohd Najib Tun razak mengumumkan akan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan dua penambahbaikan utama iaitu memasukan soal keharmonian beragama dan gerakan pemecahan Malaysia.

Menurut Mohd Najib beliau telah mendengar pandangan dari Timbalan Presiden UMNO, sayap-sayap UMNO (Wanita, Pemuda dan Puteri) serta Ketua-ketua Bahagian UMNO dan bersetuju mengekalkan akta ini dengan menambah dua isu baru.

“Saya mahu Akta Hasutan memasukkan fasal khas pertamanya, menjaga kesucian agama Islam dan memastikan agama-agama lain tidak boleh dihina.

“Keduanya, penambahbaikan harus dibuat bagi mengambil tindakan ke atas mereka mahu membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia.”

Mohd Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra sebentar tadi.

]]>
http://www.mykmu.net/2014/11/akta-hasutan-1948-akan-dikekalkan-presiden-umno/feed/ 12
Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2014 (LIVE) http://www.mykmu.net/2014/11/perasmian-perhimpunan-agung-umno-2014-live/ http://www.mykmu.net/2014/11/perasmian-perhimpunan-agung-umno-2014-live/#comments Thu, 27 Nov 2014 00:49:46 +0000 http://www.mykmu.net/?p=48512 Perbarisan UMNO, Upacara Menaikkan Bendera dan Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2014




]]>
http://www.mykmu.net/2014/11/perasmian-perhimpunan-agung-umno-2014-live/feed/ 4
Video Ucapan Perasmian Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri http://www.mykmu.net/2014/11/video-ucapan-perasmian-persidangan-tahunan-wanita-pemuda-dan-puteri/ http://www.mykmu.net/2014/11/video-ucapan-perasmian-persidangan-tahunan-wanita-pemuda-dan-puteri/#comments Thu, 27 Nov 2014 00:01:07 +0000 http://www.mykmu.net/?p=48509
YAB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN WANITA, PEMUDA
DAN PUTERI UMNO 2014

“MEREKAYASA PERUBAHAN MENDEPANI ZAMAN”

]]>
http://www.mykmu.net/2014/11/video-ucapan-perasmian-persidangan-tahunan-wanita-pemuda-dan-puteri/feed/ 0
Ucapan Pembentangan Kertas Putih Mengenai Keganasan IS oleh Perdana Menteri http://www.mykmu.net/2014/11/ucapan-pm-mengenai-keganasan/ http://www.mykmu.net/2014/11/ucapan-pm-mengenai-keganasan/#comments Wed, 26 Nov 2014 15:00:47 +0000 http://www.mykmu.net/?p=48506 Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)’, dengan jaminan kerajaan undang-undang baharu bagi menangani kegiatan kumpulan itu akan memberi penekanan terhadap aspek pencegahan dan pembanterasan.

]]>
http://www.mykmu.net/2014/11/ucapan-pm-mengenai-keganasan/feed/ 4
Oiii Malaysiakini, Sejak Bila Video Parlimen Jadi Hak Cipta Hangpa? http://www.mykmu.net/2014/11/oiii-malaysiakini-sejak-bila-video-parlimen-jadi-hak-cipta-hangpa/ http://www.mykmu.net/2014/11/oiii-malaysiakini-sejak-bila-video-parlimen-jadi-hak-cipta-hangpa/#comments Wed, 26 Nov 2014 14:34:03 +0000 http://www.mykmu.net/?p=48503 Malaysiakini.com bukan setakat membuat berita-berita separuh benar, manipulasi berita dan menipu fakta, malah kini Malaysiakini telah mendakwa kepada Youtube bahawa video ucapan Perdana Menteri di Parlimen adalah hakcipta mereka.

Apa punya jenis kewartawanan penyamun ini? Semua pihak tahu bahawa video sidang Dewan Rakyat disediakan oleh Parlimen dan semua pihak mengambil dari sumber yang sama.

Tindakan Malaysiakini menuntut hakcipta untuk video dari Parlimen bukan sahaja tidak beretika malah sudah bertaraf penipu seumpama penjual CD cetak rompak.

Beberapa pihak yang mahu memuat naik video ucapan Perdana Menteri di Parlimen ke laman Youtube malam ini mendapati mereka telah diberi amaran oleh Youtube bahawa Malaysiakini mendakwa video tersebut adalah hakcipta mereka.

copyright

Jika hak milik orang lain pun didakwa milik mereka bolehkah dipercayai berita-berita mereka?

]]>
http://www.mykmu.net/2014/11/oiii-malaysiakini-sejak-bila-video-parlimen-jadi-hak-cipta-hangpa/feed/ 0
Modal Guan Eng Memang Perkauman Dari Dulu Sampai Sudah http://www.mykmu.net/2014/11/modal-guan-eng-memang-perkauman-dari-dulu-sampai-sudah/ http://www.mykmu.net/2014/11/modal-guan-eng-memang-perkauman-dari-dulu-sampai-sudah/#comments Wed, 26 Nov 2014 13:54:51 +0000 http://www.mykmu.net/?p=48501 dap_lim_ngeh_nga_rasis_biadap-300x197

SESIAPA pun pembahas dalam perhimpunan agung UMNO yang sedang berlangsung sekarang janganlah terkejut kalau ucapan mereka dituduh perkauman oleh Guan Eng atau mana-mana pemimpin DAP for that matter.

Memang inilah pendekatan DAP untuk mudahkan kerja mereka memfitnah UMNO – dakwa apa yang keluar dari mulut pemimpin UMNO itu sebagai perkauman. Lebih-lebih lagi dalam perhimpunan hari ini yang sudah diwar-warkan akan berlaku hentam menghentam orang cina terutama dari aspek pendidikan dan Akta Hasutan.

Diwar-warkan, tak akan berlaku pun.

Cara ini sebenarnya nampak berkesan di kalangan orang cina. Penulis cadangkan kalau nak perbaiki imej BN di kalangan orang cina, kita juga perlu guna pendekatan ini.

Macam sekarang, bila Guan Eng tuduh ucapan Ketua Pemuda UMNO sebagai rasis, UMNO perlu saman dia, sama macam kes saman antara Tony Pua dan Utusan yang selesai semalam. Nampak disitu, duit bukan isunya tapi Tony Pua taknak dia dilihat perkauman walaupun sekadar persepsi.

Kalau Tony Pua guna pendekatan itu, semua pemimpin DAP yang lain pun sama, tinggal lagi kita tak gila menyaman macam mereka. Mentang-mentang lawyer dia ramai.

Penulis yakin, sepanjang perhimpunan agung sekarang DAP akan selit-selit dakwaan perkauman ini untuk bangkit kebencian orang cina terhadap UMNO. Yang Melayu jangan cakaplah, ada dikalangan kita ni suka benci UMNO tanpa alasan pun.

Inilah masanya untuk kita kenakan mereka semula. Biarlah berlambak kes di Mahkamah pun, itu kerja peguamlah nak turun naik.

Permainan DAP sekarang persepsi dan undang-undang, kita pun kena gunakan pendekatan sama juga – persepsi dan undang-undang. Zaman Mahathir dulu tak apalah tak saman sebab kebebasan internet dan bersuara bukan macam sekarang. LLagipun ada ISA, banyak cakap sumbat masuk Kamunting.

]]> http://www.mykmu.net/2014/11/modal-guan-eng-memang-perkauman-dari-dulu-sampai-sudah/feed/ 5