Menu Utama

rhg

 

Najib Umum Perubahan Dasar Bagi Lebih Ramai Miliki Rumah PR1MA

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perubahan dua dasar bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Perdana menteri berkata perubahan dasar pertama ialah menaikkan had kelayakan isi rumah daripada RM10,000 kepada RM15,000 dan kedua, memendekkan tempoh menjual dan menyewa (moratorium) rumah daripada 10 tahun kepada lima tahun. “Ini semua adalah langkah kerajaan yang sangat komited bagi membolehkan rakyat terutama golongan sasar dapat memiliki rumah PR1MA ini,” katanya padam sidang akhbar selepas Majlis Meraikan Komuniti PR1MA@Kedah di Residensi PR1MA Puteri Jaya 1 diBaca Lagi


ADUN Sungai Air Tawar, Cikgu Zaki meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi ini selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.
 Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan ketika mengesahkan kematian itu berkata, arwah ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi ini selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.
 “Sepatutnya beliau menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini. Utusan


DR. MAHATHIR, KERAJAAN KELANTAN, DAN BANJIR BESAR

DR. MAHATHIR, KERAJAAN KELANTAN, DAN BANJIR BESAR (Artikel terbitan Sinar Harian dan The New Straits Times, 16 & 17 Jan 2017) “Pada tahun 1990, PAS telah mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada Barisan Nasional. Tiga tahun sebelumnya, Dr. Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu, telah menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan sengit dan pahit untuk jawatan Presiden UMNO. Tengku Razaleigh, yang masih segar dengan luka pertarungan, berjaya membalas dendam pada pilihan raya umum tahun 1990 apabila beliau dan parti yang baru ditubuhkannya iaitu Semangat ‘46 membantu PAS untuk mengalahkan BarisanBaca Lagi


Siapakah ULAMA?

oleh Kang Nasir Siapakah ulama yang sebenar ini sebenarnya admin pernah kongsikanya sebelum ini mungkin kerana terlalu panjang huraianya maka ramai yang tidak mahu mengamatinya. Oleh itu dalam album ini admin kongsikan secara ringkas dengan beberapa dalil & Nas untuk memudahkan kita memahami siapakah ULAMA PEWARIS NABI. Diakhir zaman ini ramai kalangan kita yang keliru mudah tertipu dengan hasutan ULAMA SU sehingga ada antara kita sengaja menghina ulama Pewaris Nabi. Siapakah ULAMA PEWARIS NABI? Jom kita sama-sama fikir dan teliti setiap isu yang admin akan kongsikan dan kemukakan dalam albumBaca Lagi


Dr. M mahu pulih atau rosakkan ekonomi negara?

Kerajaan tidak menambat nilai ringgit sebagaimana pernah dilakukan pada tahun 1998 kerana impak tindakan itu dilihat membawa kerosakan jangka panjang kepada tahap ekonomi dan pendapatan negara. Pengendali laman blog LSS Report, Lim Sian See mendakwa, berbanding pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, tindakan menambat nilai ringgit menggunakan kawalan modal telah menyukarkan para pelabur membawa keluar wang mereka setelah dibawa masuk ke negara ini. Katanya, Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu tidak menggunakan laluan tradisional dengan menggunakan rizab luar negara untuk membeli atau menjual mata wang asing bagi menyokongBaca Lagi


CADANGAN MENGHALANG KEMASUKAN MOTORSIKAL KE BANDARAYA KUALA LUMPUR

*KENYATAAN MEDIA* *KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN* 16 JANUARI 2017 *CADANGAN MENGHALANG KEMASUKAN MOTORSIKAL KE BANDARAYA KUALA LUMPUR* Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) mengikuti artikel yang diterbitkan di ruangan portal dan blog atas talian mengenai cadangan Menteri Wilayah Persekutuan YBM Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor menghalang kemasukan motorsikal ke bandaraya Kuala Lumpur. Di sini PPUWP ingin berkongsi info hasil daripada penerangan wakil pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan cadangan tersebut. Perkara yang diutarakan oleh YBM Menteri Wilayah hanyalah sekadar cadangan dan tiada dalam perancanganBaca Lagi


Fitnah dari fitnah akhir zaman.

oleh Kang Nasir Dalam siri kali ini kita cuba lapangkan dada berfikir sebaik-baiknya pada perkara yang memberi menfaat pada diri dikemudian hari. Kerana kita sekarang sudah pun berhadapan dengan FITNAH-FITNAH AKHIR ZAMAN. Yang mana ramai kalangan kita sudah tidak lagi menjadikan islam sebagai amalan kerana kita telah diajak oleh ilmuan memburu kemewahan dunia yang dibanggakan dengan menghasut kita berhasad dengki amarah dendam memfitnah mencaci mencela pemerintah dan juga sesama saudara. Dalam Hadis yang ilmuan sebutkan ini. Rasulullah SAW bersabda, “Sesudahku nanti akan ada pemimpin-pemimpin yang berdusta dan berbuat zalim, siapaBaca Lagi


BR1M langkah tepat bantu rakyat

Kenya­taan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa pembangkang akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika menang pilihan raya umum akan datang, membuktikan manfaat bantuan itu dalam meringankan kenaikan kos sara hidup serta dapat merangsang ekonomi tempatan. Menurut para pemimpin Barisan Nasio­nal (BN), sejak dahulu kerajaan berpendapat kaedah itu terbaik untuk membantu rakyat dan itu menyebabkan Dr. Mahathir terpaksa mengubah pendirian walaupun pernah menuduh pelaksa­naan BR1M adalah sebagai rasuah kerajaan untuk menang pilihan raya umum. Bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan pula, Dr. Mahathir mengetahui pemberian bantuanBaca Lagi


Jangan Terpedaya Dengan Dakyah Kerajaan Gadai Kedaulatan Negara – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengingatkan masyarakat untuk tidak mudah terpedaya dengan sandiwara politik segelintir pihak yang menuduh kerajaan menggadai kedaulatan negara apabila menarik pelaburan daripada China. Perdana Menteri berkata pelaburan daripada negara itu adalah pelaburan yang sama dilakukan oleh negara-negara lain dengan mengambil kira faktor dunia yang saling berhubung kait dan fenomena globalisasi. “Secara asasnya tiada beza antara pelaburan dari China dengan pelaburan dari Eropah, Jepun, Korea atau sebagainya…kita boleh terima pelaburan daripada (negara) orang putih, tapi apabila dari China, kata kita nak jual kedaulatan. “Ini tidakBaca Lagi


Dr. Mahathir ‘jaguh U-turn’ – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ‘jaguh U-turn’ apabila sering mengubah pendirian termasuk dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Perdana Menteri berkata, pada 26 Disember lalu, Dr. Mahathir membuat kenyataan kononnya pemberian BR1M itu rasuah dan salah di sisi undang-undang. Bagaimanapun semalam, kata beliau, bekas Perdana Menteri itu iaitu dalam tempoh kira-kira tiga minggu sahaja mengubah pendirian dan membuat pusingan U dengan membayangkan tidak akan menghapuskan bantuan berkenaan jika pembangkang berjaya menguasai kerajaan. ”Ini beerti jika dilihat kebelakangan ini, beliau membuat terlalu banyak U-turnBaca Lagi