Menu Utama

Chah

 

Makanan PM Pun Jadi Modal Politik Pakatan Pembangkang

PAKATAN pembangkang diketuai DAP seolah-olah kehabisan modal apabila mempolitikkan makanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka gagal mempamerkan politik matang. Perkara ini bakal mengundang persepsi negatif terhadap kredibiliti mereka yang selama ini dipertikaikan ramai pihak. Rata-rata rakyat Malaysia menggelengkan kepala dengan tindakan pakatan pembangkang menjadikan makanan Datuk Seri najib sebagai modal politik. Mereka tahu bahawa perkara tersebut terlalu kebudak-budakkan untuk dijadikan isu. Sekaligus mengambarkan tahap pemikiran pemimpin pakatan pembangkang. Setiap orang berhak mempunyai amalan pemakanan sendiri. Siapa kita untuk mempertikaikannya selagi ia tidak bertentangan dengan hukum halal haramBaca Lagi


BN Terengganu Sokong MB Razif

NEGERI Terengganu sudah bersedia sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14). Berdasarkan senarai calon dikemukakan oleh Ketua Bahagian UMNO dan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Barisan Nasional negeri berpeluang besar untuk terus mendapat mandat rakyat dengan memperoleh majoriti mudah termasuk merampas semula beberapa kerusi DUN dan Parlimen dikuasai pembangkang. BN Terengganu sebulat suara menyatakan sokongan penuh terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman untuk terus meneraju negeri yang kaya dengan hasil minyak itu.  Beliau telah membawa banyak perubahan positif dalam masa yang singkat.  NegeriBaca Lagi


Azmin Masih Berharap Pada PAS

MUNGKINKAH Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan berani menentang arahan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan dengan terus berusaha memujuk parti PAS untuk bersekongkol dengan beliau? Rakyat Selangor tahu betapa bencinya DAP terhadap parti PAS. Orang Melayu tahu bahawa DAP mengunakan apa sahaja kesempatan yang ada untuk memperlekehkan agama Islam secara langsung atau pun tidak langsung selagi ianya mampu merendahkan mertabat agama Allah s.w.t ini. Dalam beberapa pilihan raya yang lalu DAP boleh bekerjasama dengan PAS memandangkan ketika itu mereka sanggup bertolak ansur dalam isu negara Islam. PASBaca Lagi


Mejar Huan Diugut Bunuh

NEGERI Pulau Pinang sememangnya menjadi kebanggan parti DAP walaupun negeri tersebut mengalami defisit hampir mencecah satu bilion ringgit. Desas desus bertiup kencang mengatakan kumpulan kongsi-kongsi gelap menguasai Pulau Mutiara tersebut. Malah di bawah kerajaan DAP, kumpulan kongsi gelap ini dikatakan semakin bermaharajalela. Hari ini Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan telah membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi SMS semalam daripada orang yang tidak dikenali. Beliau berkata ugutan itu dalam bentuk mesej “CAKAP BANYAK, KAU MATI” yang diterimanya kira-kira jam 3 petang daripada nombor telefonBaca Lagi


Mahathir Lupakah DAP Mahu Berhentikan 700,000 Kakitangan Awam

Masihkah anda ingat dakwaan pembangkang yang diketuai DAP berkenaan kakitangan awam di negara kita? “Kakitangan awam tertinggi di dunia” kata Lim Kit Siang pada 24 Oktober 2013. Dalam Sinchew Daily News pada 1 November 2011, Tony Pua pernah berkata jika pembangkang dapat perintah kerajaan pusat, maka satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” akan dilaksanakan bagi mengurangkan kakitatangan awam pada setiap tahun. Kita tahu bahawa pembangkang seolah-olah benci kepada kakitangan awam yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu. Namun memandangkan Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) semakin hampir maka kitaBaca Lagi


Hak Milik Tanah Felda Dipulangkan, Audit Forensik Dan Siasatan Polis Diteruskan

KEWIBAWAAN kerajaan menyelesaikan sesuatu isu dengan cekap dan telus merupakan satu ancaman kepada pembangkang yang diketuai DAP. Jika lambat selesai maka mereka akan ada modal untuk memburukkan kerajaan. Apabila isu tersebut diselesaikan segera maka perancangan mereka untuk memfitnah secara besar-besaran dilihat gagal. Namun perkara tersebut tidak menghalang mereka dari mempertikaikan penyelesaian yang dibuat. Pakatan yang dipimpin DAP sudah membayangkan untuk mengembar gemburkan persoalan mengenai hak milik tanah bernilai RM1 bilion di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Namun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila hak milik tanah tersebut telah dipulangkan semula kepada Felda.Baca Lagi


Andai Mahathir Kalah Di Langkawi

LANGKAWI dilihat sebagai simbol maruah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad. Pulau tersebut menjadi kebanggaan beliau. Namun dalam masa yang sama beberapa pihak mendakwa Mahathir bukan individu yang memajukan pulau kelahiran Mahsuri tersebut. Baru-baru ini Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) membabitkan satu daripada tiga kerusi parlimen iaitu Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu. Mampukah Mahathir menerima kekalahan bertanding di Langkawi? Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkeyakinan Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi Parlimen LangkawiBaca Lagi


Gandingan Mahathir Azizah Bukti Melayu Boneka DAP

RAKYAT Malaysia tahu dengan jelas bahawa pakatan harapan diketuai DAP sejak dari mula lagi. Perkara tersebut mengundang kegelisahan di kalangan pemimpin kanan DAP. Mereka tidak menyangka tembelang tersebut dapat dihidu oleh ramai pihak. Bagi mengatasi perkara ini maka DAP terpaksa mengenengahkan pemimpin Melayu yang boleh menjadi boneka kepada parti serpihan PAP tersebut. DAP juga tahu bahawa mereka tidak mungkin dapat menguasai negara tanpa undi orang Melayu. Dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu, walaupun DAP mendapat sokongan hampir 100% dari kaum Cina namun mereka masih gagal memerintah. MerekaBaca Lagi


Gulingkan Kerajaan Melalui Pemberontakan OK Ke?

NEGARA kita mempunyai undang-undang yang jelas dalam Perlembagaan berkenaan tindakan mengulingkan kerajaan melalui pemberontakan. Perkara tersebut tidak menjadi “halal” hanya semata-mata dilakukan oleh pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad. Mungkinkah beliau secara tidak langsung mengakui jenayah tersebut apabila mengakui bahawa beliau sememangnya mahu menggantikan “kerajaan kleptokratik” ketika menyifatkan tindakan sekumpulan Pemuda Umno membuat laporan polis terhadap beliau sebagai “bodoh”. Sebaliknya alasan beliau tersebut yang dilihat amat “bodoh” memandangkan beliau merupakan individu yang mengamalkan “kleptokrasi” selama ini. Dan tindakan mengulingkan kerajaan melalui pemberontakan merupakan satu jenayah berat. NegaraBaca Lagi


Benarkah Mahathir Tidak Layak Bercakap Soal Islam?

SEJAK kebelakangan ini kita melihat Tun Dr Mahathir Mohamad sering bercakap mengenai Islam. Perkara tersebut mengundang rasa tidak selesa dikalangan rakyat memandangkan beliau amat sinonim dengan cara hidup yang dilihat liberal. Malah anak perempuan Mahathir sering melaungkan perkara-perkara yang menguris hati umat Islam. Beliau turut sama memperjuangkan kebebasan seksualiti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgendar. Disamping itu juga Marina yang juga pengasas bersama kumpulan Sisters In Islam (SIS) bersungguh-sungguh membawa fahaman liberal yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Tambahan pula, isteri Mahathir sendiri turut mendedahkan bahawa beliau tidak suka melihatBaca Lagi