Menu Utama

Cenderawasih

 

Orang Langkawi ‘Alu-Alukan’ Warga Emas Bertanding Di Sana?

Jika mendengar kepada perbualan yang sedang hangat diperkatakan, maka mungkin kita dapat menyimpulkan bahawa seorang warga emas yang usianya mencecah lebih 92 tahun akan bertanding untuk menjadi wakil rakyat Parlimen Langkawi pada PRU ke-14 ini. Desas-desus berkaitan kemungkinan itu sebenarnya sudah lama kedengaran sebelum ini dan khabarnya ‘jentera import’ dari parti ‘cap bunga’ itu telahh ke pulau tersebut untuk memastikan warga emas itu mampu menang mudah di sana. Sebelum ini, terdapat pihak yang mengatakan dia mungkin bertanding di Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya. Ada yang kaitkan dia dengan kerusi Gombak.Baca Lagi


Cetus Kembali Isu Krisis Perlembagaan, Anwar Mahu ‘Kenakan’ Mahathir?

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilaporkan semalam telah memohon Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan tiga pindaan iaitu Seksyen 8 Akta Perlembagaan Pindaan 1994 (selain Seksyen 12 Akta Perlembagaan 1983 (Pindaan) dan Seksyen 2 Akta Perlembagaan 1984 (Pindaan) sebagai tidak sah. Setahu penulis, akta-akta pindaan tersebut adalah berkait rapat dengan penghapusan kekebalan dan kuasa Raja-Raja Melayu yang mencetus krisis perlembagaan sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara. Malah pindaan yang diluluskan pada 1994 itu Anwar yang bentang. Tentunya ‘orang-orang lama’ masih ingat tentang krisis perlembagaan yang melibatkan kekebalan Raja-Raja Melayu dan kuasa YangBaca Lagi


Tak Sabar Nak Tengok ‘Top Dog’ Jatuh ‘Tergolekdog’…

Mungkin ramai ‘macai-macai’ parti ‘cap bunga’ yang kini sedang kembang-kempis hidungnya apabila ‘dewa maksum’ mereka dijangka bakal diumum sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan pada Ahad ini. ‘Top dog’ Pakatan Harapan itu pula dalam kenyataannya dilaporkan berkata dia tidak akan terus menjadi Perdana Menteri sampai usianya 100 tahun. Sekarang kira-kira 93 tahun, maksudnya dia mempunyai tempoh sepenggal untuk ‘naik takhta’ kembali. Walau bagaimanapun, ia dikatakan terpulang pada keputusan Majlis Presiden gabungan pembangkang itu. Jika sepakat bersetuju, maka nama ‘dewa’ itu akan diumumkan seperti yang dijangka. Namun jika tidak sepakat,Baca Lagi


Beza UMNO Zaman ‘Negarawan’ Dengan Zaman Najib

Islam itu agama yang sempurna. Islam itu adalah sebuah agama yang lengkap diturunkan Allah SWT melalui Rasulullah SAW untuk disampaikan dan disebarkan ke seluruh sekelian alam lebih 1,400 tahun yang lampau. Semua orang tahu tentang itu. Bila disebut “sempurna”, maka semua perkara tentang kehidupan ini ada di dalamnya. Bab hal ehwal agama, akhlak, perundangan, sains, sosial, hinggalah ke perkara yang dianggap remeh dalam kehidupan ini, termasuk politik atau siyasah. Namun begitu, bila dulu seorang ‘negarawan ulung’ yang mungkin cenderung berfahaman liberal mengatakan ‘agama suku, politik suku’, yang membawa erti pemisahanBaca Lagi


Bila ‘Tangan Ghaib’ Kembali Mencatur Bidak…

Penulis terbaca kenyataan dari salah seorang pengasas parti ‘cap bunga’ yang sebelum ini berjawatan Setiausaha Kerja (SUK) parti tersebut. Dia mendedahkan suatu yang tidak asing berlaku di zaman ‘warga emas’ itu memerintah, iaitu ‘tangan ghaib’. Dari pendedahannya itu, dia mengatakan bahawa pada asalnya ketika dia dipertanggungjawabkan untuk mendaftar parti ‘cap bunga’, si anak hanya berjawatan Bendahari saja. Maka dokumen itulah yang dibawa kepada RoS. Peliknya, bila tiba di tangan pegawai RoS, dia dikejutkan bahawa rupa-rupanya dia membawa ‘dua senarai’. Satu tertulis jawatan si anak sebagai Bendahari dan satu lagi NaibBaca Lagi


Kebebasan Bersuara, Undang-Undang Dan PDRM Zaman ‘Warga Emas’

Penulis ketawa apabila mendengar kata ‘negarawan ulung’ yang mendakwa dia akan kembalikan kebebasan bersuara dan kedaulatan undang-undang di negara ini sekiranya dia naik ‘takhta’ semula sebagai Perdana Menteri selepas PRU 14 nanti. Lebih ‘menarik’, warga emas itu bersungguh-sungguh menuduh kononnya pasukan PDRM kini dijadikan alat oleh kerajaan untuk memberi tekanan kepada parti-parti pembangkang di negara ini. Lagi kuat penulis ketawa… Pada pandangan penulis, nampaknya bentuk pemikiran ‘negarawan maksum’ itu masih di takuk lama. Dia seolah masih ‘berkhayal’ seolah-olah Kerajaan kini kononnya sama dengan corak pertadbirannya selama 22 tahun dulu. SukaBaca Lagi


Presiden ‘Tenggelam’ Dalam Bayang Pengerusi, Timbalan Presiden…

Khabarnya Perhimpunan Agung (AGM) pertama parti ‘cap bunga’ baru saja berakhir. Penulis tidak tahulah sama ada ia layak dipanggil ‘AGM’ atau tidak. Bukan apa, perhimpunan itu bagaikan tidak menepati peraturan perlembagaan saja nampaknya. Kita serahkan kepada RoS… Mengikuti perkembangan perhimpunan puak ‘bunga’ itu, penulis agak kasihan melihat nasib Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Itu pun jika boleh dipanggil ‘Presiden’. Bukan apa, nampaknya Presiden bagai ‘tenggelam di balik bayang’ Pengerusi dan Timbalan Presiden. Kelihatan dia bagai ‘melukut di tepi gantang’. Suaranya bagai tidak laku. Tidak ada apa-apa yang signifikan dari PresidenBaca Lagi


2018: Tahun ‘Kuburkan’ Parti Serpihan!

Sebentar lagi, secara rasmi Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar bukan lagi menjadi ahli PAS. Dengan itu, maka PAS akan kehilangan satu kerusi Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu. Tidak pasti mengapa Mahfuz memilih detik terakhir 2017 untuk keluar dari PAS. Mungkin padanya, ia akan menjadi ‘klimaks’ kepada pengkhianatannya terhadap parti yang disertainya selama 34 tahun itu. Mungkin dia fikir, PAS akan rasa ‘terpukul’? Penulis tersengih apabila respon dari pemimpin PAS terutama di Kedah begitu ‘anti-klimaks’. Mereka langsung tidak kisah. Mereka langsung tidak peduli.Baca Lagi


Kemaafan Dendam Yang Terindah Untuk Bekas PM…

Kadang kala, penulis tak tahu sama ada mahu menangis atau ketawa melihat keletahnya. Hendak menangis, nanti dikatakan gila. Tapi jika penulis ketawa pun, mungkin penulis akan dikata lebih gila dari bahan yang penulis ketawakan. Namun itulah yang penulis rasa bila seorang ‘negarawan’ memohon maaf atas segala salah silapnya mentadbir negara selama 22 tahun. Jauh disudut hati penulis, ia amat amat ‘menyentuh jiwa’. Penulis sudah maafkan dia sejak ungkapan ‘dah lama dahhh…’ terungkap! Walau bagaimanapun, tidak mungkin penulis akan menerima dia sebagai Perdana Menteri semula. Biarlah dia jadi ‘sejarah’ suka danBaca Lagi


Bila ‘Si Anak’ Kata Bapanya Saja Paling Layak…

Terkekeh-kekeh penulis ketawa apabila si anak mendakwa bapanya adalah individu paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri di negara ini. Kenyataan itu pada penulis sungguh ‘membakulkan bapa sendiri’, seolah bapanya seorang sajalah yang konon paling ‘best’! Penulis tidak pasti tentang motif sebenar si anak itu. Namun begitu, ia secara tidak langsung menimbulkan persoalan besar sama ada ianya merupakan salah satu ‘stepping stone’ untuknya melangkah naik ke jawatan Perdana Menteri kemudiannya. Mungkin 22 tahun, satu tempoh paling lama dalam sejarah pentadbiran negara tidak cukup bagi si anak untuk melihat bapanya berkuasa. KononBaca Lagi