Menu Utama

amin_yatim

 

Mahathir Calon PM Minoriti Hanya Untuk Undi Melayu dan Wang

Oleh Ab Jalil Backer Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan bukanlah sesuatu yang boleh ditelan mudah oleh seluruh kepimpinan PKR, DAP dan PAN. Sebahagian besar kerjaya politik mereka membesar dengan membenci Mahathir Mohamad. Ia juga tidak mungkin diterima oleh sebahagian besar penyokong reformasi yang melihat Mahathir adalah petualang negara. Justeru mengapa Mahathir tetap diangkat sebagai calon Perdana Menteri? Apakah kerana Mahathir telah menganut idelogi mereka? Jelas ia belum berlaku. Apakah mereka tiada calon yang layak? Ia agak mustahil kerana Pakatan Harapan turut mempunyai wajah sepertiBaca Lagi


Ego Mahathir Sudah Terlalu Besar Untuk Rakyat Terima

Oleh Amin Yatim 1. Pada usia lebih 90 tahun, Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, berhadapan krisis dalaman terbesar dalam hidupnya iaitu zaman telah terlalu jauh berubah dan di luar jangkauan pemikiran tuanya. 2. Mahathir sepanjang hidupnya adalah manusia yang mempunyai ego besar. Sepanjang hidupnya Mahathir tidak berminat untuk bertolak ansur sama ada dengan ketua sebelumnya seperti Tunku Abdul Rahman, mahu pun ketua selepasnya seperti Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak. Beliau tidak sempat bergaduh dengan Tun Abdul Razak kerana tempoh hayat Perdana Menteri Kedua tersebut tidak panjang. DemikianBaca Lagi


Siapa Musuh Rakyat – Ku Nan atau Pakatan?

Oleh Ab Jalil Backer 1. Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berhadapan dilema besar dalam pembangunan perumahan di Kuala Lumpur. 2. Terdapat tuntutan menyeimbangkan kependudukan Kuala Lumpur dari segi kelompok sosial masyarakat. Dengan kata lain, kita mahu Kuala Lumpur mencerminkan wajah rakyat Malaysia baik dari segi kaum dan agama mahupun pendapatan. 3. Dalam keadaan harga tanah dan kos pembinaan yang mencanak tinggi, tidak ada pemaju mahu menawarkan harga rumah yang mampu milik, apatah lagi rumah kos rendah. 4. Justeru Kementerian Wilayah mencadangkan konsep “subsidi bersilang” pada tanah-tanah kerajaan yangBaca Lagi


EXCO Pemuda UMNO Kecewa Tabung Haji Gagal Uruskan Isu Umrah

Pengerusi Biro Help Pemuda UMNO, NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN melahirkan rasa kecewa atas kegagalan Tabung Haji menyelesaikan isu-isu jemaah umrah negara ini sehingga menyebabkan syarikat swasta dilantik mengendalikannya. Menurut beliau Tidak masuk akal hal umrah diberikan kepada syarikat swasta yang diterajui oleh bukan Islam. “Pemuda UMNO turut kecewa apabila Tabung Haji langsung tidak membantah, menentang dan tidak bersuara berkenaan pelaksanaan IMAMS. Ini menunjukkan pengurusan tertinggi TH langsung tidak peka dengan maslahah yang berlaku ini,” kata Nazir dalam satu siaran akhbar kepada pihak media. “Apabila timbul isu sebegini sudah tentu menimbulkanBaca Lagi


Rahman Dahlan Saman Rafizi Ramli

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UNIT PERANCANG EKONOMI) melantik Raja Riza & Associates bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang memfitnah beliau. Isnin lalu, Rafizi yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat memanggil sidang akhbar menuduh Abdul Rahman memberi projek pameran #ExpoNegaraku kepada abangnya Raslan Dahlan. Namun Rahman dan Raslan menafikan mereka mempunyai pertalian darah. Rafizi kemudiannya membuat sidang akhbar kedua menyatakan beliau tidak membuat sebarang tuduhan tetapi hanya pertanyaan demi kepentingan awam. Bagaimanapun, rakaman sidang akhbar dan secaraBaca Lagi


SKANDAL IPIC ATAU 1MDB?

Oleh Ab Jalil Backer 1. Saya fikir perbincangan yang dibuat mengenai 1MDB di UiTM semalam adalah satu tindakan tidak bijak dan hanya menimbulkan semula perbahasan mengenainya. 2. Apa yang dicakap oleh Peguam dari Amerika Syarikat semalam tidak membawa apa-apa isu baharu. Semuanya sudah dijelaskan sejak setahun yang lalu. 3. Namun disebabkan program tersebut isu ini menjadi sensasi semula. Maka hari ini kenyataan Peguam Negara US mengenai 1MDB menjadi besar semula. 4. Peguam Negara US menyebut skandal 1MDB kerana beliau merasakan ia sesuatu yang sensasi dan akan menarik perhatian media antarabangsa.Baca Lagi


Clarification on news reports regarding Khazanah’s financial performance

We refer to the article, “Khazanah feels the heat amid push to change its investment strategy”, published by The Straits Times of Singapore on 29 November 2017, and subsequently covered by other media and social media outlets. We wish to state that the articles give an inaccurate and ultimately misleading picture of Khazanah’s financial performance. This is principally due to its selective focus on a narrow and incomplete set of indicators of financial performance. As has been widely reported, the most representative measure of Khazanah’s financial performance is to referBaca Lagi


PPBM JOHOR BAKAL TERKUBUR?

Oleh Fikri Allaudin Desas desus tentang pergolakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) khususnya di Johor sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Kegagalan kepimpinan parti menonjolkan PPBM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak dan demokrasi nyata telah mengecewakan ramai marhaen dan pendukung awal parti ini. Terbaru 10 bahagian PPBM di Johor telah mengemukakan laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kegagalan kepimpinan tertingginya mematuhi perlembagaan parti. Ia berkait rapat tentang kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas setahun ia ditubuhkan. Jika dilihat PPBM ini telah diluluskanBaca Lagi


SPRM tidak patut mabuk populariti

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia lebih menumpukan kepada kerja-kerja perhubungan awam berbanding menyelesaikan kes rasuah sebenar. Ketika kita mengakui kesungguhan SPRM membanteras rasuah ia tidak harus mengelabui fakta utama iaitu KEADILAN. Ketua Pengarah SPRM sibuk membaca Khutbah, berpuisi dan membuat pelbagai kenyataan media. Tangkapan demi tangkapan dipaparkan tetapi kita belum melihat satu pendakwaan yang tuntas dan pantas seperti sepatutnya. Namun yang paling mengecewakan ialah SPRM kelihatan terkejar-kejar mahu membuktikan mereka kuat dan perkasa sehinggakan tidak segan silu memanggil media dalam membabitkan tangkapan reman bagi mengambil keterangan.Baca Lagi


Tun Mahathir Buat Kerja Syaitan Rupanya

Oleh Ab Jalil Backer Dalam tulisan terbaru berjudul “DAP“, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas mengakui beliau akan membuat apa sahaja untuk menjatuhkan musuh politiknya termasuk menuduh mereka penjahat dan syaitan. “Sebenarnya sayalah orangnya yang mempersetankan DAP. Dalam politik jika kita nak kalahkan musuh, kita terpaksa memburukan imej musuh. DAP adalah musuh parti saya dan saya sendiri. Demikian kesannya usaha saya dan rakan-rakan saya dalam mempersetankan DAP sehingga orang Melayu tidak boleh terima DAP dan sesiapa yang mendampingi DAP sama sekali,” tulis Mahathir. Ini adalah bukti jelas Mahathir sanggup berbuat apaBaca Lagi