Menu Utama

Ameen Latif

 

Tawar Siaran Langsung EPL, Pembangkang Sebenarnya Iktiraf Pentadbiran Najib Razak

Kontradik, begitulah yang sering berlaku kepada Pakatan Harapan. Betul kata Perdana Menteri sewaktu pembentangan Bajet 2018 Oktober lalu, “The only thing consistent with the opposition is that they are inconsistent”. Sedang mereka sering mendakwa rakyat negara ini di dalam kesengsaraan akibat kononnya dari pembaziran wang negara dan ekonomi yang tidak menentu, tiba-tiba mereka pula yang menawarkan sesuatu yang bersifat kehendak, dan bukannya keperluan. Bukankah mereka sering menuduh negara akan bankrap? Mengapa pula mereka memilih untuk menawarkan siaran langsung English Premier League, yang sudah tentu memakan nilai bidaan berbillion ringgit hakBaca Lagi


Sarawak Tidak Mahu “Mahathirisme”

Istilah “Mahathirisme”, satu cubaan untuk mencipta gelombang sokongan terhadap Mahathir, telah dipopularkan oleh pentaksub-pentaksub beliau. Tujuannya, untuk mempengaruhi rakyat, agar bersama-sama mantan perdana menteri itu dalam misinya untuk semata-mata menjatuhkan DS Najib Razak, disamping desas desus menawarkan dirinya sebagai pengganti. Tanpa membelakangkan sumbangan mantan perdana menteri itu kepada negara ini, Sarawak dilihat cukup konsisten dan tidak mahu “The Return of Mahathir” ke arena politik, apatah lagi mengambil alih tampuk kuasa sebagai perdana menteri untuk sekali lagi. Pendirian tidak mahu “Mahathirisme” ini cukup jelas, dan dapat dilihat sewaktu Persidangan Perwakilan keBaca Lagi


Kesian, Mereka Tidak Pernah Bijak

Bila kebodohan sudah berakar umbi sekian lama, memang akan mengambil masa untuk memulihkannya. “It takes years to nurture a tree, but it takes hundred years to educate people”- kata bestari yang diambil dari cendiakawan China. Ini adalah satu bukti, bagaimana manusia meminggirkan keupayaan berfikir, dan meletakkan emosi dalam pertimbangannya. Kita faham mereka berpolitik, namun kita tidak boleh terima gara politik seumpamanya. Motif mereka, hanya untuk mencipta persepsi buruk kepada Perdana Menteri Najib Razak tanpa mempedulikan kesan buruk mengamalkan cara berpolitik sedemikian. “Falyaqul khoiran au liyasmut”, mungkin ayat bahasa Arab iniBaca Lagi


Barisan Nasional Dan Communist Party Of China: Bekas UMNO Terperangkap Dalam Isu Ciptaan Sendiri

Garang semacam melihat posting-posting bekas UMNO apabila tersebarnya gambar-gambar dialog meja bulat di antara Barisan Nasional dan Communist Party of China. Tuduhan mereka, Barisan Nasional telah diresapi ideologi komunis, kononnya! Lucu bila kita mengenangkan, bagaimana ceteknya cara mereka berfikir, selain dari emosi yang menguasai posting-posting mereka. Pertama, tidakkah mereka faham erti dan maksud “dialog meja bulat”? Melainkan ianya satu program pengkaderan, maka hujah mereka kononnya ideologi komunis meresap masuk sama sekali tidak boleh digunakan. Kedua, tidakkah mereka tahu, bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah lama terjalin, sejak pada tahun 1970-anBaca Lagi


KENYATAAN RASMI: Dialog Barisan Nasional Bersama Communist Party of China 

KENYATAAN RASMI DIALOG BARISAN NASIONAL BERSAMA COMMUNIST PARTY OF CHINA 1) Beberapa hari lalu, telah tersebar beberapa keping gambar di internet dan media mengenai perjumpaan tertutup tidak rasmi antara Barisan Nasional (BN) dan Communist Party of China (CPC) yang diadakan di Hotel Istana pada 7 Disember yang lalu. 2) Barisan Nasional telah diwakili oleh Setiausaha Kerja BN, Datuk Seri Abu Khamis bersama pemimpin parti komponen BN yang lain manakala delegasi CPC pula diketuai oleh Ketua Biro Terjemahan CPC iaitu Profesor Dr. Jia Gaojian. 3) CPC merupakan salah sebuah parti politikBaca Lagi


DAP Anti Islam? Kenapa Perlu Terkejut?

Murkanya Tuanku Sultan Selangor terhadap kenyataan Zaid Ibrahim sememangnya berasas.  Sifat anti Islam dan keinginan untuk melemahkan institusi yang memelihara kesuciannya seakan-akan tidak pernah padam dari menjadi matlamat utama DAP. Konsisten, begitulah apa yang boleh kita lihat pendirian DAP sejak dahulu lagi, terutamanya apabila ianya melibatkan Islam dan Melayu. Di sidang DUN Selangor, usul untuk memperkasakan dan memperkukuhkan institusi Mahkamah Syariah Negeri Selangor dari segi struktur dan bidang kuasa perundangan termasuklah aspek infrastruktur dan tenaga manusia selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 telah ditolak oleh Speaker Dewan Undangan NegeriBaca Lagi


#PAU2017 : Terkenang Saat Yang Bahagia, Meroyan Berkoyan-koyan

Perhimpunan Agung UMNO, satu acara penting dalam dunia politik tanahair yang mana ia bukan sahaja berkenaan dengan ahli UMNO semata, tetapi juga rakyat Malaysia khususnya peminat politik tanahair. Aura, kegembiraan, terharu, persahabatan, kasih sayang dan pelbagai lagi rasa, tercurah di dalam perhimpunan ini. Ada juga dengan nada selamba, melabelkan acara ini sebagai “hari raya UMNO”.  Oleh yang demikian, tidak hairanlah ia menjadi acara yang ditunggu-tunggu saban tahun. Bagaimana rasa dan perasaan jika tidak berada di acara berkenaan setelah bertahun-tahun menghadirinya? Soalan tersebut, boleh sahaja ditanya kepada ahli-ahli PPBM, yang memilihBaca Lagi


Hebat Betul “Kona” Mantan YDP PERKASA Selangor

PERKASA, bukanlah satu nama yang asing dalam landskap sosio-politik negara. Hadir dengan semangat “Ultra-Melayu”, kemunculannya dilihat sebagai “the third force” dalam memastikan artikel 153 Perlembagaan tersemat dan terpatri rapi. Daerah Klang, menjadi salah satu daerah yang berjaya merekrut keahlian paling ramai pada suatu ketika, sehingga Ibrahim Ali sendiri turun untuk meraikan kejayaan tersebut. Boleh dikatakan, daerah itu adalah daerah paling berpengaruh dalam menyediakan angkatan untuk turun berdemo. Dipimpin oleh Abu Bakar Yahya, pengaruh PERKASA Klang terus berkembang, sehingga beliau dilantik menjadi YDP PERKASA Selangor. Sememangnya beliau layak, dengan jumlah keahlianBaca Lagi


#Bajet2018 Adalah Bajet Pilihanraya? Gula-Gula ?

Kalau ikut modus operandi pembangkang, mereka akan mengulang-ulang tuduhan atau kritikan yang sama, agar ianya sentiasa menjadi ingatan kepada rakyat. Begitulah propaganda dimainkan, secara berulang-ulang. Tuduhan Malaysia negara muflis atau akan muflis (bankrap) sebagai contoh, sudah sebati dengan halwa telinga kita, sejak Lim Kit Siang muda sehinggalah dia kini bergelar dinasour politik tanahair. Antik dan lama, begitulah jangka masa ulangan tuduhan negara bankrap sering dimainkan. Hakikatnya, dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, Malaysia mampu mengharungi badai ekonomi sambil penunjuk aras dari pelbagai badan antarabangsa menunjukkan perkembangan positif, sungguh pun ekonomiBaca Lagi


Terpecah Antara Ras Dan Suku, Kuatkah Kita?

Melihat trend terbaru berpolitik, wujud kerisauan yang amat mendalam, di mana orang Melayu mungkin tidak lagi menjadi dominan dalam sistem amalan demokrasi di negara ini suatu ketika nanti. Apa tidaknya, kini kecenderungan untuk menghina seseorang itu berdasarkan suku-suku dan ras-ras mengikut asal usulnya, semakin menjadi-jadi. Secara tidak langsung, sedikit demi sedikit wujud jurang antara satu suku dengan suku yang lain, yang jika tidak ditangani sebaik mungkin, menyebabkan setiap suku akan cuba berdiri sendiri dan meminggirkan suku-suku yang lain. Di manakah kekuatan penyatuan umat Melayu pada ketika itu? Menurut apa yangBaca Lagi