Tag Archive "pkr"

Sekolah Politik Acuan PKR: Pembawa Agenda Anarki Dan Kerosakan?

Bertopengkan kiosk penjualan buku mereka menjalankan usaha pengambilan dengan cara yang begitu halus dan licik. Penulis sendiri melihat bagaimana si penjual buku dan penjaga kiosk bertukar menjadi penceramah apabila kiosk mereka dihampiri para pelajar universiti dan orang-orang muda. Natijahnya jelas, tarik perhatian dengan kata-kata manis dan mengambil mereka sebagai pelajar dalam kursus sekolah politik yang dianjurkan mereka.

Isu Pembangunan Tanah Tinggi: Dulu Selangor Sekarang Pulau Pinang?

Kini terdapat lebih 19 projek perumahan dan komersil yang dilaksanakan di lereng bukit tanpa mengikut Garis Panduan Pembangunan Tanah Tinggi di Malaysia. Pembangunan tanah tinggi juga dijalankan di tempat-tempat yang berkecerunan tinggi sehingga melebihi 25 darjah dan tingginya melebihi 70 meter.

PKNS Akan Hilang Lebih Banyak Asset?

Kini, dengan niat untuk menambahkan keuntungan kepada kerajaan negeri, pihak-pihak tertentu di dalam PKNS ingin menukar hak milik beberapa aset utama kepada sebuah anak syarikat yang bernama Private Real Estate Company atau PREC. Anak syarikat ini akan memiliki aset-aset seperti SACC Mall, PKNS Shah Alam, PKNS Bangi, sebuah bangunan di Petaling Jaya dan Wisma Yakin.

dapisrael

ADUN DAP Pulau Pinang Terlibat Dalam Politik Amerika Syarikat?

Apakah kepentingan DAP di Amerika Syarikat sehingga salah seorang dari ahli DUN mereka sanggup ponteng dari menghadiri sidang untuk menyertai sebuah program kerajaan asing? Adakah ini merupakan satu klu kepada penglibatan langsung kerajaan Amerika Syarikat kepada perjuangan DAP di Malaysia? Ataupun puak-puak pembangkang DAP yang sehingga kini sibuk ingin melaksanakan sistem Presiden tanpa Raja di Malaysia sedang giat memperlajari teknik sistem tersebut untuk ditiru di Malaysia suatu hari nanti?

TunM

Bila Tun Mahathir Berbicara, Impian Pakatan Rakyat Musnah.

Apakah Malaysia akan terjerumus kedalam lembah kekecohan agama dan kaum sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti? Itulah persoalan utama yang akan terus menjadi tanda tanya di minda para pengundi di Malaysia. Sekiranya perkara ini berlaku, sanggupkah rakyat Malaysia yang selama ini sudah dimanjakan dengan pelbagai kemudahan, berani untuk hidup di dalam keadaan darurat? Sanggupkah risiko diambil oleh rakyat Malaysia, hanya kerana mereka ingin menikmati janji-janji palsu yang telah ditabur berkoyan-koyan oleh agen-agen Pakatan Rakyat?

Antara Kelantangan MCA Dan Kebaculan PAS.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek nampaknya tidak habis-habis lagi di “spin” oleh orang-orang PAS. Sehingga waktu ini masih ada lagi artikel-artikel dikeluarkan agar dapat menaikkan kemarahan orang-orang Islam terhadap Presiden MCA tersebut. Namun begitu, sebahagian daripada kita telah terlupa bahawa yang selama ini mengelirukan rakyat berbilang kaum di Malaysia tentang Islam adalah PAS dan bukannya Barisan Nasional atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat yang lain.

Anwar_jet

Isu Jet Peribadi: Anwar Kata PInjam Jet Macam Pinjam Kereta.

Anwar Ibrahim menyatakan bahawa UMNO bertindak memalukannya dan tidak mahu golongan korporat membantu usaha jijik beliau untuk merampas Putrajaya dengan apa jua cara. Bermacam cerita dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim untuk menyelimut dirinya dari terpalit sebagai seorang yang sukakan kemewahan. Jika selama ini Anwar mahu dilihat begitu marhaen seperti Mahatma Gandhi dan Au Sang Suu Kyi, isu jet ini akan merobek realiti yang selama ini dipegang oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat.

Pok Nik Suruh Tanya UMNO Pasal Hudud, Jangan Kacau Karpal Singh

Kadangkala Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan di dalam media tentang perkara yang beliau sendiri keliru. Contohnya, baru-baru ini Tuan Guru Nik Aziz menyatakan bahawa media sepatutnya bertanyakan hal hudud kepada UMNO dan memohon media untuk tidak menganggu Karpal Singh.

Deklarasi Kuching PR : Penipuan Didahulukan, Janji Ditongsampahkan

Pakatan Rakyat kononya menjanjikan infrastruktur yang hebat-hebat untuk penduduk Negeri Sarawak, tetapi mereka lupa untuk mencermin diri mereka sendiri. Sebelum para penipu professional ini menjanjikan bulan dan bintang kepada negeri Sarawak, mereka perlulah melihat pembangunan infrastruktur di dalam negeri seliaan mereka sendiri. Selangor dengan krisis air, Pulau Pinang dengan pembangunan tak terancang dan Kedah dengan isu tanah, masalah demi masalah dihadapi oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat.

shah_alamPR

Ahli Parlimen Dan Dua Adun Shah Alam Gagal: Kolam Ternakan Ikan Di Atas Jalan Raya?

Di kawasan perindustrian seksyen 16 Shah Alam, boleh dikatakan jalan disekitar kawasan tersebut tidak ubah seperti sebuah sungai yang kecil. Penulis sendiri merasai kepayahannya apabila motorsikal penulis seperti telah bertukar menjadi sebuah “jet ski” apabila melalui jalan tersebut. Walaupun diatas motorsikal, jika melalui kawasan yang betul-betul rendah, air yang bertakung boleh mencecah sehingga ke buku lali.

Next Page »

Laman ini dibangunkan dan dikelolakan oleh myKMU Web Team
KUMPULAN MENYOKONG UMNO
WebMaster : webmaster@mykmu.net
editorial: demokrasimalaysia@yahoo.com
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters