10
Sep

OP Cantas: Polis lumpuhkan Transaksi Dadah Bernilai RM 50 juta

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa yang bergiat sejak awal tahun lalu melibatkan transaksi pasaran dadah bernilai RM50 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata kejayaan polis itu berikutan penahanan lima warga tempatan termasuk seorang wanita dalam dua serbuan berasingan di Cheras dan Kajang semalam.

Kesemua suspek, berumur antara 26 tahun dan 57 tahun, kata Noor Rashid dalam sidang media di sini Selasa.

Katanya, sindiket itu menyeludup dadah dari Myanmar melalui jalan darat dan laut sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan dan luar negara seperti Australia dan negara-negara jiran.

Dalam serbuan pertama di sebuah rumah teres di Taman Gemilang, Cheras kira-kira 8.45 malam, dua lelaki dan seorang wanita ditahan serta 90.12 kilogram dadah jenis syabu dirampas.

Dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Bandar Sungai Long, Kajang, dua lelaki ditahan dan sejumlah 119.8 kilogram syabu, 40.47 kilogram heroin dan 26.85 kilogram pil ekstasi dirampas.

Noor Rashid berkata premis di Cheras dan Kajang itu dipercayai menjadi stor penyimpanan dadah yang diseludup dari Myanmar.

Turut disita ialah sembilan buah kereta antaranya Mercedes yang dipercayai digunakan kumpulan sindiket itu, barang kemas, dua buah komputer riba dan sejumlah matawang berasingan iaitu RM51,229, USD300 dan Baht 450.

“Kereta itu mempunyai ruang khas yang digunakan untuk menyembunyikan dadah,” katanya.

Noor Rashid berkata kesemua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

“Kejayaan terbaru ini adalah hasil maklumat orang ramai,” katanya.

– BERNAMA

Ada 4 Comments setakat ini.

  • Orang Kampung
    September 10th, 2013 at 8:22 PM

    tahniah PDRM

  • alfie
    September 10th, 2013 at 9:20 PM

    Kalau rampasan dadah sudah sampai ke tahap angka 50 juta,ini ada lah tanda sempadan kita sangat BOLOS. Ini cara tidak langsung bermakna dadah yang berjumlah 5 juta,10 juta,20 juta,30 juta dan 40 juta dah biasa lepas sempadan kita selalu sehingga pengedar2 dadah confident RM50 juta dadah pun BOLEH.

  • raplahjingaa
    September 10th, 2013 at 9:29 PM

    hmmmm….cai-cai DAP tak dapat bonus la tahun ni…hehe

  • dotdot
    September 11th, 2013 at 3:16 PM

    try la bawak 1 juta pn xpa,,,nk tgok betul ke boleh lepas..

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.