Ops Cantas KL, 34 ahli kongsi gelap ditahan setakat 8 September

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Seramai 34 individu dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap ditahan dalam Op Cantas Khas Polis Kuala Lumpur dalam tempoh lebih tiga minggu sehingga hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, jumlah itu adalah daripada 502 orang yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah selepas pemeriksaan terhadap 10,126 orang dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata, dalam serbuan dan pemeriksaan secara terancang di beberapa lokasi ‘hotspot’ pada Sabtu dan Ahad lepas sahaja, seramai tujuh daripada 53 individu yang ditahan terbabit dalam kumpulan kongsi gelap dan pelbagai senjata api dirampas.

“Dalam serbuan ke atas sebuah kereta jenis Toyota Prius Sabtu lepas kira-kira pukul 8.30 malam di hadapan sebuah restoran di Taman Usahawan Kepong, polis menahan dua lelaki dan hasil pemeriksaan menemui satu kelopak peluru bersaiz 9mm berisi 10 butir peluru yang disorokkan di dalam poket seluar salah seorang daripada mereka.

“Susulan tangkapan itu, satu lagi serbuan dijalankan di pangsapuri Saujana, Damansara Damai. Seorang lelaki ditahan dan (polis) merampas tiga pucuk pistol semi auto jenama Hammerli P26., G23 Milspec dan PX4 Custom, tiga kelopak peluru berisi 29 butir peluru kapur, sepasang gari ibu jari dan pelbagai komponen pistol,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. – BERNAMA


Posted by KuntaKinte Malaysia on September 10th, 2013 :: Filed under Semasa,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Ops Cantas KL, 34 ahli kongsi gelap ditahan setakat 8 September”

  1. Moohyideeeeen
    September 10th, 2013

    Kerajaan mempertimbangkan jambatan ke-3 untuk menghubungi singapura- aiyo..dulu dah cancel kasi pampasan kat syat terbabit RM296 juta.

    BN ni memeang merugikan….

    Teringat kes terbaru yg melibatkan George Kent Bhd (Pembinaan LRT di ampang). G Kent tender RM900 mil plus, but second highest bidder is RM700 mil plus, yg menang islah RM900 mil plus, wpun tak lepas Syt Prsarana Evaluation.

    Last2 rakyat yg tanggung kos.

    UMNO Bodo.

  2. Moohyideeeeen
    September 10th, 2013

    Azalina nak bertanding Supreme Council. Calon Wanita pilihan ameno, dulu kini…

  3. WTF
    September 10th, 2013

    Saman lah, hang tunggu apa lagi???

    Takkan nak tunggu sampai Krismas Mooh…

  4. WTF
    September 10th, 2013

    Habis tu, hang nak Kak Semah poojaan hang bertanding ka???

  5. Mat Panjang
    September 10th, 2013

    Kongsi gelap yang bagi perlindungan dan tolong tampal kertas iklan sana sini kepada Ah Long tak cantas ke?

  6. raplahjingaa
    September 10th, 2013

    Dulu masa jambatan Pulau Pinang yang pertama di bina, bukan ka kit siang dan karpal sink, buat demo kat tapak pembinaan kononnya projek tu tak perlu dan hanya mengahabiskan wang rakyaat….la ni jambatan ke dua terpaksa di bina untuk menampung keperluan.

    Pasal visi kemajuan negara…hang jangan gebang la moooo…puak hang tak pernah terlintas pun dalam hati hangpa nak majukan negara, sebab hangpa kerja nak bangkang jer. pembangakng tepu !!

  7. raplahjingaa
    September 10th, 2013

    hehe…

  8. raplahjingaa
    September 10th, 2013

    34 orang jer ???? alahai….anyway apa pun bermula dengan satu, teruskan jangan hangat-hangat taik ayam, kalau pemimpin DAP terlibat, tangkap jer…jangan segan silu.

  9. baba
    September 10th, 2013

    tangkap semua mana yg ada, mana yg tegar tu elok tembak saja, tangkap pun buang masa saja.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: