Kabinet Bayangan: Bayang-Bayang, Gila Bayang, Terbayang-Bayang!!

NAK nangis pun ada bila membaca desakan ahli parlimen PAS, Nasrudin Tantawi yang mahu Pakatan haram ini membentuk kabinet bayangan.  Katanya, bagus kalau Pakatan ada kabinet bayangan sebab PAS pun dah bentuk kabinet bayangan dengan dia sendiri dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Timbalannya dalam Pemuda PAS, Nik Abduh sebagai Timbalan Menteri.

Kecut, tegang, kecut, tegang usus besar penulis menahan muntah.

PAS 23 kerusi pun bentuk kabinet bayangan jugak, lawak.  Kalau Nasrudin Menteri Pendidikan, agak-agaknyalah kan, apa jawatan Mahfuz Omar dalam kabinet bayangan PAS tersebut?  Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri?

Oh, tolonglah…..dia SRP pun tak pass.

Anway, lepas pilihanraya ini pulak baru Nasrudin nak sebut pasal kabinet bayangan, patutnya sebelum pilihanrayalah dah bentang kepada rakyat kabinet bayangankan.  Mentang-mentanglah dia menang PRU13 tempoh hari, itu yang kecoh-kecoh mintak diadakan kabinet bayangan, sebab dah gila bayang nak jadi Menteri?

Penulis fikir pembangkang dari PAS ini tidak pentingkan dunia dan lebih pentingkan akhirat.  Rupa-rupanya dia lebih mabuk jawatan dunia, lebih dari parti yang dia sering tuduh ini, UMNO, sampaikan jawatan dalam kabinet bayangan pun jadi isu yang begitu besar pada dia.

Ini semualah penulis katakan kebodohan pembangkang di Malaysia ini.  Otak ada tapi jarang guna, asyik nak menipu rakyat saja kerjanya, tidak ada lainlah.

Sepatutnya Nasrudin jangan pura-pura buat bodoh tentang soal kabinet bayangan ni sebab jawapan tu penulis yakin Nasrudin sendiri pun dah tahu apa dia.  Anwar, Hadi dan Kit Siang sengaja taknak umum kabinet bayangan sebab ‘line-up’ yang dah ada dalam kepala masing-masing, pasti tidak boleh diterima oleh komponen yang lain.

Yang mereka berpakat hanyalah untuk lantik Anwar sebagai Perdana Menteri sahaja, lain daripada itu tidak ada keputusan.  Lagipun di Malaysia ini, Perdana Menteri bukan satu-satunya jawatan yang jadi perhatian selain Timbalan Perdana Menteri.  Jawatan macam Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan, adalah antara yang paling sensitif, jangan salah letak, tentu jadi isu.

Inilah semuanya pun punca yang menyebabkan kenapa Pakatan tidak ada kabinet bayangan.  Nasrudin bukan tak tahu, tapi dia pura-pura tak tahu sebab nak menyelamatkan imej Pakatan yang semakin hari semakin tenggelam dek populariti parti masing-masing.

Apatah lagi sekarang kita tahu DAP ada lebih banyak kerusi berbanding PKR dan PAS, lagilah pening kepala Anwar nak menentukan kabinet bayangan pembangkang ni macam mana.

Nasrudin sepatutnya desak supaya Pakatan Rakyat itu didaftarkan segera sebagai gabungan parti politik alternatif selain Barisan Nasional, bukan nak bising-bising pasal kabinet bayangan.


Posted by Adamyan on September 9th, 2013 :: Filed under Adamyan,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Kabinet Bayangan: Bayang-Bayang, Gila Bayang, Terbayang-Bayang!!”

  1. anakbochek
    September 9th, 2013

    PM nak buat keputusan pun kena dapatkan suara majoriti. DAP lebih berminat untuk mendapat kerusi majoriti dalam PR sebab bila dah majoriti PKR dan PAS akan hanya melukut di tepi gantang.

    DAP banyak belajar bro. Pengalaman memerintah di Perak menyedarkan kita bahawa letaklah pemimpin yang paling Islamik sekalipun sebagai PM tapi kalau dah kerusi majoriti di pegang oleh puak2 ini, apa usul sekalipun mereka berkuasa untuk melulus atau menolaknya.

    MB PAS aka Nizar Lambai pun hanya jadi boneka inikan pulak Raja Liwat yang akan dipegang telurnya oleh DAP. Raja Liwat diperlukan kerana pengalaman luas dan kabel besar dengan Amerika serta Yahudi. Jangan buat2 tak tau pulak yea. Raja Liwat hanya akan menjadi PM boneka. PAS dah tentu akan menjadi keldai dari dulu kini dan selamanya.

  2. adoooiiii
    September 9th, 2013

    Unta, lembu, kibas atau kambing leh wat korban. Atau meme dh korban sirot perjuangan demi undi, semua ahli2 dh di ikhtiraf sebagai Ulama bolehlah keluar fatwa tika sembang diwarung atau tengah tgk bola di stadium. Tu solat pun atas jalan. Kiblat pun boleh jdi empat arah serentak. bawak2 berfikirlah saudara2 sekiblat ku.

  3. Mawar
    September 9th, 2013

    Biaq pii lah dorang dengan bayangan dorang.
    Dah kemaruk sangat nak tunjuk baguih padahal ilmu pun tak cukup lagi, ilmu ‘street’ tu pandailah, siap boleh tangkap nyamuk dalam jerebu lagik hahahaha

    Smua manusia bayangan nie saja-saja nak pegang duit bayangan….teringat dulu kalau tak silap si nuar ni pernah buat budget bayangan….

    Ohhhhh giler bayang pembangkang woiiii!!!

  4. alimedanbaru
    September 9th, 2013

    Sibuk sangat berangan nak jadi menteri, sepatutnya sebelum benar2 jadi menteri tunjukkanlah keupayaan awak membangunkan kawasan sendiri dalam semua aspek kemajuan. Memang tak layak pun puak ni jadi menteri sebab tiada semangan tinggi cintakan negara, contoh : TIDAK ADA BANTAHAN.TIDAK ADA KEKESALAN. TIDAK ADA NASIHAT PUN YG DIBERI KEPADA BADUT2 BODO YG MENAYANGKAN BENDERA HARAM KONON NAK GANTIKAN JALUR GEMILANG!SIBUK NAK PEGANG JAWATAN, TAPI KEDAULATAN & MARUAH NEGARA DIABAIKAN… muka tak boleh pakai!

  5. baba
    September 9th, 2013

    kabinet bayangan ni daru pru 12 dok sibuk suruh buat sampai skrg tak boleh nak buat….baru suruh buat kabinet bayangan pun dah gelabah mcm mana nak perintah malaysia?

  6. gambus
    September 9th, 2013

    Pakatan pun haram , dan masing-masing sibuk rebut kuasa , camana nak buat kabinet bayangan , kangg sebab jawatan kabinet bayangan pun puak Pakatan ni boleh bergaduh besar , maklumlaa masing-masing bernafsu besar , nak makan rasuah dan utamakan anak beranak masing-masing !

  7. Mat Panjang
    September 9th, 2013

    Mungkin ada antara mereka yang berminat atau berangan-angan nak jadi Presiden seperti Presiden USA Barak Obama atau macam Presiden dan PM China. Tetapi majoriti rakyat dan pengundi di Malaysia masih suka dengan sistem pemerintahan , Kerajaan, Jemaah Menteri dan Perlembagaan yang ada sekarang.

  8. sireh ke gagang
    September 9th, 2013

    mahpuz bean pegang jawatan menteri lawak negara .kerja dia dlm kabinet pas , buat segala benda lawak . benda yg tak lawak pun , dia lawak kan . ikut mentaliti SRP dia .

  9. i wan
    September 9th, 2013

    aku teghingat lagu rindu BAYANGAN….CAREFREE

  10. i wan
    September 9th, 2013

    BERPUTAR-PUTAR MEMBELITKAN KATA-KATA….

  11. Parti Ajaran Syahwat
    September 10th, 2013

    Mat Jenin, Pak Pandir, Pak Kaduk semua ada dlm hikayat Fuckatan..

  12. raplahjingaa
    September 10th, 2013

    Dalam kabinet bayangan PR / PAS, si nasaruddin ni dilantik jadi timbalan menteri pelajaran !! hahahahahah…kalau dia layank jadi tim menteri pelajaran…aku rasa adik aku yang tengah cari kerja tu layak jadi menteri pelajaran. hahahahahaha

    udah-udah la tu…rentikan laaa

Leave a Reply

Type your comment in the box below: