9
Sep

Lagi Anggota Kongsi Gelap Cuba Lepasi Sempadan Utara Negara

KANGAR 8 Sept. – Polis menahan 10 lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap termasuk Geng 04 dan 08 yang cuba memasuki negara ini dari Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) Padang Besar dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Tengku Mohd. Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, kesemua mereka berasal dari Se langor dan berusia antara 26 hingga 32 tahun ditahan ketika menaiki tiga buah kereta.

Beliau berkata mereka ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perlis dalam Op Cantas Khas kira-kira pukul 8 malam.

“Salah seorang daripada suspek yang ditahan dipercayai ahli Geng 04, lapan lelaki Geng 08 manakala seorang lagi Geng Satu Hati,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.

Kelmarin, polis menahan sem bilan lelaki ahli Geng 04 dan 08 di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam, Kedah dipercayai cuba melarikan diri ke negara jiran untuk mem buang tatu di badan mereka. – UTUSAN ONLINE

Ada 3 Comments setakat ini.

  • reds
    September 9th, 2013 at 6:57 AM

    kah…kah..kah…gengster konon..tau menggelupur pon.. syabas pihak berkuasa…teruskan membasmi musuh-musuh negara…

  • delta_source
    September 9th, 2013 at 8:47 AM

    AG masih tidur…

Who Linked To This Post?

  1. Media Shah Alam – Lagi Anggota Kongsi Gelap Cuba Lepasi Sempadan Utara Negara

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.