MANFAAT GOLONGAN MISKIN DAN KAYA, " />

Subsidi Minyak : Kadar Manfaat Pada Golongan Berpendapatan Rendah Vs Berpendapatan Tinggi

Kenaikkan harga minyak telah mengundang kemarahan kepada rakyat yang menyokong dan membangkang kerajaan. Hakikatnya  kenaikkan harga minyak  ini benar-benar tidak dialu-alukan dalam keadaan rakyat bertungkus lumus untuk mencari rezeki menyara keluarga. Ini berikutan dengan kurangnya pemahaman mereka akan konsep subsidi minyak yang telah diberikan oleh kerajaan selama ini. Sesetengah rakyat tidak sedar akan wujudnya “subsidi minyak” yang menyebabkan mereka menuduh kerajaan sengaja menaikkan harga minyak selepas memenangi  Pilihanraya Umum ke 13.

 

Dalam masa yang sama, pembangkang telah mengambil kesempatan sepenuhnya untuk memburukkan kerajaan ke tahap maksima. Dengan nada mengejek mereka mempersendakan para pengundi yang telah memilih kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 13 yang lepas.  Slogan mengejek Barisan Nasional sinonim dengan Barang Naik telah dilagukan dengan berterusan dan kencang dalam media sosial.

 

Konsep subsidi  tak lestari iaitu tidak  boleh ditanggung selamanya ataupun  “unsustainable” ini menjadi titik tolak kenaikkan harga minyak ini. Keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan menyebabkan kerajaan terpaksa mengurangkan paras subsidi.

 

Subsidi  minyak juga mencetuskan fenomena subsidi yang tidak adil kepada rakyat.  Walaupun tujuan subsidi minyak adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dengan mengurangkan inflasi namun rakyat yang berpendapatan tinggi juga menikmatinya.

 

Rakyat yang menggunakan  motosikal dan kereta Kancil menikmati  faedah apabila harga petrol murah. Pada masa yang sama  juga rakyat yang berpendapatan tinggi yang menggunakan kereta 4,000cc atau 5,000cc pun turut menikmati subsidi dari kerajaan walaupun mereka ini sepatutnya tidak layak.

 

Fenomena ini menggambarkan mereka yang menggunakan motor dan kancil mendapat sedikit subsidi kerana kadar penggunaan minyak untuk motor dan kancil adalah sedikit. Manakala penggunaan minyak  yang banyak untuk kereta mewah seperti Mercedes ,BMW dan lain-lain lagi menunjukkan bahawa golongan berpendapatan tinggi ini mendapat subsidi minyak yang maksima. Dengan pengurangan subsidi minyak maka akan menyaksikan pengurangan subsidi yang dinikmati oleh golongan kaya sebenarnya.

 

Pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan masih lagi meletakkan harga minyak Negara sebagai antara yang termurah jika dibandingkan dengan Negara-negara jiran terdekat seperti Singapura dan Thailand. Ini yang mendorong penyeludupan minyak secara besar-besaran ke Negara jiran.

 

Oleh itu rakyat Malaysia masih harus bersyukur kerana kita masih lagi menikmati harga minyak yang murah pada masa ini. Dalam masa yang sama rakyat harus faham konsep subsidi ini yang mampu memberi impak kepada ekonomi Negara.

 

Dengan fakta bahawa pengurangan subsidi minyak untuk menstabilkan ekonomi Negara maka pembangkang mula menyalak bahawa Malaysia bakal muflis dengan hutang pada kadar 53.76%.Mengapa pembangkang mendewa-dewakan Singapura sedangkan kadar hutang mereka adalah 113.18% . Jika kita menggunakan akal yang waras maka sepatutnya Singapura sudah lama bangktrap dan muflis dengan kadar hutang 113.18%.

 

Kesimpulannya pembangkang akan memutar belitkan fakta untuk memburukkan kerajaaan Barisan Nasional di mata dunia untuk memudahkan mereka merampas Negara. Oleh itu kerajaan harus menggunakan media arus perdana dan media sosial secara maksima untuk menyalurkan maklumat dan fakta yang betul untuk menerangkan kedudukan sebenar ekonomi Negara.


Posted by kakchah on September 8th, 2013 :: Filed under RENCANA,Semasa,Utama
Tags :: ,
You can leave a response, or trackback from your own site.

35 Responses to “Subsidi Minyak : Kadar Manfaat Pada Golongan Berpendapatan Rendah Vs Berpendapatan Tinggi”

  1. tony gunawan
    September 8th, 2013

    kerajaan boros , rakyat menderita!

  2. m8
    September 8th, 2013

    Jangan terkejut harga barang(bukan harga kawalan) kat tesco dah naik 3.00+ berbanding 2 minggu lepas, udang, ikan siakap/salmon, 1KG susu omega plus = 39.00 (35.40)

  3. pemerhati
    September 8th, 2013

    kak chah, pada sy buat perbandingan utk kaya & miskin x bermenafaat langsung utk kes ni!

    Apa pasal? Minyak adalah perkara yg plg asas utk semua benda kat M’sia ni..drp makanan smpai la perumahan.

    Masalahnya sekarang semua barang dah naik. Apa org2 kaya je yg makan? Orang kaya je beli susu anak? Org miskin pun kena beli benda yg sama..ikan..sayur..
    sama je..barang2 keperluan harian.

    Sy faham najib nak save kan 1.++ billion tapi x dek cara lain? Apa lah yg najibb susah sgt nak pikir ni? 1 billion tu bukan byk sgt pon. ko pening eh najibbb cam ne nak dpt 1 billion tu. maih aku bgtau.

    Cuba kurangkan jumlah BR1M. Kata lah tolak 100. brapa kerajaan boleh save? X Payah naikkan jumlah BR1M pun x apa. apa lagi boleh save? bantuan voucher buku budak universiti tu..tolak la 100 or 50 jugak..

    aku abes study 2011. aku x pernah pon pakai apa2 voucher buku.. ko rasa kan najibb kalau voucher buku tu kurang, so budak2 ni x boleh grad lah ye? Aku yg x pernah pakai apa2 voucher buku ni pun dah selamat grad Master in Science taun 2011! aku x pernah rasa ter efek langsung tak dek voiucher buku selama ni.

    byk lagi la yg ko boleh potong sikit2. kan org2 tua cakap sikit2 lama2 jadi bukit!

    So ko x nampak ke bukan susah sgt nak save 1.++ billion..kalau ko buat cam tu SATU Malaysia selamat drp kenaikan barang & yg dpt BR1M (or bantuan lain 1malaysia) pun masih dapat w/pun jumlahnya kurang sikit.

    Najibbb please la simple but yet effective!

    Mmg la kalau cerita drp economic side, cara naikkan 20 sen tu one of the best tp kalau alternative solution tu bagi the same result kan lagi bagus.

    Itu cedok drp buku ekonomi bulat2!. Najibb ko tu pemerintah..ibaratnya seorang bapak yg kena jd genius utk handle the family very well. Boleh x ko jgn ikut sgt cakap penasihat terhebat ko tu? x lupa juga pd pemandu laknat tu. Ingat dia tu sapa. Sepet kan, jgn terkejut kalau dia pun sebenarnya gang2 komunis, babi2 yg menyamar jd ayam.

    kalau lah Tun ikut teori buku ekonomi dulu apungkan duit m’sia + pinjam IMF..ko rasa2 la najib apa jadik hari ni?

  4. alimedanbaru
    September 8th, 2013

    Menteri yg datang dari GLC atau bank ternama yg buat untong untuk syarikstnya belum tentu dapat untongkan rakyat dgn programnya.Kalau minda dia hanya fokus untuk selamatkan kerajaan tanpa pertimbangkan kebajikan rakyat.. jawapannya BEBAN RAKYAT.

    SEBENARNYA RAKYAT PUN TAK KISAH KALAU BR1M ATAU MACAM2 BAUCER YG DIUJUDKAN DIKURANGKAN atas alasan munasabah drp menghadapi resiko dgn kenaikan harga minyak.

  5. Anonymas
    September 8th, 2013

    Seronoknya kan jadi pembangkang.

    > kalau ada idea bagus boleh cakap INI GULA-GULA…TAK IKHLAS…BELI UNDI…AMBIK TAKPE JANJI UNDI PAKATAN

    > kalau idea tak bagus boleh cakap KERAJAAN ZALIM…KERAJAAN MEMBAZIR…BLA…BLA….BLA UWEK (muntah)

    Kalau bawah negeri pakatan berlaku ketidak adilan? EH TU SEMUA PROPAGANDA KERAJAAN…SEMUA SALAH KERAJAAN YANG LEPAS…MANA ADA…SEMUA SALAH BN

    Wakakakaka korang cakap lebih, buatnya tidak!

  6. pemerhati
    September 8th, 2013

    a’ah..mmg senang jd pembangkang yg membuta tuli ni..nak bg idea yg lebih bernas jgn harap lah.

    ayat sama la di ulang2 nya w/pun x ada idea nak ckp sebenarnya

  7. kayu
    September 8th, 2013

    Negeri Pulau Pinang yang dijanjikan dengan air percuma telah menerima air percuma iaitu air kencing LimguaEng dengan air longkang ,air dari PBA telah telah dinaikkan harga 100%.. tetapi air dari Kedah disedut percuma ,kalau Melayu nak berniaga mereka perlu belajar dari pengembala babi ni,untung mau banyak modal mau sikit macam mana tak cepat kaya,pegang Penang tak sampai 10 tahun berpuluh billion dapat untung masuk akaun haram , hasil komisen lelong tanah kerajaan negeri ,…dimana kalau mereka nak halau Melayu ,mereka hanya perlu buat kandang babi dikawasan berhampiran kampung Melayu,maka bertempiaranlah Melayu lari… jalan dikawasan Melayu dibiarkan gelap macam kawasan hantu ,kawasan Cina sampai kawasan setinggan dan dalam hutan pun dipasang lampu sampai kepagi..tu baru pegang negeri tak pegang negara lagi…kalau masih ada Melayu buta perut tak sedar diri tunggu jahanam sajalah..dengan parti komunis ni..

  8. bangKano
    September 8th, 2013

    Tony memang tarak guna ONE…cuma mampu komen 4 patah perkataan jerr…nak tulih panjang panjang nanti takut meghapu plak sedang kan 4 perkataan pun dah macam isteri meghoyan kematian suami.

    Kah…kah…kah…..lawok nyo puok puok bengong sokmo ni…!!!

  9. baba
    September 8th, 2013

    kerajaan boros memang rakyat menderita sebab tu kerajaan malaysia tak boros, nak bagi subsidi semata2 nak popular. kerajaan malaysia amat mementingkan perkembangan ekonomi negara kerana apabila ekonomi berkembang, rakyat senang. jangan kerana bg subsidi sana, subsidi sini, kerajaan sampai tak dapat gerakkan ekonomi.

  10. mek esah
    September 8th, 2013

    nak buat mcm mana…deris anak jala jugak yg diyakininya….kwa kkwa kwa

  11. yeop
    September 8th, 2013

    pembangkang dari longkang memang semuanya dibangkang..hhhh

  12. bangKano
    September 8th, 2013

    Bila hang cakap pasai soghang menteri yang di lantik dari GLC tu…. hati aku teghuih mendidih marah kat GLC tu…memang dasaq institusi tersebut mengamal kan kaut keuntungan berkali kali ganda termasuk penipuan secagha haluih. Aku kata lagu tu keghana aku dah terkena ngan pengagihan dividen terakhir bagi tahun 2012 saham institusi berkenaan. Depa cuma nak ghembat potongan cukai 25% dari pendapatan dividen dari jumlah pegangan saham. Di catat kan dalam sijil cukai pendapatan subsidiari/subsidiary income tax certificate jelaih bercanggah ngan keputusan pihak lembaga pengarah dalam AGM ke 53 GLC tersebut. Depa licik mengaburi pandangan aku sebagai pemegang saham…depa ingat aku ni bangang apa tak mau teliti setiap statmen depa tu. Depa kurang kan kadar dividen yang sepatut nya aku dapat ikut catatan dari buku laporan tuhunan kewangan 2012…depa bertindak tak catat kan cukai 25% pun tapi di tulih tak di kena kan cukai. Tu kan penipuan secagha haluih. Aneh sungguh depa ni kalo nak kelentong agak agak la sikit…depa saja nak kaut potongan cukai 25% tu tanpa di serah kan pada kerajaan melalui LHDN. Coba pikir kan jumlah potongan cukai tak di tuntut oleh pemegang saham melalui pengistiharan cukai pendatan tahunan walo pun kecl tapi kalo terdapat 1000 pemenag saham tak tuntut potongan cukai boleh tuntut tu dah tentu berjumlah berpuluh ribu ringgit. Jadi sapa yang untung….dah tentu la pihak GLC yang tamak & penipu tu….!!!

    Patut la setiap tahun GLC tersebut umum kan keuntungan berbilion ringgit…ni ghupa nya cagha depa nak dapat keuntungan berpuluh laki ganda…mangsa nya ada la para pendeposit sama ada berupa simpanan,saham & sitem kredit/pinjaman.Kalo dah kapatalis tu kapatalis jugak la walo pun CEO nya soghang muslim….!!!

  13. bangKano
    September 8th, 2013

    Bro pemerhati…..sori kalo aku nak komen sikit tang hang ni….memang hang ni berpendidikan tinggi tapi bukan dalam bidang ekonomi…cuma mahir dalam sains bukan bemakna mahir jugak dalam bidang displin ilmu yang lain. Hang leh cakap pasai sains memang oghang lain sukaq nak patah kan hujah hujah hang tu…..tapi tang ekonomi aku dah nampak hang dah mola mengaghut sikit. Ekonomi akan berkembang jika banyak wang mengalir dalam pasaran…contoh nya pemberian BR1M tu…rakyat terima depa teghuih berbelanja untuk keperluan asas masing masing,jadi sapa yang dapat manfaat dari BR1M tu…dah tentu penerima BR1M,para peniaga,pekerja tauke perniagaan tersebut,kerajaan & pegawai kerajaan sendiri mengikut kitaran aliran wamng tersebut. Jadi kaedah ni akan menjana ekonomi rakyat & negagha sendiri. Peniaga raih keuntungan & kerajaan berjaya kutip cukai dari peniaga tu.Kesimpulan nya tak akan wujud situasi menang-kalah,kalah-kalah malahan menang-menang….!!!!

    Betoi tak pemerhati…..?

  14. bangKano
    September 8th, 2013

    Weiiii mek esah serba gersang…kalo nak berhujah jangan takat tulih 13 perkataan jerr…tu cakap pakai otot patut cakap ikut otak la wahai si anak Kelate bengong…jangan la nak melalot lalot macam Jalot ngan patung nya tu…kan…kan…?

  15. pemerhati
    September 9th, 2013

    bangkano,
    aku x kata semestinya BR1M kena potong. tu salah satu example dan pd aku potong BR1M adalah jalan terakhir. Tapi mcamana pulak dgn bantuan voucher buku tu? cuba ko check apa lagi bantuan 1Malaysia yg ajib bg? byk kot bantuan 1M tu. potong la sikit kat mana2 part yg x brapa kritikal.

    isunya sekarang nak selamatkan satu Malaysia ok. tak lebih drp tu. Aku jugak sgt sedar yg harga barang x kan selamanya static tapi at least boleh la diperlambatkan timing utk naik tu.

    kalau ko kata win-win situation. katalah sebelom naik susu cap A 1 kg 35.40. lepas naik jadi 39. sebelum ada 500 selepas pun ada 500 (ni kita x pasti brapa BR1M najib nak bagi– tunggu official press)

    so ko x nampak ke..makin sikit kan.

    tu x masuk lg harga barang2 harian. kalau penerima2 BR1M dapat 400 tp harga masih yg lama kan byk diorg boleh beli w/pun jumlah bantuan kurang sikit.

    kat m’sia ni penduduknya bukan org2 yg kurang mampu terima BR1M SAHAJA. org kaya ada..yg sederhana ada. org kaya mcmana pun diorg x lah suka2 nak buat duit tak tentu pasal. ni nama nya menambah kebencian rakyat.

    kata lah yg susah terima BRIM = 2000, sederhana + elit = 3500. kalau la pilihanraya time ni aku komfem sgt la lingkup.

    aku bercakap utk konteks seluruh rakyat ok. sbb aku syg kan kerajaan yg ada skrg lah aku tegur.

    before pilihanraya, ramai pembangkang2 ckp dgn aku after election komfem minyak akan naik. ni nama nya mcm ajib bagi peluru suruh tembak kat dia.

    kita boleh ckp mcm2..copy paste drp buku ekonomi tu tapi hasil perlaksanaan = kesan pada rakyat tu yg diorg ambik kira.

    ko rasa diorg ni nak ke dengar penjelasan drp buku teks macro micro tu kalau hati dah panas semua barang naik melambung2?

    sbb tu aku kata cuba kalau Tun copy paste drp buku ekonomi tu apa jd kat kita semua skrg.

    aku ada baca jugak pihak2 luar memuji2 tindakkan ajib naikkan 20 sen. peduli apa dgn pujian2 diorg yg penting apa yg jadik kat dlm negara.

    tgk time Tun buat kawalan duit. Ada pihak luar or the economist nak puji? haram..buruk2 kan adalah..

    kalau M’sia ni yg boleh PANGKAH UNDI pilihanraya penerima BR1M aja aku x brapa heran lah.

  16. pemerhati
    September 9th, 2013

    oh ye bangkano, ni aku bg sample2 yg boleh dipotong je. SAMPLE ok. byk lagi yg bukan bantuan 1M boleh cut sikit. tu cost2 kt org gomen pun boleh jugak..asal meeting..makan.. mana nya..

    tak pun check brapa pemanduBas tu dah habiskan.. GLC2 tu..maksud aku kat sini = cut sikit mana2 yg x kritikal.

  17. bujuk
    September 9th, 2013

    Untuk tepati janji BR1M sebanyak rm500 – rm1500, rakyat majoriti tanggung bahana. Inikah yg. pengundi2 UMNO mau?
    Dapat rm500 setahun, tapi kena bayar ribuan ringgit untuk tampung kos kenaikan harga minyak dan barang2 serta perkhidmatan yg. bakal mengikuti kenaikan harga minyak nanti.
    Apakah semudah itu kita d bodohkan?
    Umpama seronok sehari, derita setahun.. fikir-fikirkan.

  18. Kayu
    September 9th, 2013

    Pengundi UMNO cuma tak mahu kena kencing dengan Pakatan Dajal yang nak lelong agama dan negara tu ..,sebab itu mereka ditolak,kalau tolak keduanya dapat pulak dekat bapak setan yang sedang ketagih darah umat Islam seluruh dunia yang sedang mengganas ditimur tengah dan Afrika tu….,tu pun manusia buta perut dalam negara ni tak sedar-sedar lagi….!

  19. WTF
    September 9th, 2013

    Ewah2, mana datangnya fakta beribu2 MYR kena dihabiskan sebab kenaikan harga minyak dan brg2 serta perkhidmatan????

    Banyak sakan hang berbelanja!!!

  20. WTF
    September 9th, 2013

    Bila hang mention bantuan voucher buku, memang terasa sedih pabila melihat yg benar2 memanfaatkan bantuan voucher buku kebanyakan anak2 Cina. Ini saya lihat sendiri sebanyak empat kali ketika berada di kedai MPH di One Utama…

    Mana perginya anak2 Melayu kita, adakah anak2 Melayu kita sudah tidak suka membaca buku lagi???

  21. sireh ke gagang
    September 9th, 2013

    jalan penyelesaian

    1.bezakan harga minyak ikut cc kereta . dari situ kerajaan boleh bahagikan subsidi lebih adil kpd rakyat yg berpendapatan rendah . contoh , harga minyak untuk kereta kancil adalah lebih murah dari harga minyak kereta bmw. sesuai dgn status & kemampuan pemiliknya .

    2.penerangan peringkat nasional kpd rakyat dlm semua media massa . tv , radio ,laman sosial , surat khabar , risalah yg dihantar ke rumah .edaran menyeluruh dan hebahan berterusan . ini dapat mendidik rakyat tentang apa itu SUBSIDI KERAJAAN. bila rakyat ada kefahaman mengenai subsidi , mereka tidak akan mudah termakan kata2 hasutan atau propa murahan pihak sana .

    3.menteri2 bertanggung jawab menjelaskan hal berkaitan subsidi dgn penuh kefahaman ilmiah . bukan setakat cakap bahasa kedai kopi yang lebih banyak membiarkan rakyat membuat tafsiran sendiri .biar rakyat jelas dgn penjelsan menteri dan pendirian kerajaaan dlm nak membantu semua lapisan rakyat. (rakyat berpendapatan rendah khususnya)

  22. Anak Lenggong
    September 9th, 2013

    Bujuk kenapa ko tidak cakap mengenai potongan subsidi air diPenang dengan peningkatan 100% serta kadar kenaikan cukai pintu dan sewa gerai di bgn. perbadanan kerajaan negeri selangor.

  23. raplahjingga
    September 9th, 2013

    hang ni bujuk….tak ada komem membina langsung…bila kerjaan Pulau Pinang naik kan rebate air sampai 100%, dan kerajaan negeri Selangor naikkan cukai pintu sesuka hati…tu bukan bahana ke ?? Bila sewa shoplot kat kompleks PKNS SHAH ALAM, yang rata-ratanya perniagaan orang melayu…tu bukan bahana ke ??

    Tu baru umpama seronok sehari, derita 5 tahun !!

  24. baujuk
    September 9th, 2013

    Re:Sireh ke ganggang – 1)kalau ikut cc… ada kereta cc kecik tapi harga sebuah boleh beli 5 buah kereta tempatan ya sama cc, merc compressor, mini cooper dll. 2)Kalau ikut brand kereta pula apa macam dgn kereta jaguar, merc, bmw dll yg berumur 20 tahun ke atas yg nilainya dlm RM10k saja? Nak beli kereta baru dah takde duit kerana dah pencen. Rumusannya bukan senang nak mengadilkan utk semua. Sekumpulan akan tetap kena terima yg ‘kurang’ adil.

  25. dotdot
    September 9th, 2013

    hang ni bujuk,,cakap penuh spin la ,,berapa banyak kereta kancil secondhand jual kt malaysia ni,.dh tau x mampu toksah lah mengada2 nk pakai CC besar serabai

  26. Anak Lenggong
    September 9th, 2013

    Huhh..bila kerajaan mengurangkan subsidi petrol bermacam reaksi timbul dan sudah tentulah menghentam kerajaan. Di sebelah PR yang sentiasa mencari ‘silap’ kerajaan, kenaikan itu seperti memberi ‘bola tanggung’. Seolah-olah kalau mereka yang berkuasa, semuanya itu tidak akan berlaku, tidak ada kenaikan.

    Sebenarnya tujuan kerajaan berbuat begitu supaya kaedah pemberian subsidi kena pada tempatnye, cekap dan tidak membazir serta untuk membantu golongan tidak berkemampuan dan gologan sasar. Bukan untuk mereka yang membawa Ferrari turut menikmati bahan api yang disubsidi itu.

    Oleh itu, adalah lebih baik di sebalik menghulurkan subsidi menyeluruh seperti subsidi besar bagi petrol dan gas, kerajaan beralih secara berperingkat-peringkat kepada pemberian bantuan tunai secara langsung seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.

    Diharapkan pengurangan subsidi petrol ini akan membantu meningkatkan pula BR1M daripada RM500 kepada jumlah lebih besar serta dapat diberikan kepada golongan pertengahan juga. Pendek kata, biarlah pengurangan subsidi petrol dapat dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia.

    Kita harus fikir Di sebalik ‘amat terasa’ dengan kenaikan harga petrol ini, kita sering terlupa dengan pemberian subsidi pelbagai barangan keperluan harian lain yang sedang dinikmati sekarang. Tidak semua orang mempunyai motosikal atau kereta. Tidak semua yang ada motosikal atau kereta akan menggunakan kenderaan itu untuk terus ke tempat kerja. Mereka mungkin menggunakan pengangkutan awam seperti komuter, LRT, monorel atau bas sama ada untuk mengelakkan kesesakan, menjimatkan tol, petrol dan bayaran letak kereta (parkir). Bagi pengguna komuter yang berpendapatan RM3,000 ke bawah pula berpeluang menikmati diskaun 50 peratus tambang…so cuba lapangkan dada dan lihat kembali apa yang dilakukan oleh kerajaan jangan tau nak tibai jee..(Jangan jadi saperti PR yang dok kata duit petronas tu banyak..Petronas tu tak bayar duit pekerja nya kee..adakah sumber keuntungan petronas tu datangnya daripada cari gali minyak di Malaysia ni..GUNUNG PUN KALAU HARI-HARI DIKOREK..RUNTUH JUGAKK).

  27. gambus
    September 9th, 2013

    yang dapat bahana ialah bila rakyat mengundi Pakatan haram jee bujuk !!!

    air yang takde kena mengena dengan pasaran dunia ditarik subsidi , sampai cukai untuk rakyat dinaikkan bukan tu jee sewa-sewa untuk rakyat marhaen dinaikkan oleh kerajaan Pakatan Haram .. ni laa yang penuh bahana , rakyat derita dibawah Pakatan , ditipu oleh pemimpin Pakatan yang sememangnya kuat penipu seperti macai mereka jugak

  28. Hamba Ar Rahman
    September 9th, 2013

    Lebih baik dikurangkan pekerja2 yg membebankan dan tidak datangkan menaafaat dalam kerajaan…contoh pekerja2 yg makan gaji buta…pekerja2 yg tuang dan ntah apa2 jawatan yg diwujudkan…ataupun bekukan gaji mereka…jgn naik2 sampai bila2..dan jgn diberikan bonus….supaya mereka akhirnya quit sendiri dan cari kerja lain…..terlalu ramai pekerja gomen yg makan gaji buta….

  29. Hamba Ar Rahman
    September 9th, 2013

    ini memang betul pun…BRIM pun depa berebut2 ambil….ada beberapa yg aku kenal…duit lebih dari cukup..tapi boleh apply BRIM….kereta berderet….biasala…geng2 depa kalau bab berniaga tipu LHDN memang terer…..gaji yg byk pun depa boleh ubah jadi sikit….

  30. gambus
    September 9th, 2013

    contoh puak DAPig yang bebal nak faham artikel kat atas tu kakakakaka , bahasa Melayu pun tak faham kaa DAPigs ???

  31. bujuk
    September 9th, 2013

    Aku masih tunggu jawapan yg. lebih berwibawa..

  32. gambus
    September 9th, 2013

    bila kaki penipu dan menghalalkan fitnah demi Politik , munafik bujuk cuba berlagak pandai hahahahaha

  33. WTF
    September 9th, 2013

    Pergh…Bujuk siap mengaku “berwibawa” lak tu…

    Tang mana hang masuk bakul angkat sendiri ni???

  34. nasir
    September 10th, 2013

    munafikun al bujuk….hehe, otak senget ,akai cetek,dada sempit…

  35. bujuk
    September 14th, 2013

    Takkan pakai ferrari, BMW dan kereta mewah lain guna ron95? Mereka guna ron97 yg. tiada subsidi..

Leave a Reply

Type your comment in the box below: