MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Subsidi: PEMANDU Perlu Kaji Sumbangannya Pada Negara/Ekonomi Domestik

BILA bercakap tentang pemberian subsidi di negara ini, sudah tentu yang sering diperkatakan ‘pakar-pakar’ ekonomi adalah kesan negatifnya kepada negara kita, sedikit atau jarang yang kita dengar ‘pakar-pakar’ ini bercakap tentang sumbangan subsidi kepada kemajuan negara.

Mengarutlah kalau sesiapa katakan RM30 billion nilai subsidi yang dibelanjakan kerajaan (RM 24 billion dalam bentuk subsidi petroleum sahaja) hari ini, tidak mempunyai pulangan langsung kepada ekonomi negara kita (perbelanjaan hangus).

Penulis yakin kesan positif itu ada, cuma mungkin tidak ada pihak yang nak menjalankan kajian mengenainya lagi sebab itu tidak ada yang nampak.

Kalau subsidi ini semata-mata merugikan negara seperti tanggapan banyak pihak (terutama yang ada kaitan dengan ekonomi), sudah tentu negara kita tidak berada di tahap seperti mana sekarang,

Ini kita dok cerita tentang perbandingan dengan negara lain - betul lah dari segi fakta, tapi berapa ramai rakyat negara kita boleh ‘rasa’ kesan petrol mahal di negara tersebut, bukan semuanya pernah pergi ke negara yang dimaksudkan itu pun.

Jadi janganlah hairan kenapa ada segelintir rakyat yang tidak boleh menerima penjelasan kerajaan, sebab mereka tak rasa, mereka tak nampak dan paling teruk, tidak peduli pun.

Sebetulnya, penulis tidak setuju dengan perbandingan macam itu, tapi dengan persepsi semasa rakyat dan kedudukan sebagai penyokong kerajaan, penulis tidak banyak pilihan untuk menjustifikasikan kenaikan ini kepada khalayak di luar sana melainkan menggunakan modal sama untuk mempertahankan keputusan kerajaan.

Nasib baik pembangkang pun tidak banyak modal juga, balik-balik harga barang lain naik, walhal dulu bila kerajaan turunkan harga minyak, harga barang tak turun pun.

Hakikatnya, suka atau tidak, cerita subsidi ini memang akan jadi topik untuk mendapat sokongan oleh setiap parti politik dalam negara.  Seolah-olahnya semua pihak mati kutu macam mana nak tolong rakyat, melainkan dengan memberikan subsidi.

Masalahnya, bila  semua terlalu bergantung kepada subsidi, bukan senang nak tarik balik.

Justeru, sehingga sampai masanya dimana dunia boleh menerima hakikat bahawa minyak fosil ini semakin terhad dan mahal, penulis yakin subsidi perlu diteruskan

Kerajaan perlu mengarahkan ‘agensi terbaiknya’ seperti PEMANDU untuk menjalankan kajian tentang kesan positif subsidi kepada ekonomi negara, terutama di peringkat domestik dan tidak semata-mata melihat kepada sudut negatifnya semata-mata.

Memandangkan kajian ini berkenaan dengan keadaan ekonomi domestik, penulis yakin rakyat lebih yakin untuk menerimanya berbanding format sekarang yang semata-mata melihat kepada kesan ekonomi di peringkat antarabangsa.  Silap-silap, kerajaan boleh menjadikan kajian ini sebagai penanda aras untuk penentuan subsidi nak naik atau turun di masa depan.

Kalau betul caranya, tidak ada sebab rakyat nak tolak kerana perkara itu mereka alami setiap hari, setiap kali membelanjakan wang untuk mendapatkan barang keperluan.


Posted by Adamyan on September 8th, 2013 :: Filed under Adamyan,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

21 Responses to “Subsidi: PEMANDU Perlu Kaji Sumbangannya Pada Negara/Ekonomi Domestik”

  1. raplahjingaa
    September 8th, 2013

    PEMANDU ?? pemandu ni akan melingkupkan negara terutamanya bangsa melayu ! bila aku kenangkan PEMANDU, menyirap darah aku dengan kebodohan Najib, Najib ni terlalu bodoh ataupun terlalu naïve, atau mungkin kedua-duanya sekali.

    Hariaki tertinggi PEMANDU dianggotai oleh majoriti bangsa cina !! ada melayu dua tiga kerat, kaki mabuk, yang betina dok peluk mat salleh yang jantan hidup dah tak macam orang melayu !!

    depa ni yang najib habiskan wang kerajaan dok bayar gaji ?? kenapa laaa..di Negara ni tak ada pembangkang yang berwibawa, kalau ada…dah lama dah najib di sumbat dalam longkang !

  2. penumpang
    September 8th, 2013

    Pemandu lutut hang la……semua rakyat termasuk hardcore umno pun tak suka pemandu….buat abis beras aje….semua kakitangan kementerian sibuk penat buat kerja, pemandu hijack nama aje….

  3. Ultra Malay
    September 8th, 2013

    AIKK MACAM AKTA MAEL LAMBONG JE RAP, KAU KENAKAN KAT NAJIB?
    SEJUJURNYA AKU SETUJU DGN KAU RAP… MALAH BANYAK LAGI PENYOKONG KERAJAAN YANG BERPENDIRIAN SAMA.
    KEWUJUDAN PEMANDU MUNGKIN KERANA NAK MENGIMBANGI KEUNGGULAN BUAH FIKIRAN DAN KEWIBAWAAN BEKAS PM (TDM). MUNGKIN FIKIRAN PM KITA DAH TEPU UNTUK BERFIKIR MEMAJUKAN NEGARA SERTA BERTINDAK DENGAN BIJAK. TAPI MALANGNYA PEMANDU DAN PARA PENASIHAT TELAH MEMBAWA KPD JAHANAMNYA KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP UMNO….

  4. Mustaqim Abdul Rahman
    September 8th, 2013

    selepas tun razak tiada kehidupan sederhana keluarga najib bertukar mewah dibela oleh taukey2 cina khususnya lim goh tong…

    dari situ najib menjadi liberal begitu adik beradiknya lain paling ketara nazir razak…

    siapa dalam cimb top mgmt pasti tahu nazir razak anti melayu…..

    saya paham masalah sentimen najib terhadap cina sbb saya pun sama juga…

    kita mahu presiden umno sbg pm malaysia bukan pm malaysia sbg presiden umno….

  5. tony gunawan
    September 8th, 2013

    raplahjingaa,apa u nak kata?
    jangan mengamuk di sini!

  6. raplahjingaa
    September 8th, 2013

    Aku kata..kalau ada pembangkang yang berwibawa, najib akan lingkup…tapi sayang seribu kali sayang…pembangkang kat negara ni jenis langau..bising jer lebih, tapi dok hurung benda yang busuk !….macam hang !!

  7. baba
    September 8th, 2013

    pemandu ni patut dibubarkan saja, tak nampak pun kesan hebat dgn adanya pemandu ni. buang duit saja.pemandu ni lebih kepada perniagaan dari melihat kepentingan bangsa melayu.

  8. mek esah
    September 8th, 2013

    hanya satu….nyahkan saja deris anak jala ni dlm kerajaan….bewok ni hanya merosakkan !!!!!!

  9. yeop
    September 8th, 2013

    najib bijak politik playsafe jer.. pemandu mabok bawak orang melayu terjun gaung dia peduli apa..yg pentinggggggg dia selamat…hhhh

  10. yeop
    September 8th, 2013

    hahhahaha..pembangkang haprak kata orang putih..

  11. Manong
    September 8th, 2013

    Ada ketua pembangkang pun 10 kali tak boleh pakai…. Yang pengikut dah berpuluh kali ditipunya, masih dok sokong… Apa jenis manusia pun aku tak tau!.

  12. Manong
    September 8th, 2013

    Idris a/l jala? Menarik tu mek… Aku dgr kata dia ni bukan melayu/islam… (kalau silap perbetul)…

  13. raplahjingga
    September 9th, 2013

    Mana tak haprak…penyokong semua jenis piang macam toni, jenis dia ni,masuk apa pun lingkup, malah kalau orang macam toni ni join st john ambulance, st john ambulance tu pun boleh lingkup !

  14. sireh ke gagang
    September 9th, 2013

    PEMANDU tak perlu pun . kan dah ada unit perancangan ekonomi .

    lagi 1 , aku tgk , dlm blog parpu , kriteria dan background yg dlm pemandu tu mcm tak layak aje . ade yg dgn masalah sosial , ade yg penyokong BERSIH . ape ini ? dlm agensi kerajaan BN , menyusup masuk puak2 tak guna ini.harap dato deris jala turun la bawah . check betul2 resume anak buah awak tu semua .jangan sampai rakyat naik meluat , pejabat dato deris rakyat buat demo nanti. itu jam , nego dah tak guna . fikir2kan.

  15. sireh ke gagang
    September 9th, 2013

    pembangkang semuanya tak guna mcm tony . asal bercakap , semua ke laut . dlm diam2 kumpul harta utk diri & kroni. heheh

  16. sireh ke gagang
    September 9th, 2013

    pertama kali aku SOKONG pendapat mek !! (clap2.. utk mek) .

    memang , klu keadaan masih mcm skrg , cara terbaik , terajang aje dato deris . cari org lain yg lebih bersifat nak membela negara kita . org pentingkan diri sendiri , tak perlu simpan .

  17. sireh ke gagang
    September 9th, 2013

    manong , dato deris ni org kelabit dari bario sarawak . ape agama beliau , wallahu’alam.

  18. sireh ke gagang
    September 9th, 2013

    dah leader nya pun bukan melayu .. ape nk dibela melayu kat situ. heheh…

  19. WTF
    September 9th, 2013

    Agama Idris Jala agama Kristian…

  20. gambus
    September 9th, 2013

    betul tu saudara raplah , pemandu haramjadah !!! punya banyak pemimpin UMNO yang veteran boleh di gembelangkan kepakaran mereka

  21. gambus
    September 9th, 2013

    orang UMNO ni memang bebas mengkritik , bukan macam kau apek tony , kritik DAPigs mesti kena buang takpun kena gag order kakakakakakakakakaka , demokrasi hanya untuk anak beranak apek Lim jeee dalam DAPigs

Leave a Reply

Type your comment in the box below: