7
Sep

Samad Said Menggadai Maruah Diri dan Negara Demi Pencalonan Hadiah Nobel?

Oleh Nur Azlina Shaari

Kisah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang bersekongkol mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan kemerdekaan baru-baru ini memperlihatkan satu sisi yang berbeza dalam diri tokoh berkenaan. Samad Said dalam akhir-akhir zaman kegemilangannya cuba mencari cahaya baru di hujung terowong.

Mungkin berinspirasikan pemenang-pemenang hadiah nobel sastera dunia yang anti-kerajaan, Samad melihat ini peluang beliau dicalonkan ke dlam anugerah tersebut dengan bantuan jaringan politik Anwar Ibrahim.

Pak Samad sama ada sudah terputus dari realiti sebenar atau sengaja mahu mencipta nama cara baru telah mencemarkan imej dan harga diri beliau dengan bersengkongkol dengan oportunis-oportunis politik yang melepasi tatasusila rakyat.

Mengibarkan bendera sang saka merah menggantikan bendera negara Malaysia yang merdeka pada hari kemerdekaan merupakan satu penghinaan kepada negara dan juga Pak samad sendiri.

Ramai yang mengecam A. Samad Said kerana berpendapat tindakannya itu mampu mempengaruhi rakyat khususnya generasi muda yang tidak memahami sejarah.

Atas dasar menerima kecaman tersebut, A. Samad Said sanggup mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan dalam portal MalaysiaKini di mana tidak kisah langsung sekiranya kewarganegaraan beliau dilucutkan.

Sebenarnya, pemikiran A. Samad Said semakin lama semakin sukar untuk ditelah walhal beliau adalah individu yang menjadi teladan kerana banyak berjasa dalam memartabatkan kesusteraan Melayu.

Sejak beliau menjadi Pengerusi bersama BERSIH pada tahun 2011, banyak dakyah-dakyah palsu yang disampaikan kepada rakyat supaya terus-menerus menolak kepimpinan kerajaan sekarang ini.

Justeru, dalam isu beliau bersama-sama kumpulan yang berhaluan kiri mengibarkan bendera tersebut dilihat mampu mengganggu dan mengacau keamanan serta keharmonian negara yang dikecapi.

Dan apabila beliau mengeluarkan kenyataan sanggup dilucutkan kewarganegaraan melihatkan beliau tidak langsung menyayangi negara sendiri.

Hanya kerana mahu menegakkan sejarah yang tidak tepat, beliau bertindak hinggakan sanggup menggadai warganegara di mana negara inilah menjadi tempat beliau dilahirkan pada 9 April 1935 dan dibesarkan di negeri Melaka.

Seharusnya, A. Samad Said yang lahir sebelum negara mencapai merdeka lagi wajar untuk mengkaji semula sejarah Malaysia. Ini kerana, untuk mengelakkan kekeliruan timbul kepada generasi muda sekarang ini.

Sebagai seorang Sasterawan Negara, A. Samad Said sepatutnya menjadi tokoh “penenang” politik negara bukannya memutar-belitkan fakta sejarah yang sedia ada.

A. Samad Said dan pengikut berhaluan kiri menegakkan fakta yang bendera Sang Saka Malaya adalah salah satu sejarah yang tidak diselitkan dalam sejarah Tanah Melayu ketika mencapai kemerdekaan.

Hakikatnya, fakta itu tidak benar sama sekali kerana Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

Malah, kajian sejarah juga mencatatkan warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

Memang benar KMM membawa perjuangan mahu memerdekakan Tanah Melayu, tetapi rakyat khususnya orang Melayu di Tanah Melayu tidak menerima cara KMM yang bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

Penolakan rakyat kepada KMM semakin kuat apabila persatuan tersebut tidak mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam.

Dan selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

Tetapi, keadaan yang sama juga berlaku di mana perjuangan mereka turut ditolak oleh rakyat ketika itu.

Cuma, kerana beberapa pihak di zaman ini yang jahil tentang sejarah bagaimana Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 telah menghidupkan ideologi dan penyebaran bendera Sang Saka Malaya itu semula dengan menyebarkan bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di negara ini. Salah seorangnya adalah A. Samad Said.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling juga berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.

Justeru, tindakan A. Samad Said bersama-sama kumpulan yang sudah tentu cetek sejarah adalah satu tindakan yang bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.

Ia juga mewujudkan satu pembohongan besar kepada rakyat dengan cuba menukar sejarah kononnya bendera tersebut adalah bendera asal.

Lihat sahaja segala ‘sokongan’ A. Samad Said dalam perkara menjatuhkan kerajaan termasuklah perhimpunan Bersih selama ini. Menunjukkan jelas A. Samad Said tidak lagi sayangkan negara sendiri.

Ada 23 Comments setakat ini.

  • raplahjingaa
    September 7th, 2013 at 10:19 AM

    Dia tu dah gila ! tengok rupa pun dah tak macam manusia, tak payah lah kita glamourkan dia…he is nobody !

  • sireh ke gagang
    September 7th, 2013 at 10:46 AM

    KMM ,Tidak diiktiraf sebagai organisasi pejuang kemerdekaan , kerana situasi mereka ketika itu hanya “tahu bercakap shj” sinonim dgn keadaan pakatan rakyat sekarang .Lebih memeritkan lagi keadaan , bila berlaku perang dunia ke 2 , mereka tenggelam terus dibadai arus BANZAI & KAMIKAZE tentera imperialis jepun .sama juga keadaannya dgn PKMM. PKMM (ex-KMM) juga tidak diterima masyarakat majoriti tanah melayu ketika itu .lebih memburukkan lagi keadaan , mereka bersetongkol dgn moktaruddin lasso , salah seorang pengasas parti komunis indonesia (PKI). ini lagi membuatkan org melayu tanah melayu ketika itu menjauhkan diri terus dari perjuangan berhaluan kiri mereka .mereka keseorangan dlm perjuangan mereka seperti API & AWAS , yg mana akhirnya anggota2 bawahan dan kanan 2 barisan kiri tanah melayu ini diserap terus ke dlm rejimen 10 PKM.

  • alimedanbaru
    September 7th, 2013 at 11:09 AM

    Apabila orang tua tu bergelumang dgn Ambiga yg mempromosikan LGBT dan wanita syaitan memurtadkan orang Islam maka aku telah lenyap hormat kepada sijanggut putih tu. Bila orang tua tu melekat dgn Anwar yg terpalit dgn skandal songsang dan yg promosikan kebebasan agama maka aku anggap sijanggut putih tu sastrawan sampah yg telah jatuh ketaraf bodoh dan hamba abdi pemikiran songsang. DIA TIDAK ADA APA-APA YG CUBA MENDAPATKAN ENTAH APA-APA..hampehh

  • alfie60
    September 7th, 2013 at 12:00 PM

    Apa beza nya dengan Ah Jib Gor yang menepikan hak2 orang melayu dan memberi muka kepada orang cina agar dia di terima oleh pemimpin barat? Ah Jib Gor juga menggadai maruah melayu.

  • Parti Ajaran Syahwat
    September 7th, 2013 at 12:05 PM

    Khadam Tua Albino nk mampus ni berkarya ikut nafsu pulak. Org seni karya jalanan mana ada education. Siapalah anak cucu dia? Malang sungguh.
    Pembangang mmg suka kutip sampah2 masyarakat spt LGBT, ajaran sesat, kongsi gelap dan lain2 untuk menjadi pemberontak/ pengkhianat pd negara.

    Human’s never Right if just like Fuckatan. Idiot!!

  • gambus
    September 7th, 2013 at 2:06 PM

    Samad Said tak lebih sekadar baruah Pakatan , kesian , makin tua makin mereng orang tua ni

  • jombo
    September 7th, 2013 at 3:10 PM

    Tu dulu bendera KMM zaman indo raya tu.. bapak aku kata bendera tu tak dapat sambutan pun zaman dulu.. samad tua nyayok je yang nak memperjuangkan benda yang telah ditolak sejak dari dulu lagi.. jadi buat apa nak kutip benda tak tentu hala.. apa motip samad janggut ni sebenarnya.

  • Mat Panjang
    September 7th, 2013 at 9:54 PM

    Bila dah tua maka adalah benda-benda yang tidak kena, tidak sehati sejiwa.

    Pernah dahulu semasa kita kecil kita dengar cerita ada Atuk yang merajuk setelah bergaduh atau berselisih faham dengan Mak Tuk. Maka anak cucunya pun berbincang dengan adik beradik dan saudara mara maka dihantarlah seorang daripada bapa saudara dan mak saudara bertemu dengan Atuk untuk mendengar dan memahami masaalah yang dihadapinya.

    Dalam kes A.Samad Said mengapa tidak KKM berjupa dengannya dan sambil minum teh tarik dapatkan apa masaalahnya. Mungkin ada baiknya.

  • baba
    September 7th, 2013 at 11:36 PM

    hadiah nobel sapa nak bagi kat jenglut tua ni???? kalau org bagi tu memang baghal la.

  • raplahjingaa
    September 7th, 2013 at 11:53 PM

    hehe…janglut tua tu kalau hangpa pi humban depan t-rex pun,tak kan di sentuhnya…busuk hati,busuk badan dan busuk janggut.

  • PASpartyNGOK
    September 8th, 2013 at 11:46 AM

    Kita tak mengharapkan semua rakyat dinegara ini untuk hanya berkolek mengikut arus. Untuk bersetuju dengan apa yang kerajaan buat, suruh buat dan cakap.

    Kita perlukan orang yang melawan arus tampil dengan idea yang bagus. Lebih bagus dari apa yang kerajaan cadangkan.

    Yang pasti pelawan arus itu bukan individu/kumpulan yang sewaktu dengan Samad Janggut dan Hishamuddin Rais. Mereka bukan sekadar pelawan arus tapi mereka merupakan pembakar jambatan.

  • putra merdeka.
    September 8th, 2013 at 12:55 PM

    DIA DIGELAR SASTRAWAN.. BERAPA BANYAK BUKU YANG DAH HASILKAN ?. DIA MEMBACA SAJAK, APAKAH FAEDAHNYA SAJAK2 YANG DIHASILKAN KEPADA NEGARA ?. APAKAH / ADAKAH NOBEL2 DAN SAJAK2 YANG DIHASILKAN ITU MEMBERI NILAI2 MURNI DAN MEMBERI KESAN KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA ?. BAKU KU, ORANG YANG GEMAR MEMBACA NOBEL ATAU SAJAK ADALAH ORANG 2 YANG BANYAK ANGAN2…APAPUN TARAK…..

  • Mat Panjang
    September 8th, 2013 at 6:31 PM

    Saya setuju dengan komen saudara. Yang penting Kerajaan dapat membawa kita semua berjaya dalam semua aspek hidup – ada pendidikan, ada pekerjaan, ada pendapatan dan tidak mengangur dan menjadi papa gedana,Kerajaan yang perihatin kepada semua rakyat, yang majoriti dan minoritim yang samseng pun kena ambil peduli juga kerana mereka pun rakyat Malaysia dan dilahirkan di Malaysia. tetapi kalau dah langar undang-undang kenalah ikut undang-undang – sistem pengadilan, termasuklah A.S.S.

  • bujuk
    September 9th, 2013 at 7:23 AM

    Ubah tajuk…
    Baru2 ni k’jaan(UMNO) nak wajibkan BI sebagai syarat untuk lulus SPM. Persoalannya.. mengapakah k’jaan(umno) bersungguh2 nak mengangkat dan memartabatkan bahasa penjajah ini?
    Apakah anak2 orang UMNO hebat sangat BI?
    Seperti yg. umum ketahui, penyokong tegar dan ahli umno adalah orang2 kampung dan luar bandar. Mereka ini lemah penguasaan BI. Apa akan jadi pada mereka jika BI d wajibkan. Apakah UMNO sedang meminggirkan kelompok ahli/penyokong sendiri?
    Apa pulak tindakan pemimpin UMNO dalam isu ini?
    Bukan menidakkan keperluan BI, tapi mewajibkan bahasa PENJAJAH sebagai lulus peperiksaan negara umpama mendaulatkan PENJAJAH sendiri. Inikah TANDA KEMERDEKAAN Melayu?

  • WTF
    September 9th, 2013 at 9:04 AM

    Bujuk…

    Kalau nak LULUS Bahasa Inggeris bukan susah Bujuk…

    Kau ingat org2 kampong dan kawasan pendalaman kolot sgt ker sampai tak mampu nak lulus matapelajaran Bahasa Inggeris…

  • bujuk
    September 9th, 2013 at 2:53 PM

    Apa keperluan wajibkan bahasa penjajah?
    UMNO nak semula d jajah inggeris ke atau d jajah melayu beridentitikan inggeris?

  • WTF
    September 9th, 2013 at 3:34 PM

    Dan apa masalahnya Bujuk kalau mahir lebih lebih dari satu bahasa!!!

    Hang sampai kitab Injil dgn Bible pun tak boleh bezakan!!!

  • gambus
    September 9th, 2013 at 9:10 PM

    entah , apa masalahnya bujuk ??? selagi tak langgar hukum hakam Islam , kan elok buat macam tu …

    kau nak semua orang jadi bodoh dan bahlol macam macai Pakatan kee ???

    Yang lawaknya kau bujuk nak sembang pasal Melayu ?? bukan kee macai dan pemimpin PAS ni tak mengaku Melayu ?? hahahaha

    Kami yang mengaku Melayu ni pun takde masalah , takkan macai bukan Melayu macam kau pulak nak meroyan …

  • gambus
    September 9th, 2013 at 9:12 PM

    tak susah mana pun belajar Bi ni , anak-anak melayu kampung pun ramai yang dah belajar tinggi . yang kau kata tak mahir BI ni macai-macai Pakatan jee bujukkk muahahahahahaha yang sering diperbodohkan oleh puak DAPigs

  • Mek esah
    September 9th, 2013 at 10:59 PM

    Hang ni wpun menyentuh jiwa…asalkan ianya dari umno….hang telan je…pahit ke masam ke kelat ke….alahai totok umno karat biru

  • gambus
    September 10th, 2013 at 1:09 AM

    jadi apa masalahnya mekkk ?? , salah kee disis agama Islam , adakah kau nak rakyat malaysia semua bebal dan tolol macam kau , TAPI berlagak serba tau padahal tak tau langsung !!!

    kalau yang betul kami sokong ! yang salah kami akan hancurkan , tgk sahajalah Paklah dan Anwar yang kaki liwat tu … itu semua adalah usaha ahli UMNO sendiri

    akhirnya Pakatan juga yang mengangkat peliwat dan penzina tu , akhirnya Pakatan jugaklaa yang sayang kat Tun Dol tuuu .. belum masuk pemimpin PAS , sampai melacurkan dan mempermainkan ayat al quran dan mempermainkan hudud pun kau sokong membabi buta .. itulah namanya totok macai !!!

  • WTF
    September 10th, 2013 at 8:42 AM

    Aku tak nak rakyat Malaysia tolol macam Mek Esah dan Bujuk…

    Trademark Fuckutan iaitu KEBODOHAN TIDAK TERBATAS tidak boleh dijadikan contoh untuk diikuti oleh rakyat Malaysia…

Who Linked To This Post?

  1. Media Shah Alam – Samad Said Menggadai Maruah Diri dan Negara Demi Pencalonan Hadiah Nobel?

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.