7
Sep

9 ahli kongsi gelap ditahan di sempadan

KUBANG PASU 6 Sept – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sembilan lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap 04 dan 08 di Kompleks Imigresen Kuarantin dan Kastam (CIQ) di sini hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, mereka ditahan ketika cuba melepasi sempadan menuju ke Thailand kira-kira pukul 7.30 malam hari ini.

Semalam akhbar melaporkan Polis telah menahan 4,806 orang daripada 122,255 orang yang diperiksa sehingga 6 pagi 6 September sejak Ops Cantas Khas dijalankan Ogos lepas di seluruh negara bagi membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata dalam operasi itu, sebanyak 221 senjata turut dirampas termasuk senjata api dan senapang angin buatan sendiri.

“Tangkapan dilakukan atas pelbagai kesalahan antaranya memiliki senjata api dan orang yang dikehendaki bersabit kesalahan jenayah termasuk yang dipercayai menganggotai kumpulan kongsi gelap.

“Kita turut merampas sebanyak 10 pucuk senjata api, senapang angin buatan sendiri (10 laras), pistol tiruan (3), senapang buatan (10), slug peluru (11), kelopak peluru (1), pedang (21), pisau (68), parang (45), kapak (6), batang besi (12), buku lima (9), kayu panjang (4), kerambit (7), spanar hidup (3) dan golok bersarung (1),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Jalil berkata daripada 75,575 kenderaan yang diperiksa pula, sebanyak 222 daripadanya dikenal pasti sebagai kenderaan curi iaitu kereta sebanyak 115, motosikal (83) dan lain-lain (24). – UTUSAN ONLINE

Ada 4 Comments setakat ini.

  • Mat Panjang
    September 7th, 2013 at 9:09 PM

    Tundakan positif, agressive dan yang berterusan yang diambil oleh pasukan khas PDRM dari Bukit Aman yang ditubuhkan khas untuk mengambil tindakan terhadap penjenayah, pembunuh upahan,penyeludup dadah dan senjatapi, gangsters,pengedar dadah, perompak, penyamun, pemeras ugut dll kegiatn sindiki jenayah amat ditunggu.

    Kita perlu ucapkan tahniah kepada KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai kanan di Bukit Aman, PM, Jemaah Kabinet dan Menteri Dalam Negeri kerana telah melulus dan menubuhkan Pasukan Khas tersebut.

    Untuk menentukan Pasukan Khas dari Bukit Aman ini boleh terus aktif saya syorkan supaya orang ramai terus menyalurkan maklumat terhadap gangsters, pengedar dadah dan lain-lain penjenayah itu terus ke KPN di Bukit Aman.

    Syabas dan Tahniah IGP dan semua Pengarah terutama sekali Pengarah JSJ dan Pengarah JSJ Narkotik dan Komander Pasukan Khas di Bukit Aman.

  • PASpartyNGOK
    September 8th, 2013 at 11:38 AM

    Syabas pada Khalid Abu Bakar yang melaksana apa yang diarah dan dirangka. Syabas pada Zahid yang memberi arahan.

    Kita percaya tak ada rakyat yang perlu kutuk kerajaan walau pun tidak semua yang akan tampil mengucap tahniah secara terbuka.

    Kaum India tetap akan terasa bahang kerana rata2 yang ditahan dan bakal menerima hukuman merupakan kaum mereka.

    Mereka tidak boleh fikir tindak balas terhadap polis tapi mereka wajib dengan kadar segara lakukan sesuatu yang baik untuk memperelokkan conduct kaum mereka sendiri.

  • PASpartyNGOK
    September 8th, 2013 at 12:48 PM

    Masaalah pengganguran dikaitkan dengan gangsterisme. Kos sara hidup sering dikaitkan juga dengan gangsterisme.

    Yang kedua sukar dielak kerana ini bukan kehendak sesiapa. Sementara yang pertama tetap tidak boleh dijadikan alasan. Bagaimana untuk dijadikan alasan jika negara memang bergantung pada tenaga pekerja asing sejak bertahun untuk menghidupkan industri, untuk menjalankan pembangunan yang dirancang dalam banyak sektor. Ini membuktikan pekerjaan memang ada , tidak patut ada rakyat yang menganggor.

    Jawapan nya adalah greed dan mahu cepat untung maka mereka memilih untuk merompak, memeras ugut dan menjalan aktibiti haram.

    Sama saperti gelaja rasuah yang langsong tidak boleh dikaitkan dengan gaji rendah. Tamak haloba lah yang menyebabkan penyakit ini sukar dicari ubat penyembohnya.

Who Linked To This Post?

  1. Media Shah Alam – 9 ahli kongsi gelap ditahan di sempadan

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.