MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Blog Politik Malaysia Semakin Suram

BLOG untuk politik bukan cerita baru, pun bukan cerita yang lama sangat sehingga boleh dikesan berpuluh tahun dulu macam suratkhabar, radio dan sebagainya.

Seiring dengan popularnya Internet, blog juga menjadi tumpuan penulis-penulis pojok politik untuk menyampaikan pandangan politik, menyebarkan berita dan yang seumpama dengannya.  Walaupun itu bukan tujuan asal blog dicipta, tapi kreativiti manusia macam itulah, sentiasa ada ruang mencuba sesuatu yang baru.

Tapi beberapa tahun kebelakangan ini, blog, terutama yang mengkhusus kepada politik, nampaknya semakin suram.  Sekarang pun, terutama sejak PRU13 berakhir, jumlah pembaca blog-blog politik semakin menurun jumlahnya dan pengendali blog terpaksa mempelbagaikan isi kandungan untuk memastikan pembaca tidak lari dan sentiasa mencari blog mereka untuk mendapatkan maklumat.

Sesetengah tu bertukar warna terus, dari biru pekat kepada biru cair, hijau dan merah.

Ada kata ini trend biasa, maklum sajalah pilihanraya sudah habis, mood orang nak berpolitik pun kuranglah sedikit.  Bila ada isu, barulah blog politik mula menjadi tumpuan, kalau tidak, macam itu sajalah.

Tak kurang juga yang menyalahkan kemunculan aplikasi-aplikasi mudah alih (Mobile) macam Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan sebagainya yang menyebabkan kepada pengurangan mendadak jumlah pembaca blog politik.

Pembangkang sebagai contoh, sejak 2 tahun lepas dah mula mengurangkan pengantungan kepada blog-blog untuk menyebarkan dakyah politik dan menumpukan kepada aplikasi yang penulis sebutkan di atas.  Kalau dulu ada lebih 70 blog pro pembangkang, jumlah itu sekarang sudah menurun kepada tidak lebih 20 yang masih bernyawa.

Bernyawa, aktif tak aktif tu cerita lain.  Ada yang dulu ranking Alexa dibawah 100, sekarang dah menjunam kepada 300 lebih, 700 lebih, yang 4,000 lebih pun ada.

Sementara di blog-blog pro kerajaan pula, kebanyakkannya masih bertahan tapi terpaksa mempelbagaikan isi kandungan dan menyesuaikan blog masing-masing dengan perkembangan teknologi semasa untuk menjadikan blog masing-masing lebih menarik.

Isi kandungan pun terpaksa diringkas dan dipadatkan sebanyak yang boleh sebab sejak Facebook dan Twitter menjadi kegilaan orang, sudah tidak ramai yang suka membaca cerita yang panjang, ringkas-ringkas cukup.  Nak-nak kalau ada video dan gambar yang menarik, satu dua baris komen dari pengendali blog pun dah memadai untuk menyenangkan hati penyokong dan memanaskan perasaan musuh.

Justeru, BN perlu melihat perkembangan ini dengan lebih dekat dan merangka hala tuju betul untuk membentuk pasukan siber yang berwibawa bagi menghadapi PRU14 yang akan datang seperti mana dalam perancangan sekarang.

Blog pada penulis masih relevan tapi yang lebih penting, penyebaran.  Tak guna juga kalau tulis bagai nak rak dan bertaraf 5 bintang, tapi tidak ada orang yang tahu nak mencarinya dimana, seterusnya tidak membaca kandungan yang menarik itu.

Itu yang pertama, yang kedua, portal-portal berita/politik perlu diperbanyakkan kerana trend semasa kini, untuk mendapat pencerahan dalam sesuatu isu, orang tak mencari satu dua pandangan sahaja, tapi pelbagai pandangan dalam satu tempat.  Dimana lagi yang sesuai kalau bukan portal.

Atas sebab yang sama kenapa Malaysiakini dan The Malaysian Insider masih kekal pada rating yang tinggi pada saban masa (disamping spin dan bawak cerita bohong).

Kita tak mahu BN salah strategi dan ketinggalan lagi di belakang pembangkang, terutama dalam soal penyebaran artikel dan bahan dalam bahasa Inggeris seperti berlaku dalam PRU13 yang lepas.


Posted by Adamyan on September 1st, 2013 :: Filed under Adamyan,RENCANA
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Blog Politik Malaysia Semakin Suram”

  1. Mat Panjaqng
    September 1st, 2013

    Sebelum PRU13 (iaitu semenjak tahun 1998 lagi) pemimpin-pemimpin politik dan penyokong parti politik BN, PAS, DAP dan PKR yang kemudiannya menjadi PR dan blogger-blogger politik giat menggunakan laman blog, media sosial, Facebook, You Tube dll bahan melalui Internet dan IT untuk menyuarakan dan menyampaikan pendapat, pandangan, sokongan,kemarahan, sindiran atau bantahban masing-masing.

    Ada yang menyentuh isu-isu yang sensitif seperti isu bangsa, kaum dan bahasa, isu agama dan budaya, isu pentadbiran dan oengurusan Kerjaaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan, isu jenayah, rasuah, kebabasan, hak asasi manusia, sistem keadilan undang-undang (justice system), isu pendatang haram dll lagi.

    Ada mereka yang menulis dan memberi pendapat,pandangan dan komen mengikut fakta yang betul. Ada yang memberi komen secara “constructive critism” atau memberi pandangan dan komen untuk membena masyarakat dan negara kearah yang lebih baik, maju dan berjaya. Tetapi ramai juga yang menulis dan memberi komen mengikut perasaan – perasaan marah dan benci terhadap seseorang, sesuatu kaum, bangsa dan agama. Ada yang membuat tuduhan liar dan menfitnah tanpa asas dan bukti seperti menuduh SPR, Kerajaan BN, Polis, SPRM dll jabatan dan agensi Kerajaan.

    Selepas PRU 13 maka saya percaya ramai bloggers dan penyokong-penyokong parti politik terutama penyokong DAP, PAS dan PKR dan penyokong BERSIH bahawa cara menfitnah, melontar tuduhan-tuduhan tanpa bukti dan tidak berasas meletihkan dan membosankan dan membuang masa. Maka sebab itulah, saya percaya “Blog Politik Malaysia Semakin Suram”.

    Walaubagaimana pun bloggers pro UMNO dan BN perlu meneruskan perjuangan parti melalui blog dan sosial media dengan menulis dan menyampaikan pendapat, pandangan dan cerita-cerita serta fakta yang boleh membantu dalam usaha “Membena Negara” atau “NATION BUILDING” sebagai rakyat dari sebuah negara yang berdaulat dan Merdeka semenjak tahun 1957 – bebas dari pengaruh penjajahan – pandai dan bijak mentadbir dan mengurus negara tanpa penyewelengan dan RASUAHm Bersih, Cekap dan Beramanah.

    Merdeka! (7 kali), Bersekutu Bertambah Mutu! Satu Bangsa Satu Bahasa! Malaysia Boleh! 1Malaysia!

  2. jombo
    September 4th, 2013

    Mari komplen pada yahoo.. malaysian insider merupakan pusat perternakan red bean. Sebagai pengguna yahoo aku naik meluat tengok malaysian insider. Kenapa berita malaysian isider tu ada dalam yahoo?

  3. Hamba Ar Rahman
    September 5th, 2013

    nak komplen apanya…yahoo tu Yahudi punya…aritu bila Putrajaya minta ID dan IP add beberapa orang yg buka akaun dari yahoo dan fesbuk….depa tak nak bagi…tak nak dedah…tapi yang lawak…bila puak2 DAP suh keluarkan artikel Tun M tentang Chinese dilemma…elok jer depa keluarkan….memang depa ni sponsor pembangkang di Malaysia ni…..sudah terang lagi bersuluh…

  4. Mat Panjang
    September 8th, 2013

    Bila saya fikir-fikirkan balik tentang blog-blog dan media sosial yang pro pembangkang dan anti kerajaan sama ada patut ditutup atau dibiarkan beroperasi saya fikir ada baiknya biarkan sahaja mereka beroperasi dan beri peluang penyokong-penyokong mereka memberi komen-komen. Dengan cara itu maka adalah laman, ruang dan tempat bagi UMNO/BN dan Kerajaan memantau laman web, blog, media sosial dan komen-komen yang dipaparkan dan dapat mengenalpasti siapa mereka, apa masaalah mereka, apa kelemahan Kerajaan, UMNO/BN, samada komen-komen mereka betul dan berasas atau hanya tomohan dan tuduhan membuta sahaja seperti tuduhan 40,000 orang Bangaladesh jadi pengundi hantu semasa PRU13.

    Dari pemantauan itu juga mungkin ahli-ahli gangster dapat dipenalpasti.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: