29
Aug

Islam Dicabar Secara Halus Sebelum Diserang

Kerakusan pihak pembangkang untuk menukar agama Islam sebagai agama rasmi  negara akhirnya membawa padah. Pihak pembangkang cuba untuk menguji kesabaran dan ketulenan  umat Islam Negara dengan mencabar dan menghina kesucian Islam dalam berbagai cara.

 

Mereka cukup kecewa kerana di dalam Perlembagaan Negara telah termaktub bahawa Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Namun keberanian mereka untuk menghina dan mencabar kesucian Islam ini telah didorong oleh sokongan dan kepatuhan walaupun secara terpaksa oleh PAS dan PKR.

 

Didalam beberapa insiden yang melibatkan maruah Islam, mereka dapat melihat bahawa PAS dan PKR telah tunduk dan akur akan kehendak mereka. Maka dengan itu mereka telah memperolehi keberanian untuk lebih berani lagi dalam mencabar Islam.

 

Tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah Kristian di kalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03 Ogos 20011 lepas mendapat tentang yang cukup hebat daripada pihak PAS.  Sikap PAS yang sanggup memperdagangkan Islam  ini telah membongkar penipuan mereka selama ini yang KONONnya menjaga maruah Islam. Dalam insiden ini Datuk Hassan Ali yang mengetuai operasi ini bukan sahaja dipecat dari tugas malahan dibuang dari parti PAS.

 

Dalam isu Kalimah Allah yang merupakan antara faktor utama dalam membentuk hati umat Islam ke arah akidah yang benar,   Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama PAS. Kalimah Allah telah dituntut untuk digunakan oleh pihak Kristian yang memegang kepada prinsip tuhan itu tiga iaitu  tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus.

 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam dipersetujui  PKR dan PAS  dengan  ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. PAS dan PKR telah tunduk samada rela atau paksa dalam isu menghina  maruah Islam. Maka ini merupakan titik tolak sebagai kayu pengukur Islam di mata pihak pembangkang.

 

Kontroversi sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar di sini yang mencetuskan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan  telah dirobohkan. Apabila rakyat bersuara maka pihak pembangkang buka mata akan sensitiviti agama Islam dalam Negara.

 

Ajakan berbuka puasa dengan hidangan babi oleh pasangan Vivian dan Alvin juga telah membangkitkan kemarahan umat Islam. Kita harus sedar bahawa mereka sedang menguji umat Islam untuk mereka bertindak lebih berani lagi mengubah perlembagaan Negara menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

 

Maka kuasa yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja Melayu akan diperlekehkan secara tersusun bagi membolehkan agenda mereka terlaksana . Raja-Raja Melayu yang menjaga kesinambungan Ketuanan Melayu dan agama Islam  perlu dihapuskan kerana mereka ini yang menghalang agenda besar kaum cina.

Ada 10 Comments setakat ini.

  • tony gunawan
    August 29th, 2013 at 10:18 AM

    ini semua fitnah umno!

  • ais
    August 29th, 2013 at 10:39 AM

    Islam perlukan 4 saksi. Jadi jangan jadi tony kapiaq. Bangsa yang penuh dengan fitnah (keluarga Eng eng dan sebangsa dengan nya) Dan jangan jadi pas/pkr adalah anggotanya juga (angkatan syaitan laknatullah). Awak beriman dengan allah?, jadi renung dan fikirkan. Sejarah islam telah membuktikan bahawa setelah wafatnya rasulullah, fitnah akan berleluasa sehingga kiamat. Jadi jagalah kubur anda.

  • Hamba Ar Rahman
    August 29th, 2013 at 12:00 PM

    manader fitnah bro…ini bukan artikel meloyakini atau Harakah….nak baca fitnah…pi baca tempat lain….

  • adi
    August 29th, 2013 at 1:37 PM

    Toneeee kalau fitnah umno saman. Cakap macam org kapir ops memang kapir pun.

  • baba
    August 29th, 2013 at 3:06 PM

    ini baru sedikit saja terjadi, bayangkan akalu pakatan perintah malaysia, apa akan jadi kepada agama islam……ia akan menjadi sama rata saja dgn agama lain tanpa menjadi agama rasmi negara lagi dah.

  • gambus
    August 29th, 2013 at 4:51 PM

    apek tony ,apa yang kau membelit ni ? Lim Ah Beng dan puak ejstremist Kristian yang cuba memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia dengan memainkan isu kaum dan agama … tak perlu berbelit apek tony !!!

  • raplahjingaa
    August 29th, 2013 at 8:43 PM

    Hang pun nak serang Islam ke toni ??? hehe..

  • jombo
    August 29th, 2013 at 9:32 PM

    Pas dah jadi liberal kot setelah di tarbiah si aci Ambiga hingga tok guru pun sanggup kalimah Allah digunakan kristian. Apa nak jadi ni oii wahai penyokong pas. Apa dah jadi dengan pemimpin kamu tu.. Jangan la jadi macai tahap paling hina dengan bersetuju dengan pendirian pas tu. Kepada macai Moo sila siasat kalau betul bertaubatlah jangan ikut cara orang munafik kalau niat kau menyokong pas tu kerana islam itu pas.

  • tak payah tau
    September 1st, 2013 at 7:14 AM

    Apek Tony..,

    Lunch.., Cheeow..!!

  • ibnu masood
    September 4th, 2013 at 5:20 PM

    Aku rasa Tony ni xde agamalah

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.