HINA NEGARA, , " />

MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Semangat Patriotik Vs Provokasi Rampasan Kuasa

Ungkapan “we are very passionate about  our country” yang dilaungkan oleh pakatan pembangkang amat jauh berbeza daripada istilah patriotik. Pembangkang laungkan istilah tersebut sebagai pembakar semangat untuk provokasi  rampasan kuasa secara tersusun. Kita laungkan istilah negaraku atas semangat patriotik sayangkan Negara demi agama, bangsa dan tanahair.

 

DAP telah lama menyusun  agenda rampasan kuasa sehingga mencetuskan peristiwa hitam 31 Mei yang digarap oleh Datuk Suhaimi Baba dalam filem Tanda Putera yang akan ditayangkan hari ini.  Namun agenda DAP itu tidak mampu berjalan lancer kerana kecekapan kerajaan membendung konflik yang tercetus akibat provokasi melampau mereka.

 

Namun apabila Anwar Ibrahim dipecat dari kabinet kerana disabitkan dengan kesalahan moral  dan beliau telah bertindak atas kapasiti dendam peribadi untuk membalas dendam dan mencapai kerakusan nafsu politik untuk menjadi Perdana Menteri maka DAP telah dapat membentuk pakatan jahat untuk merampas kuasa.

 

Nik Aziz yang bercita-cita besar untuk membentuk kerajaan Malaysia juga atas kapasiti dendam peribadi apabila kalah dalam pertandingan dalam UMNO juga telah mengistiharkan untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja walaupun syaitan bagi mencapai nafsu serakah politiknya juga telah membuka ruang untuk membentuk pakatan bersama DAP.

 

Pakatan pembangkang tidak ikhlas didalam perjuangan mereka kerana mereka tidak  mempunyai sebarang  semangat patriotik dalam diri. Ini antara faktor utama mereka membuang sejarah  dalam kamus parti mereka kerana sejarah tidak pernah menipu. Sejarah akan dapat membongkar kejahatan lampau mereka yang mencerminkan siapa diri mereka sebenarnya.

 

Mereka bukan sahaja tidak mahu ahli mereka celik sejarah, malahan mereka cuba mengubah sejarah agar ianya menepati kehendak dan cita-cita rakus mereka. Maka mereka pun melaungkanlah bahawa pengganas komunis merupakan wira Negara. Begitu juga dengan para penjenayah kejam dibela dengan siri demo jalanan dan tuntutan tanpa henti  keadilan untuk penjenayah kejam dan pada masa yang sama pihak polis  dan anggota keselamatan Negara yang menggadaikan nyawa menjaga keamanan Negara terus mereka kecam sebagai penjahat yang paling teruk.

 

Sebenarnya pakatan pembangkang ini secara tidak langsung cuba memberitahu dunia bahawa sekiranya mereka memerintah maka Negara akan menjadi milik bebas  para penjenayah kejam dan pengganas komunis.

 

Agenda jahat tersusun pembangkang juga menyaksikan mereka secara terancang memastikan semangat patriotik ini dikuburkan dari jiwa rakyat. Setelah begitu lama mereka menyemai benih kebencian terhadap Negara di sekolah-sekolah venakular Cina kini mereka sudah mula berani secara terang-terangan menghina apa sahaja berkaitan dengan perlembagaan Negara.

 

Bermula dengan penghinaan lagu Negaraku  oleh Namawee, hina bendera apabila Vivian Porno memakai bendera dalam keadaan bogel, menghina Agong oleh anak muda Cina di lapangan terbang  dan lain-lain lagi . Ini merupakan antara agenda tersusun pembangkang menghakis semangat patriotik dari jiwa warganegara Malaysia.

 

Semua yang berlaku telah mengejutkan warganegara yang tulen. Maka langkah drastik amat perlu bagi membenteras penghinaan secara berterusan dan tersusun ini. Disamping itu juga semangat kenegaraan perlu disemai semula dengan lebih agresif dikalangan rakyat Malaysia.

 

Maka langkah  lebih 700 pawagam di seluruh negara yang mula menayangkan lagu kebangsaan Negaraku  sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56, Sabtu ini harus diberikan pujian.  Tayangan lagu kebangsaan dengan dua video klip khas Tanah Tumpahnya Darahku dan Pesanan Terakhir berdurasi kurang lima minit itu akan ditayang selama seminggu sehingga 3 September depan. Klip promo khas itu diterbitkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Tayangan klip khas pula  adalah antara usaha kerajaan bagi melahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan, yang berjuang dan berkorban masa dan tenaga untuk memastikan keamanan, di negara ini. Ianya   didedikasikan kepada anggota keselamatan, yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara ketika Lahad Datu, Sabah, diceroboh militan bersenjata.

 

Kefahaman rakyat  akan  maksud sebenar patriotik dan rampasan kuasa dapat menghalang pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mempengaruhi mereka memberontak dan menjadi pengkhianat negara.


Posted by kakchah on August 29th, 2013 :: Filed under RENCANA,Semasa,Utama
Tags :: , ,
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Semangat Patriotik Vs Provokasi Rampasan Kuasa”

  1. tony gunawan
    August 29th, 2013

    ini semua sandiwara umno!

  2. Hamba Ar Rahman
    August 29th, 2013

    Suddenly…u sound like Moo…

  3. raplahjingaa
    August 29th, 2013

    lembu…tak kira jenis apa pun, tetap lembu ! ada yang buat bajak sawah, ada yang untuk tenusu, ada yang di ternak untuk daging malah ada yang buat dewa !

    tapi lembu tetap lembu thats why ada similarity antara mooo dengan toni.

  4. FikirTajam
    August 29th, 2013

    Tony Guna(BABI)wan = SANDIWARA BABI

  5. WTF
    August 29th, 2013

    Hehehehe….

  6. adi
    August 29th, 2013

    Sandiwara pada lu. Hakikat sebenar nya memang telus lu yang tak de sifat berfikir guna akal. Mcm mooooo

  7. gambus
    August 29th, 2013

    makin meroyan apek tony aku tgk , macam puak DAPigs yang takde semnagat patriotik tapi terhegeh-hegeh nak mengaku rakyat Malaysia puuuuiiiii

  8. jombo
    August 29th, 2013

    Sedih tengok macai pas dan pkr diseret dalam agenda dendam kesumat anuwar. Anuwarlah yang bertanggungjawab memecahbelahkan umat melayu,terpesona dengan perjuangan palsu anuwar. Adakah melayu kini ditindas oleh kerajaan atau diambil hak mereka hingga bertindak melawan kerajaan. Melayu hidup selesa hingga kini sehingga lupa diri. Dek kerana terlalu selesa hingga menyertai bershit menganggap diri mereka sebagai pejuang keadilan. Apakah orang semacam Mooo.. atau apek toni ditindas dalam kehidupan sekarang ini.. saya percaya mereka ini golongan yang selesa, makan pakai cukup tapi dek termakan hasutan dan dendam kesumat pembangkang lahir generasi provokasi tanpa arah tujuan. Jangan anggap diri kamu sebagai patriot wahai Mooo dan toni.

  9. bangKano
    August 29th, 2013

    Weiiii tony tarak guna ONE hang dah tak dak modai ka nak berhujah la ni…balik balik cakap pasai sandiwara. Apa hang ingat ni tahun 60′an semua oghang dok dengaq sandiwara radio…maklum la masa tu tv pun belum ada…jadi radio la bahan depa nak dapat kan hiburan & maklumat.

    Oghnag la ni dah tak main la ngan sandiwara sandiwara tu…depa lebih suka tonton yuotube real lagi bukan olok olok punya. Hang nak tengok video porno chinadoll ngan mentor hang pun ada…macam amcam ada….!!!!

  10. bujuk
    August 30th, 2013

    Apa tema MERDEKA tahun niiii?
    Ada dengar dalam TV wartawan tanya pada orang ramai… tapi tiada pun d war-warkan dalam media seperti selalu tema hari kebangsaan.

  11. Shawn
    August 31st, 2013

    DENDAM (Anwar)+DENDAM (Nik Aziz) + DENDAM (Kit Siang) = Hancur + Rampas Kuasa Melayu.

  12. bujuk
    August 31st, 2013

    Mana lagi bahaya…
    Najib + Chua Soi lek + Palanevel + Wyatayar + Kho so kun + Mahmud Taib + Alferd jabu + Peter Chin + Pairin +++….. ?

  13. WTF
    August 31st, 2013

    Depa yg hang mention tu sedang berkuasa di Malaysia…

    Nyawa hang dalam bahaya ka Bujuk???

  14. Jambol
    September 1st, 2013

    Hari Kemerdekaan telah disambut meriah oleh masyarakat Bumiputera di seluruh negara. Hanya sebilangan kecil bukan-Bumiputera, terutamanya masyarakat Cina Malaysia yang kita nampak menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan negara kita ini.
    Kerajaan perlu sedar hakikat ini. Janganlah cuba menipu diri sendiri dengan kenyataan bahawa Hari Kemerdekaan dirayakan kononnya oleh “seluruh rakyat berbilang kaum”.

  15. bujuk
    September 8th, 2013

    Berapa banyak kes bunuh, tembak, rogol, rompak, ragut… dan berbagai lagi. Hang akan rasa tak selamat macam KJ bila rumahnya d masuki perompak.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: