Setiap Kali Kalah, Orang Lain Yang Salah

Oleh Nur Azlina Shaari

Walaupun PRK Dun Kuala Besut sudah berakhir 3 hari yang lalu dan kemenangan berpihak kepada parti BN, isu PRK kali ini masih lagi diperkatakan oleh banyak pihak terutama sekali ahli-ahli PAS sendiri.

PAS menuding jari kepada pihak SPR atas kekalahan yang mereka alami. Mereka mendakwa kononnya kekalahan ini berpunca daripada konspirasi BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan tarikh pengundia pada pertengahan minggu menyebabkan pengundi-pengundi luar kawasan tidak pulang mengundi.

Untuk rekod, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang kini sah menjadi ADUN Kuala Besut menang selepas mendapat 8,288 undi berbanding calon Pas, Endot@Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

Sejak dari dahulu lagi, setiap kali kalah, PAS yang bersekongkol dengan DAP dan PKR, akan menyalahkan pihak lain. Selalunya, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Barisan Nasional menjadi mangsa mereka. Tidak pernah sekali pun Pas menyalahkan diri sendiri atas kekalahan mereka.

Jadi, tidak hairanlah PAS terus-terusan menyalahkan SPR dalam PRK Kuala Besut supaya silap mereka tidak diteliti dan dilihat oleh rakyat.

Hakikatnya, alasan yang PAS kemukakan pengundi-pengundi mereka sukar untuk pulang ke Terengganu untuk mengundi hanyalah menunjukkan PAS sebenarnya menyalahkan penyokong dan pengundi mereka yang tidak mengundi.

Ini kerana, sekiranya benar PAS mampu mendapatkan lebih dari 50% pengundi luar, tindakan menyalahkan pihak lain tidak akan ditimbulkan oleh parti Islam ini.

Untuk secara terang-terangan menyalahkan pengundi-pengundi luar, sememangya PAS tidak akan bercakap secara terang kerana dikhuatiri sokongan rakyat kepada parti itu akan berkurangan dan hilang. Sebab itulah PAS menyalahkan SPR dikedudukan yang utama.

Antara sebab lain PAS menyalahkan pengundi-pengundi luar ialah kerana tidak ada sikap mementingkan imej dan maruah PAS yang selama ini sudah tercalar banyak dalam PRU13. Sekiranya pengundi-pengundi luar ini yang menyokong PAS betul-betul sayangkan perjuangan PAS dan mahu melihat kemenangan parti, mereka tidak akan teragak-agak untuk pulang mengundi.

Inilah punca kemarahan parti PAS yang mereka sorokkan dari pengetahuan sesiapa pun. Berangkan pengundi-pengundi luar yang tidak pulang ke Kuala Besut, jadi tindakan menyalahkan pihak lain adalah penyelamat supaya maruah PAS tidak bertambah calar.

Kebenarannya, PAS silap dalam percaturan meletakkan calon yang tidak berdedikasi untuk membantu dan menjaga kebajikan rakyat Terengganu. Di awal-awal kempen lagi Azlan sudah mencemarkan imej PAS.

Selain itu, kekalahan PAS di Kuala Besut menunjukkan bukti penolakkan rakyat terhadap parti itu. Ini kerana, PAS tidak mampu menjaminkan taraf hidup yang lebih cerah kepada rakyat seperti apa yang BN mampu lakukan.

Di saat ini, PAS perlu mengkaji semula segala silap parti mereka kerana ini adalah pentunjuk yang rakyat semakin sedar perjuangan PAS tidak selari dengan tuntutan agama, berbeza dengan perjuangan mereka dahulu. Yang dipentingkan hanyalah mengejar pengkat dan kedudukan supaya martabat mereka lebih tinggi dari pihak lain.

Belajarlah bermuhasabah diri.


Posted by KuntaKinte Malaysia on July 27th, 2013 :: Filed under PRK KUALA BESUT,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

20 Responses to “Setiap Kali Kalah, Orang Lain Yang Salah”

  1. tony gunawan
    July 27th, 2013

    setengah billion itu untuk buat apa!

  2. gambus
    July 27th, 2013

    mestilah untuk rakyat , kalau pemimpin DAPigs dah lamaa kebas semua duit tu untuk diri mereka sendiri kekekekeke

  3. gambus
    July 27th, 2013

    kan aku dah cakap , PAS bilaa kalah jee mulalahh fitnah orang lain !!!

    apapunya manusia laa bulan ramadhan pun nak buat fitnah !

  4. raplahjingaa
    July 27th, 2013

    laaaaa..hang tak dapat ke toni ??? hehe…sedih !

  5. DataCode
    July 27th, 2013

    PAS terlupa nak cabut kopiah sentuh kepala untuk mengetahu samada kepalanya ada rambut atau botak.

    Apa yang PAS tahu hanya tunjuk kesalahan pada orang lain tanpa ambil kira kelemahan sendiri.perangai PAS sebijik malah berbijik seperti makan roti rasa telor.

  6. raja kongkiak
    July 27th, 2013

    LLLLLaaaaaaaaaaaa jadi kat situ Pas tak dak pengundi kaaaa, sebab tuh dok harap pengundi dari jauh balik..huk alohhhh!!

  7. [...] Read the article: Setiap Kali Kalah, Orang Lain Yang Salah [...]

  8. reds
    July 27th, 2013

    Dah taruk kayu jadi calon…camner nak menang….cakap x bleh…keje pon nak gaji orang…cam hampeh….toni plak dok melalut isu 500 juta nak wat lari isu pas hampeh…ko pun hampeh gak toni….

  9. cucutokleman
    July 27th, 2013

    Parti Ajaran Sesat yang penuh dengan puak khawarij/syiah ni mana tau erti muhasabah diri… menang atau kalah mereka tetap akan menyalahkan orang lain… ada saja yang tidak kena bagi mereka… hamPAS.

  10. alimedanbaru
    July 27th, 2013

    Puak ajaran sesat termasuk DAP dan PKR ni kalau mereka tu rakyat Mesir, merekalah yg meruntuhkan kerajaan Morsi. Kalau Morsi tu Islam, bagi PAS dialah lebih Islam dr Ikhwan Muslimin. Silap haribulan tercipta doa K.O Morsi.. PAS tak tahu ke bahawa Morsi pun minta pandangan TUN Mahadhir untuk memulihkan Mesir. Kerajaan Malaysia yg melahirkan ulamak2,tahfiz2, sekolah agama dan berselerak tiap km surau dan mesjid, bukan negar Islam ke? Buta hati..

  11. badrole amin
    July 27th, 2013

    mesir dan morsi minta pandangan Tun M tu betul, kenapa tak minta pandangan n.ajis? jawabnya wali selipar PAS tu nothing lah satu sen pun tak berguna serupa si tony takgunawan sen mesir dan morsi nak minta pandangan

    lagi satu….

    siapalah nak susahkan dan bodohkan diri balik Kuala Besut utk undi calon tunggul kayu, hehehe

  12. WTF
    July 27th, 2013

    Aik, kau dapat setengah billion

    Kau boleh tanya buat apa pulak Tony!!!

  13. WTF
    July 27th, 2013

    Dan si Nuar Berahi ngaku pemimpin Mesir mintak pandangan dia macam mana nak pulahkan Mesir…

    Kalau aku dgr raja Playboy, si Hugh Hefner mintak pandangan Nuar Berahi macam mana nak main China Doll walaupun umur dan lanjut, ada logik la…

    Hahahaha…

  14. badrole amin
    July 28th, 2013

    tak pun kalau hugh hefner mintak pandangan nuar berahi camana nak kembang-biak rumah-rumah persundalan ada logik lah juga

    misal kata morsi ada mintak pandangan nuar berahi, mesti pasal camana nak ngorat isteri org yg sudah tentu tak lain tak bukan sebab nak ajak menyundal

    nuar berahi nombor 1 jantan paling sundal di malaya selepas mat sabu

  15. odeng
    July 28th, 2013

    nasib baik bangla x ade kat besut…kalau x, ade yang kene tangkap tengah beli bawang..mcm yg lepas2 tu.

  16. baba
    July 28th, 2013

    biasalah dgn pakatan ni, bila menang semua betul, bila kalah semua tak betul. yang tu salah yang ni salah.jenis malaun.

  17. bujuk
    July 28th, 2013

    Sayang lah.. puasa kamu, jangan jadikan puasa kamu hanya dapat lapar dan dahaga. PRK dah selesia… dah ada pemenang.

  18. raplahjingaa
    July 28th, 2013

    Bulan Puasa ni jihad menentang kafir dan munafik yang memusuhi Islam mesti diteruskan.

  19. gambus
    July 29th, 2013

    nasihatkanlah pemimpi kau tu bujuk , habis semua orang difitnahnya .. konon ulama tapi menipu dan buat fitnah masa bulan ramadhan ni , macam tu laa bila dah kalah..

    apapun kemenangan BN jelas kemenangan menentang golongan munafik yang kuat menipu dan menyebar fitnah !!!

  20. WTF
    July 31st, 2013

    Dah ada pemenang, awat PAS meroyan…

    Org lain bila kalah buat post mortem, tapi PAS pulak tuduh org lain bila kalah

    DAH KALAH TU KALAHLAH…

Leave a Reply

Type your comment in the box below: