MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Penyokong PAS Beransur Pulang, Sedar Sudah Kalah

Semua tujuh pusat pengundian yang dibuka sejak awal pagi tadi sudah pun ditutup tepat jam 5.00 petang tadi menandakan tamatnya proses pengundian sempena PRK DUN Kuala Besut.

Satu lagi pusat pengundian iaitu Pulau Perhentian ditutup awal dua jam selepas merekodkan jumlah keluar mengundi melebihi 85% dari sejumlah 733 orang pengundi berdaftar.

Secara keseluruhannya jumlah keluar mengundi bagi sembilan PDM termasuk pengundi awal TUDM Gong Kedak ialah hampir 80% atau angka tidak rasminya ialah 14,099 orang keluar mengundi (13,188 + 911).

Serentak dengan penutupan semua pusat mengundi, satu sumber PAS menyebut beberapa kelompok jenteranya dari luar Terengganu sudah beransur pulang tanpa menantikan keputusan rasmi PRK DUN Kuala Besut.

Tindakan itu menurut sumber tersebut dilakukan setelah menyedari hasil culaan undi yang dilakukan parti itu menunjukkan BN selesa mendahului dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU-13.

Culaan undi itu termasuklah Pulau Perhentian di mana PAS dikatakan tewas dengan majoriti 275 undi.

Tika ini kebanyakan jentera PAS yang masih bertahan di Kuala Besut hanya terdiri dari petugas dan penyokong PAS Kelantan dan segelintir lagi jentera PAS tempatan termasuk dari beberapa PAS Kawasan di Terengganu.

Sumber BN pula melahirkan keyakinan DUN Kuala Besut kekal dalam penguasaannya malah tidak menolak kemungkinan dua PDM yang sebelumnya dikuasai PAS iaitu Bukit Puteri dan Kampung Nangka dapat ditawan kembali.

PRU-13 yang lepas BN menang di Kuala Besut dengan majoriti 2,434 undi mengalahkan calon muslimat PAS yang hanya memperolehi 6,375 undi.

Sementara itu SPR dijangka mengumumkan keputusan rasmi selepas jam 10.00 malam, bagaimanapun dalam tempoh sejam dua dari sekarang angka-angka tidak rasmi dijangkakan akan diperolehi dari ejen-ejen parti kedua-dua pihak yang bertanding.


Posted by HackerXP on July 24th, 2013 :: Filed under HackerXP,KOLUMNIS,PRK KUALA BESUT,Semasa,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Penyokong PAS Beransur Pulang, Sedar Sudah Kalah”

  1. Pak Din
    July 24th, 2013

    comeinya awek kat tengah tu :)

  2. raplahjingaa
    July 24th, 2013

    Tu laa dok jeling jugak…hahahaha

  3. peYno
    September 14th, 2013

    alamak gemuknya

  4. peYno
    September 14th, 2013

    alamak gemuknya babi-babi umno

    hehe

Leave a Reply

Type your comment in the box below: