24
Jul

Sekitar Pengundian Di Pusat Mengundi SK Kampung Nail & Kampung Nangka

Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Nail pada PRU-13 yang lalu merekodkan kemenangan yang berpihak kepada BN dengan majoriti 299 undi menewaskan PAS yang cuma memperolehi 580 undi.

Sementara pusat pengundian di SK Kampung Nangka pula dikuasai PAS dengan majoriti 79 undi setelah parti itu mengumpul undi sebanyak 575 berbanding BN yang mendapat 496 undi.

Sepanjang tempoh kempen selama 12 hari sehingga 12 tengah malam tadi, kedua-dua kawasan ini menjadi antara tumpuan utama PAS bagaimana pun beberapa ceramah yang dianjurkan dilihat gagal mencapai matlamatnya apabila lebih ramai orang luar dari penduduk setempat.

Sementara BN pula lebih selesa menggerakkan kempen dari rumah ke rumah sambil mengambil tahu permasalahan penduduk, menjadikan kedudukan BN lebih dekat di hati rakyat.

Jika senario sepanjang kempen itu dijadikan indikator, rasanya PAS bukan sahaja akan kalah teruk di PDM Kampung Nail tetapi mungkin juga akan hilang penguasaan di PDM Kampung Nangka.

Di bawah ini penulis kongsikan beberapa gambar untuk tatapan pembaca melihat sendiri suasana kempen saat akhir di kedua-dua kawasan tersebut yang sempat dirakamkan pagi tadi. PRK Kuala Besut - SK Kampung Nail-2

PRK Kuala Besut - SK Kampung Nail-3

PRK Kuala Besut - SK Kampung Nail-4

PRK Kuala Besut - SK Kampung Nail-5

PRK Kuala Besut - SK Kampung Nail-6

PRK Kuala Besut - SK Kampung Nail-8

Ada 3 Comments setakat ini.

  • tony gunawan
    July 24th, 2013 at 4:58 PM

    setengah billion itu apa guna !

  • WTF
    July 24th, 2013 at 5:22 PM

    Nak bagi hang la…

    Hang dah dapat belum???

Who Linked To This Post?

  1. Media Shah Alam – Sekitar Pengundian Di Pusat Mengundi SK Kampung Nail & Kampung Nangka

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.