Kemaskini: 78.14% Keluar Mengundi Sehingga Jam 4.00 Petang

Kemaskini: Setakat jam 4.00 petang tadi SPR mengesahkan 78.14% atau pun 12,919 pengundi biasa sudah keluar mengundi, termasuk 911 pengundi awal menjadikan keseluruhannya 13,839 orang sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Pada PRU-13, seramai 15,380 orang telah keluar mengundi di mana BN memperolehi 8,809 sementara PAS 6,375 undi. Majoriti kemenangan BN ialah 2,434 undi manakala undi rosak 144 dan undi tak dikembalikan berjumlah 52 undi.

***

Sehingga jam 3.00 petang SPR melaporkan seramai 12,207 orang pengundi mewakili 73.93% sudah pun keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Ditambah 911 pengundi awal menjadikan keseluruhan yang sudah mengundi ialah 13,127 atau pun 74.24%.

Dengan baki kira-kira sejam lagi sebelum pusat pengundian di tutup, diharapkan para pengundi yang belum menunaikan hak anda, silalah segera mengundi.

Jangan lupa, Undilah BN… Jika tidak untuk anda, sekurang-kurang demi masa depan anak cucu kita di masa depan.

***

Laporan rasmi dari SPR sebagaimana dipetik dari Mstar Online menyebut setakat jam 1.30 petang tadi seramai 10,160 orang atau pun 61.45% pengundi di DUN Kuala Besut telah pun keluar menunaikan tanggngjawab.

Di tambah dengan sejumlah 911 pengundi luar yang terdiri dari kalangan anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah mengundi ialah 11,072 orang atau pun 62.61%

Ketika artikel ini ditulis baki masa kurang dari dua jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup tepat jam 5.00 petang nanti, justeru itu amat penting untuk pengundi yang belum keluar mengundi bertindak sekarang.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, dilaporkan ada sedikit kekecohan dicetuskan oleh sekumpulan penyokong PAS di Pusat Pengundian Kampung Baharu apabila mereka bertindak menghalang kenderaan Timbalan Pengerusi SPR.

Bagaimana pun keadaan sudah terkawal dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar dapat meneruskan tinjauannya di pusat pengundian terbabit bagi memastikan kelancaran proses pengundian.


Posted by HackerXP on July 24th, 2013 :: Filed under HackerXP,KOLUMNIS,PRK KUALA BESUT,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kemaskini: 78.14% Keluar Mengundi Sehingga Jam 4.00 Petang”

  1. [...] View the original here: Kemaskini: 78.14% Keluar Mengundi Sehingga Jam 4.00 Petang [...]

Leave a Reply

Type your comment in the box below: