MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Sekitar Pengundian PRK Kuala Besut – SMK Kuala Besut

Pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut yang terletak dalam PDM Seberang Barat Luar merupakan yang kedua terbesar dari segi jumlah pengundinya. Seramai 3,065 pengundi akan membuang undi di sini.

Pemantauan pagi tadi di pusat mengundi SMK Kuala Besut menunjukkan keadaan yang lebih sesak berbanding proses pengundian di SK Alor Perai.

Rata-rata pengundi yang ditemui dilihat bersemangat menunaikan tanggungjawab malah di beberapa sudut kelihatan juga pengundi warga tua yang dipapah dan disorong dengan kerusi roda.

Jentera BN dilihat aktif membantu pengundi disamping menyediakan kemudahan pengangkutan, ini satu kelebihan BN berbanding PAS yang lebih menumpukan kempen berdiri tepi jalan.

Bagaimana pun BN perlu meningkatkan lagi kemudahan pengangkutan memandangkan ramai yang sudah mengundi terpaksa menunggu sedikit lama di beberapa premis berdekatan sementara kenderaan tiba untuk menghantar mereka pulang.

Secara keseluruhan keadaan di kawasan ini terkawal dan hanya sekali sekala kedengaran sorakan penyokong terutama bila ada kenderaan yang lalu membawa bendera parti yang di sokong.

Calon BN, Tengku Zaihan dilaporkan telah mengundi di pusat pengundian ini pagi tadi, bagaimana pun penulis terlewat sampai dan tak berkesempatan merakamkan gambar beliau.

Pada PRU 13, kawasan ini berjaya dikuasai BN dengan majoriti paling tinggi iaitu 756 undi dan dalam PRK kali ini BN meramalkan peluangnya cerah untuk mengekalkan kedudukan dengan kelebihan majoriti yang lebih besar.

Hari Pengundian PRK DUN Kuala Besut - SMK Kuala Besut-1

Hari Pengundian PRK DUN Kuala Besut - SMK Kuala Besut-2

Hari Pengundian PRK DUN Kuala Besut - SMK Kuala Besut-3

Hari Pengundian PRK DUN Kuala Besut - SMK Kuala Besut-4

Hari Pengundian PRK DUN Kuala Besut - SMK Kuala Besut-5

Hari Pengundian PRK DUN Kuala Besut - SMK Kuala Besut-6

Hari Pengundian PRK DUN Kuala Besut - SMK Kuala Besut-7

Hari Pengundian PRK DUN Kuala Besut - SMK Kuala Besut-8

Hari Pengundian PRK DUN Kuala Besut - SMK Kuala Besut-9 Hari Pengundian PRK DUN Kuala Besut - SMK Kuala Besut-10

Hari Pengundian PRK DUN Kuala Besut - SMK Kuala Besut-11

Hari Pengundian PRK DUN Kuala Besut - SMK Kuala Besut-12


Posted by HackerXP on July 24th, 2013 :: Filed under HackerXP,KOLUMNIS,PRK KUALA BESUT,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Sekitar Pengundian PRK Kuala Besut – SMK Kuala Besut”

  1. [...] More: Sekitar Pengundian PRK Kuala Besut – SMK Kuala Besut [...]

Leave a Reply

Type your comment in the box below: