MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Calon BN Tiada Latar Belakang Agama, Calon Pas Latar Belakang Apa?

Oleh Nur Azlina Shaari

Tindakan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat, hari ini yang mempersoalkan kewajaran BN meletakkan calonnya kerana tidak mempunyai latar belakang agama Islam sangat melucukan.

Secara jelasnya, Satiful menuduh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman tidak mempunyai agama untuk menjadi wakil rakyat di DUN itu berbeza dengan calon yang diketengahkan oleh PAS.

“Yang diketengahkan, anak ustaz. Bukan ustaz. Tiada yang berlatar belakang agama. Sedangkan UMNO, tiada seorang yang berlatar belakang agama,” katanya.

Dari kenyataan yang dibuat oleh Satiful itu, nampaknya, hanya individu yang bergelar ‘ustaz’ sahajalah layak untuk bertanding dan menjadi wakil rakyat di DUN Kuala besut?

Namun antara sedar atau tidak, Satiful sebenarnya menembak kaki sendiri kerana calon yang dikemukakan oleh PAS, Azlan Yusof juga tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang tinggi. Beliau hanyalah seorang ahli perniagaan yang di Kelantan. Azlan mempunyai kilang kayu papan yang beroperasi sangat produktif tidak kira masa. Jadi, apakah status Azlan adalah seorang ustaz?

Tidak hairan jika BN meletakkan calon profesional bukannya calon lulusan pondok. Namun untuk Pas sebagai parti yang sentiasa memperjuangkan kepimpinan ulama memilih seorang usahawan biasa sebagai calon tetulah sangat menghairankan.

Lebih menghairankan, Pas tanpa segan silu boleh pula mmepersoalkan pendidikan Islam calon BN. Eloklah pimpinan Pas mencermin diri masing-masing terlebih dahulu. Sudah lama mereka sendiri menolak kepimpinan ulama dalam parti mereka, mana mungkin mereka boleh bicara soal pendidikan Islam calon lain.


Posted by KuntaKinte Malaysia on July 24th, 2013 :: Filed under PRK KUALA BESUT
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Calon BN Tiada Latar Belakang Agama, Calon Pas Latar Belakang Apa?”

  1. [...] Read this article: Calon BN Tiada Latar Belakang Agama, Calon Pas Latar Belakang Apa? [...]

Leave a Reply

Type your comment in the box below: