PRK Kuala Besut: PAS Diboikot Rakan Komponen Sendiri

WALAUPUN baru masuk hari kedua kempen, sebetulnya ada banyak perkara yang kita boleh cakapkan tentang pilihanraya kecil Kuala Besut sekarang.  Tapi paling menonjol yang penulis lihat berlaku kali ini ialah ketiadaan pemimpin utama dan jentera PKR dalam membantu calon PAS.

Paling jelas dalam proses pencalonan semalam, payah sungguh nak tengok lambang PKR, lambang roket (DAP) pun lagi banyak.

DAP perlu sibuklah sebab ada 2%-3% pengundi cina, walaupun kecil tapi biasalah DAP, dia tetap perasan ada peranan.  Sebab itu Lim Kit Siang turun walaupun dikhabarkan dia dicerca oleh orang PAS sendiri dengan perkataan “natang ini pun ado?”.

Sayang, tak sempat nak rakam video.

Tapi tak mengapalah, tak payah ada video pun orang tahu pakatan pembangkang hari ini pakatan palsu, semata-mata nak lantik lebih banyak monyet jadi wakil rakyat saja, bukan nak banytu rakyat pun.

Apa pun, boleh penulis katakan, konsep ‘Pakatan Rakyat’ tidak laku di Kuala Besut sebab ini kawasan majoriti besar Melayu.  Konsep BN itu laku sebab dah memang dari dulu orang pun tahu UMNO teraju BN, sedangkan pakatan pembangkang, siapa-siapa pun boleh mengaku mereka yang menerajui pakatan tersebut, tidak jelas.

Seperti yang dijelaskan semalam, PAS kembali guna isu kafir, murtad, Islam dan sebagainya sebab mereka tahu isu-isu yang dijuarai pakatan pembangkang sebelum ini seperti hapus PTPTN, tol, minyak turun dan sebagainya, tidak relevan dengan pemilihan kali ini.

Agaknya sebab itulah PKR tidak ada sebab PKR paling terasa bila isu murtad dan Islam digunakan sebab parti itu menyokong kebebasan beragama diperluaskan kepada orang Melayu/Islam di Malaysia.  Nanti hajat awal nak cilikan UMNO, penyudahnya orang PKR pulak yang kelemasan dek pedas.

Selain itu, PKR Terengganu pun awal-awal dulu pun (bila berlaku kekosongan), ada hati juga nak bertanding di Kuala Besut ini seperti yang dinyatakan oleh Pengerusinya, Azan Ismail.

Dari segi gerak kerja PAS sendiri pun, majoriti yang meramaikan tempat-tempat ceramah sekarang ini ialah jentera dari Kelantan, bukan jentera Terengganu.  Dari senarai ceramah kempen PAS yang penulis lihat, hampir tidak ada penglibatan pemimpin dari Terengganu, majoriti (kalau bukan semua) adalah dari Kelantan.

Campur sedikit sebanyak pemimpin PAS dari luar.

Bagaimanapun, keadaan ini baik untuk BN.  Kita bolehlah fokus kepada sasaran untuk menambah majoriti undi kepada 4,000 undi (berbanding 2,434 undi yang diperolehi Allahyarham Datuk Dr Rahman Mokhtar pada PRU13 yang dulu), dari terlalu memikirkan soal nak menang atau kalah.

Kempen kita pun disini begitu rancak, hampir tidak ada gangguan dari puak-puak ini, tak macam kempen-kempen pilihanraya kecil yang lepas dimana ada saja kekecohan berlaku.

Walaupun kita tahu sebahagian dari keadaan aman dan damai ini disebabkan iblis dan syaitan yang gemar mendamping dengan orang PAS sudah dirantai,  tapi sebahagian lagi kita percaya adalah disebabkan tiadanya keyakinan PAS akan menang kali ini.


Posted by Adamyan on July 13th, 2013 :: Filed under Adamyan,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “PRK Kuala Besut: PAS Diboikot Rakan Komponen Sendiri”

  1. alfie
    July 13th, 2013

    Dah menang PRU 13 dah jarang tengok Ah Jib Gor keluar makan di gerai2 di tepi jalan raya dengan keluarganya.Kalau dia keluar waktu sahur atau berbuka puasa di Besut dan makan di gerai2 dengan penduduk di situ geranti BN boleh menang!

  2. alimedanbaru
    July 13th, 2013

    Malang sungguh bangsa ku, kerana sejak lebih setengah abad ada satu puak keujutannya semata-mata mahu mengkafirkan orang Islam lain yg tak sefahaman dgn mereka.Cuba bayangkan berapa juta orang Melayu yg telah dikafirkan mereka, dan cuba bayangkan balik kalau yg dikata itu tidak kafir, berapa juta pulak dikalangan mereka terbalik jadi kafir jika semua mengikut fahaman sama dgn ayutollah Hadi dan Nik Aziz.Inilah akhir zaman apabila ulamak muncul bukan nak satukan umat sebaliknya untuk hancurkan umat!

  3. DataCode
    July 14th, 2013

    Tadi saya call rakan baik di Kuala Besut,katanya harapan untuk PAS menang memang tipis,namun ketentuan dari Allah tiada siapa yang tahu,mengenai jentera PAS katanya:Jentera PAS memang ramai juga,tapai besar peratusnya bukan pengundi di kuala besut.Betul atau tidak maklumat yang disampaikan oleh rakan.wallahua’lam

Leave a Reply

Type your comment in the box below: