Anwar Tekad Jadi PM, Walaupun Majoriti Rakyat Tolak

Oleh: Zul Rawi

Satu perkara yang menarik untuk dibincangkan apabila Presiden PAS Hadi Awang berkata PAS menerima keputusan PRU13 dengan senang hati dan tiada bantahan. Malah, beliau menganggap PRU13 sebagai satu kejayaan besar buat PR. PAS pada pilihan raya yang lau berjaya memenangi 1,633,389 undi di peringkat parlimen dan 2,133,944 undi di peringkat DUN.

Dan tidak melampau untuk mengatakan PAS banyak menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat bgai meraih undi popular yang lebih tinggi daripdaa Barisan Nasional. Namun, jika difikirkan semula, adakah ini petanda PAS dan DAP tidak bersetuju dengan tindakan Anwar yang menolak keputusan PRU13 sebagai tidak adil dan dipenuhi “penipuan”?

Hal ini boleh dilihat pada Perhimpunan Kelana Jaya dua hari lalu yang mana sekitar 60-70% yang hadir adalah berbangsa Cina. Adakah itu bagi menunjukkan protesnya kaum CIna kepada perlakukan Anwar yang tidak puas hati dengan keputusan PRU.

Beberapa hari lepas, Pengerusi DAP Karpal Singh juga membuat kenyataan bahawa DAP menerima keputusan PRU13 dan berbangga dengan kejayaan parti itu menambah bilangan kerusi yang dimenangi.

Gesaan Azmin Ali agar Anwar juga menerima keputusan PRU13 menunjukkan bahawa hanya Anwar seorang sahaja yang tidak menerima dan ingin mempersoalkan segala sistem yang selama ini dijalankan oleh SPR.

Azmin Ali yang dilihat mengambil pendektan untuk meluahkan ras tidak puas hati melalui laman twitter miliknya yang menyatkana bahawa seorang pemimpin itu harus menerima segala keputusan yang telah ditetapkan dan tidak harus mengheret rakyat. Ekoran itu, Azmin juga dikatakan ingin mendedahkan rahsia berkenaan pilihan raya kecil Permatang Pauh yang digambarkannya ada kaitan dengan amalan nepotisme dalam parti.

PAS dan DAP tidak selantang dan seagresif PKR terutamanya Anwar yang kerap mempersoalkan integriti satu agensi itu tanpa memandang kekurangan dan kesilapan yang terang-ternag dilakukan oleh pemimpin atasan PKR.

Nampaknya, sudah ramia yang mula muak dan tidak tahan untuk meneruskan perjuangan mereka bersama Anwar yang nyata memperjuangkan keinginan dan nafsu peribadi beliau. Perlakuan Anwar semenjak pilihan raya semakin agresif dan jelas menunjukkan ketaksubannya untuk menjadi perdana menteri sekalu gus menawan Putrajaya.

Persoalannya, semakin ramia cerdik pandai dalam negara, semakin mudah terpengaruh kepada Anwar yang kini dilihat semakin hilang rasional dan kewarasan kernaa terlalu ghairah untuk mendapatkan kuasa yang diidamkannya selama ini.

Ekoran tindakan Anwar ini juga, semakin ramai yang meninggalkannya, mungkin timbul kesedaran terhadap perjuangan Anwar yang semakin terpesong jauh. Azmin sudah tidak lagi sebulu dengan Anwar dan jika orang kuat Anwar itu mengambil langkah untuk meninggalkan Anwar, nampaknya Anwar akan kehilangan seorang lagi panglima perang yang selama ini mempertahankan beliau dan asanggup ‘berkongsi’ kasih dengannya.

Kesimpulannya, Anwar hanya mahu jadi PM Malaysia walaupun majoriti rakyat Malaysia menolak beliau. Tinggal kita yang memerhati ini sahaja memikirkan apakah jalan terbaik untuk Malaysia.


Posted by HackerXP on May 13th, 2013 :: Filed under Komentar
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Anwar Tekad Jadi PM, Walaupun Majoriti Rakyat Tolak”

  1. baba
    May 13th, 2013

    biasa la anwar ni….selagi dia tak mati selagi tu dia akan pulun habis2an biar dgn cara kotor sekalipun utk jadi pm.
    yg peliknya zaman sekarang ni org dah tak kisah dgn peribada pemimpin yg mereka sokong, biar dia liwat, biar dia penipu, biar dia main dgn china doll….semua jalan.

  2. morsidol hamPAS
    May 13th, 2013

    Cakap dgn Lim Kit Sial tu sur dia berseh kan dalaman DAPigs tu dulu n buat pemilihan CEC semula …

  3. alfie
    May 13th, 2013

    Takpa kalau Anwar nak buat rampasan kuasa dari Najid,polis kita akan beri Anwar amaran. Kalau Anwar buat juga polis kita akan panggil dia untuk interview.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: