Masa Sesuai Untuk Laksanakan Semula Sekolah Wawasan

KEPUTUSAN pilihanraya umum lepas menyaksikan kerajaan pusat sedia ada, bebas untuk melaksanakan dasar-dasar yang memberi kelebihan kepada komuniti yang terbukti menjadi penyokong terbesar sehingga BN berjaya menang 133 kerusi parlimen dan berjaya menawan semula Kedah disamping mengekalkan kerusi di 9 negeri yang lain (tidak termasuk Sarawak).

UMNO sahaja berjaya memperolehi 88 kerusi parlimen, kurang 1 kerusi kalau semua kerusi pembangkang digabungkan sekali!!

Ternyata BN dan UMNO masih kekal kuat walaupun tidak menerima sokongan dari komuniti Cina.  Tidak mengapalah, itu hak mereka, inikan negara demokrasi, dan kerajaan juga berhak melaksanakan dasar-dasar mengikut kehendak kumpulan penyokong terbesarnya.

Antara dasar-dasar yang kita rasa wajib diperkenalkan sekarang ialah sekolah Wawasan.  Kalau ramai sudah lupa, penulis ingin ingatkan sekolah Wawasan ialah gabungan 3 sekolah (jenis Cina, jenis Tamil, Kebangsaan) di dalam satu kawasan tapi berkongsi kantin dan padang.  

Dasar baik ini diperkenalkan di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir tapi dibatalkan di zaman Paklah sebagai Perdana Menteri – keputusan yang ternyata merugikan Malaysia hari ini, melihat kepada jurang perkauman yang begitu melebar.

Penulis rasa, sudah sampai masanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan semula polisi sekolah Wawasan ini sekarang demi perpaduan rakyat yang lebih baik.  Kita yakin akan adalah komuniti yang memekak tak puas hati nanti, tapi pedulikanlah, tanpa mereka pun BN masih boleh memerintah.

Yang penting sekarang ialah kehendak majoriti teramai.

Lagipun kabinet yang bakal dibentuk Najib nanti tidak akan mengandungi seorang pun wakil komuniti ini dari kalangan wakil rakyat  dipilih dalam PRU yang lepas, berikutan  keengganan mereka dilantik untuk memegang sebarang jawatan kerajaan.  Itu pilihan mereka dan kita wajib menghormati pilihan tersebut.

Kalau pun ada wakil, mungkin bukan dari kalangan orang politik.  Tak tahulah, ini kuasa mutlak Perdana Menteri untuk menentukannya.

Cuma penulis rasa kalau prinsipnya untuk menghormati pilihan rakyat, itulah yang sepatutnya dilakukan.  Rakyat telah bersuara dan membuat pilihan dan masanya untuk Perdana Menteri menentukan hala tujuan negara ini selari dengan pilihan tersebut.


Posted by Adamyan on May 12th, 2013 :: Filed under Adamyan,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

28 Responses to “Masa Sesuai Untuk Laksanakan Semula Sekolah Wawasan”

  1. raplahjingaa
    May 12th, 2013

    Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris..di batalkan Najib sebab desakan pembangkang…ISA di hapuskan Najib atas desakan pembangkang, SUHAKAM di tubuhkan pak lah atas desakan pembangkang.

    Selepas TUN berundur…PM kita boleh dikatakan secara tak langsung pro pembangkang ! nasib baik orang kampung masih sayangkan agama dan bangsa mereka !!

  2. Hamba Ar Rahman
    May 12th, 2013

    Actually, sekolah wawasan ini juga tidak begitu efektif..bayangkan dalam sebuah sekolah di bahagi2 kan kelas (ianya tak ubah seperti sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah India tapi diletak bawah satu bumbung)…mana nya perpaduan yg ingin ditonjolkan…budak Cina masuk kelas Cina, India ke kelas India…melayu ke kelas melayu…di luar kelas mereka boleh bermain bersama2…tetapi tentunya pelajar2 ini akan bercampur dengan rakan sekelas terlebih dahulu dan matlamat tidak akan tercapai…apa yg kerajaan perlu buat adalah satu sekolah dan sistem kebangsaan sahaja…kita satukan sekolah agama dan kebangsaan dalam satu sekolah…kita buat macam sekolah2 di barat, di mana mereka bermula jam 8 dan berakhir jam 4 petang…budak2 diberi kerja dan disiapkan di sekolah….mereka tidak diberi kerja rumah…pemarkahan mengikut kredit yang dikumpul supaya tiada yg ponteng dan sistem peperiksaan di kurangkan supaya budak2 tidak letih dan pressure untuk score dan juga mengurangkan budaya tuition….yang terlalu exam orientated….di sekolah kita beri pilihan untuk memilih 2 lagi bahasa untuk dikuasai…jadikan bahasa Inggeris dan bahasa malaysia wajib..tetapi boleh pilih 2 lagi bahasa untuk dipelajari, contoh Arab, mandarin, tamil, spanish dan lain2….bagi kaum India dan CIna…pelajaran agama boleh digantikan dengan philosophy cina/confucius atau kesusasteraan Cina (sebagai contoh) yg dipelajari dalam bahasa mandarin…atau lain2 subjek yang berkenaan budaya Cina etc…supaya bahasa mandarin dapat diperkukuhkan….begitu juga dengan bahasa Tamil….yg lain2 tentu kerajaan kita boleh fikir….

  3. pasdaplaknat
    May 12th, 2013

    SAINS & MATEMATIK adalah kesilapn Tun Mahathir dlm strategi utk perkasankan bahasa inggeris dan utuk wujudkan kesatuan kaum.. sbrnya itu perangkap bangsa Cina utk lemahkan bangsa Melayu. Krn SRJK C terkecuali dr dasar itu.

    Menghapuskan SAINS n MATEMATIK dlm bahasa inggeris dn kembali ke bahasa Melayu adalah satu tindakan tepat. Rasanya bukan sbb desakan PR. Tp akar umbi Melayu, melalui TS Muhyiddin Yassin.

  4. pasdaplaknat
    May 12th, 2013

    Betul tu Hamba Ar Rahman.. sekolah wawasan virtually shj kelihatan bagus. Tp pengasingan masih berlaku. saya sokong sekolah kebangsaan.. kita tiada pilihan lagi dlm memaksa bangsa lain sujud di bumi Malaysia. Tamatkan dasar bantuan kpd sekolah SRJK. Memang tindakan ini KERAS. pasti ada tindakbaklas BESAR.. mcm org sakit kronik.. perlukan rawatan yg ‘menyakitkan’ dan implikasi.. Beranak pinak dan menyedut kekayaan sepenuhnya dr tanah tercinta ini tp mau buat kepala masing2?

    SEKOLAH SATU ALIRAN BUKAN LAGI OPTIONAL..TAPI COMPULSORY.. itu shj ubat terbaik jika BN mahu negara ini berlaku asimilasi generasi hadapan. Jika tidak ketegangan kaum atau pun Melayu akan hilang semuanya.. bangsa lemah akan kalah.

  5. tony gunawan
    May 12th, 2013

    adakah ini politik balas dendam!

  6. sungai_siput
    May 12th, 2013

    you sepatut nya tanya soalan ini pada diri you dan bangsa cina

    you deserve it, di america pun tiada sekolah cina, baru lah ada kemajuan

    jom ubah tony, ini kalilah

  7. baba
    May 12th, 2013

    kalau cina dan india betul2 ikhlas kata nak jadi SATU di malaysia ni, maka mereka sepatutnya menyokong sistem 1 sekolah untuk semua. tapi melihat scenario semasa, bangsa mereka tetap mahu mempertahankan identiti bangsa mereka jadi jangan berlakon yang anda bukan rasis

  8. Safian
    May 12th, 2013

    Oh cina pek…. Siapa yg berdendam ni? Dah takut ke?

  9. tony gunawan
    May 12th, 2013

    hilang bahasa lenyaplah budaya!
    nampaknya umno sekarang nak hapuskan bahasa dan budaya cina di malaysia!

  10. randomsee
    May 12th, 2013

    hentikan pembinaan dan pemberian dana pada sekolah jenis cina dan tamil….kedua jenis sekolah ini tidak membawa kebaikan dalam pembentukan Malaysia sebagai negara berbilang kaum…

    amat malu bila ada sesetengah warganegara tidak fasih atau tidak tahu langsung berbahasa kebangsaan malah tidak tahu apa yang dikatakan masyarakat majmuk hingga terbawa-bawa pada pengasingan kaum dan perasaan syak wasangka….

  11. Adam Abdullah
    May 12th, 2013

    Sekolah Wawasan bagus. Tujuannya ialah untuk membentuk semangat memahami, hormat menghormati, berkawan dan berbaik antara satu sama lain, antara kaum tidak kira warna kulit dan perbezaan agama. Itu semasa di bangku sekolah, di kantin sekolah dan di padang sekolah.

    Tetapi bila balik rumah ibu bapa mereka yang sokong DAP, MCA, UMNO, PAS, PKR MIC dll bagaimana sifat, kelakuan dan tingkah laku mereka di rumah di depan anak-anak mereka.

    Kalau mereka semua menjadi ahli Rukun Negara, atau Resident Association tempat tinggal mereka dan berbaik-baik antara satu sama lain, antara jiran baguslah. Tetapi kalau mereka asik ikut himpunan haram dan demonstrasi, asik cakap pasal politik di rumah apa jadi masa hadapan anak mereka yang bersekolah di Sekolah Wawasan.

    Hubungan kaum di semua tempat kediaman perlu dipulihkan. Suasana kurang berpolitik atau zero berpolitik di rumah dan di alam cyber perlu diberhentikan. There must be a full stop (.) to all this unnecessary crazy politicking.

    I think a lot of us are already mentally crazy if we keep on surfing the Internet and the blogs we become idiot and crazy. It is no good for nation building.

  12. yeop
    May 12th, 2013

    memang betul..pm playsafe seolah olah pro pembangkang hingga merugikan majoriti anak melayu diluar bandar. orang kampung semua dah tau..
    inikalilah semua tembelang pecah..

  13. yeop
    May 12th, 2013

    telor tembelang pecah..busuk lol..

  14. KuntaKinte Malaysia
    May 12th, 2013

    Kita Perlu perkasakan sekola kebangsaan. Sekola wawasan semua ini tak perlu. Cina tak suka boleh terus belajar SJKT

  15. alfie
    May 12th, 2013

    Dengan pembentukan federal govenment tampa sokong orang cina,kita sudah kita tidak perlu sokong orang cina lagi untuk membuat apa apa dasar national. Jika kita perlu buat pertukaran polisi tukar lah kalau mereka tak suka mereka boleh pindah dan duduk di Penang,Selangor atau Kelantan.
    Harapan untuk menyatu kan balik semua bangsa saya fikir adalah tipis sebab tidak ada apa motivasi untuk orang cina menyokong BN/UMNO kerana tidak mengundi BN mereka merasa nikmat yang sama dengan orang menyokong BN.
    Hanya satu kejadian ‘tragedi’ national yang dapat buka mata orang cina. The ‘PENDORA BOX’ sudah di buka dalam PRU ini.

  16. Satu Sekolah
    May 12th, 2013

    Kepada Tony Gunawan,

    Adakah sekolah jenis ini wujud di Indonesia?

    Tidak, kan? Setahu saya hanya ada satu aliran sekolah di Indonesia. Di situlah semua kaum yang terdiri daripada pribumi Indonesia & kaum-kaum imigran khasnya dari Cina, India & Arab belajar bersama.

    Kenapa ia (perpaduan melalui hanya 1 aliran sekolah; SEKOLAH KEBANGSAAN) sukar dicapai di Malaysia? Tentulah kerana masing2 masih takut menjadi RAKYAT MALAYSIA.

    Malaysia wajib ada HANYA SATU ALIRAN SEKOLAH, tiada lagi vernakular. Dengan wujudnya sekolah satu aliran melalui pewajiban menghantar anak ke sekolah kebangsaan juga akan membentuk jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia bahkan paling penting mereka akan FASIH BERBAHASA MALAYSIA.

    Saya sebagai rakyat Malaysia cukup kecewa dengan kepelatan kebanyakan Bukan Bumiputra dalam bertutur Bahasa Kebangsaan (Malaysia) mereka sendiri, padahal mereka mengaku diri mereka rakyat Malaysia. Bahkan ada yang tak boleh bertutur langsung Bahasa Malaysia. Ini juga cukup memalukan. Ini realiti kerana saya sendiri bergaul dengan mereka.

    Selain itu ada yang tak reti berbahasa Malaysia hanya bercakap dengan bukan kaum mereka dalam bahasa Inggeris (walaupun juga kurang fasih). Sayangnya, Bahasa Malaysia pula telah ditolak ke tepi. Mana sudah pergi pengakuan sebagai rakyat Malaysia kalau diri mereka tak tahu berbahasa Malaysia langsung? Itulah natijah bersekolah di SJKC & SJKT, yang menolak sekolah kebangsaan kerana telah selesa diberi bantuan oleh kerajaan Malaysia selama ini.

    Kerajaan Malaysia bahkan mana-mana parti politik di Malaysia seperti BN, PKR, DAP & PAS selalu takut hilang undi untuk membawa semua kaum bersekolah hanya di sekolah kebangsaan supaya dapat memupuk perpaduan tulen (sebenar).

    Daripada
    Penyokong Kempen SSS
    “SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA” (SSS)

    Sain petisyen di bawah untuk sokongan kepada sekolah satu aliran (SEKOLAH KEBANGSAAN):
    http://www.thepetitionsite.com/1/kempen-satu-sekolah-untuk-semua/

  17. cikgu doktor
    May 12th, 2013

    Salam Semua,

    Sepatutnya dibentuk satu suruhanjaya diraja untuk kaji masalah perpaduan melalui pendidikan. Dapatan surahanjaya MESTILAH diterima walaupun mendapat tentangan kemudiannya kerana di MALAYSIA SEPATUTNYA hanya SATU sistem Pendidikan berbentuk kebangsaan dengan sekolah satu ALIRAN SAHAJA Menggunakan SATU bahasa iaitu BAHASA MALAYSIA!
    barulah dapat menghasilkan BANGSA MALAYSIA sejati.
    Mari kita mulakan desakan dan dapatkan sokongan sebanyak mungkin

  18. raplahjingaa
    May 12th, 2013

    Nope..itu langkah undur ke belakang !!

  19. raplahjingaa
    May 12th, 2013

    Suruhan jaya lagiiiii ?? ooooh tidak !! just do it !

  20. Pak Long
    May 12th, 2013

    Isu pokok untuk mewujudkan bangsa malaysia yang merdeka adalah menjungjung perlembagaan dan melaksanakanya. Salah satu kaedahnya melalui pendidikan satu aliran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan tujuan pelbagai kaum boleh bersatu, lebih banyak berinteraksi antara satu sama lain, memahami budaya kaum lain pada peringkat sekolah rendah lagi, ini dapat mengelakkan belaku salah faham dan saling sangsi antara kaum. sekiranya tidak, sampai satu masa nanti akan belaku pertembungan antara kaum yg akan membawa kerosakan negara tercinta. oleh itu semua pihak perlu akur kepentingan sekolah satu aliran.

  21. pasdaplaknat
    May 13th, 2013

    Raplah, itu mungkin dr segi teori. Tp hakikat sbnr, langkah itu telah ‘membunuh’ penguasaan anak2 Melayu terhadap asas Matematik dan Sains.

    Kajian Meja Bulat PPSMI bukan beradasarkan sentimen politik, pro pd mana2 pemimpin, tp berdasarkan statistik pencapaian pelajar2 terutama pelajar Melayu.

    Mengembalikan bahasa ibunda untuk pengajaran subjek penting spt matematik dan sains adalah langkat sgt tepat wpun sudah dikira terlewat.

    Penyatuan kaum bukan melalui bahasa Inggeris, tp melalui bahasa Kebangsaan.. dn hapuskan sekolah SRJK..

  22. pasdaplaknat
    May 13th, 2013

    Betul tu.. suka atau tidak Sistem Pendidikan Kebangsaan tunggal shj lah yg terbaik dgn berbahasa pengantar Bahasa Melayu. Pemimpin lalu tidak terfikir kesan buruk akibat ‘kebebasan’ banyak sistem ini, ia adalah ‘barah’ dlm pembinaan tamadun negara.

  23. pasdaplaknat
    May 13th, 2013

    betul, PR dan DAP mengamalkan politik balas dendam.. DAP balas dendam krn DS Najib dn UMNO sudah byk bntu org Melayu..

    Anwar balas dendam sbb xdpt jd Pii Emm berbelas2 tahun kemaruk di jalanan..

  24. raplahjingaa
    May 13th, 2013

    Bila Tun memperkenalkan PPSMI, ianya tak ada kena mengena langsung dengan sentimen politik ataupun untuk penyatuan kaum, ianya adalah untuk kejayaan anak-anak melayu mengusai kedua-dua major ini.

    PPSMI di bunuh hanya beberapa tahun ianya di praktikan, rasa aku tak sampai pun 5 tahun. Apa yang ” ilmuan-ilmuan ” melayu lihat hanyalah result peringkat awal perlaksanaanya, mereka gagal untuk mengapai visi jangka panjang kebaikan PPSMI. Anak-anak melayu gagal menyaingi bangsa lain secara umum dalam kedua bidang ini kerana kegagalan mereka dalam penguasaan bahasa inggeris yang complex. Itu adalah kenyataan !

    Orang akan berkata kenapa Jepun, Cina mahu pun russia dan perancis berjaya menguasai sains dan matematik dengan hanya menggunakan bahasa mereka, well…berdiri lah di bumi yang nyata, apakah sejarah dan temaddun kita seperti negara-negara di atas ?? tentulah tidak.

    Perit tapi itulah kenyataan, bahasa melayu adalah bahasa yang masih muda, malah tanpa cedukan melampau bahasa imggeris, bahasa kita tidak boleh progress dengan jauh dalam dunia matematik dan sains.

    Tak kan hilang jati diri bangsa melayu hanya kerana mereka menguasai matematik dan sains dalam perantaraan Inggeris.

  25. Hamba Ar Rahman
    May 13th, 2013

    Bukan sahaja sekolah kebangsaan…sekolah agama juga perlu disatukan…sekarang ada aliran tahfiz, dan SKMA…satukan dalam satu sekolah tetapi dijadikan jurusan dalam kelas berbeza…contoh jurusan sains, jurusan IT, jurusan agama, jurusan tahfiz dan lain2….kita tidak mahu ada masyarakat yg berpuak2….apabila kita asingkan sekolah…maka apabila keluar…ada dua masyarakat…satu yg berkopiah dan satu yg tidak berkopiah (secara literalnya)…maka akan berlaku pengasingan rakyat….(seperti sekarang UMNO dan PAS)….dan puak2 ini pula menolak untuk bergaul di antara satu sama lain….jika di peringkat awal mereka tidak bercampur…..nanti bila keluar budaya ini akan diteruskan…bercampur bersama puak masing2 sahaja…sedangkan hakikat realiti kehidupan sungguh kompleks dan luas….manusia pelbagai ragam…kita digalakkan mengenali antara satu sama lain…baru dakwah dapat dikembangkan….selain itu, percampuran dari peringkat awal dapat mengelakkan kejutan budaya….

  26. Hamba Ar Rahman
    May 13th, 2013

    Bukan politik balas dendam Tony….tapi hak sepatutnya kembali kepada yg hak….dan melayu yg paling berhak…gunalah perlembagaan kuno sekalipun…dalam Quran pun ada menceritakan hukum faraid..di mana pembahagian harta itu mengikut syarat dan hak…isteri mendapat kurang dari anak…mengapa? ada sebb2 nya…begitu juga dengan Malaysia…melayu lebih berhak kerana mereka yg mewarisi tanah melayu ini….kaum lain boleh juga mendapat bahagian mereka tetapi kurang dari orang melayu…seperti mana anak lelaki dapat lebih dari anak perempuan, dan anak lelaki boleh asobah…ada faham? tak faham eprgi belajar…jangan nak gebang lebih2 macam orang tak ada ilmu…

  27. Hamba Ar Rahman
    May 13th, 2013

    Budaya apa yg nak bangga sangat Tony…budaya ultra kiasu yg menggigit bansga lain dan menindas bangsa lain…budaya yg mementingkan diri..dan tamak haloba…dream on lah Tony…jangan nak berselindung di sebalik budaya…kita bercakap soal nasional…dan bukan budaya hang saja….

  28. raplahjingaa
    May 13th, 2013

    Cina hanya memerintah di negara china, taiwan dan singapura, bastion orang cina di dunia ni. Di negara lain yang depa bukan majoriti mereka akur dengan pola pemerintahan negara yang mereka tumpang.

    Nak jadikan Malaysia bastion keempat orang cina di dunia ni ?? langkah mayat aku dulu !!

Leave a Reply

Type your comment in the box below: