“Blackout” Operasi Terancang Red Bean Army

Insiden ‘black out’ PRU13 nampaknya menjadi begitu heboh dan viral sehingga menular ke segenap lapisan masyarakat. Lebih ironis, sehingga ‘profile picture’ di lama Facebook juga ramai yang menggunakan gambar hitam gelap sebagai simboliknya kepada insiden black out ketika berlangsungnya pengiraan undi di kawasan yang terlibat.

Rata-rata menyalahkan dan menuduh ini adalah konspirasi SPR bersama BN yang kononnya ingin menambah kertas undi untuk memastikan mereka menang di kawasan yang di sasarkan. Namun hari ini ADUN Kuang, Shukor Idrus meminta pembangkang menyenaraikan semua lokasi pengiraan undi yang didakwa mengalami masalah bekalan elektrik, sehingga membawa kepada manipulasi kertas undi.

Beliau berkata dakwaan sebegitu tidak berasas dan menggesa perkara itu dibawa ke muka pengadilan bagi membuktikan tidak berlaku apa-apa ‘salah laku’ membabitkan Umno Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti yang didakwa. Shukor menambah bahawa dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan jika benar sekalipun dakwaan mereka, beliau meminta untuk pembangkang menyenaraikan kawasan yang terbabit.

Hakikanya, bukan Shukor sahaja, ramai yang hendak tahu di mana tempat itu suapaya dapat dipastkan benar ataupun tidak dakwaan yang digembar gemburkan pembangkang. Dan jika benar perkara itu terjadi, mereka tidak dihalang untuk membuat aduan dan kalau tidak benar itu boleh membuktikan mereka berniat jahat.

Mereka juga sengaja membesar-besarkan isu ini dan lebih memeranjatkan mereka sudah bersiap sedia dengan lampu suluh seperti sudah makluam akan terjadinya insiden b;ack out di kawasan itu. Selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa terdapat manipulasi kertas undi dilakukan bagi memastikan BN memenangi pilihan raya pada Ahad lalu.

Manipulasi itu dikatakan dilakukan dengan menggunakan taktik memutuskan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi berlaku. Bagaimanapun tinjauan di laman sosial Facebook mendapati beberapa petugas SPR menafikan hal itu. Malah mereka menyatakan rasa hairan apabila ejen mengundi Pakatan Rakyat bersedia dengan lampu suluh sejak dari jam 5 petang.

Ia seolah-olah telah bersedia untuk kejadian bekalan elektrik terputus. Farah Wulan yang bertugas pada pilihan raya lalu menafikan dakwaan tersebut sekali gus menyifatkan pembangkang terlalu ‘paranoid’.

Farah juga dilihat turut mempersoalkan lokasi kejadian terputusnya bekalan elektrik memandangkan beliau sendiri merupakan petugas SPR yang turut terlibat mengira undi di hadapan ejen parti yang bertanding. Paling menimbulkan syak wasangka apabila terdapat ejen DAP yang awal-awal agi sudah memabawa masuk lampu kecemasan dengan alasan takut sekiranya terputus bekalan elektrik.

Ini yang menjadi persoalannya sekarang ini. Namapaknya operasi ini adalah sat operasi terancang pembangkang dan menjadikan BN sebagai mangsa untuk dipersalahkan. Red Bean Army yang merupakan cybertroopers DAP juga disyaki terlibat dengan konspirasi operasi black out PRU13 ini apabila video black out disiarkan lima miniti selepas ‘kejadian’.

Ini menunjukkan persediaan awal telah dilakukan dan persiapan itu ternyata amat rapi sehingga mereka dapat bergerak secara pantas dan sangat efisien. Kalau ada akal, maka bolehlah menilai mana yang betul mana yang silap. Tapi kalau akal ada tapi digunakan untuk menebas dan menunding jari saja pon tak ada gunanya.

Syabas pembangkang dengan ‘game black out’ anda!

Beruang Biru


Posted by tengkudin on May 8th, 2013 :: Filed under KOLUMNIS,PILIHAN RAYA 2013,RENCANA
You can leave a response, or trackback from your own site.

20 Responses to ““Blackout” Operasi Terancang Red Bean Army”

  1. SebaikPerhiasan
    May 8th, 2013

    Sehingga ke hr ini sy cuba mengumpul maklumat dimana lokasi berlakuny blackout tersebut. Tetapi sy masih gagal mendapatknny. Mungkin rakan-rakan pembangkang atau dlm barisan ada maklumat yg boleh dikongsi bersama.

  2. ased
    May 8th, 2013

    Sapa yg pantau fesbuk najib? Maaf kata, tezm nzjib tzk alert langsung.geng blackout serang fesbuk dia sebelum keputusan rasmi keluar lagi….memang selowwwww.
    Dah masuk politik lama takan tak boleh predict benda2ni….
    Semua ni serangan persepsi nak burukkan pilihanraya..konon tak telus…..tapi bukan semua rakyat paham.

    Bayak fitnah berlaku….bayak geng ca ya alifnun yg post..kebayaknkat fesbuk n youtube….

    1.kes teksi bawak kertas undi.
    2.geng bagla naik bas.
    3.2 beg undi dibuang daripada heli..
    4. ketua pusat mngundi bawak peti undi guna kereta biasa kenaserang ca ya alif nun
    5.blackout
    6. Pesawat jumbo bwk bangla
    7.berpuluh2 bas pendatang dekat sarawak
    …dan lagi da lagi

    Tapi geng cybertrooer umno sibuk dengan ideo lucah, kacau nik aziz, boikot barang cina…

    Cuba pi siasat dan betulan persepsi salah ni….
    Ni bolejjh biar mcmtu je…..
    Jaci orang pun anggap benda ni betul la…..

  3. alfie
    May 8th, 2013

    Jangan buang masa pasal isu ini,polis tak akan ambil tindakan and kerajaan pun tak kisah.
    Orang yang terang2 yang melanggar undang2 saperti Ambiga,Khalid Ismath,Adam Adli pun tak masuk lockup. Ini kan penjenayah cyber saya tengok air muka IGP kita saya tahu dia tak pandai dan tak tahu nak buat apa. Yang dia berani roundup Papagomo pasal blog ini from friendly parti.
    Amaran yang dia keluarkan pasal perhimpunan haram di kelana jaya pun orang tak endah.Sapa pun tak makan saman IGP ini.

  4. alfie
    May 8th, 2013

    Dalam berita jam 8 RTM tadi pihak polis Johor pun di fitnah di facebook konon nya membawa lori penuh bangsa asing untuk mengundi. Tahu kan apa tindakkan mereka saudara??? Polis yang difitnah pun hanya mampu buat polis report aja?? Strange but true!!!

  5. ku2
    May 8th, 2013

    pembangkang bila kalah kan macam tu melalak macam anjing..rasanya blackout yang dicanangkan pembangkang bukan kat pusat pengiraan undi..calon2 pembangkang tu buat2 blackout dalam bilik..macam la tak tau diorang kan kaki betina..kalah pilihanraya apalagi ilangkan tension g blackoutla ngan betina..puikkkkkkkkkk

  6. Hamba Ar Rahman
    May 8th, 2013

    Sebenarnya bukan senang nak menangani isu macam ni…ia seperti menarik benang dalam tepung….benang tak boleh putus…tepung tak boleh berselerak…worse come to the worse sebenarnya kita ada tentera…dan tentera boleh ambil alih….agung boleh isytihar darurat…tapi bila kita renung dalam2…mungkin ini yg depa hendak….depa sengaja hendak cetuskan kekacauan melampau sehingga tahap maksimum supaya kelihatan BN ini zalim dan kuku besi..pada ketika itu askar2 uncle Sam akan datang dan membantu….termasuk juga askar2 dari seberang Tambak….seperkara lagi yg kita perlu ingat adalah tentu ada beberapa perkara yg menyebabkan begitu sukar mereka hendak bertindak….Seperti yg Tun M kata….pemimpin BN ada yg tamak…dan rasuah…bila macam tu…maka telur mereka sudah kena picit…itu sebb Ambiga, Khalid, Adam dan lain2 tidak berani depa tangkap…I scratch your back, u scratch my back maa….tapi akhirnya benda ini memakan diri sendiri…kita tak berniat nak membuka salah dan pekung siapa2 pun dalam keadaan kritikal ni…kita cuma mahukan negara yg aman dan demokrasi dalam istilah kesaksamaan bukan kesamarataan, dan bukannya demokrasi dalam istilah pihak pembangkang semata…the people have made their choice..so…respect aje laah…

  7. SukaBN
    May 8th, 2013

    Perkara macam ni kena jawab secepat mungkin. Media utusan, tv dan blog2 kena hebahkan. Kalau tidak ia akan terus dimainkan sehingga pru14 yg pada masa itu ia sudah menjadi lebih luas dah kukuh pengaruhnya.

    Jangan jadi macam dulu. Dulu kita malas nak layan isu-isu kecil yang macam kebudak-budakkan. Zaman facebook ni, perkara-perkara kecil itulah yg akan menjadi besar!

    Sediakan satu pasukan khas untuk menjawab fitnah-fitnah pembangakang dengan cepat.

    Zaman makin maju tapi pemikiran kita makin kebelakang. Ramai yg lebih percayakan khabar angin di internet berbanding media-media rasmi, kerana ramai yg memperkatakannya di hujung jari mereka.

  8. gambus
    May 9th, 2013

    itulah aku tak minat nak kisah pasal kelantan , sebab itu hal orang Melayu dan meminpin pun orang Melayu .. ni kacang merah lagii teruk perangai mereka inilah yang wajib ditentang TAPI mana unit media baru BN ?? bodoh nak mampus !!! sory aku cakap macam ni .. musuh utama kita sekarang ialah kacang merah dan DAPigs !!!

  9. nqjoe
    May 9th, 2013

    Setuju.

    Perkara pertama yang harus BN buat ialah cantas mereka yang diketahui ramai kaki rasuah.
    Jangan halang SPRM daripada buat kerja mereka. Kalau BN tegas dalam hal macam ni, rakyat yang kecewa (tapi bijak) akan lihat ini sebagai tindakan yang berani dan mereka takkan marah BN lagi sekalipun kerajaan tak bagi BR1M.
    Hatta BR1M pun sebenarnya tak perlu, sebab yg rakyat nak ialah kerajaan yang telus.
    Lagi satu cukup-cukuplah kita berlemah-lembut dgn banyak pihak atau puak-puak tertentu ni. The outcome of the recent election is obvious enough for a fool like me to understand what is actually going on.

  10. Parti Ajaran Syahwat
    May 9th, 2013

    Yg paling lucu kes rombongan bangla naik bus.. taktik dgn meletakkan bendera BN dlm bus, yg dtg mengerumun hanya penyokong beruk PR utk mengambil gambar.. Driver bus tu dpt tangkap x? Polis x sempat dtg, puak2 dorg smpai dulu.. propa lebih laaa.. Bangla2 tu naik bus sbb apa? Dah siasat kah? mesti ada janjikan Bangla sesuatu utk mendapatkan kerja baik, tu yg dorg semangat innocent utk naik bus berhantu tu.. ni semua sandiwara pakatan haram laa.. detektif conan pun boleh jawab la, simple case!!

  11. fynnp
    May 9th, 2013

    kenapa pihak BN takmau ambil langkah menafikan benda2 ni semua secepat mungkin?- melalui kuasa media sosial juga!! agak terkilan sebab ramai rakan sebaya (golongan pelajar ipt) percaya bulat-bulat semua fitnah yg disebarkan , BN perlu menangkis segala tohmahan ni melalui media sosial,sebab media mainstream anak muda dah tak mahu percaya(memang depa tak tengok langsung dah). anak muda dah ramai benci dgn BN. risau pru 14 nanti :(

  12. Anak Lenggong
    May 9th, 2013

    Kes bLackout tidak berlaku cuma fitnah sahaja, biar aku ulas sedikit proses pilihanraya:-

    1. Disetiap pusat pengundian ada wakil daripada setiap calun dipangging counting agen..setiap kertas undi yang dipangkah akan ditunjukkan kepada wakil tersebut sebelum dimasukkan kedalam kotak yang dikhaskan kepada parti tersebut..selepas dipersetujui dan disahkan oleh agen berkenaan baru lah kertas itu dimasukkan kedalam kotak..PAS untuk PAS..BN untuk BN..setelah proses tersebut baru lah pengiraan dikira mengikut berapa banyak yang ada didalam kotak..selepas semua agen puas hati. agen tersebut akan menandatangi satu borang pengesahan.

    2. Semua kotak undi akan dibawa kepusat pengistiharan kemenangan dengan diiringi oleh agen dari setiap calun. Sekiranya terdapat bantahan, pengiraan undi akan dilakukan semula dipusat tersebut.

    so sekiranya berlaku blackout dan pengiraan dibuat didalam gelap persaolannya:-

    1. Kenapa agen daripada setiap calun yang dilantik tidak membuat bantahan serta menandatangi borang untuk disahkan…adakah agen ni makan rasuah ataupun tidur..ataupun bangangg…

    2. Laporan daripada pihak SPR tiada sebarang bantahan diterima daripada mana pusat mengundi diseruh negara mengatakan berlaku balckout.

    3. Pihak TNB telah mengesahkan bahawa tiada sebarang laporan blackout sewaktu proses pilihanraya dan menyatakan sekiranya ada sila buat laporan untuk disiasat.

    4. SPR telah menyatakan tempoh fail petisyen bagi membantah keputusan pilihanraya boleh dibuat dalam masa 3 minggu dimahkamah…ada buat ke..

    SO..DENGAN PENJELASAN INI JANGAN ADA PIHAK YANG MASIH NAK MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH …GUNA OTAK UNTUK BUAT ANALISA DAN BERFIKIR..ALLAH ANUGERAHKAN OTAK TU UNTUK DIGUNAKAN BUKAN DILETAKKAN DIKEPALA LUTUT…

  13. ahmad
    May 9th, 2013

    Allah berfirman dalam Al quran, ayat 6, Surah Hujuraat, firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” Apa nak buat, skrg ni ramai manusia yg x beriman, mudah sgt nak percaya berita yg x pasti…pru14 lama sgt…si peliwat tua tu akan berusaha habis-habisan utk jadi pm sblm pru14…ada org kata dia berjaya…

  14. faisal
    May 10th, 2013

    biarkan luncai terjun dgn labu labu nya….ada orang sedang bekerja. Ada sesuatu di hadapan sana.

  15. faisal
    May 10th, 2013

    Jangan risau….teruskan berjuang di cyber dgn yakin. Kita di pihak yg benar.Mereka ibarat tikus yg di umpan ikan kering bakar.Mereka ibarat babi babi lapar yg menyondol apa saja. Mereka masih lagi bermimpi. Bila meraka terjaga , kita telahpun mempunyai angka yang buat mereka terpinga. Apa yg ada pada 120K sedangkan kedaulatan negara masih terjunjung. Semangat ‘coca-cola’ si ‘anak malaysia’ harap merasuk jiwa mereka. Kalau sudah berpaling muka, tiada tuan tiada hamba. Kalau anu belum berkhatan, jangan cuba langkah sempadan, kelak terpijak sarang tebuan, rosak binasa seluruh badan.

  16. faisal
    May 10th, 2013

    tangan kebangkitan palsu akan dikilas tangan pejuang sebenar. 1 hati, 1 usaha, 1 doa. Malaysia aman sejahtera.

  17. bangKano
    May 10th, 2013

    Apa la punya konyol betoi alfie ni….aku dah baca penerangan ilmiah dari soghang forumer memperbetoi kan salah paham tang peranan polis terhadap kes fitnah. Tapi alfie masih lagi bebai ato belagak bebai saja tak mau paham.

    Aku dok suspek hang ni kot salah soghang Tentera Kacang Merah tajaan DAP tu….!!!

  18. mel
    May 10th, 2013

    Saya mengesyorkan barisan BN membuat rebranding supaya lebih memberi manfaat kepada rakyat..

  19. [...] Dari Blog MyKmu.net [...]

  20. Mat Panjang
    May 13th, 2013

    Menyebarkan maklumat palsu, maklumat yang menghasut dan yang menimbulkan perasaan benci dan marah perlu di ambil tindakan, di siasat dan didakwa.

    Pehak-pehak seperti Jabatan Penerangan, Multi Media dan Polis yang memantau perkara ini perlu membuat lapuran Polis terhadap mereka seperti Polis Trafik menyaman PEMANDU bawa kertas laju dll.

    Kesalahan menyebarkan maklumat palsu dan maklumat menghasut dan maklumat yang membenci tidak boleh dibiarkan berterusan.

    Takkan nak tunggu PM bagi arahan baru buat.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: