8
May

ANWAR MAHU CETUS REVOLUSI GAGAL JADI PM

Setelah amat kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri ke tujuh Malaysia, Anwar Ibrahim kini merancang untuk mencetuskan keganasan dan huru hara dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang.

Perasaan marah Anwar nampaknya sukar dibendung melihat kepada air muka dan raut wajah beliau mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang lain sehari selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Seperti diduga Anwar mendakwa BN telah merampas kemenangan yang kononnya sepatutnya dimiliki pembangkang.

Beliau mendakwa kononnya terdapat unsur-unsur penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkan BN.

Seperti biasa juga SPP menjadi sasaran pembangkang yang seringkali dituduh menjadi talibarut dan perkakas UMNO.

Hakikatnya jika proses pengundian dikatakan begitu teruk dimanipulasi oleh SPR tidak mungkin pembangkang mampu meningkatkan jumlah kerusi parlimen daripada 82 pada PRU 2008 kepada 89 kali ini.

Pada masa yang sama pembangkang juga menambah jumlah kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi kepada 230 berbanding 196 pada tahun PRU ke 12.

Malah pembangkang mampu mengekalkan penguasaan ke atas negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

BN pula kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 berbanding 140 pada PRU 2008.

Bagaimana diasak, dicabar dan berhadapan dengan keadaan yang amat getir daripada pembangkang sekalipun, namun majoriti rakyat negara masih terus menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap BN untuk terus menerajui negara.

Kemenangan BN juga membuktikan rakyat menerima baik program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak empat tahun lalu.

Kemenangan BN juga menunjukkan rakyat juga menolak politik fitnah, adu domba, pecah belah dan janji palsu yang menjadi sebati dengan amalan pembangkang.

Kekalahan pembangkang adalah petunjuk jelas bahawa rakyat menolak Anwar sebgai pemimpin pembangkang seterusnya cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri.

Mana mungkin rakyat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam serta kuat pegangan agama mahu dipimpin oleh seorang individu seperti Anwar yang rosak moral dan akhlaknya.

Mustahil Anwar boleh menjadi pemimpin nombor satu Malaysia apabila dirinya sendiri tidak terpimpin dan dibelit dengan pelbagai dakwaan rasuah, penyelewengan termasuk melakukan sekas songsang yang amat dibenci oleh agama.

Atas kekecewaan dan kemarahan kerana apa yang diimpi tidak tercapai, Anwar mahu mengadakan Himpunan Kemarahan Rakyat di Stadium Kelana Jaya pada malam ini.

Yang marah hanya Anwar seorang kerana sekutunya Pas dengan rela dan penuh kesyukuran menerima kekalahan pembangkang dengan berlapang dada.

Ini satu sikap Pas yang harus dipuji walaupun semasa berkempen parti itu menentang BN sebagaimana amalan biasa dalam mana-mana pilihan raya di mana-mana negara.

Tetapi ini berbeza dengan sikap Anwar yang perasan dirinya telah dinafikan menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan kesalahan kepada BN dan SPR.

Malah pentadbiran Presiden Barack Obama dari Amerika Syarikat secara jelas telah mengiktiraf serta menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN.

Mungkin Anwar lupa bahawa beliau telah berjanji pada dirinya dan rakyat Malaysia bahawa beliau akan kembali kepada dunia akademik sebagai pensyarah universiti sekiranya gagal dalam cubaan untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau mungkin lupa tetapi rakyat dan media yang melaporkan kenyataannya tahun lalu mempunyai memori yang panjang.

Adalah elok beliau menerima kekalahan pakatan pembangkang secara ‘gentleman’ serta hati terbuka.

Mengadakan demonstrasi dengan menggunakan Bersih sebagai landasan untuk mencetuskan keganasan dan ketidakstabilan politik pasca PRU13 hanya akan mengundang tindakan undang-undang yang keras daripada pihak keselamatan.

Seperti mana yang dinasihati oleh Perdana Menteri pada malam kemenangan BN, cukuplah selama empat tahun pembangkang berpolitik secara agresif dan menimbulkan pelbagai polemik da kontroversi sehingga masyarakat berpecah.

Marilah semua rakyat tidak mengira bangsa, agama dan oroientasi politik berganding bahu ke arah ‘national reconciliation’ atau perpaduan nasional.

Masa untuk berpolitik pilihan raya sudah tamat pada 5 Mei lalu dan suara keramat rakyat sudahpun memberi kemenangan kepada BN.

Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang boleh menolak keputusan PRU13 yang memihak kepada BN atau menjerit sepuas hati mereka untuk membantah tetapi hakikatnya keputusan muktamad telah diumumkan oleh SPR dan ianya perlu diterima oleh semua rakyat.

Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

ends

Beruang Biru

Ada 12 Comments setakat ini.

  • Morsidol hamPAS
    May 8th, 2013 at 7:58 PM

    Aku rasa mamat ni terdesak nk jadi PM tu satu hal lagi satu hal yg paling besar sbb 2PRU finder dah bagi duit tapi BN tk gak boleh tumbang so korang paham2 la kenapa kan dia mcm cacing kepanasan

  • PASpartyNGOK
    May 8th, 2013 at 8:04 PM

    Anwar hanya akan rasa damai, tenang dan mampu bermuhasabah diri jika dia berada dalam bilik sempit berjaring. Berada diluar buatkan dia menjadi ganas dengan jiwa bergelora dan sentiasa berselera untuk menentang dan memberontak. Berada diluar juga buatkan nafsu ganasnya sentiasa membuak2, habis semua lubang mahu disondol. Ini terbukti dengan anjuran demo, piket dan rusuhan yang dikepalainya. Terbukti juga dengan kes liwat tidak henti dan kes seks videonya.

    Segerakan kes mahkamahnya dan sumbat dia kedalam selepas disabitkan. Negara tidak perlukan Anwar, dunia juga tidak perlukan manusia serupa Anwar.

  • mamma
    May 8th, 2013 at 8:06 PM

    Aku geram btl la…asyik2 cri keburukan SPR, aku bertugas masa prun13 hr tu, xde apa yg nmpk tak btlnya… ejen 2 belah pihak ada tgok masa kira undi… bertaubat lh dari sebarang fitnah.

  • Cfu
    May 8th, 2013 at 9:40 PM

    Semua permintaan pembangkang telah dituruti oleh SPR termasuk penggunaan dakwat kekal. Bila kalah masih tak puas hati. Kalau Allah swt tak izinkan Anwar jadi PM, redalah dan terimalah dengan hati terbuka.Banyak manapun Anwar tabur duit kepada pengundi, kalau dah kalah tetap kalah. Macam bola Johor DT ada pemain mahal-mahal tapi kalah juga, tetap terima seadanya.

  • Hadi Suhaimi
    May 8th, 2013 at 9:44 PM

    pilihan raya dah selessai . BN telah di amanahkan dan mendapat mandat utk menerajui negara. aayuh semua rakyat malaysia kita jalani hidup seperti biasa, berkerja belajar dan bersantai bersama anak isteri lupakan kempen himpunan dan jangan pedulikan anwar.klu dia nak buat tunjuk perasaan biar dia sorang2, apa kejadah nya rakyat nak ikut cakap dia? biar dia gila sorang.

  • ahmad
    May 8th, 2013 at 10:51 PM

    aku tidak fikir mamat ni dpt dimasukkan ke dlm penjara…kes liwat saiful pun boleh lepas…kalau tiada tindakan tegas kerajaan utk menyekat tindakan mamat ni selepas ni, aku yakin 1000% dia akan jadi pm sblm pru14…tanda2 sudah kelihatan…kita kena ingat mamat ni mempunyai byk duit…rampasan kuasa boleh terjadi…mgkn apa yg berlaku kpd sukarno boleh berlaku kpd pm…tidak akan bangkit islam selagi tidak bangkit org melayu dan tidak akan bangkit melayu sebelum melayu ditindas…

  • Anonymas
    May 8th, 2013 at 10:55 PM

    Dia boleh jadi PM, dalam mimpi je. TGNA dah turun, DSAI bila lagi?

  • mRsTURDY
    May 9th, 2013 at 8:09 AM

    Agen-agen Pakatan Rakyat selepas proses pengiraan undi semuanya menurunkan tandatangan tanda bersetuju atas apa yg mereka perhati. Tidak berlaku sebarang penipuan. Alasan Anwar sengaja dibuat-buat. Ramai rakan saya daripada parti PAS juga menjadi KTM dan Kerani/Penyelia Pengundian. Apa yg nak difitnah lagi? SPR menjalankan kerjanya dengan adil dan saksama.

  • zahari
    May 10th, 2013 at 12:17 PM

    anwar kena jadi PM jgak..kena jadi jgak!!!
    KENAPA???? Sebabnya :-
    1) Kes Sulu.
    2) Kes Liwat.
    3) Masalah dlman PKR dsbnya.
    Sebab ini lah anwar mesti jadi PM.
    Kalau ditakdirkan Malaysia terpaksa diserahkan kpd PR aku lebih rela DAP yg memerintah kerana jika diserah pada PAS abih lingkup Islam. Jika pada anwar,Islam dan Malaysia akan lingkup dan jahanam tapi kalau DAP,Malaysia akan maju seperti sekarang cuma agama Islam dan Melayu akan diketepikan. Aku harap perkara ini tidak akan terjadi sbb Islam tunggak hidup ku dan Malaysia aman maju jaya di bawah BN harapan ku.

  • sungai_siput
    May 10th, 2013 at 2:21 PM

    yahudi bagi dia peluang sampai habis masa nak claim dgn SPR, lepaih tu anwar habis

  • buahpukulmaut
    May 11th, 2013 at 1:04 AM

    waktu kwn jadi counting agen,pmbnkng pun duduk sebelah,sama2 prhatikn krtas undi,yg ragu,yg ditolak n d trima.lps tu disahkn oleh dua2 pihak.So,mana datang nya pnipuan.yg btul nya BAPAK PENIPU Adalah SI JUBUR LA.bengong @ bahalol.

  • hamidah
    May 13th, 2013 at 10:00 AM

    si anwar ni bukan apa dia nak harapkan rakyat mengganas macam kes berlaku disyira. Dia silap, kita orang disini terutama melayu, ada tolak ansur dan budi bahasa. Kita tunggu dan lihat, sekarang dia tengah sihat allah beri peluang, bila dia jatuh sakit atau bala, adakah rakyat akan maafkan dia.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.