MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Kumpulan Haram Filipina Knight of Right Keeper di Sabah?

Rakyat Filipina yang bekerja di daerah Semporna dilaporkan mengambil tindakan menubuhkan pasukan keselamatan haram bernama Knight of Right Keeper bagi menjaga keselamatan mereka di daerah Semporna, Sabah.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kumpulan yang dikenali sebagai Knight of Right Keeper (KRK) itu mempunyai ramai ahli yang kebanyakannya pekerja kontrak. Bagi menganggotai kumpulan tersebut, ahli-ahlinya diwajibkan melakukan acara angkat sumpah atau bai’ah.

“Warga Filipina yang mahu menganggotai kumpulan KRK perlu bersumpah atau bai’ah dalam majlis khas sebelum diiktirafkan sebagai ahli. Dalam majlis tersebut, mereka akan menjalani upacara seolah-olah disebat dengan kayu bagi menunjukkan kesetiaan terhadap kumpulan itu,” katanya di sini hari ini.

Setakat ini tiada respon rasmi daripada pihak Polis.


Posted by KuntaKinte Malaysia on March 27th, 2013 :: Filed under Berita
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Kumpulan Haram Filipina Knight of Right Keeper di Sabah?”

  1. bop
    March 27th, 2013

    KRK mempunyai ahli yg besar di sabah.dan mempunyai cawangan di seluruh daerah. KRK kini mempunyai ahli dari kalangan penjawat awam ,profosianal dan anggota keselamatan di negeri ini selain mempunyai keahlian berdaftar di semenanjung malaysia terutamanya di selangor dan di johor..tq

  2. lady j
    March 27th, 2013

    baiah cerai isteri juga ke?

  3. deen
    March 27th, 2013

    Ahli mereka juga adalah dikalangan penyokong kuat UMNO dan BN di sabah.Apakata KMU ajak mereka ni untuk menguatkan lagi kelab saudara==sekadar satu saranan==

  4. Syci
    March 29th, 2013

    Assalamualaikum kepada admin page ini, saya adalah ahli kepada Pertubuhan KNIGHTS OF THE RIGHT KEEPERS (KRK) saya ingin menjelaskan bahawa pertubuhan KRK adalah pertubuhan persaudaraan kedamaian dan bersatu tidak mengira bangsa, agama dan negara.

    KRK di tubuhkan rasmi pada 24 jun 1970 di school of art & trade zamboanga city dan western mindanao states university (wmsu) oleh golongan proffesional. KRK sudah lama wujud di sabah sekitar lewat tahun 70an lagi.

    Kebanyakkan ahli-ahli KRK bukan hanya rakyat filipina tetapi rakyat tempatan di sabah mahu pun semenanjung juga ramai yang menjadi ahli krk. Ahli-ahli krk tergolongan dari kalangan professional, businesment, engineering, lawyer, pejawat awam, anggota keselamatan dan kontrektor yang berada di malaysia. Pertubuhan krk juga berkerjasama dengan pihak berkuasa di setiap cawangan di sabah.

    Pertubuhan KRK bukan sahaja ada di malaysia atau di filipina tetapi meluas di negara-negara lain juga seperti Jepun, Saudi Arabia, Amerika Syarikat, Australia, thailand, hongkong, indonesia, britain dan yang terbaru di kuwait.

    Seperti kenyataan di atas itu,saya ingin menjelaskan bahawa acara angkat sumpah BUKAN bermaksud mengangkat sumpah untuk memberontak atau mengugat keamanan, sedangkan kami mengUTAMAkan keamanan dan keselamatan. Acara mengangkat sumpah adalah untuk ikrar dalam pertubuhan seperti lain-lain pertubuhan yang ada di malaysia ini. Upacara disebat dengan kayu itu adalah upacara dalam FRATERNITY.

    Kami (KRK) mengutamakan silaturahim, keamaman, tidak mengira bangsa agama dan menghormati kedaulatan undang-undang dan sedia berkerjasama.

  5. Muda70
    July 31st, 2013

    Selain daripada persaudaraan yang aman dan bersatupadu untuk tujuan keharmonian dan kesejahteran
    Krk juga berkhidmat untuk menjalankan kerja-kerja amal pada masyarakat…seperti menolong masyarakat atau individu yang memerlukan bantuan bukan sahaja di kalangan ahlinya…ya walaupun pertubuhan ini tidak rasmi dari segi pendaftarannya pada kerajaan tidak bererti ia satu pertubuhan gangsterism….malah hakikatnya ia adalah satu pertubuhan yang melahirkan nilai-nilai murni dari segi ke masyarakatan sebab tu ia mempunyai ahli yang ramai samada dari golongan yang profisional mahupun yang bukan…janganlah kita tersalah tafsiran bila mana di katakan kumpulan atau pertubuhan kita dengan automatik melabelkanya sebagai satu gerakan yang negatif…

  6. astala13
    August 31st, 2013

    Kalau bukan pertubuhan knights of the rights keepers yang menyumbangkan banyak darah ( derma darah ) disetiap hospital diseluruh sabah mahupun semenanjung, kemungkinan besar ramai rakyat sabah dan semenanjung mati. Berfikir sebelum bertindak…jangan main sedap mulut jak. kalau tidak percaya, tanya pengarah disetiap hospital

  7. astala13
    August 31st, 2013

    KUNTAKINTE MALAYSIA. SAMA MAKSUDNYA DENGAN KENTUT KANTUI. FIKIRAN SEORANG STUPID…

  8. miss knights
    March 6th, 2014

    wa,alaikumsalam syci .. hebat keterangan awak tu . saya pun ahli KRK juga . selama dalam fratenity saya tak pernah di ajar untuk memberontak bah kan menjadi ahli kumpulan KRK amat membanggakan saya kerna fratenity kita ada di serata dunia .

Leave a Reply

Type your comment in the box below: