March 8, 2013 · 17 Comments
Oleh Norazlina shaari
Perkembangan terkini di Lahad Datu menyatakan yang pihak pengganas Sulu sudah mula menunjukkan tanda-tanda kekalahan.
Dikhabarkan bahawa mereka telah menyuarakan tuntutan agar gencatan senjata diumumkan. Antara alasannya adalah untuk mengebumikan mereka yang terkorban dan berharap agar permintaan tersebut dipenuhi berdasarkan persefahaman sesama agama.
Sudah tentu sekali permintaan sebegini tidak perlu dilayan apatah lagi dengan alasan sedemikian. Jika semangat persaudaraan dalam Islam yang diambilkira, insiden menceroboh dan membunuh saudara seagama dengan kejam di Lahad Datu, tidak seharusnya berlaku langsung.
Justeru, kita lihat bahawa permintaan pihak pengganas merupakan satu permintaan yang ganjil dan tidak konsisten dengan tindakan mereka yang begitu nekad dan berani mati sebelum ini.
Seluruh dunia tahu bahawa kerajaan Malaysia telah memberi mereka masa yang cukup panjang untuk mereka keluar dari negara ini secara baik. Namun, sikap diplomasi Malaysia telah dibalas dengan kebiadapan dan keganasan. Malah, pihak pengganas juga kelihatan begitu nekad untuk memperbesarkan lagi isu ini dengan menjemput kuasa asing untuk campurtangan dan membantu mereka.
Jelas, pihak Sulu tidak pernah memikirkan akibat dari tindakan mereka sama ada ke atas nyawa rakyat Sabah yang tidak berdosa, mahupun kepada umat Islam dari segi perpaduan dan kekuatan ummah, serta imej agama Islam itu sendiri, yang sudah teruk tercemar dengan sikap umat Islam yang gemar bersengketa sesama sendiri.
Sesungguhnya inilah yang kerajaan Malaysia cuba elakkan apabila memilih cara diplomasi dalam menanangi pencerobohan puak Sulu.
Namun, memandangkan puak Sulu langsung tidak menghormati kebaikan Malaysia, maka kerajaan Malaysia tidak punya alasan yang cukup baik untuk memenuhi permintaan mereka untuk melancarkan gencatan senjata. Pihak pengganas Sulu nampaknya telah tersilap menilai kredibiliti pihak pertahanan dan keselamatan Malaysia melalui sikap diplomasi yang ditunjukkan di peringkat awal.
Pendekatan Malaysia ialah, yang baik dilayan dengan baik, tetapi pengganas yang telah berikrar akan terus menentang kita hingga ke titisan darah terakhir, tidak mungkin diberi peluang untuk mencari ‘masa tambahan’ melalui gencatan senjata.
Oleh itu, pengganas Sulu tiada pilihan, selain dari menyerah diri sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia.
Untuk pengganas Sulu, terimalah hakikat bahawa Sabah bukan negara anda. Rakyat Sabah tidak mungkin ingin diperintah oleh pengganas yang sanggup memperjudikan nyawa mereka. Sultan palsu anda juga tidak layak memerintah, jadi apalah jenis negara yang akan anda dapati di bawah pemerintahannya?
Jika kini anda meminta sedikit masa untuk menyemadikan rakan yang tumpas, maka jika anda melengahkan sedikit masa lagi, anda akan dapati tiada siapa lagi yang tinggal unt
By cranell
Secara peribadi,
Sepatutnya dari awal lagi tiada perbincangan harus di adakan dgn lanun lanun tersebut….
inilah padah akibat pemimpin umno yang rakus berkempen tanpa mempeduli apa yang berlaku pada awalnya ,kita tengok najib asyik makan yee sang di sana sini , menari kuda di pulau pinang langsung tak kisah keadaan di sabah !bila berlaku kematian kepada anggota keselamatan baru terjaga!semuanya terlambat!
Apa kau merepek ni tony? Dah, dah, pegi makan ubat.
lu sakit jiwa tony!
lu sapa mau bising ini tempat..pi..la..mabok….
dont talk nonsense what u dont know..so shut up
org bodoh sudah bersuara..berckap mcm org xda akal n xguna kajian..kaji dulu ber berckap..
Pak Tony,
Kamu nih agaknya udah mereng ya.. udah dirawati ngak. Kalu nggak ayuh bapak ke rumah sakit umum aja. Disana bisa istrihat pak. nyaman dan enggak bangget
tu dia tony gunawan lanun sulu sudah berbicara
yang jemput lanun sulu datang ke sabah pun anwar ibrahim
perisik tentera filipina bagi tau kat manila post nuar janji nak bagi kuasa autonomi pada lanun sulu tu kalau nuar israel menang lah
memang ada persamaan nuar dgn raja kiram tu
cintakan dunia, keganasan dan huru hara
lagi satu tony…. la ni rata2 orang nyokong PKR dah malu… sbb depa kena gelar geng lanun sultan sulun kat rakyat msia, heh heh
kalau ada bukti… tangkap dan dakwa la. Takkan asyik nak fitnah jeee…
u ulang i saman u
hehe…
saman jer..haha..
Bukti video udah jelas pun lagi ditolak oleh pak lebai, kok kaya gitu orang yang kononnya isle
Sekor Sultan sulu, sekor lagi sultan sula
Sebelum penubuhan Malaysia Sabah, Serawak, Brunei dan Singapura masih lagi dibawah jajahan British..Presiden Soekarno menegaskan bahawa keseluruhan pulau Borneo adalah kepunyaan Indonesia yang dikenali sebagai Kalimantan..Soekarno berniat untuk menawan menawan Sabah, Serawak dan Brunei sepertimana negeri China melanggar Tibet..British melihat mereka tidak mampu menentang ABRI (Angkatan Bersenjata Rakyat Indonesia)..mereka cuma ada beberapa kem askar Gurkha diSarawak, Brunei dan Sabah..Kumpulan tentera yang terlatih ketika itu yang mampu menentang ABRI hanyalah Askar Melayu Diraja dari Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya..atas faktor inilah British menubuhkan Suruhanjaya Cobbold sebagai langkah pertama penubuhan Malaysia..Sabah dan Sarawak diseberang Laut China Selatan dari Malaya ketika itu sememangnya tidak ada pertalian darah dan saudara mara diantara kedua wilayah..berbanding Malaya dengan Selatan Thai, Singapura, Sumatera, Jawa, Banjar dan Bugis…Sabah dan Sarawak bersama kita sebagai Malaysia hanyalah kerana British kita itu tidak ada pilihan untuk menyekat Soekarno dari memperluaskan wilayahnya..
Apa kau merepek ni Alyabu?