20
Feb

BN Tak Pernah Tinggal Pengundi Walau Kalah

PR? Bayang Pun Tak Nampak Walaupun Menang…(sambungan tajuk di atas, panjang sangat).

HARI ini hari Rabu, seperti mana biasa, hari beroperasinya Pusat Khidmat Masyarakat BN di kawasan-kawasan DUN dan Parlimen yang kalah dalam pilihanraya yang lepas.

Di negeri tempat penulis duduk ini, memang hari Rabu ditetapkan untuk hari pemimpin bertemu rakyat, termasuk Menteri Besar, ADUN dan Penyelaras DUN/Parlimen yang dilantik di kawasan yang tewas.

Di kawasan penulis menetap, begitu jugalah jadualnya, hari Rabu dan pusat khidmat itu meletakkan beberapa orang petugas bagi membantu rakyat yang ingin meminta bantuan.  Kebetulan hari ini bercuti, ada urusan sikit, dapatlah lihat keadaan sebenarnya yang berlaku di pusat khidmat BN ini.

Sementara, pejabat ADUN pembangkang pula berada di tingkat 2 bangunan berhadapan, taklah berdepan sangat, ada serong-serong sikit, tapi sekadar nak kata, tak jauhlah.

Yang penulis lihat suasananya berbeza.  Pusat khidmat BN ditunggu orang seawal pukul 9 pagi (buka pukul 10) setiap Rabu.  Yang nak minta bantuan kewangan kecil-kecilan, yang nak minta dihantar ke hospital, surat sokongan dan sebagainya.

Macam kes pagi tadi, seorang nyonya tua takdak duit nak ke hospital, dapat RM 300 dan petugas pusat khidmat siap panggil ambulan datang membawanya ke hospital lagi.

Klinik 1Malaysia taklah berapa jauh, tapi nak berjalan kaki ke situ untuk orang tua macam nyonya ini, masalah juga sikit.

Sedangkan pejabat ADUN pembangkang (DAP), kosong dan lengang.  Dahlah tu, letak ditingkat 2, lift pulak tarak, orang muda laratlah panjat, orang tua macam nyonya tu?

Tujuan penulis cerita panjang lebar ini sekadar nak menyatakan bahawa, BN tidak pernah meninggalkan rakyat walaupun tewas di kawasan terbabit.  Pemimpin-pemimpin BN pun tidak henti-henti berkhidmat, tak seperti yang sering ditohmahkan puak kera, hanya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin sahaja yang berkhidmat, lain orang tidur.

Kera pilih nak nampak 2 pemimpin itu, memanglah kera nampak 2 pemimpin itu sahaja.

Hakikatnya, pemimpin BN buat kerja pada setiap masa diperlukan rakyat.  Hari Rabu ini hanya hari bertemu rakyat secara rasmi dan formal, kalau nak minta pertolongan, kecemasan dari masa ke semasa, tak payah tunggu hari Rabu pun.

Sementara ADUN pembangkang, walaupun dia menang, jengok rakyat pun tidak.

Nak bersumpah tak reti, tapi terus teranglah kan, daripada menang (2008), sampai sekarang, penulis tak pernah jumpa ADUN kawasan penulis mengundi.  Walaupun tidak menetap disitu, tapi hari-hari ke situ kerana urusan keluarga.

Ada juga tanya-tanya mak, “ADUN PKR tu ada datang mak?”, mak jawab balik, “rupa dia pun tak kenal”……gelak penulis.

Lebih teruk lagi, kawasan itu walaupun dimenangi PKR, tapi ada pulak penyelaras DUN PKR, orang lain pula.  Biasanya penyelaras ni hanya untuk DUN yang kalah, DUN yang menang pun ada penyelaras juga?  Nampak sangat ADUN berkenaan makan gaji buta dan tidak bekerja.

Jadi kalau ada dakwaan hanya pemimpin tertinggi BN sahaja yang bekerja keras, pemimpin lain tidur, penulis berani potong jari, kenyataan itu tidak benarlah (sekurang-kurangnya dari apa yang penulis nampak di kawasan penulis).

Pemimpin peringkat akar umbi ini menjalankan fungsi di pusat khidmat masing-masing.

Rakyat pun tahu, nak-nak jenis yang ada masalah macam rumah terbakar, kemalangan, kematian dan sebagainya.  Mereka tahu nak tuju siapa untuk minta bantuan, yang nyata bukan ADUN atau Ahli Parlimen pembangkang, walaupun memang itu kerja mereka sebagai wakil rakyat.

Alasan banyak sangatlah, takde peruntukanlah, takde itu, takde ini.  Tapi sebelum dapat dulu, bukan main lagi janji, bersembur-sembur air liur.  Dah dapat?  Haram!!!

Paling menggelikan hati, ada juga dikalangan ADUN pembangkang ini yang rasa dah buat kerja sebab dia dah ‘update’ masalah rakyat berkenaan dalam blog dia!!  Apa masalah boleh selesai dengan update dalam blog?

Jadi dalam pilihanraya umum yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi ni, janganlah diundi calon-calon parti-parti kera, DAP, PAS dan PKR ini.  Menghabiskan beras sahaja.  Yang dia menang pun tak berjalan, yang dia kalah tinggal macam itu sahaja.

Undilah BN.

Ada 52 Comments setakat ini.

  • Anak Lenggong
    February 20th, 2013 at 11:46 PM

    Puak PR kerja nya bukan untuk membantu rakyat, tengok je laa di Selangor manifesto pilihanraya pun dikata bukan satu janji yang harus ditunaikan..dipenang apa telah jadi dengan kg buah pala ..nuar kata sebelum pilihanraya..bila undi PR..dalam seminggu rakyat akan dibela tapi malang nya bukan dibela tapi rakyat dihalau keluar…dulu sebelum pilihanraya guan eng bawa mangkok PKR buat bantahan berkenaan dengan TOL singgit Sg. Pinang tapi setelah memerintah takde pulak kutipan Tol tu dihapuskan sedangkan kuasa penghapusannya diwah kerajaan negeri…Kedah pulak dengan slogan Kedah sejahtera tapi bukan sejahtera uang diberi tetapi yang jadi Kedah diteroka ..disebabkan tak reti nak menjana ekonomi negeri, habis hutan ditarah.

    BN kerjanya memenuhi janji dan bagi kesejahteraan kepada rakyat tetapi kerajaan PR pula asyik dok buat ceramahfitnah disamping mengutip duit derma daripada rakyat untuk mengenyangkan perut pemimpin..janji punya la hebat sama saperti dikelantan..janji nak buat stadium, jalanraya malah keretapi layu tapi yang jadi mangsanya adalah rakyat yang diminta bagi sumbangan ..sumbangan berjuta tak pernah diaudit dan dinyatakan jumlah kutipanya tetapi janji hanya tinggal janji..jambatan yang dijanjikan cuma tinggal batu pangcang sewaktu buat majlis pecah tanah tapi sekarang ni penanda tersebut cuma dibuat batu tambatan lembu je.Yanah rakyat dirampas kononya nak dibuat ladang rakyat tetapi hakikat nya para pemimpin menggunakan projek tersebut untuk membuat harta dengan menjual tanah tersebut kepada bangsa cina,,rakyat setempat bukansahaja dinafika hak tapi dihalau saperti anjing.

    Didalam ceramah takyat dikelentong dengan janji perlaksanaan hukum hudud tapi..cakap hanya dibibir sahaja..perlaksaannya tiada malah ditubuhkan satu jawatan kuasa untuk membuat kajian tetapi dah bertahun AJK ditubuhkan, mesyuarat cuma sekali sahaja itupun untuk melantik AJK..Kelantan konon nya digelar negari serambi mekah tapi sayangnya kelantan jugalah yang merupakan juara bagi kes penagihan dadah baru dan juara bagi kes HIV…inilah yang terjadi bila pemerintah saorang yang sombong bodoh..tak reti tapi berlagak pandai..a[a yang puak PR tau adalah menyalahkan orang lain sahaja sedangkan kesalahan sendoro tak pernah nak dikaji..pada mereka ..mereka sahaja lah yang betul..

  • baba
    February 20th, 2013 at 11:58 PM

    yg suka tinggal pengundi ialah pakatan, dekat pru atau prn datanglah dia buat2 sibuk

  • alfie
    February 21st, 2013 at 1:00 AM

    Tajuk macam ni bagus. Kalau macam ni orang tak payah undi BN balik dalam PRU13 kalau pilihanraya lepas mereka telah undi PR sebab BN akan terus bagi hikmat dan bantuan walau pun mereka kalah. bagus lah!!!

  • randomsee
    February 21st, 2013 at 1:51 AM

    aku baru jek tgk adun PAs kawasan aku terhegeh-hegeh kunjung mengunjung walaupun 4 tahun muka pun tak nampak melainkan di majlis kahwin dan ceramah..

  • pasdaplaknat
    February 21st, 2013 at 4:12 AM

    Mohon maaf offtopic..

    tapi mohon hayati video ini.. terutama buat pencacai PAS! Semoga Allah SWT buka hati kamu semua pd kebenaran!

  • siraplengkong
    February 21st, 2013 at 6:29 AM

    - pemikiran yg macam ni lah salah
    - sekarang ni (lepas pru12) sib baik BN masih lagi kerajaan dipusat, jadi bagi negeri yg bukan diperintah BN, kerajaan pusat masih ada kuasa dan upaya untuk memberikan bantuan
    - sama gak ngan DUN, mana negeri yg BN pegang walaupun kerusi DUN tertentu milik pembangkang, BN masih ada kuasa menawarkan khidmat
    - cuba kalau BN tiada kuasa langsung, maka nak harapkan khidmat wakil2 rakyat PKR-DAP-PAS jangan harap, masa tu BN nak tolong pun tak boleh, BN tiada kuasa, siapa yg merana nanti, rakyat jugak
    - sedarlah yg menjalankan khidmat masyarakat selama ini ialah BN
    - maka undilah BN

  • alfie
    February 21st, 2013 at 7:36 AM

    Bro Sirap,Bukan kah keadaan sekarang IDEAL kerana dahulu punya susah kita nak tengok muka MP atau Menteri.Sekarang duit di tabur selalu kalau tidak menteri2 ni duk sapu untuk mereka sahaja. Maintain status quo.

  • malu
    February 21st, 2013 at 8:23 AM

    yang buruk semuanya BN, yang baik semuanya PR tapi kau tak tau mereka-mereka ini lah petualang dan pengkhianat bangsa

  • Topup
    February 21st, 2013 at 8:47 AM

    Yg ni pengalaman aku di Kawan Alor setaq la …. Pak mertua aku buat kenduri , dulu dia JKKK kampung la ni dah “pencen” dah tua tak larat katanya. Pendek cerita …dia pun jemput la Ahmad bashah yg memng dun kawasan bakar bata . Terkejut juga aku bila ada org mai hantaq beras 50 kg dan 20kg gula , sejaras bawang merah, b besaq dan kecik . Aku tanya ni sapa punya sebab yg mai hantar tu pakai Hilux ada cap BN kat pintu . si penghantar tu kata YB bagi , rupanya dah lama YB buat cam tu , bagi kad undangan kat dia dia akan huluq bantuan . Dah bagi ambiklah takkan tolak . Tapi BN dah perihatin dengan rakyat . Jadi takkan nok pangkoh pas pulok ? kalau YB pas bagi 1 tan beras pun aku pangkoh BN ! hahaha

  • Topup
    February 21st, 2013 at 8:57 AM

    itu la pro dan con bila oposition kuat , tapi pembangkang di malaysia ni buruk perangai , Jadi satu pengalaman dan pengajaran kepada kerajaan BN untuk lebih mendengar rakyat marhain di bawah . Lepas PRU13 ni aku berharap apa yang berlaku sekarang menjadi amalan dan pegangan BN khususnya UMNO . Jika lepas pru13 BN dapat balik 2/3 jangan buat macam dulu lagi , zaman dah berubah , maklumat dihujung jari , dulu pakatan menang sebab rata2 maklumat siber dikuasai mereka ..nampaknya senjata yang sama sudah makan tuan balik . Jika amalan berintegriti dan telus dijadikan pegangan dan amalan , maka aku yakin BN akan membuat “cyle” untuk 50 tahun lagi dengan cara dah wajah baru . Undi BN

  • Moohyideeeeen
    February 21st, 2013 at 9:09 AM

    High speed Train M’sia -Singapore dapat kat Francis Yeoh (estimate RM13 bil), Jual tanha kat Singapore di danga bay 23 Hectar RM800 mill, untuk Temasek majukan dgn anggaran nilai pembangunan RM8 bil.

    Umno selalu canang kalau PR menang, Melayu akan habis..??? camner tu??

  • Moohyideeeeen
    February 21st, 2013 at 9:11 AM

    Mak Sedara aku buat kenduri kat kaw dia (org umno), 2 minggu lepas tak dapat pun???

  • Moohyideeeeen
    February 21st, 2013 at 9:12 AM

    Hang pi ke majlis UMNO dan Konsert Psy, mana dia nak ada situ…

  • P164
    February 21st, 2013 at 10:06 AM

    Satu lagi propa Pakatan……….

  • zarman
    February 21st, 2013 at 10:09 AM

    bukan canang kosong mooooo, memang melayu akan habis merempat… itu akan menjadi kenyataan.

  • Anak Lenggong
    February 21st, 2013 at 12:18 PM

    Moohyideeeeen says:

    Mak Sedara aku buat kenduri kat kaw dia (org umno), 2 minggu lepas tak dapat pun???

    9:11 AM on February 21, 2013

    Mana dia nak bagi moon lembu oii..sebab tak dijemput pun kan keluarga ko totok PAS..mana nak joint orang BN lagipun yang kawin tu bukan ke atuk ko..

  • alfie
    February 21st, 2013 at 12:22 PM

    Setuju Bro Topup,jika Najib kemuka banyak muka muka baru dalam BN kali ni kita bagi FULL SUPPORT. Last election rakyat dah tunjuk mereka dah tak suka calon2 yang berpangkat atau Datuk2 ,mereka lebih rela undi a nobody. Calun2 macam Komala MIC yang jenis iklas suka berhikmat patut diberi peluang dalam BN/UMNO.

  • Anak Lenggong
    February 21st, 2013 at 12:30 PM

    Meh kita tengok situa nyanyok cakap pe..

    Penerima bantuan BR1M umpama ‘haiwan’

    KOTA BHARU 20 Feb. – Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

    Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

    Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

    “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

    Sedar tak situa ni bahawa diKelantan kebanyakan peneimanya merupakan penyoko beliau dan parti PAS adakah mereka ini juga umpama saekor haiwan. sewaktu pemberian BR1M tahun lepas diPerak pula puak lobai PAS meminta penerima membuat derma kepada PAS..dan adakah nike ajis ni sedar didalam pilihanraya kecil Dun Galas dulu dia sendiri yang mengagihkan wang kpd pengundi2 orang asli?!

    SO KALAU CAMTU DIA LAH BAPAK SEGALA HAIWAN…Kesian Bujuk, moon lembu dan mm..rupanya kalian ni umpama haiwan je dimata nike ajis..

  • raplahjingaa
    February 21st, 2013 at 12:59 PM

    Kalau nak jumpa dia hang kena pi dangdut…labai PAS psy depa tak minat sangat.

  • Topup
    February 21st, 2013 at 1:04 PM

    tak jemput bashah mana dia tau …lagi satu kalau hang gantung bendera pas depan pagar payah la depa nak bagi , dah tau fanatik pas sembunyi2 la sikit

  • Topup
    February 21st, 2013 at 1:06 PM

    hebat la moo buleh tau sapa dapat kontrak…dasar babi pakatan , cam tu lah bukannya nak open tender , umum projek hari ini …esok dah award kontrak …cilaka punya pakatan , telus ke cam ni ? pthuuiii

  • Topup
    February 21st, 2013 at 1:14 PM

    nik ajis sememangnya tak layak jadi pemimpin , keluarkan kenyataan yg menghina orang , ada satu frasa dia kata …kalau cara isle ,nak panggil buat ceramah ilmu . Apa ceramah nik aziz berilmu ker , banyak fitnah ader la . Tak per lah kalau dia nak gelarkan macam “haiwan” bagi penerima bri1m tapi bagi aku cara nik ajis dan totok pas umpan pengundi diibaratkan seperti memanggil syaitan atau menganggap manusia yg datang ke ceramah pas adalah wakil2 syaitan kerana syaitan dan iblis sangat menggemari akan perbuatan memfitnah orang , jual kalimah Allah , bagi kapir harbi baca ayat Quran !

  • raplahjingaa
    February 21st, 2013 at 2:56 PM

    Mak saudara hang orang UMNO ke orang MIC ??

  • DataCode
    February 21st, 2013 at 6:51 PM

    Pengalaman dari cerita video tu,arwah bapak aku dikafirkanmdan sebelihan ahaiwan halal juga tidak dimakan malah tidak dibeli oleh orang Pas jika tahu daging lembu yang dijual adalah hasil sembelihannya.ini benar-benar berlaku dalam keluarga aku,dan aku masih belum maaaf pembuat amanat syaitan itu.

  • Topup
    February 21st, 2013 at 7:26 PM

    payah dia nak jawap bro

  • MenantuOrgFelda
    February 21st, 2013 at 8:58 PM

    BN sungguh bertanggungjawan, maka itu lupakanlah kisah lama, kembalikan kuasa kepada BN (mana yang kalah) dan kekalkan kemenangan BN sedia ada

  • PASpartyNGOK
    February 21st, 2013 at 9:32 PM

    Nik Ajis hari ini cakap penerima BR1M serupa haiwan. Dia umpamakan kalau orang org ingin menangkap ayam, ditabur makanan supaya ayam datang dekat, lalu ditangkap. Demikian jugak lembu, diumpan rumput, bila datang hampit lalu ditangkap.

    Begitu lah sentiasa lidah seorang yg menggelar diri nya ulamak . Ulamak ini memandang rendah semua manusia, semua perkara atas segala hal. Jadi yg menyerahkan tanah rakyat 4000H pada sekutunya boleh lah kita panggil bapak iblis. BO LA WEEII

  • EVLee
    February 21st, 2013 at 9:51 PM

    Terima kasih Boss PdP…. mula2 tak nak tengok, lepas tu pasang audio aje – dengar sambil buat kerja lain. Kemudian tu(setelah @7minit lebih berlalu) terus melekat dan tengok sampai habis. Ada bab2 yg meremang bulu roma… Tkasih sekali lagi. Akan saya sematkan untuk pengajaran diri dan sesiapa dikeliling saya. Wassallam.

  • syaa
    February 21st, 2013 at 11:28 PM

    dia nik ajis org kaya..apa dia heran dgn rm500 tu.tapi ingt la,bagi org miskin rm500 tu banyak tu.dia org kaya jgn nak sombong bongkak.inilah ulamak pas,suka menghina org miskin,bukannya nak bantu.tapi dhinanya.inikah ajaran islam sebenar?tanya pada pas apa yg dia bantu org miskin??

  • pasdaplaknat
    February 21st, 2013 at 11:50 PM

    Sama2 EVLee. Saya mula2 pun tk minat dgn tajuk awal. Tapi isi dialog ni cukup hebat dan kemas.

    UPU PAS Taman Equine adalah tempat PAS paling TOTOK HIJAU kerat jari pun keluar kaler hijau tamsilannya, betapa taksubnya kwsn ini dulu pd PAS.

    Tp dgn izin Allah mereka tiba2 diubah oleh Allah SWT, mereka mahukan perpaduan ummah.

    Insya Allah Islam akan disempurnakan di Malaysia dgn cara perpaduan, fungsi Mahkamah Syariah akan di jadikan tapak utk sistem perundangan Islam yg sempurna jika BN UMNO diberikan mandat oleh umat Islam.

    Insya Allah.

  • pasdaplaknat
    February 21st, 2013 at 11:51 PM

    *UPU PAS Taman Equine adalah tempat PAS paling TOTOK HIJAU..di kwsan Serdang.. umumnya di Selangor.

  • pasdaplaknat
    February 21st, 2013 at 11:53 PM

    video UFB di atas amat penting sbg wadah utk sedarkan pentaksub PAS dan org Islam amnya supaya baliklah pd perpaduan Islam.

    Bg yg belum hayati, amiklah masa sekejap Insya Allah sgt berguna utk kita semua. Sbg bahan dakwah dn juga kempen perpaduan menjelang PRU13.

    PENTING SGT.

  • pasdaplaknat
    February 22nd, 2013 at 12:07 AM

    Tktau nk ckp apa lg bila si tua kutuk itu semakin2 menjadi2 meroyannya.. balik dr Mekah tp bawak balik perangai Jahiliyyah..

  • EVLee
    February 22nd, 2013 at 12:44 AM

    Entahlah…kenapa jadi sampai begitu sekali. Satu pesanan yg masih saya ingati… kiranya cara dan jalan kehidupan kita melangkaui sesuatu had(melampau), dikhuatiri ALLAH menutup pintu hati kita. Ketika itu, kita tidak akan diketemukan dengan jalan pulang. Diharapkan kita(serta keturunan kita) dihindarkan perkara sedemikian. Nau’uzubillah.

  • pasdaplaknat
    February 22nd, 2013 at 12:47 AM

    Haha percayalah dgn si Lembu ni kencing. Project baru atas kertas belum impliment lg, lembu ni dh tlg AWARD kn. siap bg nilai lg hahah.. lembu2..

  • EVLee
    February 22nd, 2013 at 12:59 AM

    Tengok cara dan pengakuan Ustaz Riza(satu lagi video dari Abu Aqif) tu, memanglah dia ni totok Pas. Bila dilihat pula pada Mohd Khairi tu… rasa kesian pulak. Tapi satu pengajaran buat semua… jalinan hubungan diantara ketua dan para ahli akar umbi mestilah utuh, bersefahaman dan saling hormat-menghormati. Jangan main kuis-kuis aje… parah jadinya.

  • pasdaplaknat
    February 22nd, 2013 at 1:03 AM

    Soheh2!!..Allah akan hijab hati org org itu dr boleh nmpk yg betul, Nauzubillah!

  • EVLee
    February 22nd, 2013 at 1:25 AM

    Suatu masa dulu, penyaluran berita begitu terhad. Orangramai boleh menganggap perkara sedemikian sebagai ‘propa’ atau kes terpencil sahaja. Tapi sekarang ni…. kita boleh ikuti berita dan kejadian dari berbagai sumber. Dedahan demi pemdedahan…. dan peristiwa seperti yg Boss DC sebutkan boleh dikategorikan sebagai ‘suatu kejadian yg meluas’ berlakunya dikalangan penduduk Islam di Malaysia. MasyaALLAH…. semoga ALLAH ampunkan mereka yg tersilap langkah(di atas kejahilan mereka), semoga ALLAH menghukum golongan yg menyesatkan mereka tu.

  • EVLee
    February 22nd, 2013 at 1:40 AM

    Bukan sekadar memperolehi kuasa dan kemenangan… semoga BN dan Umno juga melalui suatu proses evolusi yg menjadikannya lebih mantap dan berwibawa dalam pemerintahannya supaya dapat memertabatkan Islam dan bangsa Melayu khususnya, dan kesejahteraan negara serta seluruh rakyat Malaysia secara amnya.

  • DataCode
    February 22nd, 2013 at 4:49 PM

    Bersetuju sangat dengan ertikel ini.Pengalaman saya berada di salah satu pejabat ketua umno bahagian dalam selangor sejak 2007 hingga sekarang.

    Ceritanya,saya seringkali panas cuping telinga kerana umno dihentam dalam setiap sudut.tapi demi kerahsiaan perebibadi agar penyokong-penyokong PR tidak mengenali siapa saya,saya memilih jalan bersabar.

    Allah maha kaya,pada satu masa,orang-orang yang menghentam umno khasnya PM kita sekarang,datang kepejabat umno bahagaian di tempat saya melepak,dia datang meminta bantuan untuk 4 orang anaknya yang sedang belajar.

    Apabila melihat saya berada disitu,saya melihat orang tersebut serba salah dan nampak sangat kegelabahannya serta tikah laku malunya.

    Namun saya tetap melayannya sebagaimana orang-orang umno yang saya kenali,Alhamdulillah ketua bahagian saya lulus RM 1000 secara tunai untuk anaknya meneruskan pelajaran.

    Setelah beberapa hari selepas itu,saya mendapat maklumat,bahawa ibunya adalah ketua muslimat PAS dalam cawangan.

    Alhamdulillah,orang yang saya maksudkan itu,mula menghadiri ceramah-ceramah umno.apabila dia berjumpa dengan saya,Katanya;Selama ini dia salah menerima maklumat.

    Baru sebentar tadi,dia tersempak dengan saya dan memaklumkan sokongannya kepada umno terutamanya kepada perjuangan yang di bawa oleh PM.ini kisah benar-benar berlaku.

  • bujuk
    February 22nd, 2013 at 6:58 PM

    Apakata baca tulisan mantan mufti Perlis… Dr.MAZA dalam sinar, moga2 ada pencerahan.

  • bujuk
    February 22nd, 2013 at 7:07 PM

    Apakah k’jaan hari ni bagi kelapa/padi pada rakyat atau hampas/jerami sahaja? K.ijat dapat rm250juta, k.ros tak yah cerita… menteri2 umno dapat berapa banyak pulak. PSY pun dapat rm2juta untuk pertunjukan 8 minit. Tapi rakyat miskin hanya dapat rm500, itu pun sebab nak pancing undi. Kalau bn kuat macam dulu2… takat gula/kopi dan pelikat je lah 5 tahun sekali.
    Walaupun peruntukan tersebut dari wng k’jaan, tapi hanya pemimpin BN(calon PRU) saja yg. bagi peruntukan siap dengan sampul angpau gambar calon bn. Apakah macai2 bn sekelian boleh terima exco dan yb PR salur bantuan k’jaan negeri dengan cara umno/bn ini?

  • bujuk
    February 22nd, 2013 at 7:12 PM

    memang la… tapi kalau takat macai biasa takda jawatan, YB pun tak kenal jangan harap la. D kg. aku pun ada, jantan kawin kali ke-2 dapat ribu2 jugak untuk majlis kawin.. sebab dia rapat dengan YB. Tapi yg. takat kenal d kedai kopi malam sikit.

  • bujuk
    February 22nd, 2013 at 7:18 PM

    Dr.Maza perli…. kalau debat tipu2 tak perlulah nak jadi hero. Debat amendanya kalau program memang bertujuan untuk serah borang jadi ahli umno? siap ada bena, ada wartawan. Orang PAS tak bicara seperti reza tu… lagipun apa taraf, ulamak berdebat orang biasa. Ada berani… debat dengan Dr.Maza/ Nasharudin la.

  • raplahjingaa
    February 22nd, 2013 at 8:28 PM

    ulamak ?? ulamak kasut terompah ?? ulama yang tak tahu apa pun pasal Islam ??…seperti pengakuan anwar pasal ulama PAS pada pengundi Sabah.

    udah-udah la tu bujuk…

  • raplahjingaa
    February 22nd, 2013 at 8:30 PM

    Kerajaan pun tak kenal hang bujuk…tapi dari darjah 1 sampai hang tamat dengan sijil persekolahan darjah 6, kerajaan bagi hang mengaji kat sekolah kerajaan.

    ada kerajaan kenal hang ?? tak dak pun !

  • raplahjingaa
    February 22nd, 2013 at 8:33 PM

    Cai Pakatan haram bagi bantuan dengan jual tanah…depa bantu cina DAP ! ladang rakyaat, lembah sireh…tu semua bantuan kerajaan PAS.

    Rakyaat kelantan..jangan risau BN tetap membantu.

  • Hamba Ar Rahman
    February 22nd, 2013 at 9:19 PM

    Standardlah orang kalau tak kenal datang minta sedekah masa kita tengah makan kat restoran…kita hulur setakat ada dan ikhlas aja…tak penah lagi aku nampak org hulur kat kedai kopi sampai beribu2…YB ker tak YB ker…bila kita kenal kita akan beri lebih….lagipun hukum bersedekah seafdhalnya diberi kepada diri sendiri dulu…lepas tu ahli keluarga…then jiran/sedara mara…itu merangkap orang kita kenal ler…kalau kita dahulukan yg tak kenal dari yg kita kenal ada wayar putus lah kat kepala gamaknya….

  • syaa
    February 23rd, 2013 at 12:07 AM

    insyaallah,ibu ibu tunggal,golongan miskin,golongan oku, para muallaf dan mereka yg mdapat bmcm mcm jenis bantuan dari kerajaan akan terus mengundi kerajaan barisan nasional.kerana kerajaan yg banyak membantu dan menunaikan janjinya selayaknya untuk disokong.hidup bn.

  • bujuk
    February 24th, 2013 at 11:03 PM

    Beza dengan PAS, buat baik pada manusia tapi harapkan ganjaran/balasan dari Allah.

  • bujuk
    February 24th, 2013 at 11:09 PM

    Aku cerita pasal YB, bukan k’jaan. Apa d k’tan 2/3 tempoh kemerdekaan d perintah PAS. Ada ke PAS dabik dada semua mereka p belajar sek.agama rakyat tu hasil usaha PAS? PAS hanya kata hasil PAS ialah PASTI kerana hak milik parti. Hasil k’jaan negeri kita tak HAKMILIKKAN sebagai hak parti. PAS tak pernah pulak kutuk/hina ustaz2 lepasan SAR yg. bersama UMNO sebagai tak kenang budi tak berterima kasih dan sebagainya.
    Cuma PAS ingatkan mereka supaya mencari keredhaan ALLAH lebih dari redha makhluk.

  • bujuk
    February 24th, 2013 at 11:12 PM

    Jadi hang terimalah… topap punya cerita tu, kes kamcing dengan A.Bashah dan bukan sifat semulajadi dia akan bantu macam tu pada semua ahli parti/ pengundi dia kan.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.