20
Feb

Tuanku Sudah Perkenan, Khalid Saja Yang Tak Berani Bubar DUN Selangor?

Kecoh diperkatakan di kalangan para penganalisis politik “kedai kopi” tentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” yang dikatakan akan membubarkan DUN negeri itu dalam masa yang terdekat.

Dalam kenyataan terbaru Khalid kepada media, menjelaskan pagi tadi bahawa dia telah mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi memohon perkenan Baginda untuk membubarkan DUN Selangor.

Bagaimanapun di dalam sidang media itu, Khalid masih lagi “tergagap-gagap” dan enggan mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN Selangor. Dia hanya memberitahu bahawa DYMM Sultan Selangor bersetuju dengan permohonannya itu.

Selain itu, Khalid menjelaskan bahawa Sultan Sharaffuddin Idris Shah menitahkan dia agar melaksanakan pembubaran DUN secara tertib dan teratur…

Perkembangan itu didapati telah memperkuatkan lagi tentang desas-desus tentang tarikh pembubaran DUN Selangor di kalangan “ahli-ahli mesyuarat tingkap” yang gemar berbicara tentang politik semasa.

Menurut tinjauan saya, rata-rata yang ditemui tidak yakin bahawa Khalid berani untuk membubarkan DUN Selangor dalam masa terdekat atau lebih awal dari tarikh pembubaran Parlimen.

Kata mereka, Khalid sebenarnya suka buat “gimik syok sendiri” dan sumber dalaman memberitahu bahawa Pakatan Haram Selangor masih lagi belum selesai bergaduh tentang pembahagian kerusi DUN di kalangan mereka.

Dikatakan PKR Selangor mahukan lebih banyak kerusi DUN diberikan pada mereka ekoran niat yang mahu mengekalkan Menteri Besar dari kalangan pemimpin parti itu.

DAP juga mendesak agar diberikan kerusi DUN lebih banyak berbanding dulu memandangkan usaha mereka yang banyak membawa pengundi “hantu baru” di negeri itu di dalam tempoh 5 tahun.

Bagaimanapun, PAS dikatakan paling tertekan apabila parti itu tidak mempunyai alasan untuk meminta kuota kerusi DUN lebih banyak atau mengekalkan kerusi sedia ada memandangkan prestasi mereka yang sering bertentangan dengan dasar PKR dan DAP.

PAS masih lagi dihantui isu penggunaan kalimah “Allah” di mana isu tersebut menjadi alasan paling ampuh bagi PKR dan DAP untuk menafikan hak PAS untuk mendapatkan kerusi lebih banyak sekiranya DUN Selangor dibubarkan.

Malah dikatakan bahawa PKR dan DAP semakin sangsi dengan “ketaatan” PAS pada “ketuanan” PKR dan DAP apabila parti itu berani membuat pusingan 360 darjah berhubung isu tersebut yang bertentangan dengan kehendak “kedua ekor syaitan” itu.

Apatah lagi dengan kenyataan Presiden PAS, Hadi Awang baru-baru ini yang menyatakan bahawa PAS tidak teragak-agak untuk keluar dari Pakatan Haram sekiranya dasar gabungan parti pembangkang itu merugikan Islam.

Disebabkan pergolakan itulah maka dikatakan bahawa Khalid masih lagi teragak-agak untuk membubarkan DUN lebih awal dan dia didakwa serba-salah untuk mengotakan kata-katanya yang kononnya mahu membubarkan DUN selepas hari Chap Goh Meh.

Ditambah lagi dengan pergeseran Khalid dengan “anak ikan Anwar”, Rafizi Ramli berkenaan manifesto Pakatan Haram Selangor, dia dilihat semakin “takut” untuk kehilangan kerusi Menteri Besar pada “team” Azmin Ali.

Namun saya percaya, BN Selangor sudah menyiapkan segala persiapan untuk menanti tarikh pembubaran DUN di negeri termaju itu. Sebut saja bila tarikhnya, BN Selangor akan gempur habis-habisan dan kembali menawan negeri itu, insyaAllah. Lawan tetap lawan!

Ada 26 Comments setakat ini.

  • tony gunawan
    February 20th, 2013 at 10:44 PM

    sabarlah,kalau kata tak berani najib lagi pengecut sampai sekarang pun tak berani bubar parlimen,nak tunggu sampai bila,nak betul-betul sampai 5 tahun bubar secara automatik? takut kalah!

  • Topup
    February 20th, 2013 at 10:51 PM

    sabo la bro, walaupun najib umum last minit pun sebenarnya najib jadi pm tak cukup 1 penggal pun , apa korang gabra sangat . aku rasa lepas pru 13 najib sekali lagi jadi pm , pr akan terus jadi sampah sarap

  • raplahjingaa
    February 20th, 2013 at 10:51 PM

    Elok la tu…lagi najib lewat kan PRU…lagi banyak kebobrokan pembangkang terserlah….terbaru anwar kata nik ajis dan boroi tak tau apa pasal Islam…hehe

    cai PAS ? senyap ruyup…malu pun ada, sedih pun ada, sakit pun ada !!

  • Anak Lenggong
    February 20th, 2013 at 11:25 PM

    Najib buat begitu supaya pihak PR dok tertanya-tanya bila PRU13 akan dilangsungkan ..Tony bodoh oii..ini adalah permainan strategi..ko budak indon apa tau..balik indon laa

    Lagi lama dan ersembunyi Najib buat makij gelabah pihak PR dan pabila dah gelabah berbuat sesuatu perkara pun didalam keadaan tergesa-gesa dan kelam kabut..bila keadaan begini terjadi makin terserlah kelemahan, penipuan dan fitnah daripada pihak PR so rakyat sendiri dapat menilainya.

    Apa nak hairan 4 negeri dah ada dalam tangan..so bila2 masa pun boleh minta perkenan daripada sultan untuk membubarkan dun..so buat la..tak perlu nak tunggu Najib umumkan.

  • baba
    February 20th, 2013 at 11:59 PM

    drama lagi dr khalid gagap. dia patut bubar dun besok dah sultan perkenan dah.tunggu apa lagi. semalam kata lain hari ni kata lain….mcm bos dia , lidah belit

  • gambus
    February 21st, 2013 at 1:23 AM

    ni bangang ke apa !!! tuduh orang pengecut dan fitnah macam-macam TAPI sebenarnya diri sendiri yang pengecut kakakaka

  • randomsee
    February 21st, 2013 at 1:43 AM

    bak orang LGBT kata “Di mana tumpahnya air mani kalau tidak ke lubang dubur”

    anwar dan si gagap ni boleh berubah dalam sekelip mata…..itu boleh wartawan percaya..kah kah kah kah

  • gambus
    February 21st, 2013 at 1:53 AM

    aku gerenti bujuk akan jilat balik segala air ludah dia sebelum ini hahahaha

  • Keluar Umno
    February 21st, 2013 at 2:11 AM

    Betul-betul-betul
    Utusan Meracun Fikiran Rakyat kena saman lagi. Tapi knp tak masuk tv3 suku???

  • omega
    February 21st, 2013 at 2:28 AM

    Kalau najib buat cepat pun nanti kau kata najib takut lebih banyak isu keluar, buat lambat kau kata najib takut kalah. Lambat atau cepat bukan isunya.

    Isunya kenapa amah satu negara ngan kau suka dera budak… bungol banar

  • Mohd Taib Kamin
    February 21st, 2013 at 9:26 AM

    Sebagai rakyat Selangor yang tidak pernah menyokong pakatan rakyat, saya secara peribadi mengalu2kan jika DUN Selangor dibubarkan kerana saya dan majoriti rakyat Selangor tidak sabar untuk ‘menerajang’ Pakatan Penipu Rakyat.

    Saya yakin majoriti rakyat Selangor sudah terlalu muak, jelak, mual dan jijik dengan apa yang dilakukan oleh PR Selangor khasnya. Saya melihat dan menjangkakan bahawa PR dan PKR Selangor khasnya akan mengalami bukan sekadar tsumani tetapi letusan gunung berapi paling dahsyat yang bakal menguburkan Pakatan Penipu Rakyat ini. Keputusan awal DUN Selangaor akan menjadi pemangkin bukan sahaja kepada rakyat Selangor untuk menghadapi PRU13 Parlimen tetapi diseluruh negara akan memberi BN kemengan selesa. Insya-Allah. Wallahualam.

  • anakbochek
    February 21st, 2013 at 10:57 AM

    Orang PAS cakap Anwar dah perjelaskan isu tersebut dan diorang kata blogger UMNO tidka menunjukkan keseluruhan ucapan Anwar. Biasala kan orang PAS ni, apa si Nuar cakap semua diorang telan bulat2.

  • Senawi marwan
    February 21st, 2013 at 11:01 AM

    Terus terang saya katakan….saya adalah pengundi pagar…saya pangkah PKR kat kawasan saya tahun 2008 kerana inginkan pembaharuan.Tetapi rupanya banyak masalah yang muncul malah pentadbiran majlis bandaran ditempat saya lagi menjijikan.Maaf PR….kali ini saya akan pangkah Barisan Nasional kerana betul pepatah orang……banyak bercakap kerja tak seberapa.

  • bangKano
    February 21st, 2013 at 10:37 PM

    Weiiiii…tony hang lebih baik pi mengawan ngan bini hang tu dia dalam kesejukan la ni dah lama gersang tu.

    Salah ka Najib cukup kan tempoh genap 5 tahun hah…? Dia nak bukti kan pada rakyat semua prestasi yang dah di tunjuk kan selama ni. Hang pa jangan dok jeles naaa…!!!

  • abe
    February 21st, 2013 at 11:00 PM

    Kalau khalid gagap tu ada telur silalah bubarkan dun selangor tu.Kita buat pilihanraya dulu tengok siapa menang.Kata pr mendapat sokongan kuat kerana pentadbiran cekap di selangor.Sahutlah cabaran bubar dun ni.Ada berani ke?

  • haprak (HAncur Pakatan RAKyat)
    February 22nd, 2013 at 2:04 AM

    saya sokong dan saya akan mengundi BN di selangor

  • haprak (HAncur Pakatan RAKyat)
    February 22nd, 2013 at 2:13 AM

    mane2 parti pun tak nak kalah, tapi BN nak menang sbb nak lepaskan rakyat drpd tali jerut Pakatan Penipu Rakyat, PR nak menang sbb termakan pembohongan al-juburi kononnya masing2 dpt jd PM

  • malu
    February 22nd, 2013 at 8:19 AM

    hai keluar umno, merajuk ke tak dapat projek atau tak jadi ketua bahagian.. biasanya bila dah keluar macam-macam citer ia

  • Hamba Ar Rahman
    February 22nd, 2013 at 3:57 PM

    Dan jangan lupa ajak kengkawan hang yg sama2 lepak kedai kopi dan kengkawan opis yg dulu macam hang terpangkah PR untuk pangkah BN…kali ni…baru betul2 ada perubahan….

  • bujuk
    February 22nd, 2013 at 8:29 PM

    Aaaa… Najib belum dapat MANDAT, mandat yg. ada sekarang milik PAKLAH.

  • raplahjingaa
    February 22nd, 2013 at 8:35 PM

    Pulak..hehe

  • raplahjingaa
    February 22nd, 2013 at 8:38 PM

    Tu la hang…pasal hang pangkah PR lah orang selangor, kena tunggu lori tangki air tiap-tiap pagi macam kat bangladesh.

    Orang kelantan untung sikit…buka paip air, keluar teh tarik tak ada gula.

  • DataCode
    February 22nd, 2013 at 9:31 PM

    Sebahagian pengundi atas pagar berpendapat,Khalid Ibrahim akan ikut kerajaan persekutuan mengenai tarikh PRU-13.Antara pendangan pengundi atas pagar.

    Kerajaan Selangor akan menghadapi jentera tempur dari BN dari seluruh negara jika Kerajaan Selangor bubar DUN sebelum atau selepas tarikh pengumuman dari kerajaan persekutuan.

    Dengan angka jentera BN yang ramai dan kemudahan yang lengkap.tak mungkin Khalid Ibrahim akan buat kerja bodoh.Lagipun pimpinan dalam Pakatan Rakyat sendiri tahu, mereka kuat kerana BN lemah.kini BN bukan lagi seperti awal 2008 dan terbukti kekuatan BN telah pulih boleh dilihat dalam siri Pilihanraya Kecil.

    Kalau nak tahu kuat atau tidak..sila adakan pilihanraya negeri bulan ini..atau selepas kerajaan persekutuan adakan PRU.Rasanya lagi tergagaplah sampai goyang kereta.

  • WakKang
    February 24th, 2013 at 10:10 PM

    Najib tak kata Dia nak bubar parlimen pun. Dia cuma kata nanti dulu, akan tiba masanya dia bubarkan la.
    Khalid gagap lain, dia yg kata nak bubar DUN selepas tahun baru cina. Sultan dah setuju….kenapa tak bubar lagi???? …tttttttakut le tu!!!!

  • WakKang
    February 24th, 2013 at 10:11 PM

    …ngigau ke ape bujuk ni.
    Dongeng manalah yg dah merasuk otak dia ni, bercelaru dah!!!

  • orang alim
    February 25th, 2013 at 12:43 PM

    selaku umat islam kesyukuran di atas petunjuk dan hidayah allah kepada kamu lebih utama dari segala sesuatu ,sekiranya anda betul orang islam yang ber iman kepada allah dan rasulnya serta hari kiamat,selepas ke islaman kamu ,masa lampau kamu wajib di hapuskan dari hati dan akal kamu ,serta jalani lah hidup ini dengan kepastian yang kamu akan berjumpa dengan tuhan yang menjadikan kamu ,itulah kesudahan urusan hidup ini….bagi orang yang tau jalan kembali………kepada allah……..

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.