MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Video Bo La Weii: Pencacai PAS PKR Mula Panas Punggung

Sama sekali tak dijangka apabila klip video lagu “Bo La Weii” berdurasi 6.00 minit yang liriknya menceritakan kebosanan rakyat Kelantan terhadap pemerintahan PAS rupa-rupanya turut mendapat perhatian serius dari penyokong PR khususnya dari PAS & PKR.

Lagu ini merupakan ciptaan Dato’ Supardi Mohd Noor dan dinyanyikan oleh Eddie Hamid, seorang komposer terkenal kelahiran Kelantan dalam loghat (dialek) Kelate yang turut menggabungkan unsur dikir barat, memang diakui agak serasi dengan senario semasa di negeri Serambi Mekah tika ini.

Pun begitu, walaupun baru beberapa hari lalu klip video “Bo La Weii” ini dimuatnaik ke beberapa channel Youtube, jumlah klik ‘dislike’ yang datangnya dari pencacai PAS sudah ada yang melebihi angka seribu.

Video yang sama di channel lain: klik sini dan sini

Komen-komen yang berbaur amarah dan sindiran macam-macam boleh dibaca, yang tak pandai berdialek Kelantan pun tumpang sekaki nak tunjukkan yang mereka adalah orang Kelate semata-mata untuk gambarkan lagu itu tidak mendapat tempat dikalangan rakyat kelantan.

Nampak sangat pencacai PAS PKR jadi panas punggung seperti terduduk atas bara api membahang dibuatnya, walaupun ramai dikalangan mereka yang diam tak diam sebenarnya turut terpaut menyanyikan lagu ini dalam hati kerana terhibur mendengarnya.

Bercakap pasal jumlah klik dislike atau like, rasanya bukan satu persoalan besar untuk kita pertikaikan terutama sekali perihal jumlah akaun yang dimiliki oleh setiap pencacai PAS atau PR. Itu kelebihan mereka kerana memiliki sikap rajin dan luas idea inisiatifnya, dan terus terang penulis cukup salute di atas kerajinan mereka.

Dari sudut moral memanglah salah memanipulasi pelbagai akaun tipu sebagaimana kerap dilakukan oleh penyokong PR, tapi itu hanya pandangan kita selaku penyokong UMNO yang sudah terbiasa untuk menjadi gentleman.

Namun dari segi taktikal strategik, dalam perang propaganda untuk mencipta persepsi, keghairahan penyokong PR itu mungkin boleh dianggap sebagai satu ‘kebijaksanaan dalam berpolitik’.

Dalam bab begini kita kena akui, ia bukan tandingan kita, sama seperti mana kita gagal menandingi keaktifan PAS, PKR dan DAP dalam memindahkan pengundi mereka ke DUN dan Parlimen yang menjadi sasaran.

Berbalik kepada video lagu “Bo La Weii” yang semakin menghangatkan suasana politik Kelantan ini, ia pertama kali dipertontonkan kepada khalayak semasa Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 (HAK2013) di Stadium Putra Bukit Jalil 17 Februari lalu.

Suasana dalam stadium yang mulanya sunyi menjadi bersemarak apabila anak-anak Kelantan di perantaun turut sama bersemarak melagukan beramai-ramai di bahagian chorus “Bo La Wei… Bo La Wei…” hinggakan gamat stadium dibuatnya.

Mana-mana anak Kelantan yang berada di sana pada masa itu tentunya meremang bulu roma datang semangat dibuatnya melihat suasana sedemikian lebih-lebih lagi bila diimbas kembali maruah negeri yang gagal dipertahankan oleh PAS.

Suasana yang gemuruh dengan nyanyian beramai-ramai itu, kalau dapat diselitkan sama dalam video asal tentunya ramai yang akan berderau bulu roma turut sama bersemangat.

Apapun, lagu “Bo La Weii” ini terbukti menyebabkan ramai penyokong PAS panas punggung tak senang duduk dan sedikit waktu lagi ia akan benar-benar menghantui PAS sekaligus menjadi fenomena yang akan menyumbang ke arah merealisasikan kejatuhan PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.


Posted by HackerXP on February 20th, 2013 :: Filed under HackerXP,KOLUMNIS,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

31 Responses to “Video Bo La Weii: Pencacai PAS PKR Mula Panas Punggung”

  1. pasdaplaknat
    February 20th, 2013

    Angka dislike yang banyak tu menunjukkan Pencacai PAS PR cukup banyak habiskan masa di alam siber dr buat kerja yg berfaedah lain.

    Orang lain sibuk dengan macam2 urusan sehingga kadang2 tk sempat pun nk buka internet. Itulah gambaran pencacai PR, nafsu besar tp kudrat menipu shj kuat. Bila kelemahan mereka dibuka melenting sakan, tidk mahu terima kelemahan.

    Apapun tahniah lagu ni BEST!

  2. StinGray
    February 20th, 2013

    perhhhh….lagu ni bkn saja meletup di malaysia la ni, kat Arab pun meletup jugak….1 dunia org dah tau betapa bodohnya si tua kutuk tu memerintah….kejam, zalim dan menyesatkan…

  3. Zarman
    February 20th, 2013

    Lagu yang sungguh merdu dgn senikata yang kreatif…. kalau masuk carta, dah tentu jadi top hit… tahniah Eddie Hamid.

  4. yeop
    February 20th, 2013

    cha chai pas kelantan yang makan gaji dengan kerajaan BN di luar kelantan memang pemalas nak mamposs..kalau bercakap pasal politik..pagi2 bute lagi dah menyalak.. semua kerajaan buat tak betul, itu haram ini haram tapi makan gaji haram bagi anak anak makan betul pulak.. spesis pas ini jantan betina sama belaka..

  5. baba
    February 20th, 2013

    lagu ni patut dimainkan di merata tempat di kelantan. bagi lagu ni sebati dgn menjadi siulan semua org di kelantan

  6. pasdaplaknat
    February 20th, 2013

    Setuju 100% yeop!! kwn2 budak2 Klate PAS ni lah kuat ‘mengular’ wktu keja.. keja tk tera mana lepas tu sibok promote bisnes MLM lah, budu-keropok, kerabu, insurance, pitih emas.. ini semua biawak hidup dlm agensi krjn! lepas tu blik klntan ajk mak ayah undi PAS! Punoh Klate!

  7. Topup
    February 20th, 2013

    aku dok tungguh lagu apa puak pas nak buat pulak !

  8. melayu_islam
    February 20th, 2013

    lama x msk sni..msh same je org dlm ini…suram je tgk mykmu ni..x de isu2 menarik yg blh dibace ke selain isu2 remeh mcm ni….

    ambik la kalau amno nk kelantan pon..kami sume x kisah..cume tukar le gomen pusat tu bg org lain pegang plak…InSyaAllah mgkin lbh baik dr BN skrg..

  9. PASpartyNGOK
    February 20th, 2013

    Memang kelas lagu Bo la Weii. Boleh beri 9/10. Video klipnya, kombinasi musiknya, melodinya memang baik sunggoh. Dan yg paling kelas menusuk jiwa ialah liriknya.

    Kita pasti lagu ini ditulis oleh rakyat kelantan dan telah didendangkan dengan baik oleh rakyat kelantan sendiri. Orang kelantan ialah orang yg penuh kreativiti. Wayang kulit mereka, dikir barat mereka tak ada siapa boleh tiru. Kalau ciplak pun tak menjadi.

  10. PASpartyNGOK
    February 20th, 2013

    Kreativiti yg baik sering ditunjukkan oleh org kelantan dimana tempat mereka berniaga. Banyak terdapat dibanyak tempat restoran, gerai dan warong makan dinegeri lain milik rakyat kelantan. Disitu mereka tunjukkan kreativiti mereka menghisas kedai mereka dgn lampu dan landscape yg menarik.

    Itu semua adalah kreativiti saperti mana lagu yg baik yg sedang kita dengar.

  11. randomsee
    February 20th, 2013

    kalau negro di USA buat lagu blues….dikelantan rakyatnya yg menderita mendendang senandung irama bagi pedih telinga macai2 Pas dengar

  12. haprak (HAncur Pakatan RAKyat)
    February 20th, 2013

    ye lah bg DAPigs pegang putrajaya kan? gi mampos

  13. PASpartyNGOK
    February 20th, 2013

    Pasti pedih betul bila luahan hati kecewa disampaikan secara dendangan lagu. Nik ajis mesti tak lena empat lima malam.

  14. PASpartyNGOK
    February 20th, 2013

    Belum pun dapat apa2 dia orang sudah mula berbalah. Bila berbalah chiefnya bagi gag order… arahan kunci mulut. Ini jenis demokrasi mak datok nenek dia ajar agaknya.

  15. mek esah
    February 20th, 2013

    lagu ni boleh tahan jugak…selepas pru13 ni bn masih lagi pembangkang tegar di kelate…..sama2 kita wait n see….

  16. Anak Lenggong
    February 20th, 2013

    Bujuk,moonlembu dan mm dok terangguk dengar lagu ni…dicadangkan supaya dipermulaan jelajah BN dimulai dengan lagu ni memang best laa..bujuk..moon lembu dan mm duit BR1M dah ambik ke..sebab puak korang ni mengutuk bila BR1m dibagi tapi bila jadi kenyataan, kumpulan kalian la yang paling awal dok beratur dengan wajah tersengeh dengan alasan tu hak kalian…biasa la melayu subsidi..kalau dagi kata rasuah dan dibangkang tapi bila jadi kenyataan bernyawa pulak.

  17. aku_jebat
    February 21st, 2013

    nko nak tukar kerajaan pusat dan kata in sha ALLAH lebih baik.. nko ni melayu islam cuba nko renung dan pikir dengan akal fikiran nko nyang waras tu (kalau tak waras x leh kata per la)kat negeri pun x leh nak handle ni kan plak nak hndle negara, jawapan nyer melingkup laa malaysia jadi negara malassiasia…

  18. pasdaplaknat
    February 21st, 2013

    Itulah dikatakan PAS nafsu besar.. jg seorang bini dgn seorng anak pun tk mampu, mengidam nk 4 bini 15 anak. mcm tu lah.. tk pernah ukur baju sndiri.

    PAS jd rosak sbb mereka hapuskan konsep muhasabah. Mereka hanya tahu salahkan org lain. Sampai bilapn mereka tk akan berjaya!

  19. me
    February 21st, 2013

    BN akan menang besar kalau kata akan kekalkan pemerintahan ulama di kelantan walaupun BN menang.

    orang kelantan sentimen dengan agama..diorang tak kisah takde pembangunan, hidup susah pun takpa sebab dalam pemikiran mereka itu adalah jihad pilih kerjaan islam.

  20. PASpartyNGOK
    February 21st, 2013

    Saperti huraian hadis, tidak akan musnah agama kecuali disebabkan ulamak. Ulamak yg menabur fitnah, menukar fatwa dan merosak akidah. Rosak akidah penganut agama kerana ulamak kelirukan segala2 yg benar bagi menyesuaikan cita rasa semasa mereka.

    Contohnya apabila dia ditempelak kerana bercakap kasar dan mencarut … dia kata Allah pun bercakap kasar. Allah juga mencarut. Allah juga bengis dan pemarah.

    Apabila sambutan maulidur rasul diharamkan di Penang… dia kata Rasul itu manusia biasa saja sama saperti Mohamad lain yg lahir dikg2. Jadi tak payah sambut pun tak apa. Malah sambutan itu kerja bidaah.

    Ini lah contoh ulamak yg sesat lagi menyesatkan. Bertambah sesat setelah dia benarkan Allah digunakan digereja. Dimasokan dalam kitab mereka.

    UNTUK itu bangkitlah semua …nyanyilah BO LA Weeiii.. Lagu ini memang menghiburkan.

  21. Dr Nadzri
    February 21st, 2013

    Setuju yop, memang pemalas tahap dewa, tp kalau sembang politik, semua kerajaan salah dan di mana2 saja ada kawan atau sedara dia yg konon memberikan laporan yg tepat atas setiap fitnahnya. Bo lah weiiii…!

  22. Hamba Ar Rahman
    February 22nd, 2013

    Dari dulu aku anggap Kelantan adalah negara Kelantan dan bukannya negeri Kelantan…nasib baik aku bukan PM..kalau aku PM…lama dah aku merdekakan negara Kelantan tu…supaya bila rakyat dia nak masuk Malaysia payah sikit…kena buat passport, visa dan sebagainya…barulah depa hargai hidup sebagai warga asing di tempat orang…kepada rakyat Kelantan ….maafkan saya kerana sedikit kasar…tetapi jika u all tak ubah cara dan mentality ketaksuban u all dan cara kerja u all..(satu stereotype masyarakat Kelantan ini ialah mereka sangat taksub kenegerian dan merasakan bahawa negeri dan bangsa mereka sahaja yang paling bagus…sehingga kadangkala tidak menghormati rakyat negeri lain)…maka beginilah pandangan kami yg bukan asal Kelantan….wallahua’lam….

  23. Hamba Ar Rahman
    February 22nd, 2013

    Tentang ni aku sokong….mereka ramai melahirkan pemuisi2, penyair, pelukis…mungkin kerana kehidupan terlalu hambar dan tidak sibuk…maka ada banyak masa untuk bermenung dan mencari ilham…ditambah pulak persekitaran kehijauan yg masih banyk belum diganggu..wallahu’alam

  24. Hamba Ar Rahman
    February 22nd, 2013

    yeker..orang Kelantan sentimen dengan agama…erm…musykil…musykil…hang pergilah cek student2 nurse di Johor Bahru (anak buah aku sorang nurse)…negeri mana paling ramai anak2 dara ada sugar daddy dan clubbing….yang hujung minggu tak lekat rumah, pakai baju seksi dan ada lelaki berumur datang jemput…muda2 dah makan pil perancang….bila balik kampung pakat2 tutup aurat…usahkan student kolej…yg minah kilang pun cengitu…dan negeri mana paling ramai yg mengandung anak luar nikah…dan pengguguran haram….kalau betul sentimen tentang agama…tentu ada sesuatu yg tak kena dengan pemerintahan TGNA kerana tidak dapat menjaga rakyatnya dari pergaulan bebas…wallahua’lam

  25. bujuk
    February 22nd, 2013

    Mereka baik je bila d K’tan, tapi rosak sebab persekitaran d JOHOR. Jadi bukan salah TGNA, tapi salah diri dan persekitaran fasik yg. banyak d johor yg. mempengaruhi hidup mereka. Aku pernah tinggal d johor… tau la serba sedikit.

  26. bujuk
    February 22nd, 2013

    mana post MI?

  27. bujuk
    February 22nd, 2013

    PR juga boleh ambik lagu ni bila pergi negeri2 BN.

  28. bangKano
    February 22nd, 2013

    Ala depa tu kan semua nya HAIWAN kata Pok Nik tu sapa yang teghima BR1M.Mana depa tau malu kan…kan…kan…bujuk,Mooo & mm..? Kan HAIWAN mana ada perasaan.

  29. bangKano
    February 22nd, 2013

    Depa tu bukan nya mau muhasabah tapi mau MAHUBASAH lenjun ngan belasah bughit bini kawan macam Haji Mat Sapu tu….

  30. bangKano
    February 22nd, 2013

    Weiii…bujuk hang jangan nak soghok fakta & figura na. Kat statistik Kementerian Kesihatan negeri yang paling tinggi pembawa/pengidap HIV & AIDS,pembuangan bayi & penagih dadah ada la Kelate mu tau tak…?

  31. Jinkun
    February 24th, 2013

    KENAPA TAK SALAH KAN TUHAN JE BUJUK…SBB SEMUA PERKARA YG BERLAKU ADALAH KEHENDAK ALLAH YG MENGATUR KEHIDUPAN MANUSIA…KAN SENANG HANG KATA KEHENDAK ALLAH ORG KELANTAN JD MCM TU…SO SAPA2 PUN TAKKAN PERTIKAINYA….DASAR PENCACAI BODO LAGI TONGONG.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: