MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Bo La Weii… Cukuplah 42 Tahun PAS Memerintah Kelate

Masuk tahun 2013 ini bermakna sudah 56 tahun kita merdeka, lebih tepat lagi 31 Ogos 2013 nanti cukup 56 tahun Malaysia berdiri atas kaki sendiri dan mengecapi kemakmuran hasil kesinambungan pemerintahan parti Perikatan (Kapal Layar) yang kini dikenali sebagai Barisan Nasional (BN).

Tapi, sedarkah kita semua bahawa Kelantan yang merupakan sebahagian dari negeri-negeri yang membentuk negara tercinta ini, sebahagian besar urusan tadbir pemerintahannya adalah bawah PAS. Perikatan (BN) hanya mampu menabur jasa di negeri itu cuma 14 tahun sahaja (1957 -1959 dan 1978 – 1990).

Ini bermakna, selama 42 tahun PAS memerintah di Kelantan bersamaan dengan lebih 4 dekad. Persoalannya, bagaimana angka 42 itu timbul? Jawapannya, ia terhasil dari gabungan dua pusingan pemerintahan PAS di negeri ini.

Pusingan Pertama, selepas 2 tahun Perikatan (UMNO-MCA-MIC) memerintah Kelantan, kemudiannya bermula 1959 hingga 1978, PAS bermaharajalela selama 19 tahun PAS di Kelantan. Jumlah 19 tahun itu termasuklah 5 tahun pemerintahan PAS di Kelantan hasil manfaat kerjasamanya dengan UMNO melalui BN (1973 -1978).

Pusingan Kedua, PAS kembali memerintah Kelantan mulai tahun 1990 setelah menerima sokongan tambahan dari S46 (PMS46) melalui kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (APU), manakala di masa yang sama S46 menjalin hubungan kerjasama dengan DAP melalui Gagasan Rakyat (GR).

Selain PAS dan S46, turut bersama membentuk APU ialah HAMIM dan BERJASA, kedua-duanya adalah parti serpihan PAS. Sementara GR pula melibatkan kerjasama S46 bersama PBS, DAP & PRM.

HAMIM ditubuhkan oleh bekas Presiden PAS (Yang Dipertua), Datuk Asri Muda yang dihalau keluar dari parti itu berikutan Revolusi Iran, antara tukang karut yang menggerakkan penyingkiran datuk Asri Muda ialah MB PAS Kelantan sekarang, Nik Aziz Nik Mat.

Manakala BERJASA ditubuhkan oleh bekas MB PAS Kelantan, Datuk Muhammad Nasir (Mat Nasir), beliau dipecat oleh PAS berikutan sengketa dalaman dengan Presiden PAS tika itu, Datuk Asri Muda pada tahun 1970-an, antara tukang karut yang menyokong pemecatan Mat Nasir ialah Nik Aziz Nik Mat.

Mungkin terbawa-bawa dengan tabiat pecat memecat sedemikian, maka disebabkan itu Nik Aziz kerap menyuarakan keinginannya untuk melihat bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa di pecat dari PAS. Malah Nik Aziz jugalah yang menyokong pemecatan Dr Hasan Ali (bekas Naib Presiden PAS).

Bermula 1990 hingga sekarang, tahun 2013 bermakna sudah 23 tahun negeri ini diperintah PAS melalui pusingan kedua termasuklah hampir 6 tahun (1990-1996) ketika PAS bekerjasama dengan S46 melalui APU.

19 tahun ditambah bersama 23 tahun, jumlahnya 42 tahun, bukan begitu? Sedarkah kita rakyat Kelantan, selama 42 tahun PAS memerintah negeri tercinta ini, apa jasanya kepada negeri dan rakyat? Ada jasanya, tapi terlalu kecil manfaatnya berbanding mudarat yang terpaksa diterima rakyat.

Pada dekad 60-an hingga 70-an dulu, sepanjang PAS memerintah sudah lebih 300,000 ekar tanah di Hulu Kelantan telah dipajakkan kepada syarikat dari Singapura, Timbermine Sdn Bhd. Rakyat hanya mampu melihat dari jauh segala hasil bumi kekayaan negeri sendiri jatuh ke tangan orang lain.

Kini di era milenium dengan berselindung projek Ladang Rakyat (Ladang Air Mata Rakyat), lebih 80,000 ekar tanah dipajakkan lagi juga kepada syarikat-syarikat luar, manakala lebih 10,000 ekar lagi juga di Hulu Kelantan kini dikuasai secara pajakan berpuluh tahun oleh pemimpin DAP bersaudara dari Perak, Ngeh & Nga yang tersengih dan ternganga menikmati hak milik tanah pajakan dan hasil bumi negeri.

Dari pajakan tanah 300,000 ekar itu, apa hasilnya kepada rakyat jelata? Adakah hasil bumi seperti royalti kayu balak tempiasnya dapat pada mak ayah dan tok nek kita?

Angkara Ladang Air Mata Rakyat pula siapa yang lebih bergembira menikmati hasil mahsulnya? Mungkin ada satu dua rakyat marhaen di kalangan kita yang dapat konsesi balak sana sini, tapi lihatlah apa hubungannya dengan pemimpin PAS pula.

Berapa ramai pula di kalangan rakyat Kelantan yang berpeluang memiliki hak milik tanah seterusnya tersengih dan ternganga gembira sebagaimana luasnya tanah lebih 10,000 ekar yang dipajakkan hak miliknya kepada Ngeh dan Nga?

Sedarkah kita rakyat Kelantan, sejak PAS mula memerintah negeri ini tahun 1959 hinggalah 1978, itulah saatnya bermula penghijrahan besar-besaran mak ayah dan tok nek kita jauh meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki.

Mujurlah bermula 1978 hingga 1990, proses penghijrahan itu mula perlahan berikutan usaha dan kerja buat BN meningkatkan taraf hidup rakyat termasuklah pakcik makcik kita, saudara mara kita di negeri ini.

Malangnya disebabkan sengketa politik sekali lagi PAS mendapat laba kepartian pada 1990 sehingga kini yang kesannya pada rakyat akhirnya sekarang kira-kira 500,000 anak pinak, saudara mara dan adik kakak kita jauh dari pandangan mata kerana mencari peluang untuk meningkatkan taraf hidup di negeri lain.

Soalnya sampai bila kita nak biarkan senario sebegini berterusan? Sambil masing-masing kita tepuk kepala tanya akal mencari jawapan sampai bila penghujungnya, penulis cuma nak berpesan… Bo La Weii duk berharap pada retorik politik PAS yang tak berhujung tu, Bo La Weii.. Cukuplah 42 tahun talian hayat PAS di Kelate kito,

PRU 13 ni kita tukar, kerana Tukar Itu Hijrah, Tanah Itu Maruah… Pakatlah sama-sama kita semarakkan Gelombang Merah Kelantan Berubah, kalau tidak untuk diri kita, setidak-tidaknya demi anak cucu kita kelak.


Posted by HackerXP on February 19th, 2013 :: Filed under HackerXP,KOLUMNIS,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

77 Responses to “Bo La Weii… Cukuplah 42 Tahun PAS Memerintah Kelate”

  1. pasdaplaknat
    February 19th, 2013

    Padan muka rakyat Kelantan.. mereka yg menyokong PAS berlagak sombong, mereka suka pamerkan keangkuhan.. contoh bila Krjn BN bg bantuan merekalah berebut2 ambil.. tp mereka akan ckp pula.. undi tetapi undi PAS.. inilah puak BEBAL..

    UMNO tk mampu buat apa2 utk ubah hati keras batu majoriti rakyat Kelantan ini sehingga skrg barulah Allah tunjukkan siapa PAS.. sekerat negeri sudah rosak digadai tanah.. Islam terus mundur.. yg maju hanyalah sifat assobiyyah dan taksub buta kauy pd parti PAS..

    Skrg Allah dtgkan kemusnahan kdp negeri Kelantan. dgn angka penagih dadah yg tinggi, AIDS, pelacuran, dan paling terkesan ialah tergadai alam sekitar dan tanah kepada musuh2 Melayu dan Islam-DAP..

    Sikap bebal dan angkuh ini UMNO tdk dpt buat apa2.. tp kuasa Allah lebih mengatasi.. Kelantan sudah rosak.. UMNO jika dpt tawan.. terlalu berat utk pulihkan minda budaya dan situasai org Kelantan.

    Budaya jahiliyyah assobiyyah keterlaluan pd parti mengatasi kebenaran.. hanya Allah jua mampu balas dn berikan hidayah pd puak2 PAS Kelantan ini.

    Husam terus berbohong kpd rakyat dgn tipu helah royalti minyak.. dan tnpa rasa takut dgn Tuhan.. terus berbohong kononnya wujud minyak di KB dan Tumpat.. isu ini diulang main sejak 2006 supaya rakyat dicandukan konon pemerintehan Pork Nick itu ‘berkat’ dan membawa rezeki.. so kena terus bg sokongan.. malangnya itulah pembohongan HUSAM!!

    Rakyat Kelantan ckp pandai di negeri org.. bukan mainlah cuba dominan dlm institusi2 tertentu di negeri org..tp negeri mereka sendiri ditinggalkan.. hnya pandai balik utk mengundi PAS.. maka Kelantan terus rosak krn pengundi Kelantan bermimpin negeri org itu mcm negeri Kelantan.. akhirnya majorit mereka terus sombong dn berikan mandat pd PAS yg tidak brtgjwb itu..

    Itulah sinonimnya PAS dn kelantan- Assobiyyah dan Taksub!!

  2. pasdaplaknat
    February 19th, 2013

    PAS wajib ditumbangkan sblm Allah SWT turunkan teguran.. seterusnya jika kita masih biarkan PAS bermaharajalela.. ditakuti BALA Allah akan menimpa.. Nauzubillah.. lihatlah Kelantan (dn juga nageri2 lain yg pernah PAS kuasai).. bala Allah dtg dlm bentuk yg menakutkan.celaru haru biru pemerintahan.. alam sekitar musnah.. maksiat berleluasan berkali ganda dr Krjn terdahulu.. pencacai PAS dibuta kan hati dr melihat yg baik.. mereka ‘selesa’ dgn pemerintah yg zalim dan terus menyokong yg sesat selama berpuluh tahun!!

    Jangan biarkan Allah turunkan bala krn mengekalkan pemerintah yg menjual Allah utk keuntungan dunia.. segeralah kita mohon ampun dan berazamn untuk tekad tumbangkan PAS dan sekutu2 mereka.. Jika kita masih mahu PAS berkuasa tandanya kita masih tk sedar dn tidka takut dgn teguran Allah!!

    Tumbangkan PAS dan Pakatan Rakyat PRU13 ini.. semoga Aqidah kita kembali diperkukuhkan., keamanan dan kesejahteraan negara kembali kpd rakyat! Islam ditergakkan dgn penuh hikmah dan keindahan..Amiin..!!

  3. tengkudin
    February 19th, 2013

    nikajis mana dengar…duduk dalam hellfire…dia buat derkk je masalah rakyat..

    tunggu kubur panggil dia kot?

  4. DataCode
    February 19th, 2013

    Aduyaiii,,selama 42 tahun PAS mengurus tadbir kelnatna,rekod paling cermelang adalah kekal hiv tertinggi…

  5. anak jeli
    February 19th, 2013

    rakyat nak dapat pemilikan tanah bukan main susah… dari hidup sampai meninggal tuan tanah masih tidak dapat2… berpuluh-puluh kali ulang alik ke pejabat tanah tp masih tiada hasil… bukan 10000 ekar pun minta.. setakat nak buat rumah untuk tempat tinggal je.. tanah pun sekangkang kera… hal2 macam ni bukan nak ambik tahu.. wakil rakyat pun makan duit gaji buta2 jer.. tak pernah nak ambik tahu masalah rakyat.. tak pernah nak datang berjumpa rakyat.. tapi bila nak raih undi baru nampak batang hidung… Islam pada nama je tapi……

  6. bujuk
    February 19th, 2013

    UMNO tak sedar diri… kalau betul, mari kita semak banding dengan negeri2 bawah umno, JOHOR, PAHANG dan N.9 contohnya. Jangan banding k’tan dengan k’tan… berapa tanah rizab melayu d negeri2 umno tersebut yg. tergadai, begitu juga tanah yg. k’jaan bagi pada bangsa asing dan rakyat asing.. tolong nyatakan datanya d sini supaya kita boleh sama2 fikir siapa pengkhinat melayu sebenar.

  7. Pemerhati
    February 19th, 2013

    Bujuk memang sial dengan kenyataan dia tu.

  8. pasdaplaknat
    February 19th, 2013

    Hang ni bujuk klu tk membelit tk sah..
    Kita ckp soal Kelantan, terang2 bermasalah. Negeri lain maju, ada pembahagian tanah untuk rakyat, tanah utk pembangunan.. jgnlah ko bebal pukul rata, lihat sendiri dgn hati yg betul apakah Kelantan itu tidak zalim kpd rakyatnya sendiri?

    Rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke seluruh negara dgn bilangan yang ramai, cuba lihat buktinay ketika musim perayaan, kerana apa? Kerana Porck Nick GAGAL dlm jd pemerintah. Dia hanya sibuk main politik, sesatkan agama, sehinggakan tgjwb asas kpd rakyat terabai.

    Hang beranikah ckp bukit yg botak kering itu gambar palsu? Kelantan majoriti Melayu tp tanah yg luas beribu hektar bangsa Cina DAP yg dpt.. Melayu adalah sekangkang kera.. logik tak?

  9. baba
    February 19th, 2013

    cukup2 sudah……dah byk kemudaratan di bumi kelantan dah.

  10. Anak Lenggong
    February 19th, 2013

    Alahai bujuk..ngaku je laa..Melayu PAS mana tau nak memerintah sesebuah negeri..tengok saja lah tertubuh nya TESCO dikata contoh negeri maju..tengok apa jadi dengan Kedah..disebabkan tak tau nak menjana ekonomi negeri habis hutan balak ditarah sehinggakan hutan simpan kawasan tadahan air pun disapu bersih..

    Pak Lobai PAS nampak diluaran je islamik tapi hakikatnya pantang nampak perkara yang boleh buat duit dan perkayakan diri sendiri keluarga dan kroni..semua benda disapunya..lepas tu didalam setiap ceramah mula laa merayu kepada warga PAS lain yang bangang saperti bujuk..moon lembu dan mm..kata parti mereka miskin..dan minta sumbangan..tetapi duit derma dan sumbangan tu tak pernah pun diaudit dan diberitahu didsalurkan kemana..yang kenyang si badut diatas ceramah tu laa..makan hasil daripada kutipan derma orang ramai untuk sesuap nasi..ingatkan yang berjawatan didalam PAS tu kerjanya secara percuma tapi rupanya ada elaun bulanan..patutlah berebut sangat nak kan jawatan.

  11. pasdaplaknat
    February 19th, 2013

    Bujuk, aku cabar hang pegi tanya PAS Kelantan, keputusan culaan undiu terbaru yg dibuat oleh jentera PAS, PEMUDA.. Pork Nick boleh pencen seumur hidup lepas ni. HUSE boleh bukak ladang kambing dlm terowong ‘minyak’ di Tumpat..

  12. DataCode
    February 19th, 2013

    Ingatkah siapa yang kata,Rakyat nok ambil tanoh,ambilah,tanah tu hop tuhan..kih kih

  13. DataCode
    February 19th, 2013

    Betulah bujuk,sokong kau,kalau kerajaan tak ambil tanah ,tak mungkin dapat ada KLCC,Stadium,dan yang paling penting rumah urut kat Selangor,

  14. DataCode
    February 19th, 2013

    weh,,kata apapun,kawe nok syurga,syurga,syurga,undi apa dapat syurga?

  15. DataCode
    February 19th, 2013

    Hampeh kedaun,hamPAS dah banyak kali naik singn Board nak baik pulih Pasar Besar Pasir Mas sebelah rail keretapi,dok lagu tu juga weh,macam kat Bomby

  16. gambus
    February 19th, 2013

    belit bujuk jangan tak belit .. kau hebat sangat konon tahu negeri lain lebiih teruk !!!

    Tapi akhirnya kau sendiri yang minta nyatakan data ?? kakakaka kalau kau sendiri pun takde data macamana kau boleh tahu pulak konon negeri lain tergadai hahahahaha bangang betul bujuk ni kalau berkata , asyik nak menipu jee inilaa jadinya

  17. gambus
    February 19th, 2013

    nak buat ladang rakyat KONONNYA nak lawan Felda .. tapi Felda orang miskin yang dapat !! Ladang Rakyat anak bini pemimpin PAS dan DAPigs yang semuanya dah kaya raya .. memang bebal punya PAS .

    Nak buat highway tapi taknak toll !!! dia ingat maintenance tu free kaa hahaha , last-last buat highway mintak derma .. Highway tak siap duit derma pulak dah kena sapu .. itulah PAS .

    Kohilal pulak lagi hebat , terus hilang macam tu jee

    air jangan nak cerita laa kerajaan pusat BN dah bagi beratus juta .. air tak settle TAPI duit entah kemana .

    memang celaka orang PAS ni

  18. datug
    February 19th, 2013

    selain dari agama suci agama islam,ada lagi agama yahudi dan agama nasrani kedua dua agama ini sudah banyak perubahan akibat jahatnya otak otaknya dan tangan tangan manusia ,dan agama majusi /agama para penyembah api yaitu agama hindu dan budha serta para penyembah api yang lainnya….
    alam ini sudah tersusun sedemikian rupa dari awal kejadiannya sampai pada kehancurannya,serta apa yang di laluinya,yang ada di antaranya ialah permintaan permintaan tertentu yang di benarkan serta terjadi ,itulah sifat kasih sayang allah kepada semua hamba hambanya,sama ada hamba yang durhaka dan hamba yang taat kepada allah…………
    Pendeta Kristen yang paling sinting masuk islam ,jawapan yang di kira tepat dalam dakwah umat ….
    pendeta masuk islam .youtube

  19. Andik
    February 19th, 2013

    Negeri Kelantan mundur…bukan sebab kebodohan kepimpinan PAS sahaja……Tapi yang paling bodoh dan bengap adalah rakyat Kelantan yang mengundi dan memileh pemimpin pemimpin PAS yang terkenal dengan bebal dan tak tahu mengurus tadbir negeri………. Sekian begitulah adanya.!!!!

  20. Andik
    February 19th, 2013

    Negeri Kelantan mundur…bukan sebab kebodohan kepimpinan PAS sahaja……Tapi yang paling bodoh dan bengap adalah rakyat Kelantan yang mengundi dan memileh pemimpin pemimpin PAS yang terkenal dengan bebal dan tak tahu mengurus tadbir negeri………. Sekian!!!! begitulah adanya.!!!!

  21. AkuAnakMalaysia
    February 19th, 2013

    CUKUPLAH 56 TAHUN BN MEMERINTAH MALAYSIA…….DAH TUA NYANYUKLA..PATUT BERSARA UNTUK KESEJAHTERAAN MALAYSIA TERCINTA DAN RAKYATNYA…

  22. yeoperak
    February 19th, 2013

    aloooooo bujuk kat johor ramai anak kelantan datang carik makan. Balik kelantan pakat buleh keta besar belaka

  23. pasdaplaknat
    February 19th, 2013

    Bro Gambus, diorng kaki penipu, mmg diorng tahu mana boleh buat lebuh raya tanpa tol (BN jgn termakan psiko bodoh mereka), krn asas tol ialah untuk menyediakan laluan ekslusif dan pantas kepada pengguna. Bayar tol sbg ‘cagaran’ kpd pengguna supaya lebuh raya tidak disalh guna sperti open road, bila tnpa tol macam2 manipulasi dan sesuka hati pengguna rasa boleh buat. Nk ulang guna sehari 100 kali pun xde sapa larang.. sbb FREE.. jd lebuhraya akan hilang fungsi asal. Cuma kadar tol bersesuaian dan tidak meingkat yg kita mahukan.

    Manakala paling penting ialah penyelenggaraan, apa guna lebuh raya FREE tp berlubang, bahaya dan tidak diperbahrui. Kos maintainance lebuh raya sgt tinggi, tktahulah lebuhraya PAS-Husam tu pakai JIN Syaiton yg tlg jaga..

    LGE, si komunis DAP tu, menyalak sakan utk hapuskan tol jambatan Pulau Pinang, tetapi dia sndiri yg propose project terowong dr pulau ke bagan Ajam yg bertol.. Tol Sungai Nyior menyalak PRU12 akan dihapuskan.. smpai skrg tk hapus2.. itulah janji pembangang!

  24. pasdaplaknat
    February 19th, 2013

    hahah bukankah ayat itu keluar dr mulut Pork Nick Tok Pekong PAS ?? maafkan hamba jika tersalah org..hehe

  25. Pemerhati
    February 19th, 2013

    Kepada saudara aku anak malaysia mudah betul alasan hang sebab apa nak tolak BN. Patutlah orang-orang pembangkang dengan mudah menjual Allah rupa-rupanya depa dah jemu dengan Allah sebab Islam dah 1500 tahun dan dah tak sesuai agaknya nak pertahankan kesucian Allah sepertimana depa kata BN dah lama memerintah dah nyanyuk. Kalau benda tu baik tak bawa kemudaratan buat apa nak tolak wahai penyokong PR yang Bodo……

  26. gambus
    February 19th, 2013

    56 tahun BN memerintah dah bermacam-macam PM yang dah jadi pemimpin !!!

    Pakatan DAPigs semenjak 56 tahun yang lalu kita boleh tgk majoritinya muka yang sama jugak , baik kau suruh pemimpin Pakatan DAPigs tu yang bersara dulu hahahahaha

  27. bujuk
    February 19th, 2013

    Kita serah semuanya pada Allah selepas kita ikhtiar sehabis upaya. Biarlah Allah tentukan kad’a dan kadarnya… baik/buruk semua kita terima dengan redho.

  28. bujuk
    February 19th, 2013

    ya… negeri lain maju, tapi siapa yg. maju? ahmad, wong atau raju?
    Ambik contoh Iskandar johor tu…
    Hampir semuanya milik orang luar, anak melayu p LEGOLAND kayakan orang luar. Menyanyi meremang bulu roma, menitis air mata masa P.Agong UMNO. Tapi kenyataannya TANAH TUMPAH DARAH d serah pada orang luar.
    Baik macam k’tan tak maju pun 90% kekayaan hak anak bangsa.

  29. bujuk
    February 19th, 2013

    Ini skil politik… kita tengok data yg. akan d keluarkan apakah d yakini/tidak. Baru keluarkan data yg. kita ada untuk melangsaikan/senyapkan lawan.

  30. bujuk
    February 19th, 2013

    tau pun hang… kalau takda rakyat k’tan, johor tak semaju sekarang. Patut terima kasih sikit…

  31. bujuk
    February 19th, 2013

    Rakyat k’tan bijak2, banyak ketua2 jabatan negara/negeri anak k’tan. Apakan daya pusat menganaktirikan k’tan, bantuan d beri melepaskan batuk d tangga. Depan d tantang belakang hentam…
    InsyaAllah lepas pru13 jika PR kuasai PUTRAJAYA, kita tengok mana negeri UMNO yg. mengaku hebat tu… bolehkah mereka mendabik dada tampa bantuan PUSAT yg. hari ini melimpah ruah.

  32. pasdaplaknat
    February 20th, 2013

    Insya Allah aku doakan PR tkkn dpt seinci pun PUTRAJAYA. dgn kerja buat PR cukup jahat, sekutukan Allah, jemput GAY Australia, pakai dana Israel, dn seribu stau penyelewengan PAS-PR.. mahu ckp pasal pertolongan Allah??

  33. pasdaplaknat
    February 20th, 2013

    Oklah negeri lain maju, maju jugak kan, Melayu juga dapat berniaga bersama2 Cina setidak2nya boleh jual makanan, boleh makan gaji.. ada jugak maju. Tp yg aku tahu Melayu dh maju byk atas dasar bantuan BN. Selebihnya kena usahalah.

    Tp kt KELANTAN.. apa yg maju? Maju AIDS? maju maki hamun UMNO? Maju pil kuda? Maju kutip duit abung milo masa ceramah?
    Maju bg tanah FREE pd Cina? Maju sbb ada Tesco? APa benda yg hang nk ckp sbnrya bujuk?

  34. pasdaplaknat
    February 20th, 2013

    Rakayt Kelantan dianaktirikan itu bahasa manusia MUnafik dan kufur nikmat mcm hang.

    Hang sendiri akui anak Kelantan menjawat macam2 jawatan..klu krjn assobiyyah mcm PAS, anaktirikan Kelantan, boleh saja tapisan utk penjawat awam nafikan mereka. Tapi penjawat awam ramai org Kelantan.

    Usah lihat negeri mana hebat, tgk sndiri kekayaan Exco PAS dan MB dan anak pinaknya.. tidak setaraf langsung dgn majoriti rakyat, mana dia zuhud yg dipamerkan kalau biar rakyat melata cari air sungai??

  35. pasdaplaknat
    February 20th, 2013

    Hng nk belit apa Bujuk? Skil belit hang tk menajdi pun. Data apa yg hang nk tgk? hang tunjuk sat DATA apa tu? Data membelit?

  36. pasdaplaknat
    February 20th, 2013

    Bodohnya ayat membelit.. betapa bodoh sombong. apesal hng tk ckp kalau xde kemajuan negeri Johor jgn haraplah mereka dpt cari rezeki disitu.. patut terima kasih kpd krjn bumi Johor dan syukur pd Allah.. bukan semakin jahat dn sombong!

    Kalau hebat sgt puak Kelate PAS ni tkpyhlah bergntung pd negeri lain.. tgk boleh maju tak?? air keruh pn tk settel sembang mcm nk runtuh (MUNAFIK)

  37. pasdaplaknat
    February 20th, 2013

    Aku tanya culaan, bab serah pd Allah ni kerja Allah.. aku nk hng buktikan konon tersohor sgt PAS di Kelantan lepas 22 tahun tipu dan khianat pd rakyat. Nk cari Allah bukan wktu tersepit.. wktu tgh meroyan dgn kuasa, menang 4-5 negeri, lupa Allah, hina Nabi.. lupa Allah.. MUNAFIK!!

  38. pasdaplaknat
    February 20th, 2013

    Sesumpah mcm hang dan Anwar ni mmglah..jmpa org PAS berlakun jd ostad.. jumpa kaki betina join jgk.. jumpa kristian ikut jejak mereka.. klu nk serah pd Allah serah betul2, ini tipu belit sana sini, ckp bohong, sokong kafir harbi lepas tu serah pd Allah??, itu cari mukra-NYA!

  39. yeop
    February 20th, 2013

    mun buke ore kelate bujuk ..bo la we!!

  40. anakbochek
    February 20th, 2013

    Maju sebab ada Tesco tulisan Jawi.

  41. anakbochek
    February 20th, 2013

    Yang nyanyuk Pok Nik sorang je. Tun M steady lagi.

  42. anakbochek
    February 20th, 2013

    Standard la kalau Iskandar tu hampir semua milik bangsa asing. Sebab itu kerajaan UMNO masih mempertahankan DEB untuk memastikan Bumiputera dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bangsa asing. Oleh itu, undilah UMNO/BN untuk memastikan nasib bumiputera terpelihara. Ini tidak, baru Syed Mokhtar sorang yang jadi billionaire, dah ada macai2 PR yang dengki, kroni lah, korupsi lah, nepotisma lah.

    Apa korang ingat Melayu dapat naik ke kalau PR memerintah? Takat jadi menteri agama Islam dan hal ehwal Melayu bolehlah.

  43. Jinkun
    February 20th, 2013

    SILA AMBIK PERHATIAN!!!!!!!
    Depan d tantang belakang hentam tu nuar brahim…kahkahkah…bukan kerajaan pusat…KAHKAHKAH

  44. Jinkun
    February 20th, 2013

    bujuk kata “Baik macam k’tan tak maju pun 90% kekayaan hak anak bangsa”.KAHKAHKAH

    50% TANAH KELANTAN DAH DAPAT KAT CINA DAP…..TONGONG.

  45. Hamba Ar Rahman
    February 20th, 2013

    Takpa…rakyat Kelantan kan ramai (mempunyai kadar kelahiran yang tinggi…menunjukkan betapa berjayanya iklan ubat kuat dalam harakah dan majlis2 PAS…sehingga boleh promote kelahiran banyak2…hehe)…jadi…kalau buat highway…depa boleh gilir2 gotong royong selenggara highway tu bila berlubang2 etc…sebb tak nak bayar tol..

  46. Hamba Ar Rahman
    February 20th, 2013

    Xpa…antik tu bro…warisan yang perlu dipelihara…hehehe…

  47. Hamba Ar Rahman
    February 20th, 2013

    Sapa kata Pok Nik jer…penyokong2 nya pun kebelakangan ni dah macam nak Alzheimer dah aku tengok…ekekekeke

  48. Hamba Ar Rahman
    February 20th, 2013

    Sebenarnya ‘aku anak Malaysia ‘ itu bukannya aku anak Malaysia…kerana jika tidak…dia tidak akan komen macam tu..aku rasa bro tu sebenarnya ‘aku anak Bangla…atau aku anak Aussie..atau aku anak Indon dan apa2 jer laahh yg seangkatan dengannya…wallahua’lam

  49. Jinkun
    February 20th, 2013

    56 tahun kira masih gagah lagi….niknajis yg dah 80thn bila nak bersara???? patutnya hang patut suruh niknajis bersara, semua dah dapat bo la wei jadi MB….lepas PRU ni gi round seluruh msia ngan alphard tgk cmne negeri2 lain membangun….masa round msia tu singgah solat kat masjid, tgk air paip kat negeri lain keruh ke tak??…kahkahkah

  50. Jinkun
    February 20th, 2013

    singapore maju pun psl ank kelantan gak….kalau tak dak ank kelantan singapore tak maju mcm skrg ni….ank kelantan hanya layak jadi pekerja hamba abdi kaum cina DAP dan PAP….mana taknya pemimpin alamak depa sanggup jd kuda tunggangan cina harbi….kahkahkah.

  51. [...] (dialek) Kelantan yang turut menggabungkan unsur dikir barat, memang diakui agak serasi dengan senario semasa di Kelantan tika [...]

  52. raplahjingaa
    February 20th, 2013

    Tu anak buluh betong hasil pendidikan PASTI…muda-muda lagi hati dah jadi hitam, siannya..

  53. bujuk
    February 20th, 2013

    Alhamdulillah… semoga Allah sedarkan ko dan tidak menuduh sebarangan pada saudara Islamnya yg. baik.

  54. bujuk
    February 20th, 2013

    Johor mungkin maju tapi melayu johor belum tentu maju. Dulu ada satu artikel dalam akhbar perdana cerita pasal rakyat johor berumahtangga bawah jejambat, ngalahkan bangla dan indon pulak. Bukan nak hina, tapi janganlah sombong sangat.
    Allah muliakan seorang pencari kayu api yg. hidup miskin, daripada seorang perasuah yg. kaya raya.

  55. bujuk
    February 20th, 2013

    Tambah sikit lagi… rezeki Allah yg. tentukan sejak azali lagi, bukan negeri johor atau amerika.

  56. bujuk
    February 20th, 2013

    kita tunggu pihak sana dulu.. yg. mempunyai belbagai kemudahan dan sumber maklumat.

  57. bujuk
    February 20th, 2013

    buktikanlah… mana sumbernya?

  58. bujuk
    February 20th, 2013

    Bagilah MB/Exco k’jaan masuk tv sekali ceritakan kemajuan k’tan kalau iklas nak tahu.

  59. Hamba Ar Rahman
    February 20th, 2013

    Hang tinggal kat mana Bujuk…hang duduk dalam hutan kaa…rasanya setakat hutan2 kat Malaysia ni….ada reception…boleh cek tenet….sebb hang kata orang pihak sana ada pelbagai kemudahan dan sumber maklumat..dan hang tak dak…itu ikut pemahaman aku la dalam ayat kamu ni….

  60. Jinkun
    February 21st, 2013

    hang pi tanya niknajis brp byk dah tanah kat kelatan dia bg kat cina dap…hg ingat kat kelantan tu takdak cina ke??? cina sana sokong pas sebab senang depa dapat tanah. cina kltan tak kisah undi pas janji senang dapat tanah dr niknajis. cina kelantan tak hijrah ke negeri lain. melayu kltan je yg ramai hijrah sebab org melayu susah dapat tanah utk diusahakan. kalu cina minta senang2 je dapat.

  61. Jinkun
    February 21st, 2013

    sapa2 ada anak jgn hantaq PASTI. rosak pemikiran depa. aku nyesal htq anak aku kat PASTI….ingat kan betul2 dididik dengan akhlak agama, rupa2nya diselitkan dgn politik. kecik2 lg dah didakyahkan dengan politik sesat. na’uzubilllahi minzaalik.

  62. Andik
    February 21st, 2013

    Hanyasekadar singgah di blog than.

  63. zarman
    February 21st, 2013

    anda telah mendedahkan diri terhadap kritikan pedas bujuk, moo(mm) dll yang mendokong kaum nabi lut…. kan aku dah kata, jgn kritik aljubbb.. skrg.. bersiaplah untuk diasak dari segenap penjuru… he he he.

  64. zarman
    February 21st, 2013

    si bujuk ni banyak berfantasi saja dgn ke ‘isle’man pemerintah kelantan. dia agak melayu kat kelantan mcm zaman nabi, pemimpinnya pulak dlm suasana majlis malaikat…. tup-tup tgk nik azis pi menyembah Karpal untuk tutup sengketa bab salahguna kalimah, Haji Hadi pulak buat cerita isu dah selesai dgn pertemuan Nik Azis dgn Karpal serta paderi tu. Karpal yang jujur dan tegas tu tak mengaku…. kantoi lagi. sampai bila nak berlakon baik? sampai mampus?

  65. zarman
    February 21st, 2013

    tunggu apa bujuk? nak pakai data orang untuk putar belit hang? yang aku tahu bab data mohong ni PR lah yang cekap.

  66. zarman
    February 21st, 2013

    Hang nak tahu bujuk, dari segi pegangan hartanah dan perniagaan, melayu johor mengatasi mana mana negeri di Malaysia, termasuk kelantan. kalau kat kelantan, hanya nampak kat kota bharu, tapi di johor, semua tempat termasuk pekan kecil. Hang jangan nak berfantasi lah bujuk…

  67. bujuk
    February 21st, 2013

    BO LA weiiii…hahaha.

  68. bujuk
    February 21st, 2013

    Aku dulu pernah merantau d johor jugak, JB,skudai,tampoi,pontian,g.patah,5kedai,p.gudang,pelangi… majoritinya kedai cina. Tak tau hang cerita perniagaan melayu banyak d mana?
    HARTANAH tu boleh caya la kut… tapi area LINK ke-2 s’pore habis tanah melayu kena gadai zaman Muhyidin. Sebab tu tunM tarik dea ke pusat dan bagi Ghani jadi MB. Betul dak… orang johor?

  69. bujuk
    February 21st, 2013

    takpa.. aku tunggu lagi.

  70. DataCode
    February 22nd, 2013

    Orang pas buat-buat lupa siapa yang kata..orang umno tahu…

  71. UMNOPOWER
    March 1st, 2013

    Pegawai pejabat Tanah di Kelate kena rasuah dulu baru dia proses utk tukar nama tanah. Kalau yang tanah baru rentah dan lama rentah pun payah nak dapat geran. Nak kena suap dulu kat pejabat tanah tu. Nak tukar nama tanah baru beli pun nak kena suap duit pelincir juga. Ambo tahu sebab ambo pernah berurusan dgn pejabat tanah di KELANTAN . Nik Aziz pun tak dan nak Tarbiah puak puak pejabat Tanah ni supaya jgn amalkan rasuah. Itulah cara kerja puak pejabat Tanah di Kelante dan begitulah Kerajaan PAS. NIK AZIZ suruh pergi buka tanah di hulu dan akan dapat geran. Semuanya itu TIPU habis jual kpd sykt konon ladang rakyat …PAS TIPU

  72. bai bebas
    April 5th, 2013

    Assalamualaikum

  73. bai bebas
    April 5th, 2013

    Pas adalah parti warisan di kelantan, tetapi dinegeri lain pas adalah parti di sokong atas dasar kesedaran, berbeza tu.. sebab tu org-org pas dikelantan sayangkn pas sebab sygkn Ego mereka,

  74. AYOYO
    November 16th, 2013

    Oi babai cakap baik-baik sikit…inilah kepala hotak orang umunu…dia ingat semua benda atas muka bumi ni hak dia. Oiii jenis tak tau malu.NBila bagi bantuan mengungkit….itu bukan rete mak bapak kau….itu rete kerajaan. Rete kerajaan dari mana …dari rakyat melalui cukai. Adakah hanya orang umunu je yang bayar cukai, orang DAP, PAS, MIC, MCA, Gerakan, PKR dan lain-lain lagi tu tak bayar cukai ke…..fikir sikit.

  75. AYOYO
    November 16th, 2013

    Apa yang kamu kata tu akan dituntut oleh Allah di akhirat kelak…ingat kita semua nia akan mati…jangan sedap samakan seseorang dengan tok pekong.

  76. AYOYO
    November 16th, 2013

    Kalau UMNU tu ok…takkan rakyat Kelantan terus pilih PAS dari 1959-1978 dan 1990-2013….Fikirkan…ada sesuatu tak kene dengan UMnu di Kelantan.

  77. Melayulama
    November 16th, 2013

    RM250j tu gi mana, PKFZ tu gi mana…semua orang tau dah…wei jgn nak melalutla.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: