Pakatan Haram Hina Dan Persoal Status Kewarganegaraan Kadazandusun?

Sekali lagi saya ketawa besar membaca tulisan di sebuah laman portal pro-pembangkang, Suara Pakatan Rakyat, di mana penulisnya mahu Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menumpukan siasatan terhadap status kad pengenalan kaum “Kadazandusun” di Sabah.

Saya tak tahu siapa yang menulis artikel tersebut memandangkan tiada nama mahupun nama pena padanya. Namun saya percaya bahawa penulis artikel itu sememangnya seorang yang jahil dan menghina kaum pribumi di Bumi Di Bawah Bayu itu.

Suara Pakatan Rakyat mendakwa bahawa pendatang tanpa izin dari Filipina di Selatan Mindanao telah membanjiri Sabah suatu ketika dulu dan diberikan kad pengenalan percuma disebabkan iras wajah mereka yang mirip masyarakat “Kadazandusun”.

Penulis portal itu juga marah-marah apabila RCI hanya memberi fokus kepada warga India dan Pakistan sahaja di dalam siasatan mereka dan memaksa badan bebas itu menyiasat masyarakat “Kadazandusun” yang dia percaya bukan warganegara Malaysia yang sebenar.

Bagaimana penulis portal itu tak marah? Hanya lebih kurang 10 orang saja yang disabitkan sebagai saksi siasatan, sedangkan pihak Pakatan Haram mendakwa terdapat ratusan ribu warga asing diberi kad pengenalan percuma. Malulah Pakatan Haram kalau sekadar 10 orang saja, kan?

Mungkin disebabkan kekurangan saksi bagi membuktikan dakwaan dan mahu menjaga nama baik Pakatan Haram, maka portal pembangkang itu menuduh pula masyarakat Kadazandusun yang kononnya berselindung di sebalik iras wajah mereka…

Katanya, istilah Kadazandusun tidak pernah wujud dalam sejarah dan ia mula digunakana secara rasmi sejak tahun 1989 dulu. Betulkah fakta itu?

Menurut salah seorang rakan saya yang berketurunan Kadazan di Sabah, istilah Kadazandusun sebenarnya adalah merupakan istilah yang mewakili golongan kaum Kadazan dan Dusun yang berkahwin.

Maksudnya, kaum Kadazan berkahwin dengan kaum Dusun maka anak-anak mereka akan digolongkan sebagai Kadazandusun. Ia sudah wujud lama dulu di Sabah dan golongan ini berkembang menjadi ramai sehingga kini.

Kenapa penulis portal itu mendakwa istilah itu diguna secara rasmi pada tahun 1989? Mungkin dia sengaja berbuat begitu kerana mahu menyalahkan Allahyarham Tun Ghafar Baba dan bukannya Anwar Ibrahim sebagaimana yang didakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Sebetulnya, semua pihak di dalam kepimpinan BN menyebut bahawa Anwar Ibrahim berkait rapat dengan pemberian kad pengenalan kepada rakyat Sabah ketika itu yang agak terpisah dengan arus pembangunan dan agak sulit untuk memperoleh kad pengenalan.

Buruk betul perangai puak-puak Pakatan Haram. Malu kerana dakwaan mereka meleset, mereka sanggup menghina status kewarganegaraan masyarakat Kadazandusun yang diiktiraf sebagai salah satu etnik pribumi di Sabah.

Saya faham Pakatan Haram mahu menjajah Sabah, tapi tolonglah gunakan cara yang berhemah dan tidak menjijikkan seperti ini. Yang paling utama, tolong hormati sensitiviti kaum Kadazan dan Dusun yang banyak menabur jasa di selama ini…

Selama ini rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik itu hidup di dalam kerukunan yang damai dan tenteram. Tapi bila datangnya Pakatan Haram yang cuba menjajah ideologi dan politik di sana, tiba-tiba saja mereka dihina. Wajarkah begitu?

Barisan Nasional Sabah selama ini berhempas pulas dan bertungkus lumus merapatkan keharmonian kaum serta etnik di sana. Jadi, tolonglah jangan rosakkan keharmonian dan ketenteraman yang subur disemai oleh masyarakat Sabah selama ini.

Kalau betul nak menjajah Sabah, jagalah hati mereka dan harmonikan negeri itu dengan perpaduan di kalangan kaum. Tapi lain pula yang dibuat Pakatan Haram. Nak jaga hati mereka, tapi suruh RCI siasat dan persoalkan kewarganegaraan kaum di sana. Ada ke patut begitu?


Posted by dukeofmontecristo on February 12th, 2013 :: Filed under dukeofmontecristo,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

22 Responses to “Pakatan Haram Hina Dan Persoal Status Kewarganegaraan Kadazandusun?”

  1. baba
    February 12th, 2013

    syaitan pakatan ni memang jenis rasis paling besar kat malaysia ni

  2. DataCode
    February 12th, 2013

    Kalau itulah yang puak-puak haram jadah persoalkan ,nampaknya rakyat sabah harus tolak perjuangan pakatan haram jadah pada PRU-13 nanti,kerana tiada faedahnya menolong manusia bodoh yang sangggup menghina orang lain kerana mahu kuasa,apajadahny

  3. omega
    February 13th, 2013

    Eloklah mereka hina semua orang,kelak masa mengundi mereka akan menyembah setiap yg mereka hina utk satu undi. Orang Kadazandusun bukan bodoh utk menerima penghinaan mereka.

  4. siamang gagap
    February 13th, 2013

    Kalau oang kadazan dusun masih lagi nak memilih Penipu Rakyat maka siaplah untuk mereka dihina dan dicerca.

  5. siamang gagap
    February 13th, 2013

    Patutnya kadazan dusun persoalkan balik status cina yg diberi kewarganegaraan dalam dap yg rasis

  6. SebaikPerhiasan
    February 13th, 2013

    Persoalan yg mempertikaikan ras, bangsa atau kaum di Malaysia ini adalah persoalan yg sgt sensitif. Kita perlu sedar Malaysia ini merupakan negara majmuk yg terdiri drpd pelbagai bangsa. Kpd pemimpin BN dan PR, berpolitiklah secara sihat dan bertanggungjawab. Selesaikan isu sensitif secara rundingan. Bukan secara kenyataan melulu di media yg kemudian diserahkan bulat-bulat kpd rakyat utk menilai.

  7. wan
    February 13th, 2013

    Punya la bodoh bloger pembangkang…. penduduk kedazan dusun langsung tak sama dengan pendatang….amat berbeza dari segi wajah, bahasa dan warna kulit….kalau takda fakta, tak perlu la tulis blog. Nampak sangat bodoh dan jahil nya

  8. jinkun
    February 13th, 2013

    pemimpin PR nak berpolitik secara sihat??? kepala hotak ketua depa pun dah tak sihat…cmne nak politik sihat. Hok duk kat kelate tu minda pun xsihat masih lg nak rebut jawatan…apa kes??? kahkahakah

  9. djray
    February 13th, 2013

    cadangan kepada Pakatan Haram : Pegi lah jajah kandang babi saja yerk.. sebab di situ lah sesuai dgn nama Pakatan HARAM.. kalau boleh berkemah lah dalam kandang tu sekali sebab Pakatan Haram ni bau busuk memang dah mirip tahi babi dah!

  10. Topup
    February 13th, 2013

    betul tu , ada cina tak reti cakap melayu pon ada , jenis ni patut bagi kad pengenalan merah jer . Sebenarnya inilah punca Tun M disingkir dari UMNO dulu oleh TAR. Kalau lah masa merdeka dulu TAR agak tegas dengan status kerakyatan , Cina bagi status penduduk tetap tapi tak buleh mengundi , Wakil kaum dilantik dlm kerajaan . Aku rasa Malaysia tak lah panas mcm ni , apa pun sejarah tak boleh di ubah . Cuma sedih bila melayu dah lupa asal usul !

  11. Mohd Taib Kamin
    February 13th, 2013

    Menghina, mentohmah, memperlekeh dan memfitnah adalah kerja Pakatan Haram. Semuanya mereka lakukan atas kepentingan politik BODOH dan menjadi jerat makan tuan.

    Satu ketika dahulu Hadi Awang pernah ‘menghina’ rakyat Sarawak dengan mengatakan ‘orang bercawat tidak tahu mengundi’. Akhirnya kenyataan BODOH Hadi Awang memakan dirinya sendiri.

    Jika pemimpin2 pembangkang ini cerdik, mereka tidak akan ‘bercakap’ ikut sedap mulut mereka sahaja. Malang bagi penyokong2 pembangkang kerana mempunyai pemimpin2 yang bersifat PEMBANGGANG. Wallahualam.

  12. Moo
    February 13th, 2013

    Aku nak tanya, pemimpin Isle UMNO yg introduce PSY kat Konsert…Aku mati2 ingatkan Pemimpin umno No 1 ni, pejuang isle….

  13. m8
    February 13th, 2013

    Orang DAP/PAS nak konsesi balak je, tengok kedah dan kelantan, kalau tak de balak, buat tempat judi/pelacuran je.

  14. mamu
    February 13th, 2013

    Lebih kurang 49 atau lebih etnik di sabah termasuk sub etnik . Aku kerap berkunjung ke sabah ni. Walau pun mereka berbilang kaum mereka saling hormat menghormati.
    Sebenarnya ini satu kredit untuk Bn khususnya apabila pakatan haram bertindak dan membuat kenyataan sedemikian pada bumiputera majoriti (kadazandusun) di sabah tersebut.
    Kenapa mesti pertikaian kerakyatan mereka?
    Atau adakah faktor disebabkan daripada mereka ada yang menganuti agama islam, mengamalkan adat adat melayu islam
    meninggalkan agama nenek moyang mereka, maka wajib mempertikai kerakyatan mereka?
    Ternyata pakatan haram membuat pertimbangannya politik yang bodoh.

  15. akmal
    February 13th, 2013

    pukitan rakyat ni semua dia bole buat.mcm khinzir

  16. bangKano
    February 13th, 2013

    Ikut maklumat dari pembacaan etnik Kadazan ada la penganut kristian & paganisme sementara Kadazandusun menganut agama islam. Maklumat ni di sah kan sendiri oleh kaum Kadazan sendiri.

  17. bangKano
    February 13th, 2013

    Memang betoi aku ada soghang kenalan dia ni pengikut tegaq PR bila badan dia berpeluh tu dia mak datuk…..bau melantong macam tahu babi nak termuntah aku.

  18. dd
    February 14th, 2013

    sial punya pakatan..pandai2 ja ko hina kadazandusun….tau la nk menang pilihanraya xpyh la nk hina smua kaum…bukankah dlm undi tu xblh ada isu perkauman…..bodoh….

  19. dd
    February 14th, 2013

    korang ingat org kadazandusun tu org filipina ka????cba selidik btl2..jgn pandai2 mau hina kaum org…

  20. dd
    February 14th, 2013

    btl tu

  21. Hamba Ar Rahman
    February 15th, 2013

    Kamu ni kalau nak buat cerita pun tengoklah kiri dan kanan dulu…kecik laa hati Tok Guru…sebb pejuang Isle…puak2 sana jer….nun….dok di negeri Cik Siti Wan Kembang tuu…kalau tempat lain dia tak sebut Isle..dia sebut Islam…

  22. raplahjingaa
    February 17th, 2013

    hehe…gulai kacang dhal punya pasal ye tak mooo ??

Leave a Reply

Type your comment in the box below: