9
Feb

SAPP Bukti Kegagalan Anwar Mengurus Politik Sabah

PARTI Sabah Progressive Parti (SAPP) yang dipimpin Yong Teck Lee semalam disingkirkan Anwar Ibrahim dari menjadi sekutu Pakatan haram di Sabah dalam pilihanraya akan datang.

Pening dengan tuntutan melampau SAPP yang meminta 40 kerusi DUN, Anwar bertekad untuk hanya memberi tumpuan kepada dua pertubuhan politik ad-hoc Sabah iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang masing-masing dipimpin 2 bekas ahli Parlimen BN iaitu Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing.

Walhal, kedua-dua pertubuhan politik tersebut masih setahun jagung umurnya, ditubuhkan pulak oleh bekas pemimpin UMNO dan UPKO tanpa matlamat yang jelas.  Keluar UMNO dan UPKO pun sebab tuntutan peribadi masing-masing tidak dipenuhi.  Berbanding dengan SAPP yang lebih lama dan matang dengan politik Sabah.

Tapi tidak mengapalah kata Anwar, APS ke, PPPS ke atau GPS sekalipun, bertanding nanti tetap guna lambang PKR.  Hujung pangkalnya, tetap PKR juga yang untung.

Bagaimanapun, Anwar terlupa, bila dia gagal menyelesaikan masalah pembahagian kerusi di Sabah ini, ia juga menunjukkan Anwar seorang pemimpin yang gagal juga.  Walaupun urusan di Sabah ini diserahkan kepada blue eyes boynya, si Azmin Ali, tapi sebagai mastermind kepada segala pergolakan politik di Sabah, Anwar memikul tanggungjawab penuh atas kegagalan ini.

Disamping itu, membuktikan juga taktik Anwar menjanjikan satu jawatan kepada banyak orang, sudah mula makan diri.  Dulu, dia janji jawatan Ketua Menteri Sabah pada Yong Teck Lee, bila Lajim dan Bumburing melompat keluar dari Bn, jawatan itu dijanjikan pula kepada kedua mereka (secara giliran).

Sekarang bila Teck Lee tuntut janji, Anwar dah pening, penyudahnya Teck Lee diketepikan.

Nasib sama penulis yakin akan melanda PAS dan DAP di Semenanjung ini juga.  DAP mungkin kurang impak kerana parti itu kurang nak berkompromi, paling teruk PASlah.  Kerusi majoriti Melayu, jangan mimpilah PAS nak bertanding, PKR akan utamakan calonnya dulu.

Macam biasalah PAS, pergi mana-mana pun memang ditakdirkan untuk jadi bodoh dan diperbodohkan sahaja.

Jadi benarlah kata Perdana Menteri semalam, kalau Pakatan ini kalah nanti, jangan cuba nak sembunyikan kelemahan dengan menimbulkan huru hara ya.  Pasal PM pun tau, dari data dan perkembangan semasa, puak-puak ini akan tewas dalam pilihanraya akan datang kerana sibuk berebut sama sendiri.

Paling tidak 5 kawasan parlimen di seluruh negara akan menyaksikan PAS bertanding menentang PKR dan PKR bertanding menentang DAP.  Kita ada semua maklumat ini, tunggu masa sesuai nak dedah saja.

Mungkin lepas 22hb inilah kot!!!

Opppss…..

Ada 17 Comments setakat ini.

  • baba
    February 9th, 2013 at 10:54 PM

    SAPP yg kecik pun anwar tak boleh nak handle berlakon konon2 dah ada support dr ahli parlimen bn…….mengarut lebih la si aljub ni

  • tony gunawan
    February 9th, 2013 at 11:37 PM

    kalau BN kita tengok PPP apa???????????

  • mamu
    February 10th, 2013 at 12:22 AM

    Itulah, budaya politik di sabah cukup berbeza dengan budaya politik di semenanjung, malah budaya politik parti pembangkang di Sabah pun berbeza dengan politik semenanjung.
    Jadi aku tidak hairan jika SAPP tuntut begitu banyak kerusi sebanyak itu, dan aku sudah bolehpredict anwar akan gagal handle masalah politik di sabah ni.
    Si Yong teck lee ini satu ketika dahulu beriya iya dengan prinsipnya kononnya “sabah for sabahan”, tapi apakah dia sekarang sudah lupa dengan prinsipnya dahulu yang mahu sabah merdeka dari malaysia ini?
    Prinsip inilah yang juga dibawa oleh Pairin dulu.
    Jadi pola politik parti pembangkang di sabah adalahh mahu kemerdekaan yang mutlak. Bukan mahu bersekongkol dengan pakatan haram. Jadi patut lah si lajim ukim jadi bodoh sebab di tipu oleh anwar kononnya kerusi KM Sabah untuknya.

  • EVLee
    February 10th, 2013 at 12:40 AM

    “Negeri di bawah bayu” …angin di sana tentunya lain berbanding dengan Semenanjung, betul tak Encik Baba? Si Anuwek tu ingat dia boleh bawa cara sembrononya kat sana…seperti yg biasa dilakukannya di sini. Silap besar lah …

  • EVLee
    February 10th, 2013 at 2:16 AM

    Kemerdekaan mutlak? Maksud Boss Mamu berpisah dari Malaysia? Parti seperti ini lebih mudah dikenali berbanding jenis pembangkang yg mahu ‘merdeka’ dengan mengekalkan autonomi Sabah(tanpa campurtangan parti2 dari Semenanjung).
    Kalau kita tengok dari tindakan PKR semasa PRU12 dulu, dengan meletakkan 54 pencalonan bermakna PKR lebih berminat untuk ‘menguasai’ Sabah. Sudah tentu ini tidak selari dengan matlamat pembangkang di sana, seperti mana yg Boss Mamu sebutkan. Jenis kerjasama/pakatan yg menyakitkan otak.
    Tak tahu pula perkembangan UBA(United Borneo Alliance) setakat ini; kiranya kesemua parti/gabungan mengekalkan momentum, bermakna Sabah akan menyaksikan pertandingan 4 penjuru > BN-UBA-PR-Bebas. Waullahu’alam

  • tengkudin
    February 10th, 2013 at 11:17 AM

    aljuburi kalau chinadoll boleh la dia handle..tapi sorang sorang je la..hehehe

  • zumazore
    February 10th, 2013 at 1:56 PM

    masih tak sadar2 lagi mamat ni… oiiii sadar la oiii yg sedara al-juburi LBGT tu auta sama hang, kencing sama hang… aduhhh nak sedarkan mcm na aku pun tak tau mngkin nikmat berpikir secara rasional dah di tarik nikmatnya oleh ALLAH dari diri ko tak?… kesian!

  • haprak (HAncur Pakatan RAKyat)
    February 10th, 2013 at 2:13 PM

    al-juburi merajuk tak dapat sabah doll

  • Anak_Nogori
    February 10th, 2013 at 4:49 PM

    baru Yong Teck Lee sedar siapa Aljobori sebenarnya.

  • tony gunawan
    February 11th, 2013 at 8:43 PM

    kita tengoklah kayveas dapat apa???
    dapat telur dari najib!!!!!!
    hahhhaaahahhahah!

  • bujuk
    February 12th, 2013 at 3:53 PM

    Macamana aku dapat tahu… Yong Teck Lee akan bertanding tiket PKR. Jadi patut la kalau SAPP tak joint PR sebab dorang joint PKR.

  • jalil
    February 12th, 2013 at 5:23 PM

    saya rasa zumazore ni jenis suka juburi orang ….

  • anakbochek
    February 12th, 2013 at 11:38 PM

    tony gunawan ni banyak sangat makan semut, tu pasal bebal tak sudah.

  • siamang gagap
    February 13th, 2013 at 1:40 AM

    Sikit hari lagi Lajim Ukim pun kena tendang dengan anuwar. Kalau Yoong Teck Lee yg lagi besar pengaruh disabah pun tak mahu beralah dengan arahan anuwar, rasanya lepas nie lajim ukim jugak akan buat perangai

  • omega
    February 13th, 2013 at 1:41 AM

    Nik Aziz dapat kek utk tutup mulut.

  • omega
    February 13th, 2013 at 1:42 AM

    Sedar selepas dubur dia diratah oleh anuwar, baru padan muka

  • yeop perak
    February 13th, 2013 at 1:43 AM

    tu pun perlu ada bantuan, kalau takat dia ayat dan tabur duit mampus china doll pun tak mahu. Ada bau anuNya

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!


© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.