MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Tabung Memali: Terlepas Di Dunia Tidak Bermakna Terlepas Di Akhirat…

Sayu sungguh mendengar cerita dari seorang penyokong PAS tegar di Baling, Kedah, yang menceritakan tentang nasib balu dan anak-anak yatim mangsa tragedi Memali yang begitu malang setelah kehilangan tempat bergantung hidup…

Ketika tragedi itu berlaku, PAS cuba menonjolkan diri sebagai “pembela” nasib mereka. Namun tidak disangka-sangka, masa depan mereka telah dipersia-siakan dan terpaksa hidup mengemis tanpa sebarang pembelaan.

Malah lebih menyedihkan, hidup mereka melarat dan hak yang sepatutnya mampu membantu mereka mendapat sebuah kehidupan yang sempurna telah dinafikan dengan zalim oleh para pemimpin PAS…

Siapa yang pernah bertemu dengan Cikgu Non atau nama penanya, CN Al-Afghani, pasti tahu tentang cerita kezaliman PAS ini. Dan parti itu semahu-mahunya cuba menutup mulut Cikgu Non dari terus membongkar kejijikan “perut busuk” di dalam PAS..!

Menurut Cikgu Non, PAS telah mewujudkan Tabung Memali dan mereka telah berjaya mengumpul jutaan ringgit dari pihak yang bersimpati terhadap mangsa tragedi berdarah itu. Malangnya, Tabung Memali yang tidak pernah diaudit itu “lesap” entah ke mana…

Cikgu Non menceritakan bahawa ada dari kalangan balu dan anak-anak yatim itu hidup melarat seperti pengemis yang meminta simpati dan ada pula yang terbiar serta meninggal dunia dalam keadaan yang mengaibkan akibat kemiskinan.

Sangat menghairankan bila 14 keluarga waris mangsa ini hidup sengsara sedangkan Tabung Memali yang dikutip khas untuk mereka berjumlah jutaan ringgit! Sepatutnya, mereka mampu hidup dalam keadaan yang cukup sempurna, bukan?

Apa yang PAS buat dengan duit sebanyak itu? PAS guna untuk beli bendera dan beras untuk diedarkan ketika berkempen pilihanraya, kah? Atau wang tersebut digunakan untuk membeli Honda CRV buat Mat Sabu pergi kutip duit ceramah?

Cikgu Non berkata, Kerajaan BN ketika itu telah memberikan wang pampasan kepada waris mangsa tragedi Memali berjumlah RM300,000 di mana 14 waris tersebut dianggarkan menerima sebanyak RM20,000 setiap seorang.

Paling menarik, PAS yang kononnya “pembela” telah mengupah peguam untuk menyaman Kerajaan BN ketika itu atas kejadian tersebut dan khidmat para peguam itu dibiayai sepenuhnya oleh PAS Pusat.

Tapi, datang pula seorang wakil PAS Kedah yang mengutip wang sebanyak RM1,500 dari setiap keluarga mangsa, kononnya bagi membiayai kos guaman, perbicaraan di mahkamah dan sebagainya!

Secara percuma saja mangsa-mangsa tersebut dianiaya oleh PAS Kedah. Segala kos guaman dan perbicaraan itu adalah percuma sebenarnya, tapi PAS Kedah pula dapat untung dengan menipu setiap keluarga malang itu, bukan?

Saya tertanya-tanya, apakah PAS Pusat ketika itu tidak mengajar PAS Kedah tentang hukum memakan hak anak yatim menurut agama Islam? Tak tahulah saya sekiranya “agama” PAS “menghalalkan” makan hak anak yatim..?

Sehingga kini, saya difahamkan sudah berkali-kali laporan polis telah dibuat oleh Cikgu Non dan kes itu belum selesai disiasat sehingga kini dipercayai kerana ketiadaan maklumat akibat kes terpendam terlalu lama.

Saya berpandangan bahawa berkemungkinan PAS boleh terlepas dari hukuman mahkamah di dunia memandangkan ia hanyalah hukum yang dicipta manusia yang bersifat tidak sempurna sebagaimana keadilan di padang Mahsyar nanti.

Tunggulah di akhirat kelak dan jangan terkejut sekiranya puak-puak PAS yang kononnya ada “tiket ke syurga yang dihadiahkan Nik Aziz” akan dihumban ke neraka disebabkan skandal Tabung Memali ini…Wallahua’alam.


Posted by dukeofmontecristo on February 9th, 2013 :: Filed under dukeofmontecristo,Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

63 Responses to “Tabung Memali: Terlepas Di Dunia Tidak Bermakna Terlepas Di Akhirat…”

  1. PASpartyNGOK
    February 9th, 2013

    Muttakhir ini kita ada terima beberapa bentuk propaganda masok ke gadget kita. Ajak kita tumbangkan kerajaan korup. Bersatu tukarkan yg korup kepada yg lebih elok.

    Satu kempen yg baik, satu niat murni kearah satu reformasi berwawasan.

    TApi masaalahnya… mana kerajaan korup, mana pengganti yg bersih tak ada korup.

    Duit yg dikutip utk bantu balu dan anak yatim pun kena sapu… apa pulak nak panggil..

  2. tengkudin
    February 9th, 2013

    Apa agaknya hukum ambik duit anak2 yatim ye wahai totok PAS terutama MATSABURIT???

  3. tengkudin
    February 9th, 2013

    Buku air mata memali pun PAS nak halang disebarkan pada umum!! Itu tandanya apa??

  4. mamu
    February 9th, 2013

    Di sini boleh kita lihat dengan mata hati bashirun kita apabila hadi munafik kata negara Islam tiada dalam quran, yang ada hanya negara kebajikan kepada media satu ketika dulu. Ini satu kenyataan untuk mengelirukan orang melayu dalam masa yang sama menjaga hati rakan mereka Dap.
    Tetapi adakah Pas telah menunaikan kebajikannya terlebih dahulu terhadap waris waris keluaga memali tersebut?
    Apakah hadi munafik sudah lupa perjuangan mereka adakah mahu menegakkan negara islam yang tidak ada dalam quran tu.
    Ternyata si ibrahim libya mati nya hanya sebagai mati katak.
    Tiada satu pun kebajikan untuk mereka.

  5. Andik
    February 9th, 2013

    Tak Pasal pasal nanti umno yang salah dalam kes tabung memali ni.. dah agak cai pas punya jawapan……he…. he….. he……..

  6. randomsee
    February 9th, 2013

    benda yang diamanahkan pun mereka boleh seleweng….makan harta anak yatim plak tu…gila sungguh Pas

  7. Mohd Taib Kamin
    February 9th, 2013

    Pada hari Jumaat lepas di Masjid tempat saya bersolat jumaat, khutbahnya membawa tajuk : ‘Pemimpin adalah pemegang amanah’. Diakhirat nanti setiap kita akan disoal mengenai kepimpinan kita. Suami adalah pemimpin rumah tangganya, pemerintah adalah ppemimpin kepada rakyatnya dan begitulah seterusnya.

    Dalam isu Memali ini saya percaya ada berlaku penyelewengan dan kezaliman. Dahulu perkara ini boleh ‘ditutup’ oleh ppemimpin2 Pas tetapi kini ianya ditimbulkan semula oleh kalangan ahli2 Pas sendiri yang sudar mendapat hidayah dan petunjuk Allah SWT. Sedihnya pemimpin2 Pas yang mencetuskan idea ‘jihad’ dan “syahid’ kerana menentang UMNO, hari ini terbukti BACUL kerana tidak berani bertanggung jawab. Malah llebih memalukan apabila menuduh ahli2 Pas sendiri sebagai pelampau. BODOHnya dia kerana lupa atau buat2 lupa bahawa peristiwa berdarah memali berlaku kerana Amanatnya yang sesat lagi menyesatkan. Ketika dia berseronok2 dengan isteri2nya, mangsa Memali yang terdiri dari balu dan anak2 yatim dizalimi dengan cara ‘merompak’ hak mereka untuk kkepentingan peribadi pemimpin2 Pas sendiri. Wallahualam.

    mtk

  8. Andik
    February 9th, 2013

    Harapkan serban aja besar bakul….. tapi bila duit melonggok depan mata…….hancus beb……

  9. pasti lingkup
    February 9th, 2013

    terangkat serban tok aji pas tgk duit..

  10. Data Code
    February 9th, 2013

    Hebat,manusia hipokrit,manusia yang nampak orang lain buatsalah,manusia yang menghukum orang lain dengan hukuman ikut sepad mulut,itulah dia lebai-lebai mangkoq tandas HamPAS.mana pi duit tabung mangsa Memali?…

  11. PASpartyNGOK
    February 9th, 2013

    Mereka kata mereka sedang berjuang utk menegakkan agama. Kerena mereka sajalah puak yg mampu utk menegakkan agama. Kerjaan sekarang mentadbir tanpa mengikut shariah kononnya.

    Mereka agungkan kafir. Kafir tak tutup aurat masok masjid. Nama Allah digadai tak bertebus.

    Konpius TAk ???

    SApa yg sebenarnya jaga agama?

    Sapa pulak yg rosakkan agama ??

    KONPIUS BRADER….

  12. PASpartyNGOK
    February 9th, 2013

    SETan besar DAP dengarnya sudah semakin panjang tanduk mereka.

    Apa tidak, mereka dimuliakan lebih dari imam. Mereka dipuja macam khalifah.

    Sapa punya kerja ini semua? Kenapa tak bileh nampak. Kenapa susah sangat nak mengaku.

    Kita nasihatkan puak ini supaya berhenti jadi kaum MUNafiqin dengan kadar segera. Jika Mati tak sempat bertaubah, susah dbuatnya. Musim CNY ini banyak kemalangan maut. Tak takut jadi salah seorang mangsa ke. Mati tak sempat bertaubah.

  13. siamang Gagap
    February 9th, 2013

    PAS tertubuh atas rasa dengki serta tamak oleh bekas pemimpin mereka. Perjalanan PAS dalam arus perdana politik negara selama lebih dari 50 tahun hanyalah dengan mengambil kesempatan dalam semua pekara. Samada agama mahupun manupulasi kehidupan rakyat. Rata2 yg menyokong PAS adalah dikalangan mereka yg kecewa serta gagal dalam hidup. Miskin kerana malas serta suka berangan-angan.

    Tak hairanlah kisah memali bebar-benar berlaku kerana utk meneruskan kelangsungan hayat politik segelintir pemimpin pas seperti nik aziz dan hadi awang.

    Saya percaya selepas ini ada banyak pekara dasyhat akan berlaku kerana tuhan yg mereka sendiri sembah dalam solat 5 waktu pun boleh disama taraf dengan tuhan kristian yg ada anak dan roh kudos.

    Selagi pas dipimpin oleh dewa bernama nik aziz maka tidak mustahil pekara yg lebih teruk boleh berlaku.

  14. gambus
    February 9th, 2013

    inilah perangai orang PAS macam haramjadah , yang paling lawaknya kalau kita cakap dengan pencacai mereka ni semua boleh dorang kata , waris memali ni dah dapat semua duit .. hahaha otak orang PAS ni mmg tolol sikit , dah semacam kena program untuk jilat segala pemimpin mereka

  15. Invesiblemen Al Mahdi
    February 9th, 2013

    Panggil saja KURAP.

  16. Invesiblemen Al Mahdi
    February 9th, 2013

    Sebahagiannya mungkin kesini..akhirnya ..” TIANG ITU MENJADI TANDA TANYA..” Wallahualam…

    http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c100.0.403.403/p403x403/11816_430142257062688_658611494_n.jpg

  17. pasdaplaknat
    February 10th, 2013

    Itulah Slogan KORUP dr LUBUK KORUPSI..
    Mereka Pakatan Korup buat korupsi berlambak2.. tp mereka boleh buat bodoh kering kerana salakan mereka memfitnah orang lain cukup kuat, perang psikologi mereka sedikit sebanyak berjaya menarik golongan mentah (muda mudi dan tua jahil) percaya dgn propaganda begitu.

  18. pasdaplaknat
    February 10th, 2013

    klu korang nak tahu budaya dlm PAS, apa benda kerja aktiviti parti pertama sekali ialah PAU duit.. WaLAUPUN telah ada dana dan sumbangan, cmm mana pun mereka tetap akan fikir nk PAU.. derma JIHAD atau INFAQ adalah slogan utk mengepau paksa rela..

    yg peliknya yg selalu kena PAU ialah org bawah2, sistem dlm PAS banyak menyembunyikan SISI GELAP melalui TABIR AGAMA… senang ckp..

  19. pasdaplaknat
    February 10th, 2013

    Akibat kedayusan dan sifat MUNAFIQ PAS Laknatullah, lihatlah bagaimana Krjn DAP Harbi Penang mahu rosakkan Aqidah umat Islam secara berperingkat dan berterusan..

    Sambutan Maulid Rasulullah mengapa gambar dan imej LGE ditonjolkan pulak?

    Syaitan berkepala manusia ini yg lebih2.. krn dia mahu carikan keimanan cai2 PAS lebih cair, dia sudah berjaya laga2kan dan pecah2 golongan dlm PAS..

    mari tgk si TOKONG LGE ni semakin menjadi2… PAS Lembu tk bising pun.. tunggu Majlis Suro PAS yg sedang tido!

    http://apple-biru.blogspot.com/2013/01/gambar-tokong-sambutan-maulidur-rasul-pulau-pinang.html

  20. bujuk
    February 10th, 2013

    Boleh sapa2 jawab.. kenapa kes memali dah hampir 30 tahun tak selesai lagi? Setelah ramai saksi dan waris dah mati.. tapi kes masih sepi.
    Ni lagi 1 yg. aku confius.. “Cikgu Non berkata, Kerajaan BN ketika itu telah memberikan wang pampasan kepada waris mangsa tragedi Memali berjumlah RM300,000 di mana 14 waris tersebut dianggarkan menerima sebanyak RM20,000 setiap seorang”
    Apasal k’jaan bagi pampasan jika kata mereka tu PENGGANAS dan SALAH. Apakah k’jaan dah tukar prosedur.. bagi pampasan pada pengganas dan penjenayah?

  21. raplahjingaa
    February 10th, 2013

    alaaaa bujuk..cai yang ditangkaop merusuh masa bershit pun kerajaan bagi makan free, tu bukan pampasan itu kesian dekat anak bini depa…tak kan bapak pengganas anak kerajaan nak hukum jugak ??

    Persoalanya kat sini, penipuan melampau hangpa pada si mati dan keluarga mereka.
    dah la orang tu susah…hangpa sesatkan pulak, lepas tu hangpa ” pau ” lagi duit depa.

    kalau syaitan jahat…aku rasa hangpa lagi jahat !

  22. bangau
    February 10th, 2013

    cakap takde fakta… sapa nak percaya cai semua sama je cam utusex min tembak je ….

  23. raplahjingaa
    February 10th, 2013

    Yang aku sedih baca buku cikgu non, bila PAS menabik dada kononnya mereka akan tanggung segala perbelanjaan guaman, anak isteri pengganas memali…tapi secara senyap depa pi kutip kat keluarga mangsa sorang RM 1,400, sampai sekarang haram habuk pun depa tak dengar apa-apa cerita.

    Zalim sungguh PAS !

  24. anti bohmau
    February 10th, 2013

    bujuk bucuk bacing!

    sampai bila hang nak membela puak2 pas yg terang2 memakan harta anak2 yatim memali tu? habih semua terpalit ni, dari mat sabu, hadi, nik aziz & seluruh ahli parti termasuk hang krn ‘mengaminkan’ perbuatan orang2 pas yg mnetekedarah duit anak2 yatim ni.

    begitu juga dgn kohilal! hang tau dak ada kawan aku bekas ahli pas yg bersumpah ‘aku tak halal duit saham kohilal aku & kita jumpa di akhirat’ kpd pemegang amanah kohilal sbb dia niat nak bawa arwah makbapak dia pi mekah dgn untung kununnya perniagaan kohilal dulu!! salah sorang pemegang (tak) amanah tu ialah bapak budak syiah biadap khalid ismeth celako celako celako tuh!!!

    dah berlambak2 kisah penyelewengan pemimpin2 pas tp nak tutup perbuatan buruk depa, puak2 pr sentiasa kata pemimpin2 umno rasuah, pemimpin2 umno makan duit rakyat…ingat duit depa sgtla? org umno pun ada duit jugak, bayar jugak cukai tiap2 tahun!!

  25. haprak (HAncur Pakatan RAKyat)
    February 10th, 2013

    macai pas cuba bela pas pusat, kalau kau ‘syahid’ dalam memali pun anak bini kau kerajaan bagi pampasan la bujuk oi, tapi derma memali pas jangan harap la nak rase, pegi lah mengemis

  26. bujuk
    February 10th, 2013

    berapa pulak pampasan Al-Maunah yg. rampas senjata d kem tentera? Bagaimana pulak tahanan ISA?

  27. bujuk
    February 10th, 2013

    Jangan bohong la…. berapa keluarga ahli Al-Maunah dapat? berapa ribu sebulan k’jaan bagi pada tahanan ISA? Berapa pulak k’jaan belanjakan terhadap keluarga penjenayah2 seluruh negara yg. merengkok dalam penjara dengan pelbagai kesalahan…
    Wahai rakyat m’sia apakah kalian semua setuju semua keluarga tahanan dan penjenayah d beri PAMPASAN d atas jenayah yg. mereka lakukan? jika tak setuju, kita kena ubah k’jaan hari ni yg. membelanjakan sewenang2nya duit rakyat pada keluarga penjenayah.

  28. mamu
    February 10th, 2013

    Hang aku tengok cuba memberi psikologi yang terbalik. Kau juga tahu punca peristiwa memali itu terjadi. Jadi persoalan dia kerajaaan suda menjalankan tanggungjawab dia memberi pampasan kepada Pas.
    Isu dia, mana dia kebajikan kerajaaan kebajikan Pas pada waris waris kes memali tersebut?
    Kau jangan anggap tindakan peribadi musa hitam itu kau mahu mengandai umno menghalalkan peristiwa tersebut.
    Jadi bagaimana pula nasib polis yang terkorban dan tercedera akibat geng ibrahim libya tersebut?
    Tunai dulu kebajikan pada mereka yang hadi kata negara islam tak ada dalam kitab quran tu dulu.
    Bukan kah ibrahim libya tinggal kerajaan masuk Pas utk tubuh negara islam?

  29. mamu
    February 10th, 2013

    Sepatutnya memang tidak layak mereka ini tidak mendapat sedikit pun pampasan jika mahu mengangkat senjata yang mahu menggulingkan kerajaan yang sah dan Yang Dipertuan Agong.
    Mahu menggulingkan kerajaaan melayu islam yang menjadikan islam sebagai agama rasmi dan menjalankan urusan pentadbiran dengan meletakkan prinsip islam sebagai asas pentadbiran. Jadi kau fikir layak ka?

  30. raplahjingaa
    February 10th, 2013

    Kerajaan bagi pampasan kat anak bini depa bujuk…atas dasar simpati disebabkan kebodohan suami depa jadi pecacai PAS tahap melampau. Yang hangpa pi kutip pulak duit kat depa tu nak buat apa ???

    Al Maunah ??? mencuri senjata api…menentang yang dipertuan agung..M kugan pulak atas dasar apa hangpa pi usung gambar dia merata alam ??

    tahanan isa ?? depa kaya raya bujuk..hang tengok lah bekas tahanan isa yang ada….alaaa bukan hang tak tau, dewata hang semua tu…

  31. raplahjingaa
    February 10th, 2013

    psikologi bujuk ???? hehehe…kat tadika PASTI boleh laaaaa…

  32. Topup
    February 10th, 2013

    Itulah golongan khawarij , sepatutnya kita perangi mereka habis habisan !

  33. DataCode
    February 11th, 2013

    apakah jika jiran membantu sebiji beras kepada ahli keluarga penjinayah,itu dikatakan membantu penjinayah,atau orang-orang pembangkang kira jika si bapak kaki judi ,anaknya juga digolongkan sebagi kaki judi.

  34. Jinkun
    February 12th, 2013

    hang menyalahkan krjaan krn bg pampasan tp hang tak salahkan PAS ambik duit balu memali. manusia jenis apa hang ni? kenapa hang tak bongkarkan kes duit tabung memali? utk pertanyaan hang kenapa kjaan bg pampasan, aku bg hang satu perbandingan…kenapa penduduk setingan kerjaan bg pampasan apabila kerajaan nak ambik balik tanah tu? sedangkan tanah tersebut adalah tanah kjaan. adakah kerajaan bersalah? TIDAK kan? krjaan nak tolong ringankan beban depa. so sama lah cm kes memali. tak gitu?

  35. bujuk
    February 12th, 2013

    So… maksud hang K’jaan bersalah, dan pampasan adalah sebagai menebus kesalahan k’jaan?
    Kalau k’jaan yg. salah kenapa PAS pulak yg. d persalahkan. PAS memang ada tabung bantuan pada anak2 pejuang memali yg. syahid. Tak perlu d hebohkan sekadar nak tarik undi, biarlah Allah yg. membalasnya.
    Nasib anggota POLIS yg. terkorban hanya Allah yg. tahu, tapi k’jaan tak boleh lepas tangan.
    Ibrahim Libya tinggalkan jawatan pegawai k’jaan untuk menjadi pejuang ISLAM…. pejuang PAS la tu.

  36. bujuk
    February 12th, 2013

    Dah bagi pampasan hang tanya layak ka…
    tentu lah layak jika K’jaan mengaku SALAH. kalau k’jaan tak salah kenapa dah 30 tahun tak selesai lagi kes memali ni.

  37. bujuk
    February 12th, 2013

    Tidak selamat siapa pun juga tak kira ahli parti umno/pas jika mereka kianat dan pecah amanah. Tapi menuduh orhang yg. tak bersalah pecah amanah dan khianat tu adalah fitnah dan dosa besar.

  38. bujuk
    February 12th, 2013

    hahhaa… apa punya alsan la.

  39. bujuk
    February 12th, 2013

    Mana sama k’jaan bagi PAMPASAN dengan bantu jiran yg. susah. PAMPASAN tu adalah HAK, sama macam ROYALTI tu HAK, sedangkan wang EHSAN tu bukan HAK. Bila k’jaan bagi PAMPASAN, maknanya k’jaan mengaku salah menyerang Ibrahim Libya. Kalau k’jaan bagi bantuan pada keluarga mereka… itu isu kemanusiaan.

  40. bujuk
    February 12th, 2013

    Nak salahkan PAS ambik duit tabung memali macamana kalau takda bukti PAS ambik duit tersebut. PAS yg. tubuhkan tabung tersebut… macamana pulak PAS yg. songlap. Kalau betul… tolong ambil tindakan ada mereka yg. terlibat, tak perlu tuding jari pada semua orang.

  41. Jinkun
    February 12th, 2013

    hahaha…yg Cikgu Non duk bising tu apa dia??? Dia ahli UMNO ke??? Bukan kah Cikgu Non tu salah sorg yg terlibat ngan tabung tu….so dia ada bukti lah penyelewengan berlaku…hanya hang je buat2 tak tau. Dan skrg pun cikgu Non dah sahut cabaran utk ambik tindakan, so sama2 kita tungguuuuu…

    Pas yg tubuhkan tabung tu tapi pemimpin PAS yg songlap duit tu bodoh..masuk poket sendiri….hang pun dah akui adanya tabung tersebut, so mana perginya duit tabung tu kalau tak masuk poket pemimpin PAS??? Pasal waris2 memali tak rasa pun duit dr tabung utk depa…kalau tak songlap apa namanya tu….jawap ler..kahkahkah…JANGAN CORNER2….

  42. Jinkun
    February 12th, 2013

    Hang tau ke pemimpin PAS tak bersalah dalam kes tabung memali ni???? jangan lah hang duk cover membabi buta….hang pun tak dapat apa2 hanya dosa bersubahat je.

  43. Jinkun
    February 12th, 2013

    tak semesti bg pampasan kjaan salah bodoh…yg salah adalah hadi krn buat amanat sesat lg menyesatkan. Tak pasal geng2 memali yg taksub ni terpengaruh ngan dakyah PAS yg songsang.

  44. zarman
    February 12th, 2013

    awat hang tak jawab kemana duit tu pi bujuk? apa yang hang tulis kat atas tu hanya nak lari dari isu sebenar…. hang kan wakil pas disini… ulasan hang pun mengalahkan presiden pas (walaupun hang hanya macai biasa).

  45. zarman
    February 12th, 2013

    ya jugak tu bujuk…. aku rasa umno yang songlap duit tu, bukan begitu?….
    HA HA HA HA HA HA HA HA HA !!!!!!!!!

  46. zarman
    February 12th, 2013

    ha ha ha ha ha !!!! bila kena batang hidung, baru sedar dosa pahala???? ha ha ha!!! cantiklah bujuk…

  47. zarman
    February 12th, 2013

    pas pejuang islam? tak paham aku ni bujuk, hang tengah mengigau ke?

  48. zarman
    February 12th, 2013

    oooooo bila lama tu kira kerajaan salah lah ye? jadi amanat haji hadi yg dah 30 tahun tu kira hj hadi salah lah ye?
    memang ko buta hati….

  49. bujuk
    February 12th, 2013

    yg. tu tak masuk mahkamah.. takda pendakwaan.

  50. bujuk
    February 12th, 2013

    sebab tak tahu la… tak boleh fitnah. Kalau tau dan ada bukti.. bawak p mahkamah.

  51. bujuk
    February 12th, 2013

    Takpa la… kita tunggu, jangan mendahului mahkamah dan tuan Hakim… boleh.

  52. anakbochek
    February 12th, 2013

    Saya setuju 100% apa yang tuan cakap. Tapi apakan daya, totok2 dalam PAS takkan terima kenyataan ini. Pada mereka itulah JIHAD.

  53. bujuk
    February 12th, 2013

    duit tu bagi pada penerima yg. layak la.. takkan bagi pada UMNO pulak.

  54. anakbochek
    February 12th, 2013

    Jangan butakan mata dan pekakkan telinga la Bujuk. Yang bising2 tu cai korang yang paling tegar, cikgu Non. Bukannya orang UMNO pun. Kami orang UMNO ni tolong buat bising je. Kalau tak puas hati, saman cikgu Non la, apa susah. Kan korang pakar bab saman menyaman ni. Kalau Utusan yang besar tu boleh kalah saman inikan pulak insan kerdil macam Cikgu Non.

  55. anakbochek
    February 12th, 2013

    Yang tuduh tu macai tegar PAS jugak dan orang tu jugak yang dah mengaku kafirkan ayah dia sendiri. Kau dah mintak ampun belum dengan orang tua kau Bujuk?

  56. anakbochek
    February 12th, 2013

    Moral of the story macam ni lah Bujuk. Puak2 PAS ni senang je nak tutupkan mulut diorang. Bayar pampasan habih cerita. Aku pun takde alasan kenapa kerajaan bayar pampasan and I don’t really care. Mungkin dibayar atas rasa kesal atau simpati. Aku tak tahu.

    Itupun dah kira untung dibayar dan kenapa kau kaitkan dengan penjenayah, banduan dan sebagainya. Apa relevannya dengan isu Memali ni. Kenapa tak kau panjangkan semasa muktamar agung PAS supaya kerajaan membayar pampasan kepada keluarga banduan, penjenayah dsbnya.

  57. jinkun
    February 13th, 2013

    kalau penjenayah dapat pampasan, aku pun nak jadi penjenayah gak lah….kahkahkah. Tongong nya kalau PR memerintah msia, banduan dapat pampasan…kahkahkah

  58. jinkun
    February 13th, 2013

    aku cadangkan lambang bulan pada parti PAS ditukar kepada kepala lembu….pasal PAS sekarang ni memang LEMBU….jadi LEMBU tunggangan DAP…kahkahkah

  59. mohamad yusof bin a hamid
    February 13th, 2013

    itulah cara orang-orang pas yang kononnya
    beramanah,macam nik aziz,hadi awang,mat sabu,sesungguhnya depa ni tak dak pendirian,macam mana nak pi putra jaya?
    tak bolih punya

  60. bujuk
    February 13th, 2013

    sebab kawan2 hang kata mereka penjenayah, kalau bukan penjenayah kenapa k’jaan hantar polis dengan jentera berat dan senjata berat ngalahkan nak lawan komunis. Jika dah gelar penjenayah.. kenapa pulak bagi PAMPASAN, bagaimana pulak dengan penjenayah2 lain… mereka pun nak pampasan juga.

  61. bujuk
    February 13th, 2013

    Tak kesah la macai PAS atau presiden UMNO buat salah kena taubat dan mintak maaf. Takda beza presiden dengan macai.. bila buat kesalahan.

  62. bujuk
    February 13th, 2013

    Jadi… tunggulah keputusan mahkamah, tapi isu memali dah 30 tahun tak selesai lagi. Taktaulah berapa lama pulak cikgu non kena tunggu.

  63. yusof a hamid
    February 14th, 2013

    ulamak pas ni,macam ada, satu cerita,jumpa ikan besar ditepi jalan,ikan ni hak orang jatuh(tercicir)orang yang jumpa ni pi lah tanya tok guru pas,bolih ambik ka tak bolih ikan ni,jawab tok guru pas,tak bolih ambik hak orang jatuh.orang yang jumpa ni pi tanya sekali lagi,dia kata kalau bolih ambik,nak buat gulai rempah giling,belah kepala bolihlah bagi kat tok guru,tok guru dengar nak bagi kat dia sama,dia kata nanti nak tengok kitab dulu,bolih tak bolih.dia pun(tok guru) naik atas rumah,nak tengok kitab,dok sat dia kata bolih……itu ulamak pas.

Leave a Reply

Type your comment in the box below: