MYKMU.NET
Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana mu Malaysia

Kajian UPM: Najib Lebih Layak Dari Anwar

 

Bila-bila masa sahaja dari sekarang Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara.

Dari segi rekod PRU 12 2008, memang benarlah PRU 13 ini cukup hangat dan sengit kerana ia merupakan penentu samada BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan ataupun gabungan longgar parti pembangkang, PR pula yang akan mengambil alih terajunya.

Namun jika perkembangan semasa diambil kira, besar kemungkinan PRU 13 akan menyaksikan BN mengulangi kejayaan yang hampir sama seperti yang dicapai pada PRU 11 2004 sebaliknya PR pula bakal berdepan nasib buruk seperti dialami Barisan Alternatif (BA).

Tambahan pula, sejak pentadbiran negara diambil oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada April 2009, sedikit demi sedikit BN telah kembali ke landasannya semula. Manakala dalam tempoh itu pula populariti PR semakin merosot terutama sekali selepas kegagalan projek lompat 16 September 2008.

Bermula awal tahun 2010 hinggalah sekarang menyaksikan hasil dari kepimpinan Dato’ Seri Najib, BN terus memacu momentum kebangkitan sebagaimana terbukti dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu.

Malah dari segi populariti diantara Dato’ Seri Najib dengan pemimpin PR khususnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim memang jauh langit dengan bumi, ini termasuklah data-data hasil dari kajian-kajian semasa yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

Demikian halnya kedapatan yang diperolehi dari kajian terbaru yang dilakukan di UPM yang mana Presiden UMNO itu terus unggul di hadapan dengan merekodkan populariti 67.4% sekaligus menjadi pilihan utama sebagai PM selepas PRU 13 kelak.

Manakala Anwar pula berada di tempat kedua dengan catatan 52.2% dan Presiden PAS, Hadi Awang hanya mencatat populariti 31.3% sahaja. Dengan kata lain, responden yang ditemubual agak meragui kedua-duanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai PM.

Jika dikira pula dari segi rekod jasa bakti kedua-dua pemimpin utama PR itu yang hanya tahu berceramah siang dan malam menjelajah sana sini, lagilah tak termampu menandingi rekod kerjabuat Najib yang sudah terbukti besar jasanya dalam membantu rakyat jelata.

Apatah lagi bila diukur dari segi kesungguhan dan sikap cakna Najib dan BN yang serius membantu menyelesaikan permasalahan rakyat, jauh bezanya bila dibanding dengan Anwar dan Hadi yang hanya bijak berkata-kata ketika menabur janji tapi kerap gagal dalam menepatinya.

Apapun, yang pentingnya dalam mana-mana sahaja kajian yang dilakukan samada oleh pihak bebas, pro BN mahupun oleh PR sendiri, satu kesimpulan yang sama diperolehi – BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan negara ini.


Posted by tengkudin on January 31st, 2013 :: Filed under RENCANA
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Kajian UPM: Najib Lebih Layak Dari Anwar”

  1. PASpartyNGOK
    January 31st, 2013

    Anwar memang pernah nampak hebat dalam satu masa. Ini kerana dia didokong dan disokong oleh orang nombor satu pada masa itu utk dilihat hebat. Sedangkan dari segi krebiliti tak ada benda pun.

    Anwar berani, cekal dan tahu ambil peluang serta cari pengaruh. Dalam proses ini Anwar berjaya kembangkan sayapnya utk mengaut pengaruh luar dan mengguna segala peluang yg ada utk dia dikenali oleh orang luar lebih dari dinegara sendiri.

    Dia sempat berkawan dan menjadi rapat dgn Paul Worwitz misalnya dari IMF. Kita juga ingat semasa Magarette Thatcher ke Msia dlm ucapannya ibaratkan Anwar sebagai football player yg jadi rebutan byk club div 1 EL dinegara dia. Semasa itu Anwar pegang finance.

    Kita dengar jadi heran, bagus macamana pulak Anwar sehingga PM British puji dia melangit macam itu. Ini menunjukkan kepandaian dia guna org utk naikkan nama dia sama saperti dia gunakan Yusuf Qardawi yg akhirnya sedar bahawa jangkaannya tersasar jauh. Dia gunakan bini dia baca skrip anugerah tuhannya. Dia gunakan badrul utk anggap dia setaraf imam mahadi.

    Kesimpulan, ini bukan jenis pemimpin yg sesuatu negara mahu. Kita mahu batang cangkul, kita tak mahu hose getah yg berbelit2. Batang cangkul lurus, dihayun kekanan landing kekenan, hanyun kiri landing ke kiri.

    Kesimpulan lagi siapa Anwar utk kita banding dgn PM Najib. Jgn bandingkan prestasi Kenari dgn Audi Q7. Bikin malu aja ahhhh.

  2. DataCode
    February 2nd, 2013

    Anwar peh..nila sekotak tisu

  3. anwar
    February 27th, 2013

    pidato abwar lg menyengat..akuilah…pidato najib boring..

  4. rosmahhku
    February 27th, 2013

    bn akan menang tipis mcm 2008, bn dianggap lemah,tpm akan guna proxy desak najib undur..muhyidin akan jd pm…

Leave a Reply

Type your comment in the box below: